Showing posts with label JALAN-JALAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN-JALAN. Show all posts

Oct 2, 2011

HAL DI TAMAN NEGARA

...Hmmm...

3 minggu lepas, aku baru je habis shooting di Taman negara kuala tahan, Pahang. Samapi di jeti pun dah agak lewat petang. dalam jam 5. Sudah mendung. Tolak awal pagi. Tapi disebabkan berenti shooting di sepanjang jalan nak masuk ke Taman negara tu, maka lewatlah sampai.

(Oh ya, aku dah jadi penerbit untuk program nie. Memang memenatkan tanggungjawab nie. tapi puas hati.)

Nie 1st time aku nak shoot menggunakan 4x4. nak guna untuk aktiviti night safari.

Sambung cerita.
lepas aku dah hantar artis & 3 orng krew naik bot untuk ke penginapan kami di Nusa Holiday Village (15 minit naik bot). aku dan beberapa krew naik 4x4 untuk ke penginapan kami tu. dalam 45 minit lebih kurang ikut laluan balak.

Nak dijadikan cerita, lepas 2km masuk dan panjat bukit kat lalulan balak tu, masa di puncaknya, hujan pun turun. Kami bawak 2 4x4 yang penuh sarat barang sampai ke bumbung. Bila dah di atas bukit, nak tak nak, kenalah turun kan. Aku naik 1st 4x4, dan aku seorang je perempuan dalam perjalan nie.

masa nak turun, jalan dia menyerupai huruf Y dimana hujungnya adalah gaung, dan jalanya split 2. kenderaan aku naik tu, abg fadil berjaya control walaupun agak macam nak tergelincir. Hujan lebat, jalan basah, tanah merah.

Tapi kenderaan ke-2, tak lepas. Masa tu, kenderaan yang aku naik dah berenti dan tunggu yang ke-2. Aku sibuk tunggu dorang turun. Nak ambik gambar mulanya. Sekali depan mata aku sendiri nampak kereta 4x4 tu hilang kawalan dan berpusing atas bawah dekat 4x. Gila seram...aku dah menjerit. Kami mampu tengok je.

nasib baik takde pusingan ke-5, kalau tak terus ke gaung. Aku memang panik gila masa tu. dan sangat bertuah sebab, kereta tu kembali ke kedudukan asal. Kalau tayar ke atas, susah jugak tu. 10 minit lepas kejadian, kebetulan ada 4x4 TNB lalu. Diorang lah yang tolong bawak krew kami yang cedera keluar dari hutan tu dan bawak ke klinik. Diorang jugak yang menunggu sehingga ambulans dari Jerantut datang.

Seorang dislocate bahu. 2 orang cedera ringan. Syukur sangat tiada yang serius. Dah lah di tempat kejadian takde line talifon lansung. Memang gila rasanya. Semuanya ada tanggungjawab aku. pergggghhhh..

Lepas 30 minit tenangkan diri, buat apa yang patut, kami pindah barang. 2x trip terpaksa dibuat untuk pindah barang hantar ke resort. Memang gila.



Nasib baik dia masih lagi berfungsi.


Krew lighting yang calar balar body dia.
Boleh lagi kami buat lawak kata dia kena sebatan sbb pedofile...



keadaan kat dalam..



gaung yang dah tak tahu nak cakap apa kalau masuk ke sini.
aku mampu meraung je lah kot.




nampak macam tak tinggi. Tapi view dari atas sangat menyeramkan.
hanya nampak gaung di bawah je...jalannya dah tak nampak dah.

OUT OF MY MIND saya tak serik nak masuk hutan dengan 4x4 lagi.

Nov 3, 2010

TRAVELOGUE LAH SANGAT: SINGAPURA

..Hmmmm....

baru balik dari Singapura. Shopping tak lah sakan. Tapi rasa cam dok dalam syurga dunia. Best gila tgk SALE dia. Perghhhh...meleleh.

Yang best, setiap kali kita pi dengan orang baru, setiap kali tulah kita akan jumpa benda baru. Macam baru baru nie (BERAPA BANYAK BARU DAAAA), aku jumpa kedai Perfume yang murah giler. Kat kedai tu, diorang jual yang Tester nyer. Bukan Tester yang dah kena test. nie tester yang baru...aku ada terbaca satu blog, yang mengatakan, tester nyer perfume more lasting dia punya ghau ghau. dan terbukti benar.

Lokasi perfume Lucky Mall (kot. aku lupa. tapi ada lucky). naik juling bijik mata aku bau perfume. Semuanya wangi. semuanya nak. tapi ada satu perfume tu, tak boleh blah bau dia. Bau kubur siot. hahahhahaha. series. agaknya, ambik pati bunga kemboja kot. Harga 100ml dalam RM70. murah kan. murah kan. kan kan kan.

Then. Cotton On. perghhhhh gila nak mampos sale. Kalau kat Malaysia, dua pasang kasut jenama Rubi tu harga RM70. Singapore, RM50 dah boleh dapat. Beza kan harga dia. Walaupun kita rasa macam mahal, tapi tak paham value dorang setelah di convert ke duit kita dapat lagi murah. Me in heaven lah, apa lagi.

Dan lagi satu, di sana...Cotton On kat ION mall adalah tak sama harga dengan mall-mall di sekelilingnya. Pecayalah.

Dan, yang pasti, matlamat utama kalau ke Singapore nie adalah untuk mencari Charles & Keith. Love design kasut ngan Handbag dia. kat sana murah. murah banyak. suka suka suka...

Malamnya pulak, pi makan kat area mana tah. Sedara kawan aku bawak. Makan Sup tulang Singapore yang kaler merah dan tidak bersup tapi cuma berkuah aje. Perghhhhh. Sedap siot. Pastu makan roti john yang bukan rupa roti John kat negaraku terchenta. Roti John dia adalah roti yang dimasak dengan telur dadar dan rasa roti bersalut telur dadar!!. Yummmeh beb.

Next, impian aku kat kota singa nie adalah nak tengok rumah diorang. camnalah gamaknya rumah diorang yang apartment-aparment yang dapat kita tengok kalau naik MRT. Ngupanya kecik je. 1st rumah yang kitoarng pergi tu 3 bilik je. yang 1 lagi 5 bilik. Owner yang 5 bilik tu cakap, umah dia besar sangat, so bila anak dia dah kawin nanti, dia nak pindah umah kecik sikit. Padahal...masa aku tidur umah dia tu, takde lah besar mana pun. Kecik je. Standard 1600sf rasanya. Itu pun dia rasa dah besar.

Lagi 1, apartment dorang ngupanya parking kena bayar ala-ala macam nak masuk mall. Malam-malam ada orang akan pi scan kat cermin kereta sekiranya kupon bayaran tu dah expired. Gua tengok sendiri ye, 2 orang makcik berbaju putih berseluar gelap, scan cermin depan semua kereta pada jam 1++ pagi. Gila gigih.

Dan sedara kawan aku baru je kena saman 400 dolar kerana terlewat nak topup parking yang bernilai 70 dollar. perrrrrggggghhhhh. Bagi aku shopping pun best!!

Ok, travelog entry yang tidak di bayar oleh mana-mana badan dan agensi di Singapore sudah berakhir. OUT OF MY MIND sebenarnya boring ketika ini.

May 29, 2010

JALAN-JALAN

Hmmmmm

4 hari 3 malam aku takde kat Malaysia.
Merantau jap. Menenangkan pikiran...kononnya.
Cuba relaks kan diri dan emosi.
cuba menguji sesuatu...kononnya jugak...
Cerita panjang akan di update kemudian.
jet leg tak habis lagi...



pemandangan di sini buat kitoarng rasa macam dok kat Karachi lah, Nepal lah...India lah.
View memang superb gilos. Itu adik aku ya...



Di mana je aku pi..mesti paparazi kejar aku..
haih. spoil aku nyer holiday je. terpaksa lah pose kat diorang jap.
Aku tak mau lah di cop sombong pulak kan...peace...!!



Ini hasil keboringan menunggu sunset seawal 3.30am.
gilos...penat-penat sampai kat lokasi yang perjalanan 4 jam,
baru nak tdo, dah kena bangun pulak. tabahkan hati....!
tp mmg puas hati lah.

OUT OF MY MIND trip kali ni agak mengecewakan...kecuali lokasi kat gunung tuh. Memang terbaik...!

Nov 23, 2009

SEKALI SEKALA MELAWAT ORANG KAT SPITAL



Nie 1st time dia masuk spital. Suspek Denggi. Sian dia. Pergi hospital Pantai dari jam 10 pagi, jam 3 baru di cek dan terus kena admit. Dah le pi sengsorang. Sian dia. Sapa kata hospita kerajaan je suck...swasta pun sama ja.




Nie pi melawat orang ke...pi posing?
Pesakit & pengunjung sedang berposing dengan menu spital untuk esok.




MizzyN pulak menjadi model.




Bukti nyata masuk spital...




Takyah la ko nak tutup mata ko tuh....Ini blog dia yang dia sangat malas nak hapdate...
Free Spirit


OUT OF MY MIND pulak bila terpikir, sapa nak jaga aku kat spital kalau aku kena admit. Family jauh....sob sob sob...sedihnya....
Adakah yang sudi melayan aku?


Nov 5, 2009

YIPPIEEE.....NAK PI BANDUNG!!!


...Hmmmm.....



Esok aku akan terbang bercuti sambil menderma kepada peniaga-peniaga di tanah seberang. Dah pasti, tiket dah beli setengah taun yang lalu....Masa tu kita dengan negara itu, masih lagi gaduh jeling-jeling. Sekarang nie, kita dengan negara itu sudah gaduh angkat tangan..

Tapi, nak buat camana...pesan orang tua-tua, tak baik membazir. Jadi, aku dengan rombongan angkatan mak kiah yang lain, menekadkan diri nak ke sana. Dari pertanyaan aku kat kawasan tuh, Orang takde otak di negara tu, hanya beroperasi di Jakarta sahaja....Lokasi aku nak pergi, tak terlibat pun....harap-haraplah kan.





Duit-duit yang bakal beterbangan. Aku jadi hairan jugak...kenapa dekat board Money Changer tertulis RM1 = Rp 365. Sedangkan bila kita tukar, rate nye adalah RM1 = Rp280. je...Heran betul. En. Hezrey, sila siasat....






Kengkawan aku dah sibuk memesan semua pakaian di atas ini. Aku hanya mampu melayan satu permintaan je...Ye la...nanti sibuk-sibuk dok shoping barang diorang, bila masanya aku nak melayan diri aku sendiri pulak kan....nie kena charge double dari harganya nie...





Hah...Ini lokasi wajib pergi nie. Aku dah malas pi dah tempat nie, boring. Takde apa yang menarik pun kecuali kalau korang rasa diserbu oleh penjual jalanan itu adalah menarik, pergilah tempat nie banyak kali. Tapi, memandangkan aku bertindak sebagai TOUR GUIDE tak bertauliah untuk trip kali nie......jadi, aku bawak jugaklah mereka ke sini.

Ye lah, nanti dalam gambar trip diorang takde lokasi nie, macam tak lengkap pulak kan perjalanan diorang nie kan.


OUT OF MY MIND dah nie....tak sabar den nak shoping LV tiruan, ZARA copy, dan segala-galanya yang pasti membuat bijik mata aku juling..hahahahhaha (gelak setan yang suruh aku membazir) !!!!

Oct 27, 2009

DANOK OH DANOK

...Hmmmm....

Weekend hari tu, sempat juga aku lepas border Thailand. Apa lagi, Danok la....
DANOK bersepadanan dengan Bukit Kayu Hitam. Sebelum tu, puas aku tanya orang tempatan dan jugak sedara mara aku, jugak kepada abg imegresen....


ADAKAH PERLU KITOARNG SEWA TEKSI KE SANA? BERAPA HARGANYA?


Memandangkan geran kereta ada kat Bank, tak dapat la aku nak bawak kereta kan. So, Aku and jacqueline ambik keputusan naik je keta sapu kat situ. Diorang charge satu kereta RM10. wow murah giler...kitoarng pun rembat je la.

Yang kelakarnya.....dan yang terover pandainya....
DANOK itu adalah selepas imegresen punya check point.....ayark....

Apalagi...aku tengok ko..ko tengok aku lah...nak buat camna. nasib sorang RM5 je kena keluarkan duit...kalau tak mau aku kejar kereta tuh. Pakcik kereta tu, beriya-iya cakap, dia tunggu kat gate depan...kitoarng pun pikir Danok tu jauh lagi, ok kan aje.....Sekali, hampeh... hahahaha..padan muka kami...

Pakcik kereta sapu tu, tanya...balik nanti dia nak ambik ke?
Gila lah kalau balik pun nak naik keta kalau dah tau dekat nak mampus camtu.
Dan memang kitoarng jalan kaki 10 minit pun dah sampai...tak sempat ketiak nak berpeluh pun...

Jadi kengkawan sekalian ----> kalau nak ke Danok, parking kereta kat DUTY FREE tu, Jalan kaki je ke Danok....jangan jadi cam kitoarng...



Ini jalan ke Padang Besaq...bukan Danok...


OUT OF MY MIND bila pakcik teksi siap pesan "Jangan ke tempat tu...itu untuk lelaki.." .Jacqueline sangat gembira bila diberitahu mengenai lokasi itu. Mujurlah kitoarng masuk pada jam 12.00 tengah hari. Kalau 12.00 Tengah malam.............hehehehhe.

Sep 30, 2009

CHOWRASTA


Balik raya hari tu, aku sempat jugak la curi masa nak cari Chowrasta kat Penang. Itupun sebab ramai yang suggest aku cari buku kat sana. Banyak kali jugak baca dalam surat habaq pasal tempat nie. Bila dah jumpa....woow..speechless.




Tengok lah...stok buku tahun bila punya pun tak tau.
Lokasi kedai nie, dalam pasar, di tingkat 1, nun jauh di belakang tersorok kedainya. kena ada skill sikit nak cari.




Masa aku sampai sana...ada lebih kurang 3 buah kedai je yang bukak. Mungkin sebab tokey kedai buku masih dalam mood raya lagi kot.




Sempat jugak la aku merembat 20 bijik buku...Buku lama murah. Buku baru pada pendapat aku, agak mahal (sebab beza dgn kedai top-top dalam RM5 je). Buku yang rare pun ada jugak juai. First edition. Hard Cover. Semua ada. Nak pegi lagi nanti....nak buat list buku yg payah nak jumpa. yea..!!


OUT OF MY MIND sebab nak beli banyak lagi buku. Tapi adik aku ngan bini dia dah stat buat muka boring walaupun mulut berkata tak apa.

Apr 23, 2009

SEE U WENT I SEE U...!!

...Hmmm....

Jumpa lagi dalam masa 2 minggu...
Itupun Kalau aku tak gatai tangan nak cari internet lah....
Aku cuti habis-habisan setelah bekerja keras...
Jumpa aku di Jakarta-Bandung-Bali ya ibu-ibu...bapak-bapak. babai



Pasport....check...dah dalam beg!!



Kitab Ajaib (gelaran yang dibagi oleh Eliz), Kompem bawak.
Buku nie dah banyak jimatkan duit aku. Lepak di hotel yang selesa, lagi best dan murah.
Kenal dengan orang yang sekepala dengan kami.
Dan adventure yang tak disangka-sangka...!!!




Beg nie nampak je besar. Dalamnye ada baju 3 helai je. Seluar 2 helai,
yang part-part lain tak payah lah dibagitau ye...:p
Aku bawak sikit sebab, kompem bila balik...penuh macam hapa lagi...
tipikal pompuan aku nie, kalau bab shoping..



Budak baju hijau tak akan join trip kali nie. Kakaknye bertunang.
Budak baju putih, akan join trip ke bali je...
Yeah...Bali...we will paint da town red, blue, green...yellow...

OUT OF MY MIND dah nie....cuti...cuti...cuti...cuti.
Kerja yang menunggu, belakang kira ya.

Feb 11, 2009

BANGKOK, THAILAND

..Hmmm...

Sblum nie aku dh announce penutupan Blog Kaki Travel aku dan just nak tumpukan semuanya dekat sini saje. So, ini entry first berita travel yang baru aje berlalu itu.

LOKASI:Bangkok, Thailand
TIME:22 Januari - 26 Januari 09
MONEY SPEND: RM 700.00
DAY 1:
Ayuttya - World Heritage (cantik giler for 1st timer yg pergi sana)

DAY 2:
Floating Market - boleh tengok sampan-sampan yang stuck dlam jem....;p

DAY 3:
Chatcujak Market - Syurga beli belah. Open on weekend only.


Memandangkan flight kitoarng malam, jadi agak rugi satu hari jugak la. Tapi, kitoarng tak kesah, kitoarng dah plan apa yang nak buat sepanjang kat sana. Ok, sesampai je di airport, kitoarng amik teksi ke Regent Hotel, di Ramkamheng.

REGENT HOTEL:
RM63.00 - STANDARD ROOM (harga selepas diskaun. Normal 70++). kitoarng stay 3 malam. Dan ini muslim hotel. Tak payah ragu. Ada 2 org staff boleh ckp melayu. Ada staff yg inggeris suck. Dia x paham lngsung apa kita cakap.

HOTEL AREA KHAO SAN (lupa nama hotel):
Malam last, kitoarng decide nak stay kat area Khoa San. Satu malam bilik utk 3 orang RM45.00.







Ini pic di Regent Hotel

DAY 1

Kitoarng plan nak ke Ayuttya. Dari info yang kitoarng dah cari kat Internet and mostly di forum2, ada yang mencadangakan pergi dengan train dan bila sampai kat Ayuttya, ambik tuk tuk dan mulalah melawat temple.

Base on maklumat tu, kitoarang pagi-pagi lagi amik cab pergi ke Stesen keretapi kat Hualampong. Hualampong nie macam KL Sentral kat Malaysia, tapi versi Klasik sikit. Sampai je kat sana, kitoarng di terjah oleh Tourist Information Counter (TIC). Very nice person. Dia tanya kitoarng nak kemana dan mensuggestkan alternatif terbaik untuk kitoarng travel nak pergi certain-certain tempat. Dan TIC itu bagi tahu, keretapi amik masa 2 jam nak smpai, dan sgt crowded dan kalau nasib tak baik, kenalah berdiri sepanjang perjalanan. Keretapi dia pun, kerusi dia kayu aje.







pic stesen kat Hualampong

Setelah timbang tolak semua, kitoarng pun decide nak ke Travel Agent (TA) yang memang ada kat stesen keretapi tuh. Sebelum nie, di Phuket, kitoarng pernah dinasihatkan oleh Travel agent, kalau nak amik trip or any pakej kat Thailand, plz consult them. Sbb price lagi murah. Dan kenyataan ini memang betul. Dan aku sendiri pernah make this mistakes.

Lepas di explain oleh TA pasal all the trip and pakej yang ada. (kitoarng mmg plan nak pi Floating market. Ayuttya nie last minute nye plan). Kitoarng pun amik la pakej tuh.

AYUTTYA :
RM 80.00 (per pax). Teksi exclusive utk kita. 1 jam perjalanan. melawat 7 temple. hantar ke hotel terus lepas balik.






FLOATING MARKET:
RM105.00 (per pax). Satu van 10 orang - campur dengan tourist lain. almost 2 hours perjalanan. trip to floating market. Gajah ngan Buaya Show+ticket. Lunch yang best. Cobra show. Tempat Ukiran Kayu. Jewelery Factory.
* naik sampan kat floating market RM15.00.
* Selain dari gajah n boya show. tempat lain tiket kena bayar sendiri kepada sesiapa nak tgk show. kalau taknak. Lepak la kat luar.




CHATCHUJAK MARKET:
memang heavent giler kat sini bagi yang suka shopping mcm aku. Banyak benda unexpected kita jumpa dan market nie sangat luaaaaasssss. Penat ooo makcik berjalan. Kitoarng sampai dalam kul 12.00 t/hari and kitoarng settle pusing part luar shj (diulang part luar shj. dan kadang2 je masuk dlm) dalm kul 7.00 mlm. Besar tak? dan ia diiktiraf biggest market in Asia. Dia bukak Time weekend je.



*kalau ada mende nak tanya, silakan. Selagi boleh layan, layan kan ajelah.
dan kali ni nye entry, my mind still intact in my head.

Total Pageviews