Err... tajuk hari ini pelik sikit. Huhu...
Rasa hendak sengih dua puluh empat jam pun ada. Almost a year!! Tahun lepas waktu ni saya sibuk count down hari nak pergi Korea. Jakun lah, first time nak main salji. Ok, berbalik kepada cerita peminat yang malu tapi mahu. Huhu...
Hari ini bangun pagi lalu terus bersemangat bersiap untuk pergi berjalan di Time Square dengan tujuan mencari The Face Shop. Kejayaan mencari The Face Shop bakal membuatkan hari ini gembira segembira yang mungkin. Namun begitu, setelah ditawaf beberapa kali BTS tu, The Face Shop tidak berjaya ditemui walaupun saya tahu kedai tersebut macam ada di BTS. Makanya saya pun putus harapan untuk meneruskan pencarian. Tetapi, di dalam hati adalah sangat gembira kerana ini bermakna selamatlah duit saya.
Dipendekkan cerita, sewaktu hendak pulang ke rumah, saya sekali lagi cuba mencari The Face Shop dan.... tengtengteng!~~ The Face Shop berjaya ditemui. Macam ada keluar bintang-bintang dekat kepala dan akhirnya kegembiraan pun menjelma. Saya membeli sesuatu dan menerima sesuatu. Freebies!! Wee!~~
Terpaksa mengawal senyuman dibibir dek kerana 'menerima sesuatu' itu. Gembira bukan kepalang. Rasa macam peminat yang fanatik. Semua barang pun nak ada padahal selama ini takda ambil peduli pun. Takpalah, sekali ini je.
Tapi ini takda kaitan dengan peminat yang malu tapi mahu. Cerita dekat atas tu peminat lain.
Gambar tak berapa nak jadi bukti sangat. Dah katanya peminat yang malu tapi mahu..tepek lah juga gambar ni. Agak-agaklah kan, boleh teka tak apa cerita sebenar dari gambar ni?
Gambar ni memang ke laut betul tapi sebenarnya yang nak dihighlightkan ialah lelaki yang berbaju biru tu. Masa hendak balik tu, terserempak dengan dia dekat pintu masuk BTS tengah duk belek handphone. Sekali pandang dah boleh cam dah dia. Dengan bag badminton Victor tergalas dibahu tu. Memang sah-sah dia, Lee Hyun Il, Korea badminton player. Apalagi, tiba-tiba dapat idea nak follow dia dari belakang. Nak tegur macam jakun sangat pula jumpa pemain badminton. End upnya, saya menyorok dan ambil gambar senyap-senyap dari belakang tiang, Tak pernah-pernah buat macam gitu. Mahu ajak bergambar sama tapi malu lah. Huhu...
Tahun lepas, 23 Januari saya jumpa dia di airport, satu flight nak ke Korea tapi saya buat tak tahu je padahal duk curi-curi tengok dia orang. Huhuhu.... Jadi hari ini, hampir setahun kisah Dreams Come True tu...saya jumpa dia lagi. Tak sangkalah pula. Tujuan pergi untuk kegembiraan yang lain tapi lain pula kegembiraan yang mendominasi. Huhu~~ Peminat ialah peminat. Siap bercadang nak pergi Stadium Bukit Jalil esok sebab nak tengok Malaysia Open. Tapi sampai rumah, baca news... favourite double men players dua-dua tarik diri. Hmmm...nampak gaya macam tak pergi je.
Nota kaki 1: Baca news, err....pokcik Lee Hyun Il ni kalah game hari ini. Huhu...
Nota kaki 2: Hairan orang tak perasan dia dekat situ.
Nota kaki 3: Saya muskil, penginapan players dekat Hotel tu kah?