Showing posts with label KAMUS IDUP. Show all posts
Showing posts with label KAMUS IDUP. Show all posts

Apr 28, 2010

JANGANLAH SUGGEST DIA JADI FRIEND FB AKU..AKU TAK MAU!

...Hmmm.....

Oh no...
ada orang sudah suggest seorang friend yang paling aku nak elak dalam facebook aku...
sangat mimpi ngeri......ngeri sangat.

Kalau aku add orang ini, pastinya idup aku tak akan aman sampai bila-bila. Pastinya keluarga aku di kampung jugak pastinya akan call aku serta merta. Pastinya setiap kali ada family gathering, aku akan dijadikan bahan tah apa-apa....no way joze...no way aku akan add dia....

Ada ke diorng suggest aku add adik nenek aku yang ANDALUSIA utk jadi friend aku. Bukan sebab dia ANDALUSIA, aku tak mau add dia...tapi sebab dia nie menyeramkan gila bila bab memotivasikan diri orang lain, bab mengepohkan diri dia dalam hidup orang...no way aku akan add dia. Gila ke hapa...cari pasal.

Kang habis gambaq terseksa aku dia tengok....(macam lah ada kan...). Kang tah apa-apa dia komen kat aku nya wall...

Sebelum nasik jadi bubur, dan aku tepaksa lari nyorok duduk bawah tempurung...lebih baik aku Ignore dia..dan buat-buat tak kenai...

OUT OF MY MIND oooo, kalau diingat masa aku mula-mula nak hidup kat KL...dia mula cari keja untuk aku...weekend lansung aku tak boleh keluar sebab kena jadi maid kt rumah dia.

Bila aku sebut maid...memang betul-betul dia buat aku cam maid. Dia duduk lepak atas kusyen, pastu dia arah-arah aku buat keja rumah...kalau ada yang tak kena, dia suruh buat balik. Iron baju lah..mop lantai lah..cuci toilet lah...pendek kata, mak nenek lah aku kena buat keja. Tiap-tiap malam, aku kena tidur pukul 10.00 malam. Tengok tv, dia yang pilih channel..tak boleh sebarangan. Padahal masa tu aku dah umur 23 tuh...gila apa.

Penah satu ahad tu, aku tak nak ikut dia pergi satu tempat nie, sebab aku nak jumpa kawan aku, dia boleh buat perang saudara ngan aku...sabaq je lah.

Masa tu gaji aku keja receptionis RM900..gila banyak. ye lah baru keja kan. Tapi, monthly aku dapat dalam RM600 je. Boss aku cakap, lagi RM300 dia kasi kat sedara aku nie, sebab sedara aku nie cakap dia nak tolong simpankan untuk aku sambung study kat oversea...ok fine..logik. Pastu dia cakap kat boss nie, aku tak pandai simpan duit. boros..aku tau la, boss tu kawan baik dia. Tapi tak payah la drop my waterface kan...malu gila aku time tuh.

Tapi..bila aku dah move out dari umah tu lepas sebulan aku stay ngan dia dan tinggal ngan sedara-sedara bujang, dia marah gila...Bila aku mintak duit aku balik, dia boleh cakap kata duit tu untuk bayar letrik, makan minum, air ngan sewa sepanjang aku tinggal ngan dia. Gila babi betul punya mahal...adalah dalam RM600...bayaran sebulan tu.

Lepas tu...aku tobat dah nak mesra-mesra, nak mintak tolong ke..apa ke dengan dia. Padahal sedara sendiri tuh. Nasib baik lah aku nie dah jauh dah pertaliannya...cucu sedara gitu.
Konkulusi yang panjangnya.....AKU TAK MAU ADD DIA..!!

OUT OF MY MIND oooo....trauma sepanjang hayat...!!


Jun 26, 2009

MICHAEL JACKSON - DAH MENINGGAL

...Hmmmm......



King of pop dah meninggal yang berpunca dari cardiac arrest. Untuk berita selanjutnya CNN. Umur dia dah masuh 50. Minat jugak beberapa lagu dia. Mula-mula dengar, macam tak percaya je...yelah dia kan muda lagi. Dah tu, tak pernah pun dengar dia sakit except kes-kes dia je kan...R.I.P king of pop.

Feb 5, 2009

TRIVIA - ADOLF HITLER (1889-1945)

ADOLF HITLER, DICTATOR.
Hitler turn Germany into war machine and murdered six million Jews in the Holocaust. Hitler was so angy at the terms ending World War I that he joined the National socialist (Nazi) party, becoming its leader. in the 1933 elections, the Nazis got 37 percents of the vote and President Hindenburg asked Hitler to become chancellor (chief minister).

In 1938, Hitler invaded Austria, then in 1939 Czechoslovkia and Poland too, and so began World War II. As Germany faced defeat in 1945, he married his mistress Eva Braun on 29 April in their bomb shelter in Berlin. They shot themselves the next day.


p/s: just nak share info sbb baru beli buku The Miles Kelly Book of Knowledge - A guide to everything you have ever wanted to know.

Jan 15, 2009

KECELARUAN PAHAMAN

...Hmmm...

Tadi aku n geng buat ketupat time lunch smbil borak-borak kosong. Antara yang menjadi bahan tong kosong kitaorang adalah kecelaruan bahasa yang keterlaluan. Bukan lah kami nie bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Tapi kami ini datang dari seluruh pelusuk negara tercinta.

Apa yang celaru bahasanye. Ok ini citanya, Aku datang dari Kedah, Kak Liza (penang), MizzyN (Johor), Jacqueline (Sarawak). Kadang-kadang kita tak sedar, apa yang kita cakap, orang lain tak berapa paham. Tambah masa mula-mula aku kenal ngan Jacqueline and MizzyN. Diorang banyak tak paham apa aku cakap. Sebabnya, aku very proud ngan akunye bahse utara, so, aku cakap la bahsa utara tanpa hiraukan orang sekeliling.

Bila Mizzy start buat muka blur bila aku cakap, dan dia mengiyakan apa je aku cakap dan juga dia sering kali membuat perbuatan yang akhirnya aku gelak dekat dia, baru le aku paham dia tak paham apa aku cakap ngupanya...(aku kenal MizzyN baru je +-3 tahun).

Masalah juga timbul bila aku sibuk nak cakap slang 'kampung' ngan kawan yang datang dari daerah sebelah daerah aku nun di utara masa study dulu.

Dan sekarang nie, masalah juga timbul bila, seorang budak Kelantan yang masuk geng ketupat panas kitoarng suka sangat cakap bahsa Kelate dia. Aku pulak dok paham apa dia cakap...

Antara ayat-ayat yang terkeliru oleh orang sekitar aku yang bukan mai dari utara (even skrng nie aku dah cakap kolumpo, pekataan utara yang sebati masih lagi tekeluaq).

  • ROTI - aku selalu merefer semua benda tak kira biskut empat segi or roti gardenia as ROTI. Sori guyz...ini memang tabiat hakiki. Tapi masih terselamat bila aku cakap roti gardenia ngan roti empat segi...
  • KASUT - Aku selalu mintak tolong MizzyN ambikkan kasut aku kat dalam kereta. Dan dia selalunya ambik kasut high heel aku. Padahal, kasut yang aku maksudkan adalah kasut selipar aje...
  • COKLAT - Aku pernah mintak tolong dekat seoarng bro kat opis aku beli coklet time dia nak pi kantin. Aku cakap kat dia, beli dalam seringgit dah le. tak yah banyak2. Hasilnye, sepapan coklet Crispy ada atas meja aku bila aku balik dari recording...Mula tu aku hairan gak, bila masa aku suruh beli Crispy, bukan ke aku suruh beli coklet (sebutan cekelet). Aku tanya kat bro tu, "nie coklet sape?" "dia cakap, hang punyala..."aku pun tergaru-garu kepala sebentar. "La, saya nak coklet Hacks, Hudsons or seangkatan dengannya." "Tadi kan hang mintak coklet, abg beli la yang tu. Lain kali cakap la gula-gula. tak pun, cakap nak Hacks, Hudsons..." terkena aku sebijik...Tapi takpe, kenyang gak le ngan coklet Crispys pemberian free dari bro yang baik itu....nyum..nyum..
  • ROJAK - Aku sendiri kompius dengan masyarakat di KL yang memanggin Pasemboq sebagai rojak. Sangat tak boleh terima kenyataan. Rojak is rojak. Ala...rojak yang ada buah tu. Yang kaler hitam tu kuah dia. Bukan yang ada sotong, ubi kentang, telur dan makanan tambahan lain. bukannnn....itu pasemboq. Aku selalu kena tune otak aku dalam seminit nak hantar isyarat bahawa rojak itu adalah pasemboq di KL...Sebabnye aku penah hampir betegang urat jugak le ngan orang kedai bila aku mintak rojak, dia bagi pasemboq. Tak kira, nak rojak jugaakkkk.....
  • KOKO - Ada seorang kawan aku, gelak yang keterlaluan bila aku suka kaler KOKO. apa yang funnynye dengan kaler KOKO. Biasa je aku rasa. KOKO a.k.a COKLAT a.k.a BROWN. what so funny about that? masih lagi menggaru-garu kepala.....???
  • AYAQ ACAQ - Siapa tau apa itu AYAQ ACAQ. aku suka make funs kat foreigner-foreigner celup Malaysia yang baru je kenal ngan aku and tak familiar ngan bahsa utara. Sedap giler beb air nie... nak try, boleh...no hal...hahahahhahaha
  • BAJU - buat pengetahuan semua, baju adalah direfer kepada semua baju. Tak kiralah kiranya kitoarng nak beli baju blouse ke, baju skirt ke, baju tangan panjang ke, baju t-shirt ke, baju dalam ke....semua benda adalah baju. So, please ask what type of baju we want to buy and wear... jika tak, pandai-pandailah membuat andaian sendiri.

hmmm....dah tak ingat dah apa lagi pekataan yang kompius. Nanti aku ingat balik. Tapi several words yang aku dah belajar ngan kengkawan aku yang kaya dengan perkataan indah mereka sendiri.

  • BELEBE - merepek (kelantan)
  • GOBOK - almari (Johor)
  • BACIN - Ajinamoto(sarawak)
  • PUSUK - Ikan Bilis (Sarawak)
  • ASAM - Buah Mangga (word kawan aku sendiri - pemahaman aku asam is jeruk)
  • BUTANG - kerongsang (butang pada aku adalah butang baju, kerongsang is kancing)
  • BURIT (bukan mencarut ye) - Punggung (Sarawak) - sitiuasi di mana aku hampir mengangat tangan kat seorang bro yang cuba berbuat baik dengan aku. Dia hanya nak bagi tau seluar aku kotor di belakang, nasib baik le ada pakcik teksi menyelamatkan keadaan time tu. Tapi ayat dia, sangat memalukan aku...sorry la bro, tak niat nak sound check u keterlaluan.

Banyak lagi words yang aku tak berapa nak ingat time nie. Nanti aku tambah lagi, jika diizikan oleh akal pikiran aku yang dok memberi isyarat sudah tiba masanya aku balik ke umah dan sambung mentenet kat umah.

Nov 10, 2008

KAMUS [1]

SOMNOLENCE - keadaan mengantuk.


pssstt - nape pekataan yg advanceeee like F**K xde dlm kamus dwibahasa OXFORD?

Total Pageviews