Review DIY Project #4: Ombre Photobooth Props.




MoshiMoshi.

*sebenarnya review diy #3 tak post lagi. skip aje boleh?*

Hari mementang tarikh cantik, 20.12.2012 I pun terhegeh-hegeh lah bukak blogger dashboard for the first time dekat office dengan hari ni tarikh release project. blerghh! Kerja banyak lagi mengada nak update blog yang I syak dah tahap perlu duduk hospital bahagia sebab sunyi tak ada update. *Kesian*

Dan mementang la sejak dah kawen 3 bulan lebih lepas dah lupa cara nak update blog secara konsisten. *What ohemgee? dah 3 bulan kahwin tapi seketul habuk tak story pasal kahwin lagi?*

So hari ini, I update tentang photobooth cincai I yang tak seberapa tu. Ye lah last minutes decision nak buat photobooth dan dengan mengharap bridesmaid ku yang cantik ayu comel lawa gorgeous bantu set kan props tu masa 08th September lepas, maka jadi la jugak photobooth cincai yang orang tak kan sangka tak ada screw. Haha.

Inspirasi photobooth ni dapat dari banyak sumber. First sekali of course masa Oshinz - ai itu Love update entry "Ombre Wedding". *sila la kelik link itu. mekasih*

Tetiba lepas mentengok entry Oshinz, rasa jatuh cinta yang amat dekat ombre tone ni. Dalam hati tekad la KONON nak DIY-ing lah SANGAT kain ombre tu lepas baca entry DIY : Ombre Fabric Backdrop. *sila kelik link yang ini pulak*

Dengan tak ada masa, busy memanjang dengan kerja office balik lambat selalu, buat preparation kahwin sorang-sorang, dengan bulan puasa lagi *alasan malas buat preparation sebab bulan puasa bulan ibadah*, dengan masa tu Joni the Hedgehog I sakit teruk yang perlukan perhatian sentiasa *rest in peace Joni*, harapan laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hakuuu nak DIY bagai! Tapi masa tu dating ada masa la pulak kan? Eh?

Dah dah. Sudah la Huda dengan membebel awak tu. Baik hang tunjuk sekarang ape mende la Ombre tu yang hang suka sangat. *tampar diri sendiri* Nah la tengok la gambar dekat bawah ni. Kalau jatuh cinta, jangan salahkan I. I tanak bertanggungjawab kalau korang merengek mintak dekat futurehubby ke hubby ke nak buat benda alah ni masa event korang. Haha.


*jatuh cinta guling guling tengok yang ini terus tekad nak buat jugak*

*boleh buat centerpiece jugak*

*centerpiece lagi*

*home decoration tak pun guestbook table props pun boleyyy*

*kek pun boleh buat ombre*

*terliur tengok*

*kelopak bunga. buat baju ombre pun boleh cuma I tak berkenan*

Ok dah cuci mata? My ombre style yang dasar busy tak ada masa malas DIY ni, I pergi beli riben kaler kaler dekat "Sayang You" dekat Semua House level U5 secara borong dengan banyak. Lepas tu tempat gantung baju/towel I buat sebagai bingkai untuk gantung/ikat riben tu. 

Dan finally, harus ada belon ombre jugak sejak terberkenan masa tengok Irine Nadia Marcello update entry Ballons Props yang I ada bebel dekat entry yang ini. *kelik perkataan ini tu untuk baca entry zaman tahun lepas* Belon pulak, I beli dekat "Balloon Buzz Party Center dekat Jalan Telawi, Bangsar.

Maka, ini lah hasilnya. Hasil tangan bridesmaid I yang gigih ikat satu persatu riben tu. Terima kasih banyak banyak banyak banyak dekat korang. *terharu* 


*tengok la tempat sangkut baju/towel ni. dah la tak ber-screw. cantum gitu aje*
*gambar pun rembat dari FB Eyra. Terima kasih sayangku. Kalau rajin nak membaca lagi, 
kelik entry entry tu. Sobs Sobs*


Okbai. Assalamualaikum. 
Kalau rajin esok update lagi. 

XOXO, H. Publish! *istanbul aku datang*


6 comments:

arepin on Thursday, December 20, 2012 4:45:00 PM said...

Gediknya guna nama H.

From A *Instanbul Aku Datang*

cik mah on Thursday, December 20, 2012 5:42:00 PM said...

wow...berjaya merealisasikanlah...comel je....idea menarik ni...

zarifahmr on Thursday, December 20, 2012 5:58:00 PM said...

omeinyeeew

Orked on Thursday, December 20, 2012 8:18:00 PM said...

Salam knaL DEar..

Sya dr perak jugak.. sya br foLLow bLog ni.free, visit/foLLow Sya jugak ek~
sya-orked.blogspot.com

Neyra Shazeyra on Saturday, December 22, 2012 9:05:00 PM said...

hahahahha rembat gambar dr fb aku eh ;p

Dkna Abza on Wednesday, June 05, 2013 2:38:00 PM said...

kreatif sampai penyidai baju pon boleh wat photobooth :)

 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.