20:25

Tarbiyah Abad-21 Perlu PenambahBaikan


Saya tidak menafikan bahwa manhaj tarbiyah di abad-21 ini juga sebenarnya mampu untuk melahirkan generasi pemuda yang berjiwa besar dan berani dalam menjadi "front line" dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t.Dan mereka ini memainkan peranan dalam menyampaikan agenda dakwah di kampus-kampus secara khususnya.

Tetapi tidak cukup sekiranya kita hanya mampu melahirkan aktivis Islam yang berjiwa besar dan berani semata-mata.Ape yang kita inginkan ialah pejuang-pejuang muda yang berani dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dengan kefahaman yang mendalam terhadap nilai-nilai Islam yang sebenar.


Abad ke-21 ini sangat dahagakan tarbiyah yang mampu membentuk pemuda dan pemudinya menjadi seorang PENCINTA PADA ILMU sebagaimana iman al-Ghazali,iman As-Shafie dan tokoh-tokoh pejuang yang lain.Mereka sanggup mengembara jauh ke pelusuk dunia kerana cintakan ilmu Allah s.w.t bagi menyiapkan diri mereka untuk berjuang menegakkan kebenaran yang hakiki.

Abad ke-21 juga menanti saat kelahiran kembali pemuda kahfi yang BERUSAHA MENYELAMATKAN KEIMANAN MEREKA dari dimamah keadaan yang zalim.Meraka terasing untuk kebenaran yang hakiki.Manhaj tarbiyah yang menekan soal keimanan pada Allah perlu diperkukuhkan bagi melahirkan kader-kader yang benar-benar berani dan yakin pada Allah s.w.t dan yakin pada landasan perjuangan yang sebenar.Dengan keimanan yang kukuh sudah pasti tidak akan ada golongan yang tercicir dari laluan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.


Di mana jiwa pasukan BADAR BERANI?..Abad ke-21 masih lagi tidak mampu untuk menjawab persoalan ini.Keberanian kerana KEYAKINAN PADA ALLAH DAN RASUL menjadi semangat yang utuh pada tentera badar bagi meneruskan perjuangan bagi membela Islam walaupun berhadapan dengan musuh yang ramai dan zalim.Hasil tarbiyah Rasulullah s.a.w menyebabkan datangnya pertolongan Allah s.w.t kepada tentera BADAR bagi memperolehi kemenangan yang hakiki.Tarbiyah abad ke-21 perlu membentuk pemuda yang berani melalui KEYAKINANYA PADA ALLAH DAN RASUL..


"Ya betul!..zaman telah berubah,keadaan juga telah berubah dan kita juga perlu berubah ke arah lebih baik..TAJDID yang mampu melahirkan kader pejuang yang mempunyai KEIMANAN YANG MANTAP,KETAQWAAN YANG TINGGI,KEBERANIAN YANG HAKIKI dan PENGORBANAN YANG TAK TERNILAI serta BERJIWA BESAR dalam memperjuangkan agama ISLAM.."

-SEMOGA ALLAH REDHAI PEJUANG_PEJUANG AGAMANYA-
07:11

"KEMBALIKAN SENTUHAN TARBIYAH RASULULLAH"


"sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w suri teladan yang baik bagi kamu(yaitu) orang yang mengharapkan(rahmat) Allah danhari akhirat dan dia banyak mengingati Allah"(al-ahzab:21)

Menjadi perkara utama kepada setiap muslim bagi menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.Ianya menjadi tafsir secara "praktikal" kepada al-Quran al karim.Menghayati kehidupan Rasulullah s.a.w bukanlah semata-mata ingin mengetahui sejarahnya sahaja tetepi ianya bertujuan untuk memahami Islam yang hakiki yang dinyatakan oleh batang tubuh dan peribadi Rasulullah s.a.w dan para sahabat radiyallahu'anhum yang mengdampingi dan mengelilingi khususnya di zaman pembentukkan iman dan tuntutanya di dalam diri setiap individu,masyarakat dan negara.

Setelah Rasulullah s.a.w diangkat menjadi Rasul akhir zaman melalui wahyu pertama yang diperolehi Baginda ketika berada di gua hira' Baginda telah berusaha keras dalam menyampaikan dan menyeru manusia supaya meninggalkan zaman jahiliyah kepada zaman mngenal Allah s.w.t.Rasulullah menyeru bangsa arab supaya meninggalkan berhala dan jangan sekali-kali mensyirikan Allah s.w.t dengan hanya menyembah Allah yang Esa.

"Apakah patut kamu(hai orang-orang musyrikin) menganggap al-Lata al-U'zza dan Manat yang ketiga yang paling terkemudian,apakah patut untuk kamu anak lelaki dan untuk Allah anaak perempuan,yang demikian itu tentulah suatu pembahagian yang tidak adil.Itu tidak lain melainkan nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu sebut yang Allah tidak turunkan keterangantentangnya( untuk menyembah).Mereka hanya menuruti sangkaan dan menurut apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka, pada hal sesungguhnya btelah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka".(al-najm:19-23)

Kebangkitan Rasulullah s.a.w di muka bumi ini merupakan satu rahmat kepada sekalian alam yang membawa obor-obor cahaya untuk menerangi setiap pelusuk dunia.Semangat dan pengorbanan seorang Rasul akhir zaman ini memang tiada tandingannya.

Rasulullah Mentarbiyah Para Sahabat

Setelah beberapa waktu Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah baginda di Makkah, ramai yang telah tertarik dengan ajaran yang di bawa oleh baginda iaitu agama Allah s.w.t.Setelah bilangannya cukup 30 orang Rasulullah s.a.w meneruskan penyampaian baginda secara berkumpulan di rumah al-arqam bin abi arqam.Iman dan taqwa terus diterapkan ke dalam diri para sahabat,dosa dan pahala serta syurga dan neraka diceritakan kepada para sahabat sehingga iman para sahabat terus meningkat dan meningkat.

Cinta para sahabat kepada Allah dan RasulNya semakin menebal kerana keyakinan mereka terhadap kebenaran yang disampaikan oleh Baginda s.a.w.Tarbiyah yang di terima oleh para sahabat daripada Rasulullah s.a.w benar-benar menusuk ke dalam hati sanubari mereka.Ini kerana Rasulullah mentarbiyah para sahabat bukan mengikut hawa nafsu baginda sendiri tetapi berpandukan wahyu Allah s.w.t.Soal IMAN dan TAQWA sangat dititik beratkan oleh Baginda s.a.w.

Hanya keredhaan Allah s.w.t dan akhirat sebagai matlamat terakhir ditekankan kepada para sahabat sehinggakan Rasulullah s.a.w berjaya melahirkan semangat JIHAD dan PENGORBANAN yang tinggi di dalam diri para sahabat.BADAR sebagai bukti pertama untuk membuktikan bahawa tarbiyah Rasulullah s.a.w sangat berkesan sehingga melahirkan keyakinan infiniti kepada Allah s.w.t di dalam diri para sahabat.

Di zaman Rasulullah s.a.w adanya Abu Bakar as-Siddiq,Umar al Farruq,Saidina Usman,Saidina Ali,Bilal bin Rabah,Sumaiyyah,Khalid al Walid,Zaid bin Harith,Saidina Hamzah singa Allah, dan adanya Saidatina Khadijah,Siti Aisyah,Saidatina Fatimah dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain yang telah banyak menaburkan Jihad dan Perngorbanan di jalan Allah s.w.t.Tidak ada sedikit pun kepentingan dunia bagi mereka tapi hanya yang ada ialah MARDHATILLAH sebagai buruan mereka.


Tarbiyah Abad-21 Perlu PenambahBaikan

Saya tidak menafikan bahwa manhaj tarbiyah di abad-21 ini juga sebenarnya mampu untuk melahirkan generasi pemuda yang berjiwa besar dan berani dalam menjadi "front line" dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t.Dan mereka ini memainkan peranan dalam menyampaiankan agenda dakwah di kampus-kampus secara khususnya.

Tetapi sebenarnya tidak cukup sekiranya kita hanya mampu melahirkan aktivis Islam yang berjiwa besar dan berani semata-mata.


nantikan sambungannya..........................
08:06

"Semangat Dakwah Perlu Dikekalkan"



Hidup!Hidup..Hidup Islam..

Bangkit!Bangkit..Bangkit Islam

Student!!!!.................POWER!!!!!!!

Bangkit!Bangkit!....MAHASISWA

Masih terngiang-ngiang lagi di benak fikiran ini tentang laungan pernah di keluarkan suara ini ketikamana fasa PRK lebih kurang 2 bulan yang lepas.Banyak perasaan akan timbul bila dikenangkan kembali detik-detik perjuangan ketika itu.Suka ada,sedih ada,muram ada, macam-macamlg la ada.Yang paling seronoknya bila diberikan kemenangan oleh Allah s.w.t.Ketika itu ramai betul orang yang menangis menadah syukur pada Ilahi.

Kita semua yakin setiap detik pengorbanan yang kita lakukan semasa fasa itu akan dibalas oleh Allah s.w.t kerana berpandukan kefahaman tentang Islam yang sebenar kita sama-sama berjuang untuk mendapatkan kemenangan di kampus ini bagi memudahkan kita untuk laksanakan agenda dakwah di bumi perdana ini.Kita sanggup berhujan,berpanas,berlapar serta berkorban masa dan tenaga kerana dek semangat yang kuat ingin menegakkan kebenaran membela agama tercinta.



Cume ingin ku ingatkan pada diri dan sahabat-sahabat sekalian,2 bulan hampir berlalu,semangat yang dahulu jangan kita biarkan hilang bersama tangisan kemenangan yang lepas.Kita perlu bertindak dan mengekalkan momentum semangat yang kuat untuk meneruskan agenda dakwah yang kita janjikan ketika dulu sehinggalah masyarakat kampus kembali beriman pada Allah s.w.t dengan sebenar-benarnya.

"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh yang makruf dan mencegah dari mungkar dan beriman pada Allah" (al-Imran:110)

Oleh itu,ayuh jiwa-jiwa yang BERIMAN dan BERTAQWA,marilah sama-sama kita bangkit untuk menyeru manusia hanya kepada Allah s.w.t.

12:40

"Aku bukan DAIE"


"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf,dan mencegah dari mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung". ( ali-imran :104)



Aktivis mahasiswa Islam perlu sedar dan perlu sering kali diingatkan tentang matlamat yang sebenar mengenai perjuangan yang mereka dokong selama ini.Kita telah ditarbiyah dan dididik berpandukan al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w adalah semata-mata untuk kita memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini dan di kampus secara khususnya di samping lantang bersuara memperjuangkan hak-hak mahasiswa yang sepatutnya.

Selaku aktivis Islam kita fahami bahawa kita tidak akan terlepas dengan cabaran,mehnah dan tribulasis sepanjang mengajak manusia beriman pada Allah s.w.t.Sirah dan sejarah banyak membuktikan bahwa pejuang-pejuang kalimah Allah akan diuji dan ditentang sehingga meraka gugur sebagai syahid.Rasulullah s.a.w telah ditentang begitu hebat oleh kaum yang menolak secara total agama yang disampaikan oleh baginda s.a.w.Dr.Abdul Aziz Rantisi merupakan pejuang temporari syahid demi menegakkan kalimah Allah di bumi palestin.Abdul Qader Awdah seorang hakim yang syahid di tali gantung demi perjuangkan hukum Allah di bumi mesir.

Jika kita menganggap bahwa perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini terutamanya di bumi kampus khususnya merupakan satu perjuangan yang mudah maka kita telah silap membuat penilaian.Mana mungkin seorang pejuang mahsiswa yang tugas utamanya datang untuk menuntut ilmu demi memperolehi kejayaan dalam bidang masing-masing akan hidup selesa dan dapat berpaku tubuh seperti mahasiswa lain.

Sudah tentu tidurnya hanya sekadar menghilangkan keletihan,wangnya hanya sekadar keperluan bahkan ada yang terpaksa bekerja demi menampung perbelanjaan diri,saya yakin tekanan yang dihadapinya begitu kuat sehinggakan mampu untuk meruntuhkan sebuah tembok kerana banyak perkara yang perlu difikirkannya (assigment,exam,aurat,pergaulan,zina dll).Kadang-kadang mereka ini akan menangis mengadu pada Allah s.w.t kerana tidak tertahan dek tekanan dan ujian yang terpaksa dihadapinya.

Mereka ini tidak pernah merungut terhadap ujian yang mereka hadapi ini kerana mereka tahu ujian yang mereka tempuhi tak sehebat pejuang-pejuang terdahulu.Akitivis mahasiswa era 70an dahulu mereka ini dibuang universiti,dipenjara dan dimasukkan kedalam ISA demi mempertahankan kebenaran di kampus masing-masing dan demi menyampaikan dakwah pada semua..Tapi kita?
.....

"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh yang makruf dan mencegah dari mungkar dan beriman pada Allah"
(al-Imran:110)