Masih dalam peringkat percubaan resepi..ada yg kata sedap, ada yg kata kurang tapi bila makan sejuk2 sedap..tapi pada aku mmg tak sedap hahhaha terus terang kan..resepi kek ambil dr blog, resepi krim tu sendiri..bukan salah siapa2..kan percubaan, semuanya dipertimbangkan..yg penting deco kena attractive baahahhaha
Showing posts with label cheesecake. Show all posts
Showing posts with label cheesecake. Show all posts
Wednesday, June 19, 2013
Wordless entry - Snow cheese cake
Assalamualaikum..
Labels:
cheesecake,
Kek,
Kek + hiasan,
kek strawberry,
snow cheese cake
Monday, October 8, 2012
Mango Layer Cheesecake
Assalamualaikum..
1 biji kek span saiz 7"
250g whipping cream (non-dairy)
250g cream cheese
130g gula halus -- bole kurangkan ke 120 gram sebab pada aku ni manis sangat
Mango Layer Cheesecake ni buat last week..nak update dari hari tu tapi cam tangguh2..hehe
Dalamnya kek span vanila je..aku guna 2 biji mangga saiz sederhana..1 biji aku kisar untuk dimasukkan ke dalam creamcheese, dan 1 biji lagi untuk hiasan atas nu..emm tapi kalau untuk hidangan makan2 atau apa2 majlis, dicadangkan hiasan mangga kat atas kek tu di kupas/potong sejurus sebelum kek dihidangkan..sebab kalau mangga yg sesiap dipotong dan diletak atas kek kemudian dimasukkan dalam peti ais semula, mangga tu akan bertukar jadi warna kuning2 coklat dan kering jadi tak nampak kesegarannya..ataupun alternative lain, boleh dituangkan mango filling atas kek tu..
Dulu aku pernah buat, boleh ke sini..dan kali ni aku tukar sedikit kaedahnya..
Mango Layer Cheesecake
Bahan2:1 biji kek span saiz 7"
250g cream cheese
130g gula halus -- bole kurangkan ke 120 gram sebab pada aku ni manis sangat
1 biji buah mangga saiz sederhana, kisar hingga hancur -- boleh juga ganti dengan 1sb paste mangga
8 g (1 sb gelatin) - cari yang halal ya..
32g air panas yg baru mendidih(air nih lebih kurang 4x berat gelatin tuh)
Cara-caranya:
1.
Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan
mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja.
ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Putar creamcheese (yang dah dibiarkan pada suhu bilik sekejap) dan gula hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan mangga yang dikisar tadi. putar sebati.
3.
larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah
sejuk/suam (larutan akan jadi kuning jernih), masukkan ke dalam adunan creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5.
pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan
lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..
nota1:
kalau tak da spring form, guna loyang biasa, tapi alas ngan plastik
pembungkus makanan tu (shrinkwrap)atau aluminium foil..nanti senang nak
tarik keluar..
nota2: kek span akan
mengecut..maknanya kalau aku bakar kek span guna lyang 8", kek bila dah
sejuk akan jadi lebihkurang 7" jadi aku bole guna loyang yang sama untuk
buat cheesecake ni..atau bole kemaskan tepi kek sebelum dilapiskan
dengan adunan cheese..
Sepatutnya 3 lapis, tapi entah macamana le jadi 2 lapis je..kehkehkeh..dan bagi aku (juga komen dari yg request kek ni), kami lebih suka mango cheesecake ni digabungkan dengan butter cake daripada kek span vanila ni sebab rasa dia kosong dan macam tak join dengan creamcheese tu..tapi berlainan dengan orange sunquick layer cheesecake dan durian layer cheesecake, dua2 tu pada aku sedap je dengan kek span..ataupun lainkali aku letak sikit perasa oren/ mangga kat kek span ni kan?..emmm good idea....
okeh..cukup lah dulu..nanti kita try kek lain pulak eh..
Labels:
cheese,
cheesecake,
chilled cheesecake,
hiasan kek keju,
Kek,
Kek + hiasan,
mango cheesecake
Tuesday, July 3, 2012
Durian Cheesecake
Assalamualaikum..
Atas tu whipping cream +chocolate emulco..
Durian cheesecake ini aku buat untuk mak saudara aku yg tempah buttercake dalam entry sebelum nih..ada sikit durian lebih, jadi aku buat cheesecake ni..tapi tak banyak sangat lebihkurang ~68 gram je..dapat 2 buku untuk size bulat 7" dan empat segi saiz 6"x6"..klau untuk jual, aku akan buh durian 100-130gram untuk kek saiz 8" (tak leh lebih sangat2, nanti kek tak set)..saja bahagi 2 sebab aku pun nak makan gak sebab dah lama tak makan cheesecake ni hehhehhe sebelum ni ada beberapa kali buat, tapi yang masuk dalam blog suma yang base biskut..base cake, ni first time jadi entry heheh
ni mak cik aku nya..aku nye nnti arr aku ambik gambar bagi tengok isi dalam eh?.. ngan resepi sekali..tapi tak janji leh masuk cepat wahahah (aku agak kemalasan sekarang tapi tetap komited nak masukkan atleast gambar sesuatu yang aku buat)..komited la sangat ko faiz..
Untuk order boleh sms ke 019-2819768 atau email ke ozzyorange9768@yahoo.com. Ada 2 saiz, kecil macam saiz di atas dan besar saiz bulat 8".
Terima kasih..
Thursday, May 24, 2012
Durian Cheesecake (Baked)
Assalamualaikum..
Ni buat malam isnin hari tuh..hehe aku sorang je yang makan..ngan adala 2 slice adec aku tapau bawak g 'tepi sungai' hahhaha syyyyhh
Struktur kek keju sepatutnya smooth, ni aku tak blend dulu pun durian tuh, terus je masuk, pastuh aku nya adunan krim pun terlebih whipping cream dan tak betul-betul smooth..nak putar lelama takut kek terlebih naik dalam oven pastu bila sejuk turun kat tengah-tengah..jadi faham2 sendiri lah..sebab tu tak mahu letak resepi lagi. Tapi alhamdulillah pagi tadi aku buat blueberry cheesecake (order) resepi yg lebih kurang sama, krim nya smooth..insyaallah
jadi, jemput pandang..jangan tanya mana aku dapat durian..sebab tu je la satu-satunya durian tinggal untuk kami dalam berempat, aku je yang makan durian heheh
rasa dia..emm sapa suka durian, mesti la sedap..tapi aku letak juga link tapi bukan resepi yang aku cuba ni tau..bole masuk ke blog Kitchen Corner..lebih kurang je cuma method yang aku buat lain sket..tapi tadi pagi guna method macam resepi kat Kitchen Corner tuh, alhamdulillah smooth..
Nota kaki untuk aku: + 100g durian.
Thursday, February 16, 2012
Kek Lapis Cheese Persona
Assalamualaikum..
Tapi sedap, dan idea yang sungguh best untuk dicubalagi..hehe
Buat hari tu..sebelum ni ada nampak di blog Madihaa. Resepi asal dari Ryo..huhu tak jadi macam diorg nyer sebab pun derhaka banyak (ikut dan cream cheese yang dah siap sedia dalam kotak ais tu)..pastu tak tengok balik asal kejadian yang sepatutnya macamana. Ingat je, terus buat..ish ish..dah tak mempersona jadinya..huhuhu
Tapi sedap, dan idea yang sungguh best untuk dicuba
Labels:
cheesecake,
creamcheese,
Kek,
kek lapis cheese persona,
s
Wednesday, January 18, 2012
Sunday, January 15, 2012
Cheese Cupcake Kecut...
Salam..:)
Bahan-bahan:
250g cream cheese
70g gula aising
200ml susu cair -- aku guna non-dairy whipping cream
2 biji telur
Caranya:
Pukul semua hingga tidak berketul-ketul.
*pesan Leen, make sure cream cheese tu lembut tau..
Tu soalan adik aku..'Faiz..naper ko punyer kek kecut..?'..hahah masa mix lagi aku dah tahu aku terlebih pukul..hehhe tapii rasa memang superb!!..tak kisah la rupa cemana pun..wahahha alasan..
Dah lama pandang-pandang, jeling-jeling, teringat-ingat resepi kat sini..Leen My Secret Cookbook..thanks ya Leen..tapi tu la tak cantik macam tuan nyer resepi buat..
Base aku guna kek yg ada lebih hari tu, aku hancurkan tambah non-dairy whipping cream sesudu kemudian tekan dalam paper cup..Aku letak resepi cheese nya sahaja ya..resepi penuh ada di blog Leen..
Cheese Cupcake
Sumber: LeenBahan-bahan:
250g cream cheese
70g gula aising
200ml susu cair -- aku guna non-dairy whipping cream
2 biji telur
Caranya:
Pukul semua hingga tidak berketul-ketul.
*pesan Leen, make sure cream cheese tu lembut tau..
heheh aku nyer masih tak cukup lembut cheese nya masa tuh..jadi lama la aku pukul adunan tu..dah kecut jadinya...tapi kalau tengok kan struktur cheesecake ni, walaupun turun, tapi bukan bantat..ia tetap struktur cheesecake cam kat SR tu..hehhe tapi tulah..lama tak buat kan..cam blur je masa buat..hehhe tapi alhamdulillah tetap sedap..no doubt. it's delicious!!..
Labels:
baked cheesecake,
blueberry cheesecake,
cheese,
cheesecake,
Kek,
kek keju,
kek keju bakar
Saturday, December 10, 2011
Saturday, November 19, 2011
Blueberry Layer Cheesecake
Salam...
p/s:okeh...alhamdulillah bila sampai muar, kek masih berada dalam condition yang baik..hehhe nampakkan aku letak plastik di tepi kek sebagai langkah berjaga2 biar tak runtuh bila berhadapan ngan bonggolan2 di atas jalan..:D macam di sini juga..tapi aku mmg banyak kali jugak pesan ngan adik ipar aku, terus masuk peti ais..
Pesanan daripada kakak ipar adik aku aka kakak adik ipar aku heheh..
Susunan didalamnya lebih kurang macam di sini..susunannya ya..2 layer chocolate sponge cake + creamcheese + blueberry filling..boleh tengok contoh layer kek macam kat sini juga..:D
Hari tu ada buat durian cheesecake, tapi buat macam ni lah, 2 layer spongecake, bukan base biskut macam kat sini..tapi aku tak amik gambo sbb kurang rajin nak kemas2 kan segala tuk ambil gambar..makanya seperti mana korang yg aku dah bagitau, kat rumah nih kan aku seorang je yg makan durian, walaupun sedap & asyik ulang alik je, tapi jenuh lah aku bila fikirkan pasal lemak2 nih..so, adik aku offer nak bagi kat jiran sebelah, dan adik aku lagi sorg balik kg bawakkan tuk isteri dia akak adik ipar aku..masa tu la kut kakak adik ipar aku nih rasa..
jadi beliau pesan blueberry..cumanya kek ni travel ke muar sana naik bas..!!...hehheh aku tnya condition kek tuh, lum dapat reply lagi...huhuhu kita tunggu reply diorg ya...
Dan seperti harapan pembuat kek homemade yang lain, semoga kek ini sedap sepertimana citarasa sesiapa sahaja yg memakannya..insyaallah...alhamdulillah..
Dan seperti harapan pembuat kek homemade yang lain, semoga kek ini sedap sepertimana citarasa sesiapa sahaja yg memakannya..insyaallah...alhamdulillah..
p/s:okeh...alhamdulillah bila sampai muar, kek masih berada dalam condition yang baik..hehhe nampakkan aku letak plastik di tepi kek sebagai langkah berjaga2 biar tak runtuh bila berhadapan ngan bonggolan2 di atas jalan..:D macam di sini juga..tapi aku mmg banyak kali jugak pesan ngan adik ipar aku, terus masuk peti ais..
Wednesday, November 2, 2011
Durian Cheesecake II
Friday, July 29, 2011
Tiramisu Cake
Salam..
Tiramisu cake, resepi ambil kat sini ya..
Ini kes tak sabar nak tunggu lama2 la nih...
Sila jamu mata..
Tiramisu cake, resepi ambil kat sini ya..
hehhe walaupun sangat simple, dan mudah tapi rasa sangat sedap...tak serupa tiramisu kedai tau..
Ini kes tak sabar nak tunggu lama2 la nih...
Kek adalah buttercake..yes memang kek mentega akan keras kalau masuk dalam peti ais, aku pun tak suka masukkan kek dlm peti ais, sgt tak suka..tapi kek nih yg disalut penuh keliling dgn creamcheese tak keras. Aku potong pagi tuh nak tengok isi dalam...pastu kek yg aku potong tu, aku masukkan semula dalam peti ais dgn sebahagiannya terdedah, itu yg keras..tapii aku balik keje, kuarkan dalam 10-15 minit sesambil masak ke tengok tv ke, dah lembut semula utk dimakan..
Sila jamu mata..
Labels:
blueberry tiramisu,
cheesecake,
hiasan kek keju,
Kek,
tiramisu
Wednesday, May 11, 2011
Baked Oreo Cheesecake wahahha
Salam..akhirnya, aku buat gak kek nih...!!
emm memang sedap makan sejuk2...emmm...sedapnya...resepi asal dari Mat Gebu..heheh tapi aku buat 3/5 dari resepi asal..aku ganti blueberry ngan oreo, letak biskut sebagai base dan beberapa lg (^_*) sesuka hati aku je yer...sesiapa nak rujuk resepi asal boleh ke blog Mat Gebu di sini. kek ni aku guna 2 bungkus biskut oreo..
Baked Oreo Cheesecake
sumber asal: MatGebu
oleh: OzzyOrange9768
Bahan2nya:
2 bungkus biskut oreo (137 g x 2 bungkus)*asingkan krim dan biskut
Base biskut-----------------------
134-140 g biskut oreo (blend sampai halus dan tidak berketul2)
60 g mentega (dicairkan)
Krim-----------------------
300 g cream cheese
30 g gula halus
krim biskut oreo
120 g uht whipping cream
3 biji kuning telur
72 g tepung superfine
1/2 st esen vanila
10 keping biskut oreo (tanpa krim) *dipatahkan dan dirama
3 biji putih telur
70 g gula halus
secubit baking powder
Caranya:
1. panaskn oven pd suhu 150degC. Gris loyang 8" (spring form) & alas dengan aluminium foil didasarnya. alaskan juga bahagian luar loyang dengan aluminium foil (aku buat sampi 3 lapis sbb fobia air masuk dlm kek..huhu)
2. satukan bahan2 untuk base biskut sehingga sebati dan masukkn dalam loyang. tekan2 sehingga rata dan mampat. bakar 15-20 minit.
-----------------------
3. satukan cream cheese, gula dan krim biskut oreo. putar hingga lembut dan tak berbintil2.
4. masukkan whipping cream. putar sehingga licin.
5. masukkan kuning telur dan putar sebati.
6. masukkan tepung gandum dan esen vanila. putar sehingga tidak berbintil2.
7. masukkan biskut oreo. putar sedikit. ketepikan.
-----------------------
8. dengan perkakas yg bersih (yg penting bersih dari minyak), putar putih telur, gula n baking powder sehingga kental..proses nih lebih kurang ambil masa 7-10 minit.
9. masukkan adunan 8 ke dalam 7 sedikit (lebih kurang sesenduk), gaul secara kaup balik hingga rata. masukkan lagi adunan 8 dan ulang hingga habis. tuang ke dalam loyang yg ada base bikut td.
10. bakar secara bain marie selama 90 minit. pastuh bila dah masak, biar dalam oven, buka pintu sikit tanpa alihkan air selama lebihkurang setengah jam. then kuarkan n simpan dalam peti sejuk 4-5 jam...baru sedap makan heheh
Wednesday, March 2, 2011
Strawberry Cheesecake
Strawberry cheesecake, chilled ya..biscuit base..nyumm nyumm macam aiskrim..
Tengoklah lagi..wakakka
close up please..hehhe dekat sikit..
Lagi sekali..
Attention please..ni bukan birthday boy ya..
masa nih birthday boy tak balik2 keje lagi, dah nak kul 10 mlm dah..ish..ish lama sangat ambil gambar sampai lilin cair kena atas kek..
Labels:
cheese,
cheesecake,
Kek,
kek keju,
strawberry cheesecake
Friday, February 18, 2011
Durian Cheesecake
Sangat lama sudah teringin nak rasa sebenarnya..satu masa dulu terbaca kat blog Hata Bakery yang mana durian chessecake nih menjadi favourite pelanggannya huhu terpikir2 aku mcmana pulak rasanya
weekend harituh mak abah kirim durian dari kampung hehhe aku dah tersangat kenyang, lama aku tengok durian tuh, dah kena bising jugak, adik2 aku tak makan durian lupa daratan sudah..sebelum tuh jiran kami ada bagi kuini, teringat nak membalas ada plak lagi cheese, waahhh ini sudah baik..terpaksa tarik balik angan2 nak buat gula/jem durian ngan adik harap2 tiada ungkitan berlaku walaupun aku dah dengar sekali hehehhe
sangat sedapp..patut pun jadi favourite pelanggan en Hata tuh..wahh..tapi jiran kami tu takda bape hari nih, jadi bagi kat adik ipar aku, ngan kakak tempat aku tumpang muffin tuh..yang lain aku abeskan wahahha ngan nk bagi abes skit lagi...teringat2 je nih manalah tak besar badan..
Aku guna biskut marie, kalau tak silap aku ni kali ke 3 aku buat cheesecake base biskut tapi first time guna biskut marie. berderai lah biskut tuh..tak cukup mentega mungkin atau tak cukup hancur..ermm takpa, nnti aku try lagi. Lagipun cheesecake ni bole guna base kek jadi tak de masalah insyaallah..TAPI nak bagitau lagi...durian cheesecake nih sangat sedap..wohoho..
Labels:
cheesecake,
durian cheesecake,
Kek,
Kek + hiasan,
kek keju
Subscribe to:
Posts (Atom)
Yang selalu dijenguk..Terima Kasih
-
Assalamualaikum Senyumlah untuk 'mencipta' kegembiraan, jangan hanya menanti gembira untuk mencipta senyuman! - Pahrol Mohamad Juoi...
-
Assalamualaikum.. Terima kasih Fathihah dr Penang..minta design yang seperti Coklat Hantaran Merah Hitam Putih seperti sebelum ni..aku ub...
-
Assalamualaikum.. Speechless...sebab apa....sebab aku lupa resepi kahkahkahkah..entah apa2 je aku ni kan?... ok, nanti aku buat lagi....
-
Assalamualaikum.. Hehe hari ni Selangor cuti..jadi aku pun cuti hehe banyak benda aku plan nak buat tapi sampai la ni masih duduk menghada...
-
Assalamualaikum.. Terima kasih cik shakira & Pn wan.. 25 pcs cupcake warna purple design bunga..vanila cupcake. pick up Giant Ba...