Khamis, 7 Mei 2009

AHLI SUFI YANG TERTIPU....!

Imam Ghazali menyatakan bahawa mereka yang digelar sebagai ahli agama juga boleh terpedaya dengan diri sendiri. Seterusnya Imam Ghazali berkata,"adapun ahli-ahli sufi sebahagian mereka terpedaya dengan pakaian-pakaian dan amalan-amalan zahir golongan tasawuf sedangkan dalam kehidupan harian, mereka mengambil harta yang haram dan syubhah, bergelumang dengan hasad dengki sesama manusia dan asyik merobek kehormatan orang lain.

Selain itu, mereka ini juga mencaci dan menghina ahli-ahli fikah, ulama tafsir serta hadis dan mengatakan golongan ini dihijab oleh ilmu mereka daripada Allah sedangkan yang sebenarnya merekalah golongan yang zalim lagi munafik.

Terdapat juga daripada kalangan mereka yang menolak semua hukum agama sehingga batas-batas halal dan haram tidak lagi diendahkan dan ibadah-ibadah yang wajib seperti solat tidak lagi dilakukan atas alasan mereka telah sampai ke makam yang tinggi".

Andai ahli sufi pun boleh terpedaya bagaimana pula kita????. Sentiasa lah mendekati Allah dan berdiri lah di landasan yang betul lagi benar, Insyallah Allah pasti bersama-sama dengan kita. Nabi berpesan kepada sahabat Ali Bin Abu Talib" Apabila manusia mendekati Allah dengan pelbagai kebajikan maka kamu dekatilah Allah dengan akalmu". ( Riwayat Imam Abu Naim )

0 comments:

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP