Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Selasa, 22 Februari 2011

Homemade Cheezy Wedges ~ dengan adanya serbuk jalapeno cheese, boleh makan sepuas puas hatinya sebijik macam KFC punya!

Dicatat oleh nurulazham di 10:51 PG 6 ulasan
Ehh...berapa punya panjang daa tajuk....

Hari ni ibu nak cerita pasal masak memasak..eceh..baru fes taim ibu blog pasal masakan kan?? sebelum ni banyak amik pic je, tapi tak sempat di-blog-kan....oleh kerana ini adalah entry khas untuk Wanie (tokey Jalapeno Cheese), so terpaksa lah ibu blog kan..hehehe...


Memula, apa yang kita perlukan adalah kentang ye...ibu guna US Potato (agak lembut sikit..no need to rebus dulu kentang ni..).. tapi bagi ibu, kentang ni sesuai untuk buat wedges je..kalau masuk sekali ngan sup ayam, tak sedap langsung...sbb dia macam muai sangat...




Ini lah rupa kentangnya...
ibu tak buang kulit pun..
dengan syarat, basuh bersih bersih dulu ye..
tapi terpulanglah..nak buang kulit pun boleh..





Potong ikut bentuk macam wedges KFC...




Sediakan telur dan campuran tepung beras+rempah kari+garam
Actually, kalau ikut resepi Wani, dia letak macam macam kat campuran tepung tu..
tapi ibu letak serbuk kari+garam je..




Lepas tu, macam biasalah..
celup kat telur dulu, baru golek golek kat tepung...





Sedia untuk digoreng~




So, sementara tunggu kentang ni masak,
ibu sediakan bahan terpenting untuk cheezy wedges nih!




Inilah rupe jalapeno cheese yang ibu beli dari Wani..




Ibu bancuh 1/4 cawan je.
dah cukup untuk kentang kentang yang banyak tu...
Wanie kata kalau bancuh 1 cawan, maunya boleh buat kenduri 1 taman...






Walla...inilah hasilnya........
tengok je dah sedap, kan??
apatah lagi bila makan berebut rebut dengan ayah n anak anak..!



Berminat nak dapatkan serbuk Jalapeno Cheese ni??
Hubungi Wanie ye..

AMARAN...!jangan buat resepi ni waktu anak anak sedang tidur..tak pasal pasal karang anak bangun tido, nampak cheezy wedges ni, terus dia jerit.."Ibu...kenapa pegi KFC tak ajak???" LOL

Rabu, 2 Februari 2011

Bersiaran dari Taiping...

Dicatat oleh nurulazham di 8:35 PG 0 ulasan
Dah masuk 3 hari disini..
kami bertolak balik ke Taiping selepas magrib hari Ahad lepas..
sebabnya ayah nak tengok Lin Dan & Chong Wei fight..
itupun separuh perlawanan badminton tu kami tengok kat Yong Peng, separuh lagi kami tengok di Muar rumah kuaters ayah...(ayah ada nak ambil barang tertinggal)
dahlah hari Ahad tu hujan sepanjang hari..
dari kami bertolak kat Muar tu pun hujan juga..
sampailah ke sempadan Perak..
nak berhenti kat RnR pun pikir banyak kali..
sebab agak sukar untuk meng-handle anak anak yang 3 orang ni..huhu...
cuma berhenti makan di Dengkil je...


Sampai je rumah MIL jam 2.10am, terus tidur..
mujurlah dah jamak sekali masa kat Muar..


Semalam pergi ke Kuala Kangsar..
saja makan tengahari kat sana & nak hantar barang pada customer Nurul Azham's Shoppe..
kebetulan dia pun nak balik ke Perak..


okay..nanti nanti sambung balik..nak upload pic pun, lupa nak bawa memory card reader nih...


Rabu, 5 Januari 2011

Photoshoot Day with Kedai Gambar Kami . . !

Dicatat oleh nurulazham di 9:16 PG 7 ulasan
Ahaks! tengok tajuk jek dah best kan..? best ke?..pada saya tersangat best! sebab, merasa jugak buat outdoor photoshoot..masa kawin dulu, tahun 2004, gambar kawin semua yang statik statik gitu..sangat jeles dengan pengantin pengantin sekarang! huh..! kali ni ber-photoshoot siap dengan anak anak sekali . . seronok tapi agak payah sebab nak mengaturkan anak anak yang tecik tecik lagi ni..ditambah pulak dengan Sara yang tak mahu lepas langsung . . (tapi, time amik pic berdua dengan en.hubby, saya letak dia jek kat tepi - menangis nangis dia,hehe . . )


Siapa yang belum pernah terjah Kedai Gambar Kami ? tak kenal maka tak cinta kan ? lagi pulak owners nya memang peramah ! ( becok jugak tau - jangan marah, cat..hehe ) . Senang sangat bekerja dengan Cat n Cg Fly ( Hubby Cat ). Masa ambil gambar kawin dulu, photographer nye sangat lah tak mesra alam.. buat kita rasa kekok je .. tapi, saya selesa sangat bila berphotoshoot dengan team KGK . Kebetulan pada hari kami berphotoshoot tu, penjaga E-ein tak dapat nak jaga E-ein, jadi..dia pun join kami sekali ! sangat comel okeyyhh budak genit itu ! selalu dapat tengok kat sini jek.. pada hari tu, dapat jumpa n cubit cubit pipi dia...


Sebenarnya dari awal cuti sekolah bulan Nov nak berphotoshoot nih..tapi, disebabkan cuti sekolah adalah musim 'orang mengawan' . .hehe...bila saya free, KGK pulak tak free (photoshoot utk pengantin)..boleh tengok gambar gambar pengantin kat SINI.  Bila KGK free, saya pulak yang penuh dengan undangan kahwin . .bila dua dua belah pihak free, keadaan cuaca pulak tak mengizinkan...haihhh . .sudahnya, kami tetapkan pada 26 Dec yang lepas.. pukul 9am dah terpacak depan gate Institut Vaterinar Malaysia, Kluang. ( en.hubby telah digelar 'punch card punya orang' oleh kakak saya - sebab en.hubby nih, kalau bab bab menepati masa, memang excellent! . .kakak saya bagi gelaran tu sejak kami ber-couple lagi..keh keh keh...sangat tepat , sampaikan bila dia sampai rumah nak hantar saya balik Shah Alam, saya masih terkial kial lagi nak bersiap!)


Sebenarnya konon konon nak tukar baju anak anak masa photoshoot, tapi disebabkan masing masing meragam sebab tak cukup tidur sebenarnya, lagi pulak diorang dah nampak playground, masing masing mood berphotoshoot dah ke lain..hehe..tapi, gambar gambar tu tetap perfect ! Jomlah kita layan pic pulak.. banyak lagi pic pic lain sebenarnya. . insyaAllah akan diabadikan dalam Photobook !

Pakej yang diambil - Family Photoshoot ( RM 299 with 1x softcover photobook )
 * Creadit to KGK for pic...













Isnin, 3 Januari 2011

Hadiah giveaway dari Amiey sudah selamat sampai... ( :

Dicatat oleh nurulazham di 11:06 PG 2 ulasan
Morning semua..
entry yang agak sempoi untuk pembukaan 2011 ni..
bercuti sakan katanya....
banyak entry yang nak di tulis, tapi..nanti nantilah ye..
nilah padahnya kalau mood berblogging asyik ke laut!

Hari ini agak sibuk sedikit sebab sesi persekolahan dah bermula..
petang nanti mungkin agak terluang masa sikit untuk menulis entry..
jadi, entry ni hanya untuk mengucapkan terima kasaih buat Amiey atas hadiah Giveaway yang dia anjurkan dulu..
(tak ingat dah giveaway yang mana..tau tau je menang.. hehe...)


Dengan berbesar hati, saya telah menerima ini!!!




Thanks Amiey!
dah selamat pun digunakan utk kunci rumah.. ( :
en.hubby kata cantik! sebab tu dia pasang kat kunci rumah kami..dia memang jarang sangat bersetuju kalau kunci kunci yang ada ni diletakkan keychain..kadang kadang nurul pasang keychain kat kunci kereta, tengok tengok dah tak ada dah keychain tu..sebab en.hubby bukak..haihhhh!
kiranya Amiey berjaya membuat en.hubby nurul suka pada keychain tu!!

Next entry adalah berkaitan....

...petang nanti kita cerita ya!


Rabu, 24 November 2010

Sepanjang Hari Konvokesyen Anak Dara Saya~

Dicatat oleh nurulazham di 8:25 PTG 0 ulasan
Ahaks! Cerita yang agak dah basi sikit...tapi belum lah basi sangat kot.. Tajuk entry yang tak tahan tu.. 'Konvokesyen'.. macam dah ada anak dara umor 23 tahun pulak kan..



Fifi dengan rasminya telah menamatkan persekolahannya di Tabika Perpaduan pada 19hb November. Tapi hari konvokesyen ni dibuat pada 7 November.. Yelah, kan..jap lagi kalau buat lambat lambat, ada pulak budak budak yang dah malas nak join program program sekolah ni...nilah budak yang konvo aritu...



Alhamdulilah, Fifi ni daripada budak yang tak reti pegang pensil, dah boleh menulis dengan kemas.. Iye, betul..dia tak reti pegang pensil..setakat pegang pegang macam biasa, bolehla...tapi, kalau disuruh menulis walhal menyambungkan titik titik huruf, dia tak kan buat punya..sebab ibu dia yang suruh..tapi, kalau bab bab cikgu yang suruh, fuhhh...laju kemain..bertuah sungguh anak dara saya sorang ni...


Kalau bercakap dengan dia pulak, kena sediakan dengan bukti yang kukuh..contohnya macam ' cikgu cakap dengan ibu macam ni..macam tu...' haa...barulah dia nak buat...camno tuh??
 

Majlis bermula seawal 8 pagi..hah..amik ko..bangun awal semuanya..yang kebiasaannya bangun sekitar jam 10 pagi, hari tu terpaksa lah mereka bangun jam 7 pagi...tapi yang bestnya mereka ni, kalau sebelum tidur tu dah pesan siap siap yang esok pagi nya akan ke sana ke sinun, mereka akan bangun tanpa merengek rengek pun..kalau tak pesan dari malamnya tu, ha...siap....dengar 'radio rosak' lah jawabnya....
Mujurlah kat rumah Kg. Istana ada tikar, kami memang bentang tikar kat luar dewan tu je..disebabkan keadaan dewan yang amatlah penuh sepenuh penuh umat! Jom breakfast..~
* Saya dan 3 anak dara + Cik Ika (adik bongsu saya)
* Sara tengah belajar nak buat PEACE


Untuk Majlis Konvokesyen tu, sekolah Fifi buat persembahan Choral Speaking..boleh tahan jugak la speaking..hehe...dua minggu punya latihan, boleh jadi best mcm ni...layankan ajelah ye...Fifi buat persembahan awal pagi, so, pakai baju persembahan siap siap dari rumah, habis persembahan, terus salin baju sekolah pulak..



Lepas buat persembahan, dah salin baju sekolah, ambil sijil pulak...menyempat jugak tu bermanja manja dengan ayah...anak ayah ni...sebab ibu dia garang! hahah...





Dah siap makan makan, minum minum, bersedia untuk beratur dan naik pentas ambil sijil...






Tabah betul cikgu tabika ni dengan pelbagai karenah anak anak murid cilik..sekitar suasana kat sana memang haru biru rasanya..dengan jerit pekik kanak kanak, ibu ibu, cikgu cikgu...haih...macam macam hal..bukan senang woo nak control budak budak ni..karang dibuatnya 'missing in action'..sape nak menjawab tu....


Lepas ambil sijil, sebelum buka jubah, sempat juga snap sekeping dua pic..pic ambil sijil kat dewan ada dalam handphone En. Hubby..




Sabtu, 27 Mac 2010

Sambutan Maulidurasul di TBK Fifi..

Dicatat oleh nurulazham di 3:16 PTG 4 ulasan
Alhamdulialh, hari ni demam dah beransur pulih walaupun hingus masih lagi tak moh kering.hoh.kalau dah selsema ni memang makan seminggu biasanya..sebab apa lambat nak baik?sebab saya ni memang suka melantak ais je kojenye..walaupun batuk tengah teruk!huhu..tak tahulah kenapa, tapi bila dapat ais tu rasa legaaaaa...je! Kecuali dalam pantang la..memang kena marah dengan mak la jawabnya kalau cuba curik curik ais..heheh..(kena marah mak tak takot dah sekarang..kalau en.hubby marah, memang terus tak buat..)


En.hubby pulak sebelum subuh tadi selamat sampai ke Yong Peng, setelah lebih 6jam perjalanan dari Taiping, balik atas urusan jual beli kebun. Alhamdulilah, geran dah ada pada en.hubby..lepas ni bolehla menyawit..haha..jauh tu..nak berulang Johor-Perak.En.hubby balik ke Taiping malam Khamis tempohari, balik ke sini bertolak jam 11pm, sampai Yong Peng dalam kira kira jam 5.20am..(en.hubby balik naik bas je..),sampai je, en.hubby call, n suruh amik dia..sampai la ni belum saya belum tido semula..


Kenapa tak tidur??
Sebabnya, saya terus tunggu masuk waktu Subuh, then memang tak nak bagi tidur sebab Fifi ada sambutan Maulud kat TBK dia (karang terlajak perahu pulak tidurku..)..jam 7.30am gerak Fifi, memang agak susahla dia nak bangun, coz kebiasaannya memang bangun lambat pun Fifi ni..(biasa sekolah belah petang). Dah siap siap, en.hubby balik dari beli sarapan, sarapan dulu..pastu tepat jam 8am, terus hantar Fifi..
saya pun dengan bersemangatnya pakailah baju kurung bagai..rupenye..majlis start jam 9am, jam 8am tu untuk aktiviti peraduan mewarna, hafazan surah, menulis jawi..
Fifi cuma masuk peraduan mewarna je..maklumla, baru 5 tahun..baca Al-Fatihah pun belum berapa nak lancar..


Jam 9am en.hubby pulak pergi majlis tu..tengok tengok majlis belum mula lagi..en.hubby suh gerak Deqna n Sara, ajak kami bersama memeriahkan majlis..kami yang kat rumah ni pun bersiap, dah siap terus call en.hubby amik kami..sampai sampai je, dengarlah ucapan..tak lama lepas tu, acara penyampaian hadiah pulak..
dalam hati dok berkata ni..(menang ke tak anak ibu..)...


Dalam banyak banyak kategori, kategori mewarna bawah 5 tahun yang paling last sekali diumumkan..masa tengah announce kategori tu, dok pasang telinga besar2..



'Johan jatuh kepada....

Fitriah Ida Ratna binti Azizul Azham...'



wah!anak ibu menangla...en.hubby pon snap la pic Fifi menerima anugerah tu..macam menang anugerah Oscar pulak!heheh...we proud of you!!! sebelum tu tengok ada family ni anak anak dia kesemuanya perempuan..ada 5 semuanya! bijak2..semua diorang sapu! (5 tahun n 6 tahun umur mereka), saya tengok yang seorang lagi sedang berbaring beralaskan tikar...saya amati...oh..mereka mempunyai seorang anak kurang upaya..ya Allah...mereka juga tidak segan silu membawanya bersama untuk ke majlis tersebut...dia juga berhak untuk sama sama berkongsi kegembiraan bersama kakak kakaknya..saya sungguh terharu dan sedih melihat keadaanya...berlegar legar juga pertanyaan di benak kepala saya..adakah kecacatan itu sejak lahir?..atau dia pernah diserang sawan akibat demam panas??..tak tergamak pulak nak busy body bertanya..mungkin esok esok, saya boleh merisik risik pada cikgu Fifi..


Pandangan itu menginsafkan saya..saya bersyukur..kerana ketiga tiga anak saya dilahirkan sihat dan sempurna...(walaupun kesemuanya perempuan, jangan memandang dengan pandangan kekurangan pada kami..), pada saya lelaki atau perempuan kedua duanya sama sahaja..itu adalah amanah Nya yang perlu kami jaga....terfikir juga saya..hanya orang yang bertuah sahaja diuji olehNya untuk memiliki anak istimewa seperti itu..ya..keluarga itu sungguh bertuah! Pasti mereka dikalangan orang orang yang penyabar...saya melihat, ayahnya mengipas ngipaskannya...dikendung untuk beralih dari panas terik matahari..melihat lihat kakinya kalau kalau ada semut atau apa apa serangga..saya melihat, ibu bapanya dikalangan ibu bapa yang penyayang...Alhamdulilah......


Rabu, 24 Februari 2010

Boy or Girl??

Dicatat oleh nurulazham di 9:54 PG 11 ulasan
Persoalan yang sering diajukan bila kita prenant, kan?
mesti tanya..
'dah scan??, baby ape??'

First time preggy adalah saat saat paling teruja sekali untuk tahu 'gender' baby..
sememangnya saya memang mengharapkan baby girl untuk anak sulung saya..begitu juga en.hubby...

Untuk anak yang kedua, sesiapa pun ibu bapa di luar sana, bila dah dapat yang first girl, mesti kalau boleh nak dapat yang no.2, boy...begitu jugalah sebaliknya....kami pun begitu..rezeki kami yang kedua juga adalah baby girl....

Bila keluar jalan jalan...orang mesti tegur...
'eh, dua dua perempuan ye?..x pe, yang ketiga esok boy...'

saya senyum ajela....
no komen, kan??...sebab Dia yang lebih tahu rezeki kami...

Untuk pregnancy yang ketiga, saya cuba mencari seberapa banyak info sebagai panduan 'how to conceive a baby boy'....rasa rasa semua dah buat...tapi, seperti yang saya katakan...'Dia lebih tahu rezeki kami...' maka untuk yang ketiga juga adalah baby girl....

Perhatikan carta Kalendar Kuno Cina dibawah....
 

Persoalnnya....
ada info yang mengatakan...
# kena ikut betul betul umur sebenar si ibu..
#pilih bulan yang kita tengok akan jadi BOY, then kira 9 bulan ke belakang...
#pilih boy or girl bila kita nak trying to conceive

*****************************************************
Umur saya sewaktu mengandungkan Fifi adalah 21 tahun, last piriod on September..due June '05, tapi Fifi keluar awal...bulan May....

 
* masa ni x tau pun wujudnya kalendar ni...newly wed, kan...main larung jek...heheheee


.Umur saya semasa mengandungkan Deqna adalah 23tahun, last piriod on July '07 due April '07..
 
 * saya menggunakan teori 'pilih bulan yang kita tengok akan jadi BOY, then kira 9 bulan ke belakang...


Umur saya semasa mengandungkan Sara pula ialah 25 tahun, last piriod on August, due May '09...

* masa ni saya gunakan teori tengok boy/girl masa kita trying to conceive..

...yang mana satu adalah benar??
sesiapa yang mahir dalam kalendar ni, tunjukkan saya oke?? D.O.B saya 18 Sept 1983.

Bila dah bawa 3 puteri ni jalan jalan...mesti ada yang senyum senyum...funny sangat ke bila sume anak saya gegirl?? pastu siap ada yang tanya

'awak selalu tidur belah mana??lepas ni terbalikkan...'

eh....pakcik tu....siap bagi petua lagi...
ada juga yang mendoakan...

'xpe...yang ke empat nanti dapatla lelaki...'

'Amiiiinnnnn.......'

Bak kata komen Kak Ngah di SINI

'Tak semua orang ada semua anak lelaki...tak semua orang ada semua anak perempuan...unik kan??'

Saya tidaklah mempercayai kalendar ini 100%...kerana ketepatannya adalah 99%..saya mempercayai qada' dan qadar dari-Nya...kerana perancangan/Nya adalah LEBIH BAIK dari perancangan saya....

Sabtu, 13 Februari 2010

Balik Kampung di Taiping, Perak

Dicatat oleh nurulazham di 5:51 PTG 0 ulasan
Esok kami sekeluarga akan pulang ke kampung en.hubby di Taiping Perak..
Saya akan merindui cerita2 kalian..
Sebabnya saya x ada 'berukband'..huhuhu...
Sangat sedih...
Hari Rabu sok saya ikuti cerita2 kalian ya...
Daaa.....


 

Nurul Azham's Family Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez