Entry One:

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai kemungkinan Anwar mencederakan dirinya sendiri bagi meraih simpati dan membuktikan dakwaannya (sebelum ditahan) bahawa dia akan diseksa, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan tersebut.

''Menurut beberapa pihak, ini bukan sesuatu yang mustahil kerana dia akan dapat ''mileage'' kalau dapat tunjukkan dirinya didera oleh pihak polis,'' kata Dr. Mahathir.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kecederaan yang dialami itu setelah Anwar membuat provokasi terhadap polis sehingga menyebabkan polis terpaksa menahannya.

''Kalau nak kata dia rancang atau tidak, saya tak berani nak kata.


Komen:

Pernah dengar ayat di atas? Ingat lagi tak?


Tu dulu...sekarang......

daripada Agendadaily

"Ini kes baru. Kita tengoklah apa pihak polis nak kata. Apa pihak kerajaan nak kata," katanya Tun Dr Mahathir Mohamad tentang dakwaan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pembantunya.Beliau menjawab soalan wartawan selepas bertemu Presiden Bosnia dan Herzegovina, Dr Haris Silajdzic semasa lawatan presiden itu ke Colmar Tropicale dan Japanese Village di Bukit Tinggi Ahad.- 29/6/2008


Dah lembut dah sikit bunyi ayatnya nape ek...

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang `kreatif’ dalam meraih simpati masyarakat terhadapnya.

Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sanggup melakukan apa sahaja taktik untuk menarik perhatian masyarakat kononnya nyawanya terancam.

‘‘Saya sendiri tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya itu membuat laporan polis dan ini adalah satu taktik konspirasi beliau untuk meraih simpati orang ramai,” kata Khairy.


Rupanya peranan tu telah diambilalih oleh orang lain...patutlah ramai yang berkata si pengomel di atas tu adalah

"Itulah Dr Mahathir dan itulah Khairy"


Entry Two:


Credit to Mr Manager




Dato' Seri: Do you know something interesting, Ning? The last time I saw you perform was the very night before I was arrested.

Ning: Oh really? Oh dear. Oh, I'm so sorry.

Dato' Seri: Hahaha! Don't be. It wasn't your fault. Hahaha! And you sang very well.

Ning: Do you sing, Dato' Seri?

Dato' Seri: Me??? Noooo. My father played the accordion and the clarinet but none of his children picked up music.

Comment: This time DSAI also saw Ning before he "might be" arrested again.. huhu but nothing to do with her ek....
Hehe lama tak try jom try

"She sells sea shells":
Sister Sue sells sea shells.
She sells sea shells on shore.
The shells she sells.
Are sea shells she sees.
Sure she sees shells she sells.

Through three cheese trees three free fleas flew.
While these fleas flew, freezy breeze blew.
Freezy breeze made these three trees freeze.
Freezy trees made these trees' cheese freeze.
That's what made these three free fleas sneeze.

How much wood could Chuck Woods' woodchuck chuck, if Chuck Woods' woodchuck could and would chuck wood? If Chuck Woods' woodchuck could and would chuck wood, how much wood could and would Chuck Woods' woodchuck chuck? Chuck Woods' woodchuck would chuck, he would, as much as he could, and chuck as much wood as any woodchuck would, if a woodchuck could and would chuck wood.


Bolehlah buat release tensen gelak sorang sorang :P

Ramailah orang rajin solat lepas ni.....

Terapi rawat mati pucuk dan sakit pinggang melalui solat

26/06/2008 12:41pm

KUALA LUMPUR 26 Jun - Tiga pensyarah Universiti Malaya berjaya menemui kaedah terapi untuk merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dan sakit pinggang untuk wanita melalui solat.

Penemuan itu adalah hasil kajian saintifik dan dibukukan dalam buku bertajuk `Solat’ terbitan Universiti Malaya.

Pembohongan cerita pari-pari

Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my


Frances di samping pari-pari yang mencetus kontroversi.

Selepas 65 tahun, penipuan kewujudan makhluk fantasi terbongkar apabila Elise mengakui kelima-lima gambar yang diambil adalah palsu

SELAMA 65 tahun, ramai pihak termasuk penulis terkenal, Sir Arthur Conan Doyle, percaya bahawa pari-pari bukan sekadar makhluk fantasi yang wujud dalam kisah dongeng sebaliknya hidupan kenit yang mampu terbang itu diyakini benar-benar wujud di dunia ini.

Keyakinan itu bermula pada 1917 apabila seorang kanak-kanak perempuan, Frances Griffiths, 9, pulang ke rumahnya di Bradford, England dalam keadaan kasut dan sarung kakinya basah.


Melihat keadaan itu, ibunya, Annie, mula berang lalu memarahi anaknya itu. Sudah berkali-kali dia melarang Frances bermain-main di Sungai Cottingley yang terletak berhampiran kediaman mereka tetapi anaknya itu tetap berdegil.

Apabila ditanya mengapa kanak-kanak itu suka bermain di tepi sungai berkenaan, Frances memberikan jawapan aneh yang amat mencabar logik akal.

“Saya ke sana untuk melihat pari-pari!” kata kanak-kanak itu. Sepupu Frances, Elsie Wright, 16, turut menyokong kata-kata itu dan mengakui bahawa pari-pari memang wujud di tepi sungai berkenaan.



Pada mulanya, Annie dan ibu saudara Frances, Polly Wright tidak percaya dengan alasan itu tetapi riak wajah mereka mula berubah selepas kanak-kanak itu menunjukkan gambar yang dirakam mereka.

Gambar itu benar-benar mengejutkan - tertera imej Frances berada di belakang sekumpulan pari-pari yang sedang menari di tepi sungai itu.

Dua tahun kemudian, Annie dan Polly menunjukkan gambar aneh itu kepada penceramah ajaran spiritual Theosophy, Edward Gardner. Lelaki itu turut terkejut melihat imej pari-pari berkenaan dan meminta negatif gambar dihantar kepadanya untuk dikaji lebih lanjut.

Di hadapan pakar fotografi, Harold Snelling, gambar itu sekali lagi dikaji dengan teliti dan selepas beberapa lama, pakar itu mengemukakan kesimpulan yang mengejutkan - gambar itu adalah asli dan imej pari-pari itu adalah imej hidup dan bergerak!

Gambar itu kemudian ditunjukkan kepada Conan Doyle yang juga ahli pergerakan spiritual yang percaya bahawa manusia dapat bercakap dengan roh seseorang yang mati menerusi perantaraan psikik. Doyle menjelaskan bahawa gambar itu adalah bukti bahawa terdapat ‘dunia lain’ di sebalik alam realiti ini.

Kisah bukti kewujudan pari-pari itu semakin menggemparkan ramai pihak apabila Doyle menyiarkan gambar berkenaan bersama artikel mengenai pari-pari yang ditulisnya dalam majalah The Strand.

Pada 1920, Gardner memujuk kanak-kanak itu merakamkan lebih banyak gambar pari-pari dan selepas beberapa minggu, lima gambar pari-pari berjaya dirakamkan Frances dan Elsie.

Setahun selepas itu, seorang ahli nujum terkenal, Geoffrey Hodson, dibawa ke Cottingley untuk mengesan sama ada kawasan itu benar-benar dihuni makhluk halus. Dia akhirnya mendakwa yang dia turut dapat melihat pari-pari itu sama seperti Frances dan Elsie.

Tahun demi tahun, kisah berkenaan terus diperdebatkan ramai pihak. Misteri gambar pari-pari itu akhirnya berlarutan selama 65 tahun dan dari kecil, dua kanak-kanak perempuan itu akhirnya dewasa dan tua.

Ketika Elsie berusia 81 tahun, dia sekali lagi ditemuramah wartawan majalah The Unexplained, Joe Cooper dan akhirnya, di hadapan lelaki itu, dia mengaku bahawa kelima-lima gambar itu adalah palsu.

Pari-pari itu hanyalah gambar yang dilukisnya mengikut lukisan dalam buku Princess Mary's Gift Book. Gambar itu kemudian digunting dan dilekatkan pada tumbuhan dengan menggunakan jarum supaya kelihatan berdiri. Selepas gambar berkenaan dirakamkan, dia dan Frances membuang semua bahan bukti pembohongan itu ke dalam sungai.

Selepas 65 tahun, pembohongan itu akhirnya terbongkar tetapi sesuatu yang menyedihkan adalah hakikat itu tidak diketahui Sir Arthur Conan Doyle yang meninggal dunia pada 1930. Lelaki itu mungkin percaya bahawa pari-pari adalah wujud sehingga ke akhir hayatnya.

Info

Pari-pari


  • Dipercayai wujud di Cottingley berdasarkan gambar dirakamkan Frances dan Elsie pada 1917.

  • Gambar pari-pari disahkan asli oleh pakar fotografi, Harold Snelling.

  • Ahli nujum, Geoffrey Hodson yang menyiasat kawasan Cottingley turut mengakui kebenaran kata-kata Frances dan Elsie.

  • Pada 1982 iaitu selepas 65 tahun, barulah hakikat sebenar berhubung gambar pari-pari itu terbongkar.
  • Entry One:




    Di saat abg cak dan abg cik tengah sibuk belajar ...



    Apa yang budak ni buat.....




    Entry Two:

    Alhamdulillah program malam tadi berjalan lancar kehadiran pun lebih sikit daripada minggu lepas...cuma bab kutipan mungkin masing masing poket dah kering akibat dikorek tiap tiap minggu oleh kami hehehe...lepas ni mungkin kena stop aaa dulu rehat kumpul duit dulu baru leh derma lagik... ;)

    Gambar? takdelah henpon masuk ospital.....takleh nak "berlagak" dengan mak auni ke ummu nufayl ke :P
    Petikan dari Laman TKO

    Bandaraya Satelit Islam Kota Bharu, Kelantan

    Artikel Oleh rusyd

    Petang kelmarin saya turun di 'airport' Kota Bharu, saya dijemput oleh kawan lama saya, sepanjang perjalanan ke destinasi yang hendak dituju, kawan saya sempat menceritakan tentang perkembangan pembangunan di Kelantan.

    Pagi esok, 19 Jun 2008, Negeri Kelantan Darul Naim akan melakar sejarah dengan bakal terbinanya sebuah bandaraya satelit baru. Bandar satelit baru berkonsepkan ‘Islamic City’ yang menjadikan masjid sebagai ‘focal point’ juga berperanan menyokong fungsi bandar Kota Bahru.




    Tuan Guru Nik Abdul Aziz dijangka bakal merasmikan majlis pecah tanah bagi projek tersebut. Majlis tersebut juga akan dihadiri oleh YB Datuk Takiyuddin dan YDP MBKB-BRI serta beberapa dif-dif jemputan yang lain.

    Bandar satelit bermaksud bandar yang bergantung pada industri tempatan, tetapi ada perkaitan ekonomi dan struktur jaringan perhubungan dan pentadbiran dengan sesebuah bandaraya yang berhampiran. Bandar satelit biasanya dianggap menyokong bandar raya yang berhampiran itu secara timbal balik atau saling menyokong sesama sendiri.

    Projek tersebut dibangunkan di Pasir Tumbuh tidak jauh dari Kota Bharu. Ia meliputi pembinaan 218 unit rumah kedai dan pasar awam melibatkan kos sebanyak RM2.7 juta, 18 unit perumahan kakitangan kerajaan (RM4.5 juta). Selain turut dibina masjid dan hotel. Projek itu akan dibangunkan di kawasan seluas 20.73 ekar. Turut akan dibangunkan pondok moden yang bernilai RM1.2 juta, kompleks dataran (RM3.8 juta) dan 60 gerai (RM600,000).Baca lanjut


    Komen: Erm dekat sangat ngan rumah tu..kat manalah agak agaknya..pondok pasir tumbuh tu dapat kesan langsung...jadi pondok modennn kalau mennjadi 60% -70% dari perancangan pun Alhamdulillah takutnya kesan sosial ...
    Salam

    Tuan/Puan dijemput ke majlis majlis berikut

    1.Program pelancaran Laman Web Dun Dangi & Perasmian Pusat Komuniti

    Tempat : 18/06/2008- Rabu
    Masa: 8:30 mlm Solat Isyak & Hajat bersama
    Tempat : Pusat Komuniti Sek 4 BB Bangi,
    (Hadapan Petronas ,sebelah Surau al Kausar)


    2. Majlis Pelancaran Bangi Bandar Ilmu

    Tempat : 22/06/2008 - Ahad
    Masa: :9:00 pagi - 4:30 petang
    Tempat :Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Bandar Seri Putra
    Perasmi:YAB Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor

    (Yang ni takde konsert Mas Idayu dan Ella hehe)


    3. Ceramah Perdana Sempena Pelancaran Bangi Bandar Ilmu

    Tempat :22/06/2008 - Ahad
    Masa: :9:00 malam
    Tempat :Kompleks Sukan Sek 15 BB Bangi
    Penceramah:

    1. YB DS TG Abd Hadi Awang
    2. YB Saifuddin Nasution
    3. YB Dr Shafie Abu Bakar

    (Kali ini Insya Allah TG Hj Hadi akan datang sebab perancangan untuk ceramah ini dibuat lebih awal daripada program ceramah minggu lepas hehe)


    a. Datang ke Pejabat PAS Kawasan Serdang@ Pejabat YB untuk mengambil 2-3 keping poster untuk ditampal di kawasan masing masing
    b. Memanjangkan email ini kepada sahabat sahabat yang lain. TIDAK TERHAD kepada penyokong PAKATAN sahaja.
    c. Memanjangkan email ini dalam bentuk SMS kepada kenalan dan sahabat yang lain TIDAK TERHAD kepada penyokong PAKATAN sahaja.
    d. Memanjangkan email ini dalam blog/webpage/ portal masing masing
    Semua dijemput untuk menghadiri program di atas yang akan berlangsung seperti berikut:

    Tarikh: 13 Jun 2008 ( Jumaat- Esoklah tu)
    Masa : Selepas Isyak
    Tempat: Kompleks Sukan Sekyen 15 Bandar Baru Bangi

    Kehadiran

    1. YB Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang (ADR Marang )
    2. YB Salahuddin Ayub(ADR Kubang Kerian)
    3. YBhg Tuan Hj Azmi Abd Hamid ( Pengerusi TERAS)
    4. YBhg Tuan Hj Mohideen Kader (Pengerusi Sebuah NGO)
    5. YB Dr Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi-Tuan Rumah)

    Tetamu Istimewa

    1. Y** Dot dot dot ...(RAHSIA hehe) Akan dimaklumkan secara rasmi ..Nantikan pengumuman selanjutnya dalam Harakah/SMS/ email

    Kepada sahabat sahabat yang ingin turut sama nak menyebarluaskan makluman ini ada beberapa pilihan:

    a. Datang ke Pejabat PAS Kawasan Serdang@ Pejabat YB untuk mengambil 2-3 keping poster untuk ditampal di kawasan masing masing
    b. Memanjangkan email ini kepada sahabat sahabat yang lain. TIDAK TERHAD kepada penyokong PAKATAN sahaja.
    c. Memanjangkan email ini dalam bentuk SMS kepada kenalan dan sahabat yang lain TIDAK TERHAD kepada penyokong PAKATAN sahaja.
    d. Memanjangkan email ini dalam blog/webpage/ portal masing masing

    Sekian Terima Kasih
    Entry One:


    Pemuda UMNO Lancar Blog "Saka Bangsa"


    Pergh.... semua politikus dari pemerintah nak join buat blog. Dulu sebelum PRU blog ni rubbish bak kata seorang menteri. Tapi sekarang pemuda depa pun buat blog " nak menangani tohmahan2 di alam cyber yang melibatkan dot dot dot"

    Jom kita lawat apa yang menarik kat situ?

    Saka..memang ada apa pada nama

    "SAKA yang dimaksudkan oleh kami ialah PUSAKA, WARISAN atau PENINGGALAN. Ianya diambil bersempena dengan nama bendera UMNO iaitu SANG SAKA BANGSA.

    Walaubagaimana pun, setelah diteliti kembali, dan oleh kerana perkataan SAKA bagi masyarakat Melayu kebiasaannya dikaitkan dengan unsur negatif, hantu, polong dsbnya, maka kami beranggapan memang 'ada apa pada nama'.

    Justeru, pihak kami akan menukar perkataan SAKA kepada satu perkataan yang lebih sesuai di dalam konteks yang sama."

    Aiks baru lancar 10 Jun, 11 Jun buat rebranding dah?....

    kalau camtu.....Bendera UMNO = SANG SAKA BANGSA @ SANG HANTU BANGSA @ SANG POLONG BANGSA


    Eloklah tuh.......


    Entry Two:

    Artikel yang menarik. Kredit to Sdr Fudzail


    Obama's Job Hunting Lessons


    Here, we take a look at some of the reasons why Barack Obama has been effective in his quest for his next great job. By observing how Obama ran his campaign against Hillary, we can learn some valuable lessons that can help when looking for that next career move.

    Build The Tallest Building

    There are two ways to get the tallest building in town. One is to build the tallest building, the other is to knock down everyone else's.
    From my perspective, Obama put his message across in a very positive way, focusing on his strengths. Hillary's campaign, on more than one occasion, laid into Obama quite heavily.

    In your next interview, resist the temptation to knock your current or former employers, colleagues or competitors. Instead, focus on your strengths and what you can do for the company in the new position. Your message will be sharper and you will be more likely to be remembered as someone that the can add value.

    Show Passion

    Passion and commitment can help win through over experience.
    Although Hillary is by far the more experienced candidate, Obama's passion and commitment helped him to win.

    Just as important as "can the person do the job" is "will the person do the job".
    In other words, does the person have the motivation to get the job done efficiently and effectively.

    Demonstrating passion for the position and commitment to the company shows the employer that you're motivated to achieve.

    On many occasions while in recruitment I have seen the most qualified and experienced person not get the job due to a lack of energy and passion.

    Be 100% Honest All Of The Time

    Hillary was in the lead earlier in the campaign. She fell behind at around the time she grossly exaggerated her experience of being in a war zone.

    The bottom-line is that on average we are on this planet for around 76 years. People need to be able to trust us to employ us and to do business with us. Having a clear conscience also helps to free our mind, which helps us to focus on what we can do, not what we have to make up or cover up.

    Have A Clear, Consistent Message

    Obama's key message is very memorable: "Change we can believe in". I'm not even sure what Hillary's was. Most times I saw Obama on the news he was accompanied by a poster showing the line "Change we can believe in". He's driving his message home firmly and backing it up"




    Nak ikut yang mana?

    Yang ini...

    "Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja"


    atau yang ini....

    "Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan dan pertaruhan adalah satu perjudian.

    "Maka peraduan ini berunsur perjudian. Nasihat saya kepada umat Islam di negara ini, peraduan ini adalah haram di sisi agama dan jangan sertai peraduan ini,"

    "Saya melihat peraduan ini lebih menguntungkan penganjur dan menyebabkan orang yang menyertainya pula kehilangan wang akibat pertaruhan seperti itu.

    "Bayangkan kalau seorang menjawab sehingga 50 soalan kerana belum dapat meneka atau menjawab dengan tepat, berapa banyak wang mereka akan hilang,"




    atau yang ini.....

    "Pihak kami pun bukan jahil sangat sampai tidak tahu apa yang benar dan apa salah, sebab itu dari awal sudah nyatakan kepada pelanggan setiap SMS mereka dikenakan RM5"

    "Ini kerana Celcom tidak ada apa-apa yang mahu dirahsiakan malah peraduan 100 Hari 100 Kereta ini juga pernah dijalankan di Moroco, negara Islam seperti kita"


    dan yang ini..

    "Jika wujud unsur-unsur perjudian atau apa juga yang haram dalam promosi Celcom, saya akan menjadi orang pertama yang akan menentang penganjuran promosi seperti itu,"

    "Celcom memandang serius perkara ini kerana kita tidak mahu 1.5 juta pelanggan Celcom yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Islam di negara ini berasa sangsi dengan promosi yang dijalankan sebelum atau selepas ini,"
    Saya dok tunggu PM or hulubalang beliau buat statement ni tapi nampaknya baru dua keluar iaitu

    " Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini. Brunei tak masuklah dia special"

    Apa yang special? Brunei pengeluar minyak? Malaysia? sekarang masa ada minyak pun harga macam ni dua tiga tahun lagi bila kita jadi net importer tak leh bayanglah..... Indonesia yang dah keluar OPEC pun harga minyak dia RM 2.57/liter .Malaysia ?

    "Kalau kita sedia buat perubahan dalam cara hidup dan buat penjimatan, insya-Allah kita tidak akan hadapi kesan yang teruk sangat".

    Mungkin dari TPM kut baru keluar statement ni

    "Jangan Politikkan Kenaikkan Harga Minyak!"

    Logik aaa kut kalau nanti statement tu keluar dari mulut beliau, Dulu masa minyak harga RM 1.92 beliau kata ubah cara hidup tapi bila ada laporan seperti di sini dan di sini
    takleh aa nak keluar statement tu lagi...
    Entry One:



    Mana semua orang pergi ni? Baba nak tag pun susah............


    Entry Two:

    Semalam ada event dekat kelab golf,lepas hantar ummu muhammad teruslah koboi(macam abg zul noordin lah plak koboi pegi parlimen naik moto, tapi saya kapcai jerlah) naik moto pergi situ tapi tersampai awal sangat lah plak..event pulak start kul 9 lebih, ape lagi meronda ronda lah tau tau jer sampai kat area rumah DSAI

    mak aiiii besarlah jugak..



    Mana gambarnya, takkan ambil kat google jer kot... ?

    Mana berani nak ambik hehe kamera ada setiap penjuru kang jenuh kena kejar dengan pak guard dia lak mesti ingat spy BN :P. Terfikir jugak kalau dengan rumah sebesar tu hasil duit rasuah rasanya tak berani beliau nak balun BN kot, sesenang orang leh capture gambar rumah dia dan publish dekat TV.

    Rumah tu kalau ikut interview dulu kalau tak silap hasil dari penjualan rumah di Bukit Damasara.Perlu ke rumah sebesar tu untuk beliau(takdelah besar sangat tapi besarlah jugak.......)

    Tanya dialah mana saya tahu, mungkin perlu untuk 'Prime Minister in Waiting' kot lagipun ada keperluan untuk ada ruang yang luas bagi meraikan tetamu dan majlis majlis lain kot

    Habis event nak balik selisih plak dengan seseorang macam kenal dah nak senyum tapi sempat recall balik ,terus tak jadik Dato Nalla rupanya cittt... dah pencen main tenis kot sekarang........
    Entry One:

    Ingat nak tag orang , tapi ingatkan sekarang ada yang tengah bersantai di bandung, ada yang sebuk nak kikah anak, ada yang baru kena tag kena tag lagik sian..., ada yang tengah sibuk nak further study... tangguh lah dulu niat jahat tu :P


    Entry Two:


    Baru tengok AAChujung minggu lalu....Bila tengok citer tu rasa pelik lah plak naper ramai kagums dengan si Fahri bukan pada Aisha? ke kena baca buku jugak baru boleh tahu nape...

    Saya ada version pdf punya tapi mesti mak auni dan gang gang beliau tak favour kalau baca online( takmenyokong industri buku tempatan) punya oleh itu belilah sendirik ek... :P kalau nak tahu citer die..


    Entry Three:



    Lagi satu buku yang saya hutang dari dulu lagi nak ulas tapi tak berkesempatan, secara ringkasnya buku ni mengumpulkan kisah kisah diplomat Malaysia yang bertugas di luar negara. Kisah bertemu Saddam Hussein, Khiu Samphan, Bush etc. Kisah sewaktu peristiwa 9/11, dan macam macam lagi lah...

    Buku ni saya beli dah lama tak silap tahun 2006 masa MPH buat warehouse sale dekat PJ, nak menghabiskan pun lama lah jugak tu yang tahun ni baru leh ulas sebab baca pun masa menunggu dalam keta or menunggu mesyuarat mula jer...

    Buku lagi satu saya tak ulas lagi adalah berkenaan dengan Tun Razak nantilah buku tu cepat sikit, tak sampai seminggu saya dah habiskan tapi nak ulasnya tak tahu bila lah plak... mungkin lepas tag orang kot...