Hari ke-15, huh!~ *sambil kesat peluh didahi*
Cerita menarik tak berapa nak ada sangat. Jadi mari kita menggoreng.
Satu
Hari ini saya telah rajin. Rajin lebih sedikit dari semalam. Sikit sangat rajin dia. Sikit! Berulang-ulang pula perkataan rajin dan sikit di situ. Cuba teka dekat bahagian mana yang saya hendak stress kan sebenarnya. Rajin sikit sebab hari ini saya telah pergi mengasapkan dapur. Gigih saya memasak lauk Ayam Masak Lemak Cili Padi. Namun begitu lauk tak berasa cili padi sangat. Patutnya saya masukkan sebelas dua belas tiga belas biji cili padi barulah berasap telinga. First time masak lemak cili padi. Huhu...Gigih memperbaiki skill memasak. Lepas ni saya nak cuba masak kari pula. Tapi kari bukan dalam kategori kegemaran. Mungkin boleh buat mee kari di suatu hari yang cerah kelak.
Nampak je nasi itu macam banyak, namun pada hakikatnya pengambilan nasi telah dicatu. T___T
Dua
Kisah kacang dan botol. Rasanya berapa ringgit botol kaca ni kalau beli borong 1000 - 2000 biji agak-agak korang? Saya sangat tertarik dengan idea ni sebagai goodies untuk kenduri kahwin. Kelihatan mahal dan smart dan elegant. Emm...Boleh ke dikategorikan elegant? Tapi yang lebih utama dekat sini ialah untuk mengelakkan pembaziran. Adalah sangat mengecewakan kalau barang yang diberi kemudian dibuang begitu saja. Tambah-tambah lagi kalau kenduri yang bagi telur atau gula-gula dalam kotak kertas tu. Kotak kertas tu nanti ke tongsam laa jawabnya. At least kalau bagi botol kaca macam ni, tetamu boleh re-use balik. Contoh macam isi serbuk perasa makanan cap Maggi ke, serbuk lada hitam ke, homemade kaya ke dan sebagainya.
Tapi kalau sayalah, instead of peanut, saya pilih biskut bulat-bulat yang atasnya ada gula seco'et warna-warni tu - pink, apple green, yellow. Yang ala-ala ice cream tu bentuknya. Tapi mungkin boleh buat dua jenis, satu isi kacang dan satu lagi isi biskut ice cream tu. Satu untuk kanak-kanak dan satu lagi untuk orang dewasa. Menarik menarik.
Haish!~~ Terbayang-bayang pulak dekat dalam kepala ni botol-botol kaca siap berisi biskut-biskut ice cream tu tersusun cantik di atas meja
. Agak-agak la kan, 5-6 tahun lagi, dah basi ke idea ni? Hmm...
Tak tahu kenapa, tapi suka sangat. Simple yet elegant and smart. Tak perlu nak tempek-tempek ribbon yang kena buat seketui-seketui. Tak terfikir pun yang boleh design sticker comel-comel dan tempek saja. Jimat masa dan tenaga. Jimat wang tak berapa nak pasti sangat sebab tak berapa nak arif bahagian printing ni.
Selain botol kaca , ada satu lagi idea yang saya dapat dari wedding ni. Tengoklah, kut-kut boleh digunapakai time majlis saya suatu hari nanti. Bila? Wallahu'alam.
Nah, siap ada video lagi. Kenal kumpulan Mirwana? Saya kenal tapi tak ambil port sangat. Err... itu goodies yang saya dapat dari majlis walimah mereka, belah pengantin perempuan.
** Hmm...ada satu lagi video saya record dalam handphone ayah. Nanti-nanti, rajin-rajin saya letak dekat sini. Video tu ngeng sikit.
Tamat menggoreng. Mahu sambung menggoreng di tempat lain. Annyeong!~~