TAN Sri Muhyiddin Yassin nampak sangat hendak jadi PM, mengapa? Beliau menjadi PM ke-8 setelah mengetuai pengkhainatan terhadap PH selepas PRU 14 dulu.
Namun usia Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi PM ke-8 tidak lama, hanya 17 bulan. Itu biasa kalau kita mengkhainati orang pasti kita pula akan dikhainati.
Dalam PRU 15 saya tidak menjangkakan Tan Sri Muhyiddin dan PN
dapat pergi jauh. Ini kerana parti BERSATU tidak mempunyai akar umbi yang kuat.
Pada pendapat saya BERSATU akan banyak
bergantung kepada kekuatan akar umbi PAS.
Selepas penamaan calon saya agak terkejut apabila melihat bahan
kempen PN yang banyak mengalahkan BN yang pernah menjadi kerajaan lebih 60
tahun.
PN juga menggunakan influenza di Tit Tok. Dikatakan bayaran yang dibuat juga cukup besar. PN juga berkempen menggunakan bangsa dan agama yang melampau.
PN juga dikatakan menggunakan wang yang banyak untuk menggerakkan
jentera pilihanraya. Jesteru itu kita jangan terkejut dengan pencapaian mereka
yang agak baik tapi belum cukup untuk menjadi kerajaan.
Persoalannya mengapa kita lihat Tan Sri Muhyiddin Yassin
begitu terdesak hendak jadi PM. Mengapa saya kata begitu?
Pada malam perjumlahan undi sedang berlansung membawa hingga ke dini hari tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin mengadakan sidang media yang beliau telah berjaya membentuk kerajaan dan telah mendapat surat dari pihak Istana.
Pengumuman itu mendapat sorakan yang besar daripada
pegikutnya yang ada di situ. Pastinya penyokong PN yang sedang menonton siaran
langsung di rumah bersorak gembira.
Hakikatnya Tan Sri Muhyiddin menipu dan sanggup menjual nama
Istana. Mana mungkin pihak Istana mengutuskan surat sedangkan perjumlahan masih
berjalan dan pihak SPR belum membuat pengumuman rasmi.
Tan Sri Muhyiddin bukan saya menipu orang ramai yang melihat
siaran langsung itu malah menipu penyokongnya ada ada bersamanya waktu itu,
juga penyokongnya yang melihat siaran langsung pada pagi itu.
Lanjutan pembohongan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Hj. Openg dengan mengatakan bahawa UMNO/BN turut menyokongnya sebagai Perdana Menteri.
Lalu Tan Sri Abang
Johari Hj. Openg membuat sidang media mengatakan menyokong Tan Sri Muhyiddin membentuk
kerajaan bersama UMNO/BN.
Apabila menyedari dirinya ditipu dan mendapati Tan Sri
Muhyiddin Yassin mencuri 10 orang ahli parlimen UMNO/BN yang menyalahi akta
lompat parti maka Tan Sri Abang Johari Hj. Openg menarik balik sokongan itu.
Tan Sri Muhyiddin juga cuba menipu pihak Istana dengan
menyenaraikan 10 orang ahli parlimen UMNO/BN yang menyalahi akta lompat parti. Beliau juga
turut menyertakan 23 ahli parlimen GPS yang telah mengumumkan telah menarik
sokongan terhadapnya.
Mengapa begitu rendah moralnya sanggup menipu orang ramai dan
penyokongnya dengan menjual nama Istana malah cuba menipu pihak Istana dengan
menyerahkan SD mereka yang sudah tidak lagi menyokongnya.
Bagaimana hendak memimpin negara belum apa-apa lagi dah
menipu! Dan bagaimanakah penipuannya
jika menjadi PM kita?
YOUTUBE CHANNEL SAYA
SILA LAWATI SAMA