Pages - Menu

Showing posts with label breastfeed. Show all posts
Showing posts with label breastfeed. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Tips Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum.

Hi readers!

Kalini entri mak-mak semula lah ye. Semakin ramai kawan yang berkahwin dan yang paling ramai sekarang ni menunggu kelahiran anak. Rasa terpanggil nak buat entri ni pun sebab dah lebih dari 5 kawan-kawan yang tanya soalan yang sama. sebelum muncul keenam, ketujuh, kelapan dan seterusnya, baik catatkan sesuatu untuk dikongsi. Almaklumlah bila dah terlalu lama berlalu mula dah tunjuk tanda-tanda alzheimer. Sebagai panduan untuk diri sendiri jugak selepas ni.

Kalau entri berpantang, rujuk sini ye.

Ibu semasa hamil

  • Amalan meminum susu kambing iaitu pemakanan sunnah dapat mencegah bayi dari jaundis. Susu kambing tidak sepanas dagingnya. Jika mampu makan daging, silakan!
  • Tidak perlu melakukan apa-apa test terhadap breast anda. Amalan seperti menyikat, mengepam, memicit atau tindakan mengeluarkan atau merangsang pengeluaran susu tidak diperlukan sama sekali. Hanya urutan lembut ketika mandi mencukupi di saat hujung kehamilan. 
  • Amalkan niat dan doa sepanjang hamil supaya urusan penyusuan berjalan lancar sehingga bayi berusia 2tahun.
  • Pilih hospital rakan bayi untuk melahirkan kerana hospital ini menyokong 100% penyusuan susu ibu. Malah botol juga dilarang untuk dibawa sama sekali.
  • Jika tidak dapat pilihan hospital rakan bayi, maklumkan kepada nurse dan doktor yang akan menyambut kelahiran untuk menyerahkan bayi anda sebaik sahaja selesai bersalin kerana mahu menyusu. Ada sesetengah hospital yang sesuka hati memberi susu formula tanpa kebenaran! Tahupun selepas lihat bayi masih tidur setelah sejam kerana telah kenyang.
  • Jangan senaraikan susu formula di dalam senarai keperluan ibu dan bayi! Jangan beli jugak!



Bayi (0-6m)
  • Susukan bayi anda sebaik sahaja menerimanya. Inilah masanya untuk bayi anda belajar latching buat kali pertama. 
  • Di awal kelahiran antara tempoh 0-5hari bayi biasanya menerima kolustrum iaitu susu likat berwarna kuning sebagai antibodi. Jangan panik jika tidak keluar susu putih seperti ibu yang telah sedia menyusu kerana ianya normal dan ianya mencukupi untuk bayi anda. Kolustrum yang dikeluarkan hasil marmet iaitu perahan tangan atau hasil pam hendaklah dihabiskan oleh bayi. Jangan buang! Suap gunakan sudu ke mulut bayi.
  • Kejutkan bayi anda dari tidur setiap 2jam. Ianya juga penting untuk membantu bayi kekal aktif dan dapat melawan jaundis sekiranya ada.
  • Selepas pengeluaran kolustrum selesai, barulah susu putih akan keluar dalam bentuk hindmilk dan foremilk. Hindmilk lebih pekat dan berlemak berbanding foremilk.
  • Harus diingatkan, bayi menangis bukan kerana dia kelaparan sahaja tapi kerana faktor lain seperti penyesuaian diri dan mungkin juga sakit tali pusat yang sedang mengecut. Pada masa ini ibu dan bayi masih sama-sama belajar untuk menyusukan dan disusukan. Pastikan ibu dan bayi berada pada posisi yang betul untuk mengelakkan kemelecetan. 
  • Stok susu bagi ibu yang akan bekerja boleh mula disimpan sebaik sahaja susu putih telah keluar. Eloklah sekiranya tidak dibazirkan begitu sahaja terutamanya jika ibu akan bekerja.
  • Dalam tempoh ini juga, para ibu dinasihati untuk kekal menyusu secara eksklusif (exclusive breastfeeding, EBF) iaitu bayi hanya minum susu ibu semata-mata tanpa perlu diberi air masak atau makanan tambahan lain seperti nestum atau air nasi. Ini kerana usus bayi masih lembut dan masih belum dapat menerima sebarang cecair atau pepejal lain. Ada kes kematian bayi berlaku disebabkan usus pecah. Nauzubillah!
  • Mengenai terma EBF, bayi yang diberi makan ubat tidaklah terbatal EBF nya kerana ubat tersebut tidaklah sampai ke tahap mengenyangkan. Sebaiknya, minimumkan pemberian ubat atau jangan beri langsung kepada bayi. Susu ibu sudah mencukupi dengan 1001 kebaikan yang ada padanya.
  • Sekiranya bayi EBF tidak berak selama 14 hari tetapi masih buang angin and sendawa seperti biasa, jangan panik! Ianya adalah situasi normal yang akan berlaku. Urutan I love u dapat membantu memberi keselesaan kepada bayi. Sekali lagi, air masak tidak perlu diberikan. Sekiranya bayi anda EBF, bawalah berjumpa doktor.

  • Godaan dan cadangan dari orang keliling yang telah makan garam dahulu mungkin boleh menyebabkan para ibu terpengaruh. Tapi fikirkanlah sedalam-dalamnya tentang kebaikan susu ibu demi masa depan anak yang telah anda kandung dan jaga sebaiknya ketika hamil. Ramai yang telah berjaya menyuskan selama 2tahun.
  • Pengeluaran air liur yang terlalu banyak atau tindakan memasukkan jari bayi ke dalam mulut BUKAN tanda bayi anda kelaparan. Begitu juga pandangan matanya ketika anda sedang makan. Sebaliknya, pengeluaran air liur tersebut membantu bayi untuk pertuturan di masa akan datang dan juga membantu bayi bereksperimentasi dengan anggota badannya yang lain.
  • Para ibu dinasihatkan untuk minum air panas yang disuamkan dalam tempoh 3-5minit sekurang-kurangnya secawan setiap satu jam. Elakkan ais terutamanya untuk 3bulan pertama dan teruskan jika anda yakin ianya tidak mengganggu production susu.
  • Bagi ibu yang telah mula bekerja, pastikan anda konsisten mengepam sekurang-kurangnya 3kali sepanjang masa bekerja dan konsisten membuat stok susu pada sebelah malamnya sambil tandem nursing bayi anda. Teruskan power pumping selama 2tahun supaya risiko low production dapat dikurangkan.

Bayi (6m ke atas)
  • Bayi yang berusia 6bulan ke atas sudah boleh diberi makanan tambahan. Sekiranya para ibu memilih untuk terus menyusukan sahaja, tahniah! Bukanlah satu kewajipan untuk memberi bayi anda makan sebaik sahaja bayi berusia 6bulan.
  • Bayi yang diberi makan tetapi masih mengekalkan susu ibu sepenuhnya dipanggil Fully Breast Feed atau FBF.
  • Mulakan suapan sebulan yang pertama dengan memberi puri buah-buahan untuk sekali sehari biasanya pada waktu makan tengah hari. Puri tidak perlu dicampur dengan apa-apa bahan lain seperti bubur dan susu ibu. Boleh mulakan dengan epal, carrot, pear, pisang, avocado (lecek sahaja), labu, brokoli, celery dan sebagainya dengan cara mengukus dan diblendkan sehingga hancur. 
  • Jika bayi anda belum bersedia, jangan paksa. Elakkan dari beri nestum segera. Homemade pilihan terbaik.
  • Sebulan kedua, boleh mula memberi bubur bercampur puri tersebut dan bayi anda pasti sukakannya. Boleh juga campurkan 
  • 2 3 buah sekaligus. 
  • 2 minggu berikutnya, Perlahan-lahan perkenalkan bayi anda dengan ikan isi putih dan bilis, ayam, sayur dan daging. Nasi, sayur, ayam dan daging masih perlu dikisar halus supaya bayi tidak tercekik. Isi ikan perlu dihancurkan. spaghetti yang direbus hingga lembut juga boleh. Begitu juga dengan mee suah. Roti dan biskut tanpa krim juga baik untuk bayi anda. 
  • perkenalkan bayi anda kepada pelbagai jenis sayuran, buahan dan daging. Ini baik untuk mengelakkan bayi anda dari menjadi seorang picky-eater.
  • ketika bayi berusia hampir 12 bulan, boleh mula berikan nasi yang dihancurkan atau dilenyek tanpa perlu diblend.
  • Note: Telur belum sesuai diperkenalkan bimbang alergik. Madu tidak sesuai untuk bayi berusia 1tahun kebawah. Garam, gula dan kicap juga tidak diperlukan oleh bayi anda. Kekacang mungkin mendatangkan alergik. elakkan dari memberikan bayi anda apa jua bentuk makanan segera.



Bayi (1tahun ke atas)


  • Bayi berusia satu tahun ke atas sebaiknya masih menjadikan susu ibu sebagai pilihan terbaik kepada bayi anda. Bagaimanapun, bayi boleh mula diajar untuk minum fresh milk. Adalah didapati bahawa fresh milk lebih baik untuk diberikan berbanding susu formula kerana tidak melalui proses yang lama dan panjang. Expired date nya juga lebih pendek. Antara susu fresh terbaik adalah susu kambing.
  • Jus buah-buahan juga telah boleh diperkenalkan pada masa ini. Sebaiknya homemade jika beli yang di pasaraya, pastikan kandungan gula tidak terlalu tinggi bagi bayi.
  • Tambahan perasa juga sebaiknya dielakkan.




Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi. Iffah Humaira menyusu secara eksklusif (tidak makan atau minum selain susu ibu) selama 7 bulan. Dan fully breastfeed (minum susu ibu sahaja dan makanan lain) selama 1tahun. Dan masih maintain breastfeed sehingga sekarang (4hari lagi sebelum masuk 20bulan). Semuanya secara direct feeding memandangkan saya Working At Home Mom (WAHM).

Antara faktor kejayaan selama 1y8m sebelum ini adalah,
1. Rezeki dari Allah
2. Doa, usaha, semangat dan tawakal
3. Amalan pemakanan yang baik

Jumpa lagi.
Thanks for reading. :)

Kredit photos to HSFFYB (Homemade Solid Food For Your Baby)

Wednesday, November 30, 2011

Iffah Humaira.. 5 months

Assalamualaikum readers!

Lama den tak menjengah ke blog.. bersawang bagai siap debu 1 inci lagi.. fuuuuuuuuuhhhhhhh!!!!! haa.. pi jauh-jauh.. lepas sepurnama kalau tak update, baru datang balik ye!

Hari nie, if ikut kalendar masihi, Iffah Humaira dah cukup 5 bulan.. Nie kali terakhir ummi ikut kalendar masihi.. sebab ummi dapati yang kalendar Hijrah adalah lebih accurate untuk perkembangan lil khalifah ummi dan abi..



Untuk perkembangan selama 4 bulan yang dah berlalu tue, ummi dan abi rasa bersyukur sangat-sangat dikurniakan zuriat yang sentiasa menjadi penyejuk hati, insyaAllah selama-lamanya.. Iffah Humaira memang baby yang serious turun ummi dan abinya.. tapi sama jugak macam ummi dan abinya, Iffah Humaira boleh gelak mengekek non stop sampai mata sepet macam umminya..

IH dah boleh capai apa saja yang ada depan mata sampaikan ummi nak minum pun kena tolehkan IH ke sisi lain.. tak boleh ngadap umi lagi, kalau tak, laju je duduk cawan tue kat mulut.. Ummi jugak kena make sure tak de benda bahaya sekeliling IH tambah2 plastik bag yang bunyinya sentiasa menggoda IH.. hee.. Iffah Humaira pun dah start menjerit-jerit sakan.. kata neni anak perempuan memang gitulah ragamnya.. Paling mengujakan untuk IH adalah mandi.. mesti mengesot badan sampai kepala je yang tak masuk air.. confirm yang tukang bagi mandi pun basah sekali bila IH best je tepuk air! paling senang, mandikan dalam sinki.. confirm jimat masa dan tenaga tukang bagi mandi.. haha..

Aktiviti kegemaran Iffah Humaira adalah berjalan-jalan.. amboiii, mana taknya dah ummi dan abi pun macam tue.. tapi bukan setiap hari berjalan.. once dah keluar, memang bersungguh-sungguh la jalannya.. ada je benda yang nak dibuat.. paling common pun, berpagi-pagian di taman.. semua taman kami belasah.. haha.. sebab ummi tak suka pegi tempat yang sama berturut-turut.. dan selalu bear in mind yang Allah lapangkan masa sekarang mungkin kerana masa hadapannya dah kurang berpeluang nak buat aktiviti ni lagi..

Dan alhamdulillah.. IH masih kekal fully BF! dan pilihan IH adalah DF (direct feeding).. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki IH.. sampai ummi terpaksa berkorban beli breast pad.. oh ye, bukan xmau tadah untuk stok, atau perah buat stok, atau sengaja suka-suka nak buang dan tak mau pakai washable.. Ummi dah try macam-macam cara since dalam pantang lagi.. Dah try buat stok, dah try bagi botol, dah try pakai washable.. Resultnya, IH tak gemarkan EBM.. Die hanya minum bila terpaksa macam time ummi pegi shoot untuk ArtByFizz Photography dan jugak bila ummi ada urusan penting yang tak boleh nak usung IH sama macam pegi collect album, jumpa customer dan konvo bulan lepas.. Asalnya, ummi beli botol Pureen masa pregnant dulu, ummi dah tukar teat kepada NUK and still IH tak berminat.. IH akan minum air zamzam je guna botol, tapi EBM memang no! maka, ummi pun tukarlah botol lepas dapat tau dari junior ummi yang Thefirstyear ada botol Breastflow.. memang bila IH sedut, baru susu keluar dan botol tue memang serasi untuk IH minum EBM.. dengan syarat, ummi takde kat situ! sebab tue la ummi discontinue buat stock.. dan ummi pakai disposable jugak, sebab washable selalu bocor dan ak dapat menampung untuk waktu yang lama.. Satu hari 6 keping ummi guna sampai umur IH 3 bulan.. now dah slow sikit.. 4 keping 1 hari.. IH minum air zamzam pun bila tak cukup susu yang ummi stokkan.. solid food, no, no, no.. ummi doakan IH dapat BF sampai umur 2 taun kalau ummi mampu.. kalau tak mampu, ummi akan sulamkan dengan solid food lepas 7 atau 8 bulan nanti.. tapi bersyarat jugak, ummi tak de pilihan lain selain makan, makan dan makan..

dan baru-baru nie, ummi sangat-sangat bersyukur Allah murahkan rezeki Iffah Humaira.. IH menang untuk snap-it-right contest yang Huggies Malaysia buat on 21st November 2011.. task dia,
Hi everyone, here's the sixth task for the Huggies Snap-it-Right Contest. The first five winners will take home a Huggies play tent each, and the following five will win a pack of Huggies diapers Jumbo size. Good luck!

Huggies cares for your child’s safety, so snap a photo of your precious one in his or her comfortable car seat!

 ·  ·  · 21 November at 19:00 via Conversocial · 

Huggies MalaysiaDear all, here are the winners for the Huggies Snap-it-Right Contest for 21st November 2011.
The following winners will take home a Huggies play ten each:
1. Crystal Chua
2. Beena Shashikant
3. Jullyn Hoong
4. Fen Nie5. Siti Azirah
The following five will each win a pack of Huggies diapers Jumbo size:1. Nurul 'Izzah Zulkifli2. Diana Natasha3. Michelle Chong4. Jovi Chong5. Christina Ting
Congratulations to all our winners. Huggies will be contacting you via Personal Message on 29th November 2011 for details on how to claim your prizes, so please be sure to activate the settings on your facebook account by then. ·  ·  · 22 November at 18:01 via Conversocial · 

 Huggies Malaysia
Dear all, here is the corrected winners list for 21st November 2011.
1. Crystal Chua
2. Beena Shashikant
3. Jullyn Hoong
4. Fen Nie
5. Nurul 'Izzah Zulkifli
6. Diana Natasha
7. Michelle Chong
8. Jovi Chong
9. Mary Ann Taruc Ong
10. Noor Azizah Ahmad
Congratulations to our winners! Please enable your PM settings so that Huggies can contact you on 29th November 2011.
 ·  ·  · 23 November at 16:14 ·  

Ikut senarai awal, IH menang Jumbo pack diapers.. then, keluar revised list macam boleh menang playtent.. nanti kita tengok ye hadiah apa yang sampai.. Gambar antara yang terawal..



sebelum tue, 15 november 2011 ummi ada hantar borang redeem swimming pool for RM80 and above purchased Huggies Dry Comfort in one receipt.. Ummi hantar guna pos Ekspres.. Khamis lepas 24november 2011 masa on the way ke kuantan, tok IH bagitau ada parcel.. penat ummi fikir apa yang ummi beli sebab setaunya memang takde.. Snap-it-right tue pun belum call untuk mintak address.. sampaila isnin baru ummi dapat jawapan.. rupanya.

.



Umi, amma, ibu, mak, mama diluar sana.. sila la redeem swimming pool tue.. borang kat tesco pun ada.. last date 31 December kalau tak silap.. dan ofkos, selagi stok masi ada..

till then!

tq 4 reading!


.
.
.


p/s : ummi nak buat travel blog plak lepas nie.. if ada kelapangan.. nak share dalam blog nie jugak.. xnak tukar blog lain..