CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 11, 2012

NIKMAT ITU....



ALLAH berfirman di dalam surah ar rahman ayat ke 16
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "

gambar seorag perempuan tua yang satu ketika dulu pernah menjadi seorang muda dan cantik,, namun ketika masa berjalan waktu berputar tahun bersilih ganti, hari ini perempuan ini telah menjadi seorang yang telah tua, telah hilang segala nikmat ketika muda dulu,

perempuan ini tidak segagah dulu, pasti selepas ini badan-badan nenek ini menjadi sakit dan teramat sakit untuk membawa beban ini, nenek ini juga akan cepat penat dan hasilnya tidak semewah dulu berbekalkan sedikit kudrat yang diberikan pinjaman oleh ALLAH,

hari ini saya ingin menulis satu kisah tentang nikmat yang ALLAH berikan pinjaman kepada kita dan diambil sedikit demi sedikit sebelum ajal datang,

badan manusia serta kemampuan manusia diibaratkan sebagai sebuah kereta, baru kereta berkenaan tiada masalah kemana saja mahu dituju, semakin lama kereta berkenaan harga kereta akan menurun, kepunyaan tidak sehebat dulu, kerosakan di mana-mana sahaja dan akhir sekali kereta itu akan dibiarkan tersadai tanpa dapat berbakti lagi.

itulah manusia melalui alam rahim, menjejaki alam dunia, berehat dialam kubur serta menanti di masyar. bila telah bertemu alam kubur berakhir pengabdian kepada Illahi.  maka dalam surah ar rahman ini ALLAH meminta untuk kt renung bersama berkenaan dengan nikmat ALLAH berikan kepada hambanya.

ketika muda kita mampu bersolat lama, solat sempurna, berdiri tegak, bersujud lama dalam kesyahduan, boleh mdnghafal berbagai perkara namun ketika tua segala nikmat ini ALLAH tarik perlahan2. jadi janganlah kita menangguh lagi pengabdian kita pada Illahi. jangan tunggu waktu tua kerana ia tidak sesempurna ketika muda.

nikmat makan, nikmat penglihatan, pendengaran allah bagi pinjam ketika muda jadi gunakan untuk mengucapkan syukur kepada ALLAH atas segala pinjaman yang sementara..

sebelum segala-gala berkahir jom syukuri nikmat tuhan ini...
jangan tangguh untuk menuju Tuahn
jangan tangguh untuk beramal takut x berkesempatan


0 comments: