Telah berjaya membawa diri berjalan-jalan ke Singapore pada 15 & 16 Jun 2012 yang lepas. Sebenarnya tak banyak sangat tempat yang dituju sebab 1 hari dah guna untuk benda lain.
Untuk selamat, saya guna 1 line je. Dari Changi Airport, saya tukar ke MRT purple line dekat Outram Park Station (kalau tak silap) sebab nak ke Chinatown beli souvenirs. Tapi sebelum tu dari airport kena guna MRT green line tukar dekat Tanah Merah Station... Hish!~~ Tak ingat dah pasal MRT tukar-tukar ni tapi tak payah risau. Tak susah sangat nak guna MRT cuma part yang susah ialah part nak keluar dari station. Banyak sangat exit. -_-;
Sebenarnya trip ni lebih nak mencabar diri sendiri sebenarnya dan saya belajar sumthing yang sangat berguna untuk trip-trip yang akan datang (insyaAllah). Kekeke... rasa nak gelak dengan diri yang bijaksana sangat.
Gambar pun tak banyak sebenarnya. Malas. Ada 4-5 keping je kut. Huahua....
|
Sky train dari Terminal 1 nak ke Terminal 2. |
|
Yeay! Berjaya sampai ke Chinatown selepas duk belek internet macamana nak ke sini. |
|
Tak ramai orang sangat |
|
Salah satu masjid yang ada dekat area Chinatown. Sederet dengan masjid ni ada restoran nasi beriani ke apa entah. Nama restoran tu Taj. Mula-mula nak makan McDonald je tapi sebab teringat dah 2-3 hari tak berapa lalu makan nasi, paksa kan diri juga makan nasi dekat Taj ni. Harga bolehlah tapi tolong jangan convert duit Malaysia. Huhu.... |
|
Tak tau apa motif ambil gambar bangunan ni. Huhu... |
|
Let's go!~ |
|
Macam nak sambut CNY pulak |
|
Salah naik train so tengah tunggu train nak ke Dhoby Ghaut. |
|
Dekat Dhoby Ghaut Station. Gila jakun. Bertingkat-tingkat dia punya interchange station ni. Memang boleh sesat. |
|
Kawan baru!!~ Hehe... Oh, masa ni dah sampai Airport Senai sebab ada sorang nak balik Sabah bah!~ |
Tu je gambar yang ada. 16 haribulan punya agenda adalah secret recipes. Annyeong!~ ^_^