berita dari london menyatakan hampir 100,000 orang telah memeluk islam dan kebanyakkan nya wanita berkulit putih. kesedaran mereka berpandukan kepada kadar jenayah yang tinggi terutama masaalah sosial saperti seks bebas, minum arak dan penindasan terhadap kaum wanita.
ini dapat dilihat, mereka bangsa yang telah maju dari kita tidak langsung merasa bangga akan keturunan dan bangsa kulit putih. apa yang nak dibanggakan dengan bangsa jika keadaan tidak terurus. akhir nya agama juga yang dapat mengatasi segala kemelut dunia. mengapa mereka tidak kekal dalam agama mereka tetapi memilih ISLAM untuk mendapatkan ketenangan.
tetapi ini jauh beza nya dengan bangsa MELAYU. bangsa melayu telah menganut islam sejak zaman kesultanan melaka lagi. tetapi dalam pemerintahan dari zaman kerajaan melayu melaka lagi, budaya dan sanjungan tinggi terhadap bangsa diDAHULUkan. hukum ikut kehendak dan kesesuaian pemerintah (raja yang didaulatkan). agama untuk majlis rasmi dan penutup. budaya ini terus hidup hingga kehari ini apabila slogan "HIDUP MELAYU" dan "MELAYU TAK AKAN HILANG DIDUNIA" dilaungkan. apa yang tinggal untuk melayu pada ketika ini? yang masih ada untuk dibanggakan hanya lah
1. Raja Raja Melayu
2. Keretapi tanah Melayu
adakah melayu dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat? orang barat bangsa inggeris yang jauh maju tamadun nya pun memilih ISLAM untuk menjamin dunia dan akhirat. kita bangga apabila menolak ISLAM. adakah raja raja kita juga akan selamat di akhirat kerana mempertahankan keMELAYUan nya. mungkin mereka berkuasa di dunia atas sokongan ultra melayu, tetapi di akhirat melayu tidak dipakai sebagai tiket untuk ke syurga.
kembalilah kita orang melayu ke ISLAM. agama juga yang dapat menyelamatkan kita, bukan BANGSA. apa ada pada KETUANAN MELAYU? jika tanah melayu, melayu yang gadai. melayu juara penerima rasuah, saya bangga dilahirkan sebagai orang yang berbangsa melayu, tapi malu megaku melayu, adakah saya derhaka kepada KETUANAN MELAYU?
TAKBIR
No comments:
Post a Comment