Okay, semua orang duk pakat Wordless Wednesday memanjang bila tiba hari Rabu
. Oh kenapa tidak buat sahaja
Rahsia Rabu. Maka apabila tiba sahaja hari Rabu, bolehlah kita pakat beramai-ramai seluruh alam
berkongsi rahsia yang tak berapa nak rahsia sangat. Yang sungguh-sungguh rahsia biar pecah diperut jangan pecah dihujung jari (??)
Atau mungkin juga kita boleh buat
Rindu Rabu . Contoh aktiviti Rindu Rabu adalah seperti
menulis surat untuk kekasih yang dirindui, surat untuk ibu bapa yang jauh dimata tetapi dekat dihati dan sebagainya. Kiranya setiap hari Rabu jer, kita tulis surat. Cuba bayangkan kalau tiap-tiap minggu kita tulis surat, setahun sudah berapa keping surat kita tulis kan. Selain dari meluahkan perasaan sayang, bolehlah juga kita praktis menulis karangan Bahasa Melayu atau paling tidak pun boleh
mempopularkan kembali aktiviti surat-menyurat yang dah tenggelam dek arus pembangunan moden. (Aik? Bukan main lagi ayat).
Bagaimana idea saya, bernas? Tidak?
Sebab tajuk yang saya pilih hari ini ialah 'Words Wednesday', makanya saya harus menulis sebanyak perkataan yang boleh hari ini. Hohoooho... aktif sedikit hari ini memandangkan telah menikmati makan tengah hari di jam 10.30 pagi, pagi tadi.
Bukan apa, sebenarnya nak kongsi gambar ini saja. Bila tenung-tenung balik, kelakar pula rasanya. Entah kelakar tang mana pun cheq tak tau. Mungkinkah kerana lelaki yang didalam bulatan itu atau mungkinkah yang membuat simbol keamanan a.k.a peace itu. Huhu...
Err...
layak tidak gambar ni nak masuk bertanding? Part ni yang paling serius sekali untuk entry kali ni. Yang atas-atas tu, mukaddimah sahaja . Hehe...
Oh, ini sebenarnya pekerjaan jejaka-jejaka bermata sepet itu sebelum dikerah mengambil gambar dengan pelancong kagum seperti saya. Hoh, kagumlah kalau dah tengok persmbahan pusing-pusing macam pendekar keris hitam (??).