Wednesday, May 14, 2014

Mohon terasa. Sekian.

Cuba baca 3 baris post dari Facebook Malindo Air.

Sekali dia smash mcm Dato' Lee Chong Wei smashed. Zappp!
Tersungkur jatuh ke gelanggang cuba nak return the bulu tangkis.
Tapi hanya mampu melihat bulu tangkis tergolek sipi-sipi nak keluar garis putih.

Tak pun macam Lin Dan smashed. Zappp!
Laju kalah kereta F1. Tepat kena dekat badan.
Tapi Lin Dan lepas kahwin  yakni sekarang apasal dah selekeh sangat?? Eh... (sempat lagi tu)

Adoi admin Malindo Air ni.
Tak ada sorok-sorok, terbuka direct terus dia kasi smash.

Mohon terasa kapal terbang merah.
Hahahaha....

Free no RM3 fee, ok.
(ketik untuk bacaan seterusnya)

Er....gelak-gelak pun masih beli tiket AA sebab Malindo tak ada route ke 'kampung halaman'. Aish...

After 6 months.


50 hari tak cukup.
Even after almost 6 months home...
Hari-hari, tiap-tiap malam still fikir macamana nak tinggal dekat sana.
TINGGAL.
Iya TINGGAL.
Nampak tu dua kali upper case nak stresskan word tinggal tu.

Walaupun bukan semua yang best dekat sana contoh tang makanan, tang nak solat tapi entah, 그냥 다시... 영원히 그 것에서 살고 싶어. 아마...

Mula la nak lupa diri tu.

Sunday, May 4, 2014

Biar lambat janji dapat; Big Shot craft machine

Setelah sekian lama, dari zaman berjinak-jinak dengan crafting felt sampai ke tahun lepas, akhirnya berjaya juga saya beli satu untuk diri sendiri. Dalam sibuk ikat perut, saving macam orang nak kahwin tahun lepas padahal saving untuk trip ke Korea je, akhirnya berjaya juga saya keluarkan duit sedikit untuk beli benda yang satu tu walaupun tahun lepas tak berkesempatan langsung nak buat craft. Tapi perasaan ingin memiliki mesin yang satu ni tak pernah padam.

Beruntung jugalah ada kawan yang boleh minta tolong bila diperlukan. Alhamdulillah. Walaupun setahun lebih baru sampai barangnya ke tangan sendiri tapi tak apa sebab jimat dekat bahagian bayaran tax dan pos. Banyak sangat jimatnya. Alhamdulillah.

So, saya beli mesin yang rasa-rasanya semua crafters duk pasang angan-angan hendak beli satu yakni Machine Big Shot. Mesin yang boleh potong segala tok nenek materials; kertas, felt, foam, kain dll. Tapi... sekarang dah jadi baker, duk pasang angan-angan nak beli Kitchen Aid pula. Tudia.

Tahun lepas, ada seorang kawan baik hendak pergi bercuti di UK, jadi saya kirim duit siap-siap minta tolong dia belikan. Shipping mesin tersebut terus ke rumah adik beliau yang waktu itu sedang belajar di sana (Adik si kawan tadi dah balik awal tahun ni, sebab itulah baru dapat mesinnya).

Kebetulan pula masa tu ada sales dekat Craft Superstore Online di UK dapatlah harga murah. Mesin Big Shot dan 2 set dies huruf dan shape tak cecah RM500 itu pun sebab tax apa entah yang kena bayar. Kalau beli dekat Malaysia, mesin sahaja harganya dah cecah RM580. Kalau dengan set permulaan pula tak silap mencecah RM700++. Alhamdulillah rezeki.

The machine and the dies

DIY Label 

Nutella Pods or Nutella Cookie Cups & The Label

My Cookies
Ingatkan  mesin tu tidaklah berat mana, tapi mak ooooi.... mesin gajah!!