Blog NURZAMAN
ONLINE sudah agak lama berada di alam siber. Blog ini mula dibina pada Oktober
2007 dan sehingga kini sudah 16,600 pelawat. Kekurangan pelawat kerana blogger hanya
menulis di blog ini secara berkala tidak konsisten. Berdasarkan angka ini, Blog ini hanya dilawati lebih kurang setahun
hanya 1600 orang pelawat.
Mulai hari ini
blogger mengubah konsep blog NURZAMAN ONLINE akan menjadi DAIRI PERIBADI
BLOGGER. Namun setiap apa yang digarap akan terselit segala fakta dan rahsia
apa yang blogger lalui.
NURZAMAN
sebenarnya adalah nama pena blogger ketika mula-mula memasuki dunia penulisan.
Nur adalah singkatan nama isteri blogger yang digubah sedikit, nama isteri
blogger Norlia. Zaman adalah nama akhir blogger lalu digabungkan menjadi
NURZAMAN yang bererti SINAR ZAMAN.
Penggunakaan
nama pena ini kerana blogger terpengaruh dengan penulis-penulis mampan sebelum
ini yang banyak mempunyai nama pena. Mereka menggunakan nama pena bagi
mengelakkan diri mereka di kesan oleh penjajah kerana mereka meniupkan api
semangat perjuangan. Ada juga yang menggunakan nama pena agar hasil karya
mereka sentiasa tersiar di akhbar.
Menyedari
itu dan juga sedar nama blogger sendiri
ada sedikit kelainan ARZAMAN SULAIMAN maka blogger mengambil keputusan
menggunakan nama sebenar.
Oleh kerana
blog ini akan menjadi dairi blogger dan sekiranya ingin membaca berkiatan
dengan politik, agama, bangsa dan penulisan maka ikutilah blog ARZAMAN SULAIMAN DI LINK https://arzaman.blogspot.my/
Jika ingin membaca mengenai Melayu Pulau Pinang layarilah
PULAU PINANG MYNEGERI linknya https://pulaupinangmynegeri.blogspot.my/ dan jika
ingin membaca mengenai Qada & Qadar layarilah blog https://disebalikqadaqadar.blogspot.my/
SELAMAT
MEMBACA.