tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label masalah internet. Show all posts
Showing posts with label masalah internet. Show all posts

Monday, December 07, 2015

Apesal tak boleh view blog orang lain?

Ehhh, korang ada alami masalah macam ini tak sekarang?


Atau aku saja yang alami. Tak boleh buka/tengok blog korang. Nak komen apatah lagi. Keluar "makhluk" opssss tulis tak boleh buat sementara ini. Kejap lagi clear dulu apa patut.


"Whoops, that's an error"


Dahlah 2-3 hari ini alami masalah dengan internet Yes & DiGi.
Haruuu sungguh bila kita memerlukan, ada pula masalah lain yang datang. Memang menguji kesabaran namanya.


Nanti dah ok, aku jejak balas ok.
Mood terus kureeeeeng! Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 13, 2015

Kerana bil internet YES belum bayar

Kerana bil internet YES belum bayar _____________________________ ( sila isi tempat kosong )


Aku tak boleh online guna hp. Hambiikkkk!
Alaaaaa, due date bayar adalah setiap 12hb, terleka semalam tak bayar jeeee
Pagi tadi lepas beli breakfast lebih kurang 10.30 pagi, ingat nak bayar tapi tak buka lagi!


Adoiiii!
Dahlah coverage sekarang pun siput tenuk.
Kalau dulu sebelum beli, dah check area line tiptop, dah 4 bulan guna baru tunjuk taring sebenar


Ikut hati nak terminate ajeeee tapi sebab kontrak sampai Feb 2017 ( tudiaaa lama lagi ), harung jugalahhhh walau hati dah tak kenan! Kontrak aku 2 tahun tauuu.


Jadi, kome yang nak melanggan internet, fikir-fikirlah dulu terutama yang jenis KONTRAK. Haruuu wei kalau jadi macam aku!


Lagi senang langgan data DiGi. Setakat ini tak mengecewakan aku.


YES : 2 GB RM 48 ( tak masuk GST )


Nak membeli sambil menderma : Dana Untuk Meow
Nak beli CMD/Klenz dari Revell : 019 233 1810 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 15, 2015

BETULKE TAK BOLEH BAYAR BIL YES?

Dari hari Khamis lepas aku nak bayar bil untuk internet YES. Bukan apa, tarikh dah due, itu pasal nak buat cepat tapi malangnya payment tak boleh di buat.


Tanya di outlet Ipoh, katanya system down. Aku ingatkan sehari itu jelah.
Pergi pula di outler Sg Siput, sekali dia cakap, dah 10 hari tak boleh buat payment. Tu diaa!


Biar betol kome ni?
Nak bayar pun masalah. Lagi teruk lebih 10 hari dah takde lagi penyelesaian?
Tension pula mak jemah rasa. ingat guna wifi ( boleh dibawa kemana ) itu memudahkan tapi dah jadi macam ini, menyusahkan juga.


Terpaksa langgan pakej internet 1 gb RM 15 di DiGi.
Celcom ( untuk berbisnes ) terpaksa biarkan dulu sehingga masalah YES selesai.


Korang ada guna YES?
Betulke masalah ini?
Ke deme kat tempat ini je yang problem.


Baru masuk bulan ke-3 aku guna YES
Nasiblah kontrak 2 tahun, ceh!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^