Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label Labis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Labis. Papar semua catatan

Selasa, 1 Februari 2011

Tak adil salahkan PAS Kawasan labis


TRICKY LEAKS - menjawab ulasan tulahan

menunding jari menyalahkan pas kawasan labis adalah suatu perkara yang tidak adil bagi aku, mungkin tulahan menulis dari sudut lain dan aku menjawab dari sudut lain, semoga kita bersama memikul tugas untuk terus mempertahankan pas dari serangan apa jua makhluk perosak pas dan apa saja tentang islam.

aku merasakan tidak adil menyalahkan seratus peratus kepada pas kawasan labis, aku hanya penampal poster parti pas dan mungkin aku bukan ajk dan bukan ydp kawasan dan bukan bendahari dan bukan setiausaha pas kawasan, aku hanya ahli dan jawatan penampal poster parti.

dimana jua kita berada pas kawasan adalah satu benda yang pasti wujud sebagai ayah kepada anak anak iatu cawangan.

cawangan pas, bagi aku tak perlu banyak sangat cawangan, sebab apa, sebab cawangan akan menambah beban kepada kawasan, jika cawangan tidak membuat kerja kerja yang melibatkan perundangan penubuhan parti, pas kawasan akan menanggung beban tugas yang terpaksa dipikul oleh ajk kawasan atau setiausaha kerja kawasan, jika laporan mesyurat tahunan tidak dihantar kesannya akan merebak keseluruhan pas. bukan setakat labis hampir keseluruhan pas.

bagi aku cawangan tak perlu banyak, ahli saja yang perlu ramai, dengan ahli yang ramai boleh melakukan apa saja tugas, tapi siapa yang sanggup melakukan kerja kerja begini, cawangan seratus pun belum tentu dapat menghantar pertugas untuk membuat kerja kerja parti.

ahli parti perlu bertumpu di enam cawangan pun dah memadai, seluruh pelusuk kampung boleh dijelajah dengan adanya ahli parti yang bergiat cergas.

cawangan banyak belum pasti menjamin kejayaan sesuatu parti. kalau cawangan banyak pun yang bergerak dari ahli kawasan apa gunanya ahli cawangan. dap tak ada banyak cawangan pun tapi mampu bertapak di merata tempat kerana mereka punya ahli yg sanggup mati kerana parti.

ahli parti yang cergas dan sanggup memikul beban tugas adalah satu perkara yang amat sukar dicari.

pendaftaran pengundi, masalah utama adalah bergantung kepada kawasan juga dan juga ahli mana yang sanggup membuat kerja kerja ini. bagi aku pendaftaran pemilih memerlukan belanja yang besar, apakah kantung pas kawasan begitu tebal? tak pernah bocoq atau sentiasa kering bagai buyung yang retak dibawah.

pendaftaran pemilih berhubung kait dengan masalah tuntutan dan bantahan, setiap kali pas buat bantahan apakah kantung wang pas tidak bocor jika tersalah buat bantahan.

setiap bantahan akan disertakan dengan wang deposit sebanyak rm10, kalau bantah 100 orang sudah berapa, jika yang dibantah adalah penduduk yang ada disitu dan tidak dikenali katakan 40 orang tidak lekat bantahan dan spr akan memberikan denda kepada pembantah, biasa dalam sekitar 50 hingga 100 rm seorang kalau 40 orang tak lekat berapa pas kawasan kena keluarkan. dah hampir 4000 ribu kalau 50 dah 2000.

bayangkan pas kawasan nak mencari wang sebanyak 2000. dari sumber mana pas nak mendapatkan wang sebanyak itu, bukan tak boleh tapi dimana dan dari siapa. betul rezeki dari allah tapi kalau kita tak berusaha apakah duit tu terjun dari langit masuk ke kantung pas kawasan.

tanya pas dungun banyak mana ketua pembantah menghabiskan duitnya dalam usaha membantah kehadiran pengundi celaka di dungun. mendaftar perlukan sumber kewangan apakah kita mengambil tahu semua itu.

tak mungkin mintak derma seringgit bising berhari hari lebih lebih lagi dinegeri pas kuasai.

masalah kemasyarakatan dan kebajikan. pas kawasan boleh mengajurkan apa saja, sebut dan teori atau praktikal semua pas kawasan cuba buat. apakah kita ada sumber ekonomi yang kukuh.

soal kebajikan, siapa yang terkena bala rumah terbakar, dilanda banjir, apakah pas cuma datang dah bersalam saja, bersabar lah awak ni dugaan allah. boleh kita bercakap begitu, tak mungkin, kita perlu hulur paling koman sepuluh dua, kalau 30 puluh buah rumah, tak ke kiok YB atau pas kawasan.

bukan setakat banjir, anak bersunat, majlis perkahwinan, kebajikan masuk hospital, accident, tabung itu tabung ini, dimana pas kawasan nak mencarinya. kalau setakat solat jenazah tak ambik wang setakat itu sajalah pas mampu buat.

kekangan ekonomi begitu mendesak. berapa peratus yang sanggup menginfak duit pendapatan bulanan secara tetap kepada pas, none kosong atas kertas saja yang tinggal.

bulan pertama ada masuk 100 bulan kedua 50 bulan seterusnya kosong. bila ditanya tak cukup le anak nk sekolah, anak demam. penyokong dan ahli pas bukannya kaya hidup goyang kaki. datang ke prk atas belanja duit sendiri.

berpakat pakat dengan member didalam surau, tuang minyak kereta, tayar kereta tak dikira dah.makan pakai, anak anak kat rumah itu pun perlukan makan minum.

aku faham kalau kita dimedan yang sama, tidur didalam masjid kena halau dengan umno. menumpang teduh disurau pun dihalau. nak tidur hotel alamak dapur tak berasap berbulan bulan. jangan menuduh pas kawasan mana mana sekalipun.

aku yakin tulahan mesti tahu apa yang dihadapi dilapangan bila bertugas, kekangan ekonomi menjadi satu halangan konkrit yang amat kukuh. pas belum mampu menembusi kekangan ini. tenang kita lihat bagaimana rayuan dari pengarah pilihanraya dun tenang. cikgu mala bukan orang berada.

yang pasti itulah calon yang sanggup menempuh badai keras menghujani rumahnya. selepas ini ada pertugas atau pemimpin pas ambik tahu apa akan jadi kepada cikgu normala dan keluarga untuk berhadapan dengan pengarah jpn markom yang terang menyokong umno. kalau tak dapat tanduk telinga pun markom akan pulas.

kesempatan terbaik akan digunakan oleh markom. dan yang pasti umno dah mendapat pembalasan dari tuhan dengan banjir yang maha hebat.

aku menjawab sebab aku juga dilapangan. aku tidak menulis begini sebab aku faham sakitnya bersama pas. pasti orang bertanya kenapa pas kawasan lain boleh pas kawasan labis tak boleh. sama saja dimana pas kawasan.

kecuali kawasan itu dihuni oleh golongan yang berduit dan mahu menderma dan menginfak duit mereka kejalan tuhan. derma bukan paksaan. dan yang pasti sila berteori dulu sebelum berpraktikal. maksudhnya cari jalan bagaimana nak meruntuhkan kekangan ekonomi ini. tak akan kita nak berniaga tshirt, jual tshirt pagoda.

aku tak menyalahkan tulahan apa yang dia tulis benar dan berlaku. tapi kita kena faham situasi pas dulu. pas parti marhaen bukan parti qorun. pas parti derma, jika orang tak faham perjuangan pas pasti dia cakap pas parti mintak derma sahaja.

duit bukan segalanya tapi duit yang mengerakkan segalanya. berapa kerat pemimpin pemuda yang sanggup terjun bila diarah ke prk, berapa yang sanggup guna duit dalam poket sendiri, biasanya akan menolak dan tolakan akan kena kepada yang sudah tua.

Isnin, 3 Januari 2011

AWAS, Masuk estet ni kena pakai topi keledar

Mujur hanya bateri lampu picit bukan bateri kereta, kalau kena kepala boleh bocor...apakah ini tektik UmnoBN menakut-nakutkan petugas pakatan supaya tak masuk estet ini kerana banyak pengundi hantu...wallahuaalam.
SEGAMAT: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Siapa sangka peribahasa itu menjadi pengalaman unik dan menakutkan bagi penduduk Ladang Bukit Dato Tenang Station, Labis, dekat sini, apabila kediaman mereka dihujani batu dan bateri sejak dua bulan lalu.

Kejadian misteri dan menyeramkan itu mengakibatkan enam keluarga resah dan tidak dapat tidur malam apabila batu gravel, batu landasan kereta api dan juga bateri lampu picit dibaling menghentam dinding dan tingkap hingga pecah.


Malah, kejadian turut disaksikan anggota dari Balai Polis Tenang yang menyiasat tempat kejadian pada malam Rabu lalu.

Seorang mangsa, Ellan Senaya, 39, berkata kejadian misteri itu dikatakan bermula kira-kira dua bulan lalu selepas seorang bomoh dikatakan menangkap makhluk halus sebelum memenjarakannya di dalam botol sebelum ditanam di kawasan perkuburan masyarakat India di situ.


Namun, pada awalnya, kejadian baling batu itu tidak dihiraukan sangat oleh kira-kira 450 penduduk ladang berkenaan kerana mereka beranggapan ia perbuatan kanak-kanak nakal.


“Sebelum ini, hanya bumbung rumah yang dilempar batu dan ia hanya membabitkan enam rumah bahagian dapurnya menghadap pokok getah di lereng bukit di ladang itu.

“Batu dan objek lain disyaki dilempar dari ladang getah menyebabkan ada juga cermin tingkap rumah yang pecah.


“Sejak kebelakangan ini, kejadian misteri itu semakin menjadi-jadi tidak mengira siang atau malam. Pada waktu malam sehingga awal pagi semakin rancak menyebabkan ada jiran saya yang cedera di kepala serta cermin tingkap rumah banyak yang pecah akibat dibaling batu,” katanya.

Ellan yang tinggal di ladang itu hampir 39 tahun berkata, keluarganya amat takut dengan kejadian misteri yang pertama berlaku sejak dia tinggal dan dibesarkan di ladang itu.


Katanya, semua mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tenang pada Rabu lalu dan dua orang anggota polis pergi ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.


Seorang anggota polis, Konstabel Saifudin Yacob, 25, terpaksa memakai topi keledar ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah malam apabila menyaksikan beberapa cermin tingkap yang pecah tanpa di ketahui sebabnya.


Seorang anggota polis bantuan, Veloo Punusamy, 47, yang berkawal di tempat kejadian pada tengah malam kelmarin turut menyaksikan beberapa batu memecahkan cermin tingkap rumah seorang penduduk.


Apabila beliau bertindak balas dengan cuba memeriksa lokasi arah datangnya batu itu, semakin banyak pula cermin tingkap pecah akibat dibaling dengan batu gravel, batu landasan kereta api dan bateri lampu picit seolah-olah tindakan Veloo menyebabkan kemarahan kepada pihak yang membaling batu berkenaan.


Jiran Ellan, Sathia Kumar, 28, berkata dua sempat merakamkam beberapa gambar yang memaparkan objek misteri berbentuk pancaran cahaya panjang.


Manakala rakannya mendakwa pernah melihat bayangan makhluk setinggi 1.2 meter berwarna putih di tempat kejadian.


Sementara itu, Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali menasihatkan penduduk supaya lebih waspada dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi mengenai perkara itu kerana polis sedang menjalankan siasatan.

Ahad, 2 Januari 2011

Pelancaran Jentera PRK Tenang


Labis : Malam tadi ana bersama keluarga sempat pergi ke pelancaran jentera PRK Dun Tenang oleh DS Tuan Guru Haji Hadi. Tempat ceramah sesak dengan dan orang ramai berkerumun dimeja bantahan terhadap perlatikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda.

Singgah makan di restoran berdekatan dengan tapak ceramah, waduh harga makan di pekan kecil macam Labis pun dah mahal, samada memang mahal atau cari kesempatan kerana pilihanraya, entahlah.

Pilihanraya bukan jalanraya kata Tuan Guru, al-maklum, bila ada adun meninggal dan ada pilihanraya kecil maka UmnoBN sibuk baiki jalanyara, projek turap tar segera, kalau tak ada pilihanraya biarkan ia rosak selama 5 tahun, ini MENIPU rakyat namanya.

Apa yang mendukacitakan bila pakatan mohon permit untuk ceramah maka dihalang oleh pihak berkuasa dan spr atas alasan belum tempoh kempen, tetapi pemimpin UmnoBN termasuk penasihat agama Johor Datok Noh Gadut dah masuk kampung dan felda kempen terang-terang supaya mengundi dacing boleh pulak. Ini tak adil.

Sepatutnya ana bertugas jaga upu Ladang Datok tetapi tak dapat kerana esok kena hantar anak balik asrama SMA Bandar Tenggara pula. Nak buat persiapan pendaftaran PASTI dan Madrasah Masriyah. Alhamdulillah sampai rumah 1.45 pagi.