tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label blogger malaysia. Show all posts
Showing posts with label blogger malaysia. Show all posts

Thursday, May 18, 2017

Short Vacation ke Penang (bertemu Blogger)

Percutian pendek untuk gugurl. Ekekeke. Asalnya ada 6 orang tapi hanya 4 orang yang boleh sertai. Percutian tetap diteruskan.


Niat utama nak bercuti sambil jumpa kali pertama dengan blogger dari Penang. Siapakah? Haaaa, entry seterusnya. Yang follow FB Yui dah tentu tahu siapa. Hihi.



Jambatan yang kami lalui 



Hai Penang!
14/5/2017 dan 15/5/2017 kami di sana. 2 hari 1 malam yang Best!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 14, 2016

#MyTravelokaEscapade - Percutian Idaman ke Bali

Siapa yang tak suka bercuti?
Pastinya setiap orang ada percutian idaman sendiri
Percutian yang dapat merehatkan minda & melihat suasana luar dari kebiasaaan


Korang tahu pasal TRAVELOKA
Merupakan satu laman web yang memudahkan urusan kita untuk membuat perbandingan melibatkan flight tickets & hotels
Kita boleh survey hotel bajet sehingga ke hotel bertaraf 5 bintang dengan harga promosi
Nak beli tiket penerbangan pun mudah!
Pilih sahaja destinasi mengikut bajet anda


Perkhidmatan Traveloka adalah 24 jam 7 hari seminggu
Jadi, dah tentu takde masalah kan untuk kita
=___=


Kalau Traveloka nak belanja Yui bercuti, destinasi pilihan Yui haruslah Bali, Indonesia
Tempat menarik yang sesuai untuk honeymoon. Ehhh ehhh ;) 
Takpe, sekarang nak pergi ketika berstatus bujang. Boleh view seorang dulu sebelum berdua




Ada 10 destinasi yang diberikan tapi Yui pilih Bali


Kenapa Yui nak sangat pergi ke Bali?
Yui suka pantai & suasana yang menyamankan
Lagipun suka melihat keseniaan & kebudayaan yang unik & menarik
Maka, Bali ada pilihan tepat untuk Yui!



Kalau dapat pergi Bali, tempat yang WAJIB Yui pergi haruslah


1. PANTAI PADANG PADANG


Yui dah bagitahu tadi yang Yui sukakan suasana pantai
Jadi ini wajib ada dalam list untuk dikunjungi
Cantik sangat view nya kan?


2. PANTAI LOVINA



Apa yang Yui baca, Pantai Lovina ni kita boleh nampak ikan lumba-lumba
Best kan kalau nampak depan mata
Selalu tengok dalam cerita aje
Bila nampak real, pasti lain feelnya!
Mesti comel belaka ikan lumba-lumba ni


3. PURA TANAH LOT


Ada satu kuil yang terletak di laut
Apabila air surut, pelancong boleh berjalan kaki ke kuil tersebut
Jika air pasang, boleh tengok dari jauh sahaja sebab dipenuhi air dan dah tentu kelihatan cantik
Juga banyak dijual cenderamata di sini
Boleh beli bawa ole-ole untuk sahabat handai kan


4. PURA LUHUR ULUWATU


Lagi destinasi wajib yang Yui teringin nak pergi
Cantik sangat air nya
Apa yang menarik, di sini ada Kecak Dance
Bolehlah tengok tarian & kebudayaan orang sana
Dah pergi ke negara orang, haruslah tengok sendiri
Juga merupakan antara tempat terbaik untuk melihat pemandangan matahari terbenam


5. WAHANA WATERBOM BALI



Telah diiktiraf sebagai waterpark terbaik oleh TrpAdvisor
Terdapat 9 jenis permainan seperti Smash Down, Funtastic, Pipelin, Boomerang, Super Bowl,
Boogie Ride, Lazy River, Race Track dan, Climax.
Mempunyai luncuran seperti ular dan air yang sangat tenang
Sangat sesuai untuk seisi keluarga bagi bersantai



6. PANTAI JIMBARAN



Kata tadi nak berhoneymoon dengan tersayang, di Pantai Jimbaran adalah tempat terbaik
Sebab kita boleh menikmati makanan di tepi pantai dengan suasana yang romantik!
Makan malam ditemani lilin dan deruan ombak
Juga ditemani alunan dan tarian tradisional rakyat Bali
Dok terbayang-bayang dah berada di sana weii!!



7.  PASAR SENI SUKAWATI



Tak sah kalau ke tempat orang, kita tak beli ole-ole untuk di bawa pulangkan?
Jadi tempat yang sesuai untuk beli cenderamata di bawa pulang
haruslah di Pasar Seni Sukawati


Terdapat pelbagai barangan yang dijual seperti baju, keychain, lukisan
Yang paling menarik, di sini tawar menawar dibenarkan
Adalah lebih baik kita pergi di saat kedai baru dibuka sebab orang sana percaya
Orang yang membeli di awal pembukaan memberi rezeki buat mereka


Fuh, kalau ikutkan hati banyak lagi tempat nak pergi kalau sampai ke Bali
Terutamanya pantai-pantai yang menjadi tumpuan para pelancong
Indah sungguh saat menikmati deruan angin di tepi pantai
Nampak tak Yui dah berangan lebih ni, hehehe.


Moga ada rezeki Yui untuk menang dan bercuti dengan TRAVELOKA
Doakan ya, InshaaALLAH







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 02, 2016

Hilangkan Lebam Bawah Mata | AMEENA KSK III ENERGY CRYSTAL SKIN ACTIVATOR

Perempuan ni kalau tak kisah pasal diri sendiri terutama tentang kecantikan macam tak sah plak kan. Perempuan vs cantik tak boleh elak. Kan?


Selain nak jaga badan, jaga kulit muka, ehhh korang jangan lupa antara masalah orang ramai tak kira lelaki mahupun wanita adalah masalah lebam bawah mata atau eyebag. Perghhhh, lingkaran hitam bawah mata memang buat rasa kureeennng keyakinan diri. Nak rawat, nak juga atasi!


6 sebab utama terjadinya lingkaran gelap bawah mata atau juga lebih dikenali dengan istilah mata panda dan lebam bawah mata. 1. Keturunan Tahap tebal nipis kulit (periorbital skin) di sekitar mata pada setiap orang adalah berbeza dan ini selalunya bergantung kepada genetik atau keturunan. Semakin nipis kulit bawah mata seseorang itu, semakin jelas lebam bawah matanya walaupun cuma sedikit keletihan atau sedikit kurang tidur.

2. Stress / Kurang Tidur / Keletihan Bila kita tertekan, kurang tidur atau keletihan, darah kita akan terarah kepada organ-organ utama badan yang memerlukan lebih darah (mengawal stress) berbanding bahagian muka yang nampak sedikit pucat. 3 . Mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Perbezaan ketara kandungan darah inilah yang menyebabkan lebam bawah mata kelihatan begitu ketara.
4. Pertambahan Usia atau Penuaan Semakin bertambah usia, semakin kulit kehilangan kolagen dan keanjalan. Kulit di bahagian bawah mata menjadi lebih nipis dan memudahkan bayang-bayang gelap nampak lebih ketara tidak kira samada sudah cukup tidur atau mata segar dan tidak mengalami keletihan pun.
5. Alergik atau Alahan Alergik atau alahan yang menyebabkan mata gatal menjadikan kita cenderung untuk menggosok mata. Hal ini boleh meningkatkan tekanan pada kulit dan membuatkan darah memenuhi pembuluh darah di bawah mata, dan menyebabkan lebam bawah mata senang terlihat.
6. Kekurangan Zat Besi atau Anemia Lebam bawah mata juga boleh menjadi petanda anda mengalami kekurangan zat besi atau anemia. Mereka yang mempunyai masalah kekurangan zat besi di dalam darah, menyebabkan hemoglobin dan sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel-sel badan akan senang terurai dan membuatkan lingkaran bawah mata kelihatan lebih gelap atau lebam.


Jadi,
Yui nak perkenalkan satu produk inshaaALLAH sesuai untuk masalah di atas. Lebih mudah untuk anda guna. Tak perlu bersusah payah letak timun, hanya picit & sapu sekata. Guna sahaja Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator.




Merupakan produk gabungan formula dari negara Jepun & Malaysia yang bertaraf antarabangsa. Kandungan bahan unik berkualiti & semulajadi yang menggabungkan ramuan sesuai untuk setiap golongan wanita dan juga lelaki yang berusia 18 tahun ke atas.


Keistimewaan bagi dalaman dan luaran khas untuk kulit bawah mata yang mampu membuatkan mata kembali aktif, tona sekata, sihat, cerah, lembap, licin, bersih dan gebu serta berseri.




Fungsi utama Ameena KSK III ialah :

  • Menghilangkan lebam bawah mata
  • Menghilangkan lingkaran hitam bawah mata
  • Menghilangkan garis-garis halus bawah mata
  • Menghilangkan sel kulit mati bawah mata
  • Melancarkan peredaran darah bawah mata
  • Memberikan kulit bawah mata lebih sihat
  • Memperbaiki sel-sel bawah mata



Seawal 48 jam anda akan dapat merasai perubahannya, inshaALLAH. Untuk pengetahuan anda, Ameena KSK III adalah jenis aqua waterbase, sejuk & cepat serap, tiada kesan sampingan, tidak melekit/berminyak, mudah digunakan dan senang dibawa kemana sahaja.



Pengalaman peribadi Yui sendiri menggunakan Ameena KSK III, anda boleh rujuk gambar di bawah.
Hari pertama - ketiga 



Terkini


Cara & waktu sesuai untuk guna :
Hanya perlu picit sedikit & sapu secara sekata. Urut lembut.
Pakai pada waktu pagi & malam. 
Kalau Yui, selepas solat, Yui akan guna juga sebab seronok. Hehehe.


Produk berdaftar dengan KKM
NOT KKM 151205676 K


Macam mana?
Bestkan kalau dapat guna Ameena KSK III. Jadi, apa kata anda beli dan cuba sendiri. InshaaALLAH pengalaman yang tidak akan mengecewakan. Yui sertakan maklumat lanjut kalau anda berminat nak mencuba.


Puan Haida : 019 508 1433
Facebook : Ameena The Secret - Hilangkan Lebam Bawah Mata


#ameena
#lebambawahmata
#lebammata
#ubatmatalebam
#misiterusjalan



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 15, 2016

Jus Qalbi Al Ehsan Kawal Kolestrol & Agen Pelangsingan Semulajadi Terbaik

Perkara yang melibatkan kesihatan ini kita jangan pernah ambil mudah sangat. Tambah jenis yang jarang nak buat pemeriksaan doktor, makanan atau supplement tambahan memang perlu untuk kita.


Bab kolestrol, jantung, peredaran darah tidak mengenal usia. Maka kita sendiri kena jaga sebaiknya pemakanan dan gaya hidup kita. Oh ya nak bagitahu korang, Yui perasan ada satu jenis jerawat tumbuh bawah mata Yui. Biasa, muka Yui memang sukar nak naik jerawat, tapi kali ini jerawat tu lambat sangat hilang.


Fikir dan fikir serta sedar itu mungkin salah satu tanda kolestrol. Alaaa, biji kolestrol tu. Memang tumbuh tak hilang/lambat hilang. Nasib baik ada seketul. Jadi, Yui ambil supplement tambahan.




Alhamdulillah, Yui diberi peluang untuk cuba satu jenis produk  iaitu Jus Qalbi Al Ehsan. Apa yang menarik tentang Jus Qalbi Al Ehsan ialah dihasilkan tanpa bahan pengawet tiruan, mampu membaikpulih dan merangsang sistem peredaran darah dan juga mengurangi risiko yang berkaitan dengan komplikasi jantung, stroke, sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan jika diamalkan secara berterusan.




Mula-mula buka penutup, bau bawang putih memang kuat. Terus terfikir mampuke telan, dan bila telan, ehhh sedap plak! Ada rasa masam tau. Senang cerita, lagi sedap diminum begitu saja ( ini cara Yui ). Korang boleh juga tambah dalam bancuhan air.




Jus Qalbi Al Ehsan terdiri daripada 5 bahan asli semulajadi yang terbukti berupaya untuk menurunkan kandungan kolestrol dalam badan.

  • Cuka Epal
  • Bawang Putih
  • Madu
  • Halia
  • Lemon


Yui kongsi minum dengan mak Yui. Haruslah kita berkongsi dengan orang yang kita sayangkan. Nak sama-sama sihat dan cergas walau usia semakin bertambah.


Paling menarik untuk Yui, Jus Qalbi Al Ehsan juga merupakan agen pelangsingan semulajadi terbaik. Lemon, Halia, Cuka Epal ini semua antara bahan asas kalau kita nak turunkan berat badan. Tak payah dah susah payah, telan saja jus ini.


Nak minum pun sangat mudah. Hanya perlu ambil 1 sudu pada waktu pagi dan 1 sudu pada waktu malam. Sila guna sudu plastik untuk menjamin khasiatnya, inshaaALLAH.


Ada 2 saiz yang boleh korang cuba.

250 ml = (RM 79 SM) (RM 89 SS)
500 ml = (RM 149 SM) (RM 159 SS)


Yui bagi mak Yui minum juga. Dia suka sebab buat dia lawas & rasa lebih bertenaga. Kemain seronok dia. Hehehe.


Dah masuk minggu ke-3 minum
Jus Qalbi Al Ehsan


Untuk maklumat lanjut mengenai Jus Qalbi Al Ehsan, Yui sertakan info berikut untuk korang tengok ya. 


Facebook : JUS QALBI AL EHSAN 


Atau anda boleh hubungi terus

Algae Park Sdn Bhd
No 80A Jalan Renang 13/26
Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor

Tel : 03-5511 4366

HP : 017-7300 366 / 017-3730 366




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 05, 2016

Syampu Wanita Bertudung | Penjagaan Rambut dengan SAFI SHAYLA

Rambut adalah mahkota kita dan sudah tentu penjagaannya sangat penting. Sudah semestinya kita mahu yang terbaik untuk mahkota kita kan?


Bekerja seharian dan bertudung, kadangkala menyebabkan masalah kepada rambut. Rambut cepat rosak dan berkelemumur. Kadang ada rambut yang bercabang, ada juga yang kasar. Salah satu faktor adalah disebabkan syampu yang kita gunakan. Jadi, jangan biarkan. Rawat sebelum terlambat!



Pilihan Yui sebagai seorang wanita bertudung haruslah SAFI SHAYLA. Syampu khas untuk wanita bertudung. Membantu merawat kegatalan kulit kepala & bau rambut. Paling menarik ia diperkayakan dengan HABBATUS SAUDA. Rambut harum dan kekal sihat walaupun seharian bertudung.


SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. DenganSAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupunsebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.


Sebelum ini kita selalu nampak syampu ini dalam botol tapi sekarang ada yang lebih mudah kerana safi sudah keluarkan pek fleksi. Mudah dan senang di bawa kemana sahaja. Malah pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.




Untuk pengetahuan anda.
Safi mengeluarkan beberapa jenis Safi Shayla dan sudah semestinya setiap jenis mempunyai fungsi khas tertentu.



HITAM MENAWAN

SEGAR BERMAYA

ANTI KELEMUMUR

ITCH CONTROL

KAWALAN MINYAK

KAWALAN RAMBUT GUGUR

KAWALAN RAMBUT ROSAK

LICIN TERURUS


Boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya & pasaraya hiper utama. Harga Safi Shayla Pek Fleksi ini hanya RM 14.65 dan bersaiz 480g

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Safi, boleh kunjungi

Instagram : Safimalaysia




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 28, 2016

Atasi Masalah Ketiak Dengan Cek Lawa

Jangan yang orang nampak saja nak bagi nampak cantik, tapi hakikatnya diri sendiri lebih mengetahui. Yang terselindung pun kena jaga tau. Alaaa, samalah macam masalah ketiak ni. Ramai ada masalah tapi malu & segan nak share masalah. Takpe, korang baca aje apa yang Yui nak kongsikan ini okay.


Siapa yang ada masalah ketiak gelap, ketara nampak garisan, cepat berpeluh, ketiak berbau sangat dan ada daki degil, Yui sarankan korang cuba sendiri CEK LAWA.


Ehhh, apa benda Cek Lawa ini. Pinky gitu. Comel molek aje tengok packing.


Haaa inilah dia produk yang inshaaALLAH mampu selesaikan masalah-masalah di atas tadi. Ini bukan rekaan sebab Yui sendiri dah cuba. Yui ada masalah cepat berpeluh dan alhamdulillah lebih 2 minggu guna Cek Lawa, Yui sendiri dah rasai kesan dan perbezaannya. Bonus Yui dapat, lebih cerah. Suka sangat!





Tak perlu risau gunakan Cek Lawa kerana kandungannya adalah selamat dan 100% bahan semulajadi secara tak langsung 0% bahan kimia.

Bahan-bahan Cek Lawa :
EKSTRAK LEMON
EKSTRAK BUAH CUCUMIS SATIVUS ( TIMUN )
AQUA ( AIR SULING )
EKSTRAK DAUN ALOE BARBADENSIS
EKSTRAK DAUN ARCTOSTAPHYLO ( BEARBERRY )
EKSTRAK DAUN TEH HIJAU



Inilah rupa krim Cek Lawa. Nampak biasa tapi kesannya memang terbaik. InshaaALLAH puas hati tau. Krim bukan sembarangan krim. Cara guna pun sangat mudah. Pakai 2x sehari. Yui biasa pakai pagi & malam.






Sembang saja tak gunakan. meh Yui tunjuk antara kata pengguna Cek Lawa sendiri. 









7 SEBAB UTAMA anda kena guna CEK LAWA

1) Tak perlu lagi gunakan deodarant
2) Bawah lengan/ketiak anda lebih cerah
3) Tidak melekit
4) Wangi
5) Boleh juga digunakan di bahagian lain seperti siku, tumit & garisan perut
6) Jimat wang
7) Bahan 100% semulajadi



Nak ketahui lebih lanjut mengenai Cek Lawa, Yui sertakan maklumat berikut untuk korang 


SUMAIYAH AHMAD
019 691 7675
FB  : Cek Lawa Malaysia Jom Puteh
IG : Cek Lawa Malaysia





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 23, 2016

Rezeki berblog

Alhamdulillah, lepas berjumpa kenalan Blogger Utara 31/8/2016 yang lalu, rezeki melalui blog datang satu persatu. Tak pasti kenapa tapi itulah kenyataan.


1) Artikel untuk Zalora
2) Jemputan TGV Aeon Klebang, Ipoh
3) Review berbayar
4) Review produk rambut
5) Tawaran bekerjasama untuk artikel ( tapi ni terpaksa tolak )
6) Tawaran affiliate produk kecantikan


Kalau difikirkan, blog picisan Yui ni tak seberapa. Iklan Nuffnang pun tak betul, banyak yang perlu edit untuk blog ini. Rasanya nanti kena cari juga yang pakar untuk betulkan apa yang patut.


Apa pun,
Syukur untuk setiap rezeki yang ada.


Kalau ada nak minta Yui review, silakan emel fashanusha@gmail.com . Eh sempat plak. Hihi.


Salam Jumaat semua.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^