Jumlah Paparan Halaman

Isnin, April 08, 2013

HARAKI SENI NAIF (seni Catan)

Seni dan budaya saudara seperaduan di dalam haraki sama. Seni itu adalah bahagian dari budaya yang membentuk gambaran indah,aneh dan buruk kepada sesuatu kebudayaan. Kebudayaan tidak akan tercetus dalam skala majoriti jika tiada iringan sosial.

Kita mahu tahu , apakah 'naif' yang dimaksudkan di dalam perbincangan ramai apabila ia bertaut beberapa nama-nama pengamalnya. Naif dari sudut yang mana? Naif (Naive) yang merujuk kepada erti secara 'istilah' atau 'bentuk/form seni'? Saya suka membangkit kupasan kepada 'form' atau 'bentuk' seni catan. Rasanya tumpuan ulasan catan mampu memberi sedikit gambaran selesa.Tokoh-tokoh seni catan naif pernah bercambah bagai cendawan lepas hujan sekitar tahun 2008 retetan dari Pameran 'Naive Art Mega Show 2008' bertempat di Anexxe, Pasar Budaya Kuala Lumpur.Polemik naif menjadi kurang dengar di kalangan penggiat seni rupa formal tetapi berdesas desus di khalayak penggiat amatir dan pro-formalistik. Di kalangan penggiatnya, karya mereka sering ditafsir sebagai naif oleh pemerhati atau penghayat. Isu di sini keberadaan jurnalis seni membahaskan catan sebegini perlu menarik lebih ramai penulis yang berkaliber. Kita tahu di lemma naif suatu ketika lalu adalah penerimaan khalayak formal dari sudut persepsi mahupun apresiasi.

                                      * Karya Zulkifli Dahalan

                                      * Karya Dzulkifli Buyong

           
* Yusof Gajah bersama beberapa karya nya.

Catan naif seperti mana namanya dipandang intim mirip keanak-anakan, tidak mempunyai dasar formal pada olahan serta berkait juga isu formal pendidikan kepada penggiatnya. Ada penggiat yang dikelas sebagai naif karya-karya mereka di negara ini namun faktor asas formal menjadi tutup bicara kelas tersebut. ini termasuk Penulis sendiri yang sering dirujuk sebagai 'pelukis dengan gaya naif'. Yusof Ismail atau 'Yusof Gajah' tidak dinafi menjadi ikon kontroversial di dalam catan genre ini. Ada pihak yang mempersoalkan status naif yang dipikul oleh seniman prolifik tersebut. pelukis Wan Jaafar atau 'Waja' diberi jolokan akurat berkait genre catan naif. Pelukis tanpa pendidikan seni formal itu juga seorang karyawan produktif dan punyai peminat tersendiri biarpun status seninya mungkin berada beberapa jarak (pasti jauh) dari pencapaian Yusof Ismail. Zulkifli Dahalan mengungguli genre ini (dalam ruang catan moden) walaupun beliau berusia singkat serta karya-karyanya mampu dibilang bersahaja. Zulkifli Buyong membawa warna-warna alam kamnak-kanak dan ini membawa bayangan seni naif dikait hubung dengan karya keanak-anakan. Apakah ini boleh diterima hujahan akurat sebagai mendefinisi catan naif?

                                      * Karya jainal Amambing

Polemik mempersoalkan karya-karya purba di dinding gua. (yang sudah pasti tidak dikenali pelukisnya tetapi dikenali kelompok pengamalnya) begitu juga karya-karya yang dipraktik majoriti di dalam konteks 'native' dan 'indigenous'. Sering kita mendengar kalimah 'Native Art' dan "Folk Art' di dalam seni rupa. Penulis senang mengatakan atau mendifinisikan nama-nama tersebut sebagai nama-nama 'scene' atau ruang dasar tetapi bentuk naif adalah karya-karya mereka. Di dalam hal sebegini kita tidak akan mengenepikan pembabitan kanak-kanak di dalam penghasilan karya lakaran dan catan. boleh disimpul naif dalam sudut rupa dan bentuk tanpa mengira sudut kontroversial mahupun polemik kabur yang berlarut panjang. Haraki catan seni naif ataupun wadah karya visual naif berbeza seperti produk kraf adalah naratif budaya yang pelbagai. Ia ditatah hias ataupun dilakar bina oleh kalangan seniman yang berada di dalam sesuatu masyarakat. 

                                   * Penulis bersama beberapa karyanya.

Bagaimana pula dengan status 'artis catan naif' yang sudah pasti memenangi di peringkat seni visual semasa. Biar genre seni catan naif dikategori dengan kepelbagaian jenama tetapi ia masih belum kuat menguasai ruang keterbukaan untuk perbincangan. Pelbagai genre kita ketahui mendapat darjat besar seperti 'realisme', 'impressionisme', 'pop-art' dan 'expressionisme'. Karya-karya catan naif moden bersifat semi abstrak perlu dikupas secara ilmiah dan mendalam serta di sejajarkan dengan kesenian catan moden lain kerana ia adalah bentuk seni. Kita sudah melihat kuasa pasaran menyebelahi karya-karya dalam label naif. Karya Yusof Ismail, Ismail Baba, Jainal Amambing, Ali Akhbar Penulis sendiri dan beberapa nama yang bertahan mencatat pengumpulan serta pembelian yang baik dari semasa ke semasa. Ada mengaitkan ia sebagai faktor dekorasi dan perlancongan semata di atas sifat karya yang ditonjolkan. kerap persoalan 'isi' didebat secara tidak rasmi. Ia dibahas dan dibidas kebanyakan jurnalis seni elitas dan pro-formal. Dari satu sudut adakah dengan perbahasan yang lebih kepada negativiti dapat membantu perkembangan seni yang tidak statik sifatnya? Seni visual di dalam jenama apapun adalah ekspresi dan intusi. Ia dipergayakan mengikut acuan pengamal secara tersendiri. Tidak dinafikan karya-karya dilabel sebagai'gaya naif', 'post-naif' atau 'naif' membangkit minat banyak pengamal seni rupa generasi baru yang sudah mulai kebosanan dengan keterikatan genre atau ideologi seni rupa konvesional. kejelasan haraki seni catan naif bergerak terus walaupun panggiat yang tegar bertahan dalam belasan kepala sahaja. Acuan-acuan seni catan naif tiada dan ini menguatkan lagi seni catan ini berdiri lebih kuat berbanding genre dan ideologi lain yang lebih bersifat popular.

                                     * Karya Ali Akhbar

Nur Azmi Mokhtar
Kuala Lumpur

Tiada ulasan: