SETIAP insan yang hidup di alam ini tidak akan sunyi daripada
menghadapi ujian dan dugaan Allah SWT. Kalau kita senang dan kaya ujian dan
dugaannya cara orang senang dan kaya. Sekiranya kita miskin dan susah pula
ujian dan dugaannya cara orang miskin
dan susah. Hakikatnya kita pasti tidak dapat lari daripada menjalani ujian dan
dugaan Allah Azzawajalla.
Ujian dan dugaan Allah SWT akan datang kepada kita dalam pelbagai bentuk. Ada yang datang dalam bentuk kebaikan, keburukan, kegembiraan,kesedihan, kejayaan, kegagalan, kekayaan, kemiskinan, kesihatan mahu pun kesakitan.
Jangan kita
ingat hanya keburukan,kesedihan,kegagalan, kemiskinan dan kesakitan saja ujian
dan dugaan kepada kita.Kebaikan, kegembiraan, kejayaan,kekayaan mahu pun
kesihatan yang baik juga merupakan ujian dan dugaan Allah SWT juga. Ujian dan
dugaan ini lagi takut kita boleh lupa, lalai, ego dan bongkak.
Sesungguhnya
segala ujian dan dugaan Allah Azzawajalla kepada kita adalah untuk menguji
sejauh mana keimanan,ketakwaan dan kesabaran kita menghadapinya. Sekiranya kita
diuji dan iduga dengannasib malang, adakah kita radha dan sabar menghadapinya?
Seandainya kita diuji dan diduga dengan nasib baik,adakah kita bersyukur dan
tidaklupa diri dalam menjalani kehidupan ini?
Firman Allah
yang bermaksud :”Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan
dengan hanya berkata :kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji.” (surah
al-Ankabut ayat 2)
Sebelum ini
saya tidak pernah sakit teruk apa lagi penyakit yang kronik. Sebaik saja saya
memasuki usia emas penyakit mula datang menyerang. Saya mencapai usia emas pada
28hb. Februari 2020 dan dalam bulan Mac
saya mula dihinggapi penyakit gatal.Mula-mula hanya di sekitar perut lebih
tepat lagi pusat. Kemudian menjalan keseluruh badan termasuk tangan. Berbulan
juga saya merawat dengan pelbagai kaedah, Alhamdulillah akhirnya pulih.
Setelah baik
beberapa bulan, datang pulapenyakit lain. Saya tidak boleh jalan dengan baik.
Pada mulanya saya ingat bahagian pinggang saya yang bermasalah kerana saya
duduk mengadap laptop terlalu lama. Kesannya tidak begitu baik walaupun saya
amat berpuashati dengan urutan “Pak Ngah” bahasa tukang urut itu.
Akhirnya
saya buat keputusan untuk berjumpa doctor. Untuk ke Pusat Kesihatan Kecil yang
tidak memerlukan biaya, saya bimbang juga dengan penularan Covid 19 yang
bagaikan tidak terkawal.Lazimnya di
pusat kesihatan kecil itu orang terlalu ramai dan saya pula sudah mencecah usia
emas di mana pihakKementerian Kesihatan sering mengingatkan agar golongan warga
emas itu berhati-hati.
Akhirnya
saya membuat keputusan untuk berjumpa doctor
swasta. Dalam pemeiksaan dibuat
doctor mendapati saya dihinggapi gejala ‘minor stroke’. Doktor menasihati saya
menjalani rawatan fisiotrapy ditingkas atas klinik itu. Oleh kerana saya
terpaksa menaiki tangga untuk menjalani rawatan itu maka anak-anak telah
mencari pusat fisiotrapy di sekitar Padang Serai.
Alhamdulillah
mereka menemuinyadan mereka mendaftar untuk sessipenuhsebanyak 5 kali. Ketika
blogini ditulis saya telah menjalani 4 sessi, Alhamdulillah sudah semakin
berkurangan dan saya yakin akan kembali pulih seperti sediakala dalam waktu
terdekatini, In Shaa Allah.
Bagi saya
sakit yang saya alamiini adalah ujian dan dugaan Allah SWT kepada saya agar
saya tidak lagi lalai dan leka dengan kehidupa di dunia ini.Sakit ini juga
dapat menyedarkan saya untuk mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah Azzawajalla
kurniakan selamaini. Sebagai tanda syukur
saya perlu memelihara kesihatan saya dengan menjaga pemakanan dan
menjalankan riadah seboleh mungkin agar tubuh badan saya kembali cergas dan
sihat.
Ketika saya
sakit ini juga memberikan masa dan ruang untuk saya bermuhasabah diri. Saya
juga perlu berzikir, bersellawatdan berdoa untuk memohon kesembuhan daripada
Allah SWT. Disamping menjalani rawatan secara moden dirasakan perlu juga saya
merawat dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran yang mempunyaikelebihan yang
tersendiri dan boleh menjadi penawar kepada sakit yang dialami.
Firman Allah
Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Israa’ ayat 82 yang bermaksud :“Dan kami menurunkan daripada Al-Qur’an suatu penawar (bagi
penyakit rohani dan jasmani) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan
Al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim (orang kafir)
selain kerugian.”