Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts
Meatball IKEA Vs Meatball NURNASA


Setelah hampir 2 tahun mendambakan meatball di IKEA, akhirnya impian tercapai juga untuk merasa keenakkan meatball IKEA yang sering dicanang-canangkan blogger2 semua.. Pergi IKEA semata-mata untuk dinner sahaja, bak cari parking pun hamper 15 minit tapi meatball punya pasal, saya masih lagi tenang. Sampai food court, ramai pula orang tapi masih lagi beratur dengan tenang. Masa nak order makanan, dalam kepala nak ambil banyak dalam 20 ketul.. tapi fikir-fikir balik 15 ketul.. sebab ada chicken wing dan potato lagi.



Perasaan saya dapat merasa meatball tersangatlah happy, terima kasih abg N kerana menunaikan impian isterimu yang manja ini.. Nanti kita rasa burger bakar pula tau!!


Kami yang sama-sama puas hati…










TAPI SETELAH MERASA HIDANGAN INI, ABG N MENYUARAKAN HASRAT NAK BUAT DI RUMAH KAMI SENDIRI DENGAN ALASAN.. Senang je buat meatball ini


Keesokan harinya, tanpa membuang masa abg N ke supermarket mendapatkan bahan-bahan..

Itu dia.. Abg N sedang sibuk di dapur (abaikan keseksian Abg N k) .. isteri mana? Isteri sedang menangkap gambar dah tolong tengok jer..



Dan ini adalah hasilnya… Meatball with tomato mushroom.. Waalaa. Tapi meatball bukan buat sendiri, beli meatball je..

 Amacam.. menarik tak?


Cup cake.. saya suka


Saya dapati di majlis-majlis perkahwinan, banyak yang dah beri cenderamata seperti muffin atau pun cup cake. Saya rasa ini lebih mudah, sebab selalunya bila kita order muffin @ cupcake, datang dengan kotak sekali, jadi mudah bagi pihak pengantin.

Saya pun sejak kenal dgn kak Ina, AnR delight suka sangat menempah cup cake untuk majlis pertunangan @ perkahwinan sahabat dan saudara saya.



 Terima kasih ANR delight.. Saya suka dengan kemesraan kak Ina yang sentiasa membantu dalam mencari kepuasan pelanggan.



kek pertunangan sepupu saya, Intan dan Shamie, Tema bunga-bungaan (pink + grey)


 Ini adalah cup cake yang saya tempah buat anak jiran yang bertunang (tema peach + blue)


Ini pula cup cake untuk hantaran majlis  perkahwinan my BFF (tema pink + purple)

Lain kali decoration macam mana pula yang saya nak.. maybe fantasi gitu!!


 

Sengkuang Calit

Selalu kita masa kecik-kecik dulu mesti selalu ada makan sengkung yang diletakkan kuah rojak diatasnya..Untuk kawan-kawan yang lahir tahun 90-an mesti selalu ada makan kan??

Saya dan suami adalah penggemar sengkuang ini, so tiap2 kali ada kelapangan mesti pergi cari sengkuang sekeping yang diletakkan kuah dan ditabur kekacang. Tapi baru-baru ini saya jumpa stall yang sangat comel berhampiran rumah suami di taman medan.. iaitu stall SENGKUANG CALIT.



Saya amat teruja, yang best mengenai stall ini adalah ada dua perisa, original dan spicy. Jadi bagi gemarkan rasa pedas, boleh rasa yang spicy punya. Saya pula lebih suka yang original.. Bagi saya apa yang lain sengkuang calit ini dengan tempat lain adalah rasa kekacangnya.. Mmg banyak dan sangat crunchy.


Dan yang bagusnya juga kebersihan terjaga, tengok abang ni pakai sarung tangan.. nak makan sekeping besar macam tu pun boleh atau minta potong kecik-kecik diletakkan dalam polisterin.  Selidik punya selidik, abang sengkuang calit kata minggu depan ada jual kuah dan kekacangnya.. tak sabar nak buat kat rumah.. Buat rumah terbuka, makan sengkuang calit je, boleh??

Jadi kalau sesiapa yang berminat nak rasa, layarilah laman web mereka di http://oldtimesengkuang.blogspot.com.ataupun boleh ke FB mereka

Nota kaki:
Sangat merindui zaman kanak-kanak bila rasa sengkuang calit ini, nasib baik ada suami yang mmg suka.. sangat excited tau!!

 

Hanya ucapan terima kasih buatmu......

Tak habis cerita kahwin lagi walaupun dah hampir 2 bulan... hehe rasa macam nak ulang sanding lagi jer, hehe (ngada lak aarin ni kan)


Terima kasih kepada teman blogger cik pia kerana sudi hadir di majlis perkahwinan saya... gambar ini adalah kenangan kita.. rupa-rupanya cik pia kita nie sweet orangnya...

Q utk cik pia:
Saya takut salah org tapi kawan cik pia ni blogger GC ke?

Terima kasih princess N



Terima kasih wahai teman blogger, princess N.. Sekarang ni kan tengah hangat kisah putera william ngan katherine nak kahwin, saya dapat frame gambar yang berfotokan ala-ala princess dulu-dulu, sesuai sangat.. Macam tahu- tahu jer saya baru ambil gambar kahwin, bolehlah saya framekan gambar kahwin saya nanti..

Nota kaki: N, kalau foto princess tu ganti ngan aryyan pun ok gak! Hehehe


Welcome to the world, khaliq Dani jazly

 Khaliq dani jazly, 9 januari 2011

Sungguh comel baby di atas ni, Intan you are so lucky dapat baby boy yang sangat cute dan tahniah juga sebab berjaya bersalin normal. Rasanya ini impian seorang ibu ingin merasa bersalin normal. Wah, saya berkata mewakili ibu-ibu padahal masih bujang, hehehe

Jazly, nanti aunty datang melawat yer.. tak sabar nak cubit-cubit pipi





Abang dan adik... Khalish dani fitri dan khaliq dani jazly


Related Posts with Thumbnails