Huh!
Asal tajuk mengundang ereksi saja, gerenti ada yg click. Kehkehkeh! Biasa la, dah nama pun manusia bernafsu. Aku pun kadang-kadang terkelendat jugek.
Hah, apa aku nak bagitau ni?
Scene game online ni, sebenarnya aku dah lama tinggalkan. Dulu masa study kat Universiti, scene game online memang tengah up kaw-kaw time tu. Yes, aku x main ROSE Online, tapi masa tu aku adalah batch yang terawal main Thang Online. Hmm, kisah nya bermula bila mana aku, Teddy dan Adi Germocks balik Melaka awal dari tarikh biasa. Masa tu cuti semester, dan ramai diantara kami yang masih lagi spent cuti di kampung masa tu. Entah kenapa aku terasa nak datang Melaka awal, mungkin disebabkan masa tu arwah mak aku takde kat rumah. Ada rombongan JKKK pergi melawat Taman Burung kat Penang kot.
Showing posts with label kisah retro gua. Show all posts
Showing posts with label kisah retro gua. Show all posts
Friday, May 23, 2014
Friday, October 5, 2012
Lain Orang, Lain Bahagianya
Tadi gua ada terbaca satu tuit dari seorang pengarah tersohor negara (gua tanak sebut siapa), memberitahu dunia yang bini dia telah menghadiahi beliau satu MacBook Air sebagai birthday present. I was like.....fuyooo! MacBook Air tu, bhaii. Senang senang saja dapat hadiah osem macam tuh. Bertuahnya badan lu, bang Aziz...
*Aww shiit. Gua dah tersebut nama pengarah tu*
Tapi, bukanlah tujuan gua kat sini nak rant pasal berapa mahal hadiah harijadi tersebut. Bagi gua, lain barang, lain hepinya. Lain harga, riangnya tetap sama. Hadiah harijadi kot? Kalau gua dapat 3 batang pensel 2B, even pada umur gua yg dh nak masuk 3-series ni pun gua still meloncat keriangan. At least, ada orang lagi yg masih sedar kewujudan gua.
Me?
Terus terang gua cakap, first time gua dapat birthday present (yang betul betul dalam bentuk objek) adalah masa jadi tunangan Banker Permatang Pauh. Itu la first time gua dapat hadiah yg gua rasa mahal, diraikan di tempat yang orait, bersama mi carnales yang gua sayang.
Zaman kecik gua lain benar sambutannya. Seingat gua, sekali saja Arwah Mak gua pernah buat majlis makan-makan ketika menyambut harijadi gua. Itupun time gua berumur 7 tahun. Masa tu, gua tengah main guli kandang bersama 4 orang lagi budak-budak kampung depan rumah. Jan, Pin, Lan dan Pian. Best buddies gua masa zaman 'halkum masih belum mahu timbul'.
Tengah turn gua ambik position nak parker tu, tiba-tiba arwah mak kelui:
"Mat...panggil kawan-kawan hang lekaih. Mai masuk rumah, makan......."
Terkebil-kebil jugak gua time tuh. Pin & Lan berhenti dari bermain, dan terus mengutip lebihan guli dalam kandang. Pian dan Jan dah mula melonjak keriangan. Diorang nie, kalau hal pasal makan, memang laju!
Masuk saja dalam rumah, 5 pinggan laksa dan satu jug sirap dah terhidang. Itu jam, double terkebil-kebil. Gua terus mendapatkan arwah yang sedang mengelap sudu-sudu yang baru dibasuh.
"Makan-makan apa ni, mak"?
"Alah...mak buat makan-makan kecik saja. Hari nie kan hari jadi hang..." balas arwah tersenyum.
(Rindu betul gua dengan senyuman tu. Entah bila lagi nak dapat...)
"Tapi...............Mat tak makan Laksa." ujar gua serius.
KLONG!
Kepala gua disekeh. Sakitnya bukan kepalang.
"Jangan banyak cakap. Pi duduk dengan depa nuh. Makan!" tegas arwah. Garang betul dia time tuh. Tapi gua tak heran. Arwah sangat garang orangnya.
Memang masa tu, gua tak suka makan laksa. Gedik sungguh bila pikir-pikir balik.
Masa gua berpaling ke tempat makan, gua tengok keempat-empat malaun tu tengah sedap membantai laksa. Lapar betul mereka. Setahu gua, scene lapar sangat-sangat ni biasanya muncul selepas kami layan aktiviti mandi sungai tanpa pengetahuan ibu bapa. Ha! Yang itu baru betul-betul lapar. Entah bila pulak main guli pun boleh apply konsep yang sama? Bukannya bakar kalori sama macam berenang pun!
Longlai gua berjalan mengusap-ngusap kepala. Gua perasan ada sikit lekuk dah start berkawah. Mak gua punya skill sekeh memang chempien. Itu pasal masa kecik, gua tak berani langsung nak dapat bawah daripada no.2 di dalam kelas. Nak mampos? Kata orang utagha, "memang lari tak cukup tanah la lepas tuh..."
Gua duduk di tepi Jan. Masa tu sungguh gua tak makan, sebab memang gua tak makan laksa.Gua hanya memerhatikan saja gelagat budak-budak ni makan sampai terpercik-percik kuah ke baju. Pin makan sampai terpelanting asam keping jatuh ke lantai. Jan pulak kutip asam keping Pin lalu di sumbat ke dalam mulut Lan. Lan marah, lagi membaling sudu yang dipegangnya ke muka Jan. Jan tepis, *dusyum* lalu sudu tersebut jatuh dalam mangkuk Pian. Kuah laksa Pian terpercik ke muka. Mata Pian pedih. Pian menangis.
Gua bantai gelak. Jan pun bantai gelak. Keempat-empat kami gelak besar bila Pian start meraung kepedihan. Apa barang menangis sebab kena kuah Laksa, itu sangat ponen.
Arwah mak datang menghampiri kami. Jauh disudut hati, gua rasa dia sangat malu tengok perangai tak senonoh kami berlima. Kalaulah keempat-empat malaun tu adik beradik gua, dah lama diorang makan penampor dengan arwah. Kahkahkah!
Arwah menuang sirap ke dalam gelas. Lalu dihulurkan kepada gua yang sedang memerhatikan kawan-kawan gua bercakaran 'manja' sesama sendiri.
"Nah...ambik air ni. Selamat Hari Jadi, sayang mak...." ucap beliau perlahan. Lantas ubun-ubun gua dikucup.
Gua terdiam....
Masa itu jugalah, dada gua berasa sangat sebak. mata gua berkaca. Tipulah gua cakap kalau hati gua tak tersentuh. Terus gua peluk arwah erat-erat dan menangis. Arwah tersenyum sambil membelai belai helaian rambut gua.
"Dah...dah. Toksah dok menangis dah. Makan laksa tu lekaih. Penat mak buat." ujar arwah.
Sambil mengesat air mata, gua menyudu kuah-kuah laksa yang makin kurang sebab dah dibiarkan kembang. Memang gua tak gemar sungguh makan benda ni. Tapi, demi nak jaga hati orang tua, gua suap jua. Itu jam, Pian sudah berhenti meraung. Bila mereka tahu gua menangis secara tiba-tiba, segera mereka bantai ketawa berdekah-dekah. Suasana petang yang suram itu kembali dipecahkan dengan turn gua pula yang kini dibahan.
Ahh, gua peduli apa. Memang gua anak mak. Ponen pun ponenlah!
Itulah hadiah harijadi (versi sambutan) yang paling gua ingat masa gua kecik.Gua percaya, kalau bukan soal kemampuan, segala jenis patung robot yang tengah up time tuh, memang senang-senang saja gua rekues kat arwah mak, dan gerenti dapat. Tapi, hakikatnya, arwah mak hanyalah sa-orang operator kilang Pentex yang hanya bergaji RM480 sebulan. Kekangan perbelanjaan dan kerja keras beliau mengajar gua untuk tidak meminta-minta dah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Cukuplah sekadar jamuan kecil makan Laksa sebegini, hati gua dah cukup gembira.
Terima kasih mak.
*******
NOTAKAKI:
1. mi carnales - My brothers. Homies. Brothers from another mothers. Kengkawan rapat.
2. parker - sejenis skill tuju dalam permainan guli.
3. lekaih - segera
4. depa - mereka
5. memang lari tak cukup tanah la lepas tuh... - You're dead!
6. ponen - bapuk, lembik, she-male
7. Toksah - tak usah
Friday, September 9, 2011
A Special Tribute
Zaharah Binti Adnan - 7/9/1952 to 14/2/2009
“A special tribute to a very wonderful, loving and kind-hearted mother…”
Gua ingat nak tulis tribute nie semalam, sewaktu tarikh harijadi arwah ibu gua yang ke-59. Tapi, disebabkan kawalan emosi tak berapa nak tenteram, gua simpan tribute nie pada hari nie. At least, sebak dan hiba gua dah kurang sikit. Gua nie nampak jer hard-ass steel, tapi when it comes to mother, mata gua kadang-kadang selalu masuk habuk jugak…heran betul! (Alasan..)
Labels:
gua sayang arwah ibu,
kisah retro gua
Tuesday, August 16, 2011
Pengalaman Gua Berjumpa Bomoh Patah
*Gambar sekadar hiasan
Bak kata Obefiend:
“Ini…ini amat senggama minda”
Dulu masa zaman belajar, lutut gua pernah injured. Mat saleh describe lutut gua nie ada kena mengena dengan ligamen. Dia punya perit memang tak pandai gua nak cerita. Kaki gua takleh nak lurus. Bengkok stail-stail ‘V’ shape. Nak jalan memang susah. Gua terpaksa terhincut-hincut selama 2 bulan. Kalo dah berjalan rumit, nak lari memang la tak dapek, apatah lagi nak lari pecut berganti-ganti. Time tu, kalo orang offer gua kasik pinjam ‘wilcha’, gua accept tanpa banyak bunyi.
Arwah mak gua dah habih ikhtiar dah tengok anak dia jalan ‘terlompat-lompat’ hampir saban hari. Macam-macam dah dia buat. Kunyah dan ludah daun sireh atas kaki gua, kapit dengan Apit G, urut guna minyak serai dan bermacam-macam lagi. Sesekali pernah jugak dia bantai gelak, tapi memandangkan kesakitan gua nie bukan lakonan, dia cuba minimizekan volume gelak itu. Hinggalah pada satu hari ketika beliau bergosip bersama Mak Long Nab ketika sama-sama menjemur udang di belakang rumah, Mak Long Nab ada mencadangkan agar membawak gua berjumpa seorang ‘Bomoh Patah’ yang agak gah di area-area pekan Bukit Minyak.
“Bomoh Patah?”
“A’a. Pi cepat siap. Hang nak cepat baik,kan?” ugut arwah mak terhadap gua.
“Mesti la nak. Tapi….” Gua berseloroh. Ada sedikit perasaan tak konfident.
Apa jadahnya Bomoh Patah ini?
Petang tu, gua di’cempung’ oleh Pak Ngah A’aq lalu diletakkan di dalam kereta beliau. Arwah mak duduk di seat passenger depan. Pak Ngah drive. Gua dok belakang macam bos. Fuhh, kalo ada cigar nie, mesti nampak macam el-jefe. Setelah semuanya ready, menyusurlah sebuah kereta Datsun kaler Hijau Pokok Pisang melangkaui pekan Nibong Tebal, menyusuri Kampung Teluk Ipil. 40 minit jer drive, kami sampai la di rumah bomoh patah nie. Gua dari dalam kereta lagi tak sedap hati. Saspen jer sepanjang perjalanan. Perkataan ‘patah’ tu yang buat gua tak konfident sebenarnya. Adakah dia akan mematahkan kaki gua dulu sebelum membetulkan tulang-tulang mana yang bersimpang?
Ahh, gua panik!
“Assalamualaikum…” arwah mak memberi salam. Dada gua berdegup kencang. Peluh-peluh jantan mula memercik membasahi pipi kering gua.
“That’s it! I’m fucked” getus hati kecil gua.
Beberapa ketika selepas salam yang pertama itu, muncul seorang tua yang lewat 60-an yang hanya berkain pelekat di muka pintu. Juraian serban tersisip kemas di kepala menandakan dia baru saja selesai Solat Asar. Cis, pakai la baju pakcik oii..solat kot?
“Nak mengurut ka?” tanya orang tua tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Pakcik ‘M’ di kalangan penduduk Kg.Teluk Ipil.
“A’a pakcik. Lutut anak saya nie, bengkak kenapa ntah? Dah dekat 2 bulan kaki tak boleh nak lurus-lurus lagi. Heran jugak.” Arwah mak gua explain detail gila. No need to save it after minum teh O.
“Kalo macam tu, naik la”
Setelah dipelawa, gua masuk dalam rumah Pakcik ‘M’ dengan dipapah oleh Pak Ngah A’aq. Rumah Pakcik ‘M’ nie sangat simple. Susun atur sofa klasik milik beliau sangat teliti. Dari cara beliau menghiasi ruang tamu, gua agak muda-muda dulu dia tukang masak Rejimen Askar Diraja. Gua perasan tikar getahnya tiada sebijik pun taik cicak kering yang mengotori lantai beliau. Jelas beliau memang seorang pesara kerajaan yang pembersih. Ahh, gua buat assumption lagi.
Dipendekkan cerita, lepas pekena secawan Teh O cap Burung Bayan, dan lepas mak gua brief lagi sekali sedetail-detail pasang kaki gua nie, Pakcik ‘M’ menjalankan tugas beliau. Dengan serta merta, dia turun bersila dari kusyen klasik beliau, dan bersila. Kami yang duduk atas kusyen tetamu nie agak tergamam dengan perilaku orang tua itu. Selaku tetamu, amat kurang sopan plak sekiranya tuan rumah duduk duduk di lantai, kami mengada-ngada dok atas kusyen. Harapan nak makan penyapu lidi amat tinggi ketika ini. Namun, Arwah mak gua dan Pak Ngah A’aq steady. Tak rasa bersalah pun. Gua jer rasa lebih-lebih. Chait!
Dengan mulut terkumat-kamit, Pakcik ‘M’ merapati kusyen beliau. Dicarinya kaki kusyen yang berdekatan dan diusap-usap manja. Beberapa kerat jampi serapah beliau utarakan dengan perlahan. Matanya terkatup rapat. Usapan-usapan, disusuli dengan urutan dikenakan terhadap kaki kusyen itu.
Mulut beliau terkumat-kamit lagi....
Dan lagi....
Dan lagi...
(3 minit berlalu)
Gua blur! Arwah mak pun blur. Pak Ngah A’aq lagi la. Dari tadi nak bantai gelak, tapi beliau tahankan aje. Kelihatan Pakcik ‘M’ sudah selesai dengan jampi beliau. Tersandar beliau di kusyen sambil mengelepiar-lepiar tangan beliau akibat lenguh tadi.
“Sudah selesai...mudah-mudahan baik la kaki anak nie” jelas orang tua tersebut.
“Dah sudah ka pakcik?” tanya arwah mak yang agak blur.
“Dah..”
“Jadi berapa pengerasnya pakcik?”
“Bagi ja la berapa pun, asalkan ikhlas sudahh...” sambung orang tua itu sambil menyalakan sebatang rokok daun.
Setelah urusan serahan pengeras selesai, gua kembali dipapah masuk kereta. Arwah mak kelihatan agak sedikit bengang. Tahap bengang beliau gua detect ketika dia menutup pintu kereta Datsun. Bergegar satu kereta dia punya ‘DUSHUMM!’. Pak Ngah A’aq terus memandu kereta tanpa berkata apa-apa.
Dalam perjalanan balik, emosi gua dalam kereta dah makin tak tenteram. Fikiran gua berkecamuk. Gua rasa dirompak. Ini ker konsep bomoh patah?. Berlainan dengan konsep tukang urut tradisional, lokasi / point of pain akan di’kerja’kan betul-betul. Setiap sendi diurut cermat-cermat. Sakit memang la sakit. Sampai gua niat nak dendam dengan tukang urut tu sampai mati. Tapi, konsep bomoh patah nie memang agak ‘senggama minda’. Lutut gua langsung tak disentuh. Urut apatah lagi la. Siap dapat pengeras plak tu. Gua ada tanya arwah, berapa dia kasik pengeras. Kata beliau, pesan Mak Long Nab suruh hulur RM25++.
Perghhh! Sangat easy money!
Gua tensen!
Datang jauh-jauh, dia hanya urut kaki kusyen rumah dia?
P/S: Hari tu, campur duit minyak kereta Pak Ngah A'aq, duit mak gua terbang 50 ringgit. Gua bajet Mak Long Nab dengan Pakcik ‘M’ nie ada komplot.
P/S: Ending? Kaki gua tak baik pun...seminggu lepas tu gua pegi theraphy kat Klinik Azam. Baru lega.
P/S: Ending? Kaki gua tak baik pun...seminggu lepas tu gua pegi theraphy kat Klinik Azam. Baru lega.
Gambar gua cedok dari Iejam :: Minami
Friday, June 24, 2011
Cleaning Out My Closet...#1
Hard disk gua dah mula tunjuk tanda-tanda nak kong. Cilakak, kali nie dah masuk 3 bijik HD 500gig gua kaput! Mati arr tiap-tiap kali gua nak transfer data-data 'penting' dalam storage baru. Storage baru tu satu hal, bab kopak duit tu pun satu hal.
Bila tiba hari Jumaat, keja dah tak berapa banyak. So, gua ada la masa sket nak buat desktop clean-up. Dalam dok tengah transfer file dari HD lama tu, tetiba gua terjumpak gambar nie. Puh, nie la kenangan gua yang paling syok semasa gua jadik student Matrix ITTAR dulu.
H.A.B.L.U.R
Hablur nie nama band kami masa zaman-zaman remaja baru nak naik dulu. Pikir-pikir balik, lawak juga masa darah muda masih panas dulu. Segala benda nak memberontak. Sket-sket nak rage.Kahkahkah! Lawak betul zaman nie.
Hablur nie official 6 orang sebenarnya. Yang tukang ambik gambar nie, Hafiz, kitorang assign merangkap pengurus dan official photographer jer sebenarnya. Kahkahkah! Photographer tu. Padahal zaman tu, kamera jenis kena isi kodak punya style. Tu pun jalan...on aje!
Yang pakai baju perang sambil tunduk bajet Tom Morello tu, Zamri nama dia. Lead guitar.Bengis, ganas dan orang yang paling last skali gua kross kalo nak ajak gadus. Jangan main-main dengan mamat nie. Telan gigi sendiri kang. Tapi, skill goreng dia dasat. Stakat nie, dia la orang first gua tengok goreng gitar sambil kacau megi dalam baldi. Skang lokasi dia gua tak pasti sangat. Bangi rasanya. Tapi, masa gua kawen, dia datang. Tenkiu fren.. #manlyTears
Yang pakai baju melayu pink, kepala botak tu, Din. Main bass. Posing nak daring. Main bass sambil sandar kat dinding. Dasar berat telor. Kahkahkah! Seorang follower yang taat. Dia nie terus gua lost kontek. Kat mana dia keja skang pun gua dah lost. Lepas habih matriks, lost...totally lost damn it!
Yang brader pakai cap, nampak kepala jer tu arwah Atok. 2nd guitar, rhythm Hablur. Arwah meninggal tahun 2004 kalo tak salah gua. Eksiden dengan lori masa on the way nak balik kampung dari UTM. Masa hari pengkebumian, gua datang melawat arwah kat Tanjung Keling, Melaka. Banyak kenangan kitorang dengan Atok. Semua yang jahat-jahat jer la. Alarh, jahat zaman remaja. Apa la sangat. Balik-balik skodeng, panjat pagar, ponteng surau, ponteng puasa, ponteng prep, curi nasik lemak tak bayar. Cemtu-cemtu jer la. Kehilangan Atok amat kami rasa. Dia la pillar of strength band nie. Sapa yang baca entri, harap-harap sudi la sedekat al-Fatihah kat beliau. Moga-moga arwah bersemadi dengan aman disana. Sedekat kat arwah mak gua skali. Al-Fatihah.
Yang brader tengah-tengah, pegang mic tu...lu orang pikir la sendiri. Gua malas nak elaborate.
Huh!
P/S: Gila kurus gua dulu. Arghhhhh!
Monday, January 24, 2011
Kenangan Mengusik Jiwa...#1
Gua tarak kena mengena dalam gambar nie
Tahun 1992
Walaupun baru darjah 3, gua adalah antara budak Sekolah Kebangsaan Sg.Setar yang amat digeruni satu ketika dulu. Bukan kerana faktor fizikal gua, tapi kerana ke’dasat’an gua dalam mengungguli sukan guli. Pergh, sungguh hebat gua rasa pada zaman tu. Walaupun pada ketika itu fesbuk masih belum wujud, namun bukti kehebatan gua sudah diperdengarkan di seluruh Kampung Simpang Tiga. Gua rasa, kalo ada fesbuk time nie, satu town Nibong Tebal mungkin kenal gua!
Pada ketika itu, gua satu-satunya mamat yang mempunyai koleksi kutipan guli yang paling tinggi dalam kampung Simpang Tiga. Sekali sekala tiap-tiap hujung minggu, gua akan mengira jumlah guli yang berjaya gua ‘rampas’ dari kutu-kutu kampung. Ada la lebih kurang 800++ bijik. Nilai kutipan ini memerlukan 5 tin besar susu DUMEX sebagai ruang penyimpanan.
Biasalah, kalau dah simpan guli banyak-banyak nie, ruang penyimpanan gua mesti efisyen dan lengkap dengan sistem sekuriti yang mantap. Ini kerana, banyak gua terima ugutan-ugutan mengarut dari Jan, Duan anak Pak Hassan Tampong dan Lan Landak yang bertekad mahu mencuri koleksi gua bila ada peluang. Memang gampang,kan? Mujurlah gua berjaya membuat deal dengan Kak Ina, kakak sepupu gua yang pernah obses dengan teknik bermain guli gua pada ketika itu. Mengikut perjanjian, beliau bersetuju menjadikan ruang bawah katil beliau sebagai tempat persembunyian koleksi guli gua, dengan bayaran 7 bijik guli setiap minggu.
Kalau beli guli kat kedai Ah Chet, 7 bijik guli gua boleh beli dengan harga 10 sen (pada ketika itu la). Tapi, kalau dah namanya ‘superstar’ kampung, 7 bijik tu tiap-tiap hari gua boleh kasik free kat Kak Ina! Apalah sangat amaun tu kalo nak dibandingkan dengan hasil untung yang gua kaut tiap-tiap petang. Kah kah kah!
Baik dalam main ‘kandang’,‘urat’ mahupun ‘parker’, kepakaran gua dalam mem’parker’ (teknik tuju) sememangnya menggerunkan pihak lawan. Tiap-tiap petang lepas mengaji, gua akan bertandang ke port guli rumah Pyan untuk mengaut keuntungan. Biasanya gua hanya akan bawak 11 bijik guli. Buat modal. ‘Gun’ gua (‘guli ibu’ mengikut definisi setengah-setengah orang), yang beri nama ‘Gun Mamat’ memang sentiasa mempamerkan aksi cemerlang dalam membunuh, mentitik dan memecahkan ‘gun-gun’ pihak lawan. (disebut sebagai ‘goon’, bukan ‘gun’ senapang tuh!).
‘Gun Mamat’ mempunyai kisah retoriknya yang tersendiri. Dulu, pernah Jan bertanyakan gua macamana nak ‘bela’ gun ini untuk lebih konsisten. Rumours yang gua dengar dari ‘King’ guli daerah Teluk Ipil memang betul-betul tahyul. Depa percaya yang ‘gun’ boleh membesar jika dijaga dengan rapi. Bukan membesar jer, tapi siap boleh improves accuracy time nak ‘parker’ lagi tuh! Untuk menjadikan ‘gun’ korang power, setiap malam sebelum masuk tido, ‘gun’ itu mesti direndam dalam kolah bilik mandi rumah masing-masing. Nak lebih afdal, rendam dalam kolah masjid! Seelok-eloknya jam 10 malam keatas. Tapi awas, ada pantang larangnya. Bila dah rendam, sape-sape pun takleh guna bilik air tu sampai azan subuh, kerana dikhuatiri akan mengganggu proses tumbesaran guli tersebut. Gua penah jugak try skali, tapi lepas kena tempeleng dengan arwah mak, terus gua stop. Gila apa takleh guna bilik air time tengah-tengah malam!
Setelah puas mem’potek’ Pyan, Pin, Jan dan Lan Landak, gua biasanya akan pulang sambil tersenyum. Kiri kanan poket gua memang penuh dengan hasil kemenangan. Untuk pengetahuan semua, route balik gua dari port rumah Pyan, secara automatiknya akan melalui halaman rumah Toksu Bibah. Biasanya sekitar pukul 6.45 petang, Toksu Bibah akan berkeliaran di halaman rumahnya untuk mengait buah cermai.
“Untung banyak ka hari nie, Mat?” tanya Toksu Bibah sambil mengunyah buat cermai.
“Ada la sikit Toksu, dalam 80 bijik…” jawab gua dengan yakin.
“Tu awat jalan kengkang tu? Getah pinggang seluaq hang putuih ka?” tanya beliau dalam nada yang menyindir.
“Tak dak aihh…kiri kanan poket penuh guli. Kalo tak pegang pinggang seluaq nie, satgi terlondeh plak..” jelas gua untuk menjernihkan keadaan.Takut dia pikir lain plak...bahaya.
4 baris dialog diatas adalah perbualan normal gua tiap-tiap hari dengan arwah Toksu Bibah. Tu jer dialog tetap kami tiap-tiap hari, berlarutan hingga gua habih darjah tiga. Jumlah ‘potek’ nie kadang-kadang ikut mood. Kalo gua tak berapa boleh fokus ketika main, dalam 60 bijik jer la gua bawak balik. Tapi kalo hari tu mutu permainan gua ‘ekselen’, mau dekat 100 bijik jugak gua boleh kaut. Ikut nasib.
Tapi, kemantapan gua sentiasa mengundang iri hati dan bengkek di kalangan kutu-kutu kampung. Pyan sebagai tuan punya kandang atau event organizer, pernah mengharamkan gua dari menjejak kaki ke port beliau, kerana takut guli-guli mereka habih di’potek’. Pin toksah cakap la. Hari-hari menangis sebab balik dengan tangan kosong. Jan pernah 'leaks' kat gua, disebabkan terlalu sakit hati, Pin pernah mintak doa kat Allah lepas semayang Jumaat, supaya tangan gua ‘pengkaq’, dan gua akan hilang focus semasa bermain. Begitulah seriusnya permainan guli time zaman gua kecik-kecik dulu.
Namun, semua ini gua hadapi dengan tabah. Biasalah, hero mana boleh sentap,kan?
Malah…
Mutu permainan gua makin konsisten. Dalam masa 3 hari, gua berjaya menambah satu lagi tin DUMEX, menjadikan keseluruhan kutipan gua mencecah 6 tin. Gua punya gumbira toksah dok kata la time tu. Ratio penjualan guli di kedai Ah Chet tiba-tiba meningkat, kerana budak kampung tak putus-putus memborong guli di kedainya. Habih kena ‘potek’ je, kayuh basikal ke kedai Ah Chet. Maunya tak kaya apek tuh!
Segalanya berakhir bila gua dapat result peperiksaan darjah 3. Buat kali pertamanya, gua dapat nombor 3 dalam kelas. Sebelum-sebelum nie, gua maintain nombor 2 je. Time tu, nombor 1 selalu dikebas oleh Syahanim Salleh (skang dah jadi doktor kat Hospital Seberang Jaya). Entah cemana, gua punya result boleh jatuh satu anak tangga plak. Mengamuk la arwah mak. Alasan beliau, main guli boleh konsisten, kenapa study takleh konsisten? Aduh…alasan arwah memang konkrit. Gua tak dapat nak melawan. Amukan arwah mak memang buat gua kecut. Tak cukup dengan penampar, 6 tin DUMEX koleksi peribadi gua melayang straight.......ke dalam sungai Kerian.
Hati gua luluh…
Tahun 2010
Lokasi: Sunway Lagoon (Amusement Park)
Gua, Banker, Mie & Dayah (adik ipar gua) pegi berhibur sambil nak rilek-rilek kepala hotak di Sunway Lagoon. Ketika merentasi perkarangan ‘Pirate Revenge’, gua terpandang Amusement Park, yakni tempat main permainan kanak-kanak yang kalo terer sket boleh dapat Teddy Bear. Alarh, tempat main tangkap-tangkap itik, baling dart kat belon, tuju tin…tempat-tempat camtu la.
Cantek! Idea sudah mari.
Dah nampak teddy bear nie, gua saja la nak buat romentik-romentik, konon nak buat seprais dekat bini gua dengan memberi beliau sebuah Teddy Bear hasil dari main benda-benda kat situ.
Dengan machonya, gua arahkan Banker duduk di kerusi menunggu. Gua bagitau dia, gua nak hadiahkan Teddy Bear kaler Pink ala-ala Mr.Lotso dalam Toy Story III tu. Gua mengeluarkan RM4 dari kocek dan terus ke kaunter Token. Niat gua, gua nak menang 1st prize kat Booth No.4, tempat main tuju tin.
***
15 minit berlalu…
Dengan muka ketat, gua blah dari booth tu. Gua perasan, Banker serba salah nak tegur gua. Gua nekad, satu hari nanti, gua nak haramkan XboX360, PS3, PSP atau mana-mana permainan konsol berada dalam rumah gua. Gua nak anak-anak gua nanti, chempien main teng-teng, galah panjang, tuju tin, guli, tuju selipar dan beberapa lagi game-game tradisional. Gua serius kali ni!
Apa kejadahnya gua tuju tin satu pun tak jatuh??
NOTA KAKI:
1. 1 token berharga 4 ringgit. Kalo 4 token?2. Gua rasa tragedi Sunway Lagoon tu adalah kesinambungan sumpahan Pin kat gua 19 tahun lalu. Huh! Mesti punya…
3. 'Potek' bermaksud mengaut guli-guli pihak lawan yang kalah ketika bermain, tanpa rasa belas kasihan.
4. 'Pengkaq' bermaksud aligment tangan ada lari sedikit; dan menjejaskan teknik 'parker'.
Gambar dicedok dari Fak Yeah
Labels:
gua sayang arwah ibu,
hobi ayob,
kisah retro gua
Subscribe to:
Posts (Atom)