Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts
Tips Percintaan Jarak Jauh


Sedih juga dengar Percintaan antara Yuna dan Qi berakhir sebab bagi saya mereka adalah pasangan yang sangat secocok. Mengikut kata yuna, mereka taking a break dan ingin menumpukan pada kerjaya mereka, masalah duduk berjauhan juga membuatkan hubungan mereka sukar diteruskan..

Bagi saya yang bercinta hampir 11 tahun, tahu betapa susahnya untuk mengekalkan hubungan jarak jauh ini. Tetapi, alhamdullilah jodoh saya dengan Abg N kuat dan kami telah disatukan pada 12 March 2011.

Untuk pasangan yang menjalinkan percintaan jarak jauh (PJJ) ini saya ada beberapa tips untuk mengekalkan PJJ melalui pengalaman saya sendiri:

a) Kepercayaan atau kejujuran
Ini adalah yang paling penting sebab kalau kita tidak mempercayai pasangan kita, pasti hubungan takkan bertahan. Kalau pasangan kita kata yang dia ada di sesuatu tempat, janganlah pula kita suruh 3G sebab nak pastikan dia berkata benar, tapi yang penting percaya. Tapi janganlah dia percaya dan jujur pada kita, kita pula buat hal kan..

b) Sentiasa berhubung
Dalam dunia teknologi ini, macam-macam cara kita boleh hubungi pasangan kita. Tetapi janganlah sms atau fb sehaja.. kenalah berkomunikasi melalui telefon juga. Sebabnya melalui sms, kita tak tahu samada pasangan kita sedih atau gembira, tapi kalau dengar suara dah tentu kita boleh dengar nada suara dia, jadi pasangan kita akan rasa dihargai kalau kita boleh menyelami perasaan dia masa itu.

c) Jangan cepat marah
Ini saya kena tekankan.. ramai pasangan yang akan marah-marah bila call pasangannya lambat angkat telefon atau masuk voice mail. Cuba kita memahami keadannya, mungkin dia sibuk bekerja, meeting dengan boss ataupun ke washroom ke. Takkan lah dalam jamban pun nak angkat telefon kan..Jadi, perlu lebih bersabar.

d) Semarakkan rasa cinta
Saya tahu sekarang ni ada FB yang memudahkan kita hantar madah-madah cinta pada pasangan kita, tetapi bukankah lebih elok kalau kita sendiri yang design kad atau cenderamata. Tak perlu tunggu special date, bulan-bulan biasa pun boleh hantar.  Apa yang saya buat paling special adalah, kompilasikan semua sms-sms cinta yang pernah abg N hantar saya, kemudian selang-selikan dengan madah- madah cinta yang kita boleh google je kan.. sertakan sekali lirik lagu yang menjadi kesukaan dan juga gambar. Jadikan ianya seperti sebuah buku.. bila boring-boring buka buku tu, mesti pasangan kita akan rasa dihargai.

e) Mengambil Berat
Dah duduk jauh-jauh ini, mesti sukar kalau kita nak bermanja selalu tetapi jadi bila pasangan kita sakit pun, susah nak jumpa kan.. Semasa ini kita kena lebih memahami, Kalau pasangan kita duduk rumah bujang, cuba call kawan-kawan dia (masa inilah penting unuk kita kenal kawan-kawannya) dan pesan tolong tengokkan pasangan kita.

f) Tidak terlalu mendesak..dan kesabaran yang kuat
Ok, dah duduk jauh ini mestilah kalau nak berjumpa tu kenalah set time yang betul, jadi kalau pasangan kita tak dapat nak datang pada masa yang dijanjikan, janganlah marah. Kalau dia kelam kabut bawa kereta , terjadi apa-apa siapa yang susah, kita juga kan..

Itu sahaja tips dari pengalaman saya.. saya sebenarnya mengamalkan yang cara no.1 iaitu PERCAYA.. percaya pada dia dan juga percaya pada hati sendiri, klau kita sendiri was-was dengan perasaan kita, memang payah nak kekalkan hubungan..

Tahun kedua meraikan syawal.. Alhamdullilah..

Nota kaki:
Tips dari http://theotherkhairul.blogspot.com ini sangat bagus..



10 tanda si dia sesuai dijadikan suami





Sebenarnya tanda-tanda ni saya nak publishkan sebelum saya kahwin, tapi terlupa dan terperuk lama dalam draft jadi akhirnya saya publishkan juga untuk guide anak-anak dara di luar sana..
  1. Setiap kali keluar bersama, si dia akan membayar bil makanan dan tiket wayang untukmu.
  2. Bila melihat orang tua di LRT atau dalam bas, si dia akan memberikan tempat duduknya kepada orang tua itu.
  3. Baginya adalah satu kelebihan kamu naik pangkat, si dia tidak pernah merasa dengki dengan pencapaianmu.
  4. Dia tidak pernah mengasarimu.. (jimmy shanley, tak sesuai!)
  5. Walau sesibuk manapun, si dia akan meluangkan masa sekiranya majlis / kenduri yang melibatkan keluarga
  6. Kamu suka mendengar pandangan bijak yang buah hati kamu berikan ketika kamu berbual dengan dengan teman-teman mengenia isu semasa
  7. Selepas keluar bersamanya, si dia akan menghantar sehingga ke depan pintu rumah kemudian baru beredar
  8. Dia akan memberikan kata-kata semangat ketika kamu berhadapan dengan kerja yang bertimbun, bukannya merajuk kala kamu menolak untuk keluar bersama
  9. Kamu senang dengan caranya yang sopan menegur makcik cleaner atau membuat pesanan kepada pelayan di kedai mamak
  10. Si dia mengingati apa yang kamu impikan dan berusaha untuk memenuhi impian itu bersamamu.  
  11.  
    Cukuplah 10 tanda.. isteri-isteri di luar sana, ada senyum senyum tak bila suami anda tergolong dalam tanda-tanda di atas.. saya senyum sampai ke telinga ni, haha

10 tanda sudah tiba seru menamatkan zaman bujang....

Sempena cuti sekolah merangkap musim orang kahwin nie.. saya nak berkongsi sesuatu dengan anda (khas untuk yg bujang jer)..


10 tanda sudah tiba seru menamatkan zaman bujang..


1. Berulang kali menonton filem 'the wedding planner' sehingga boleh hafal kesemua dialognya daripada awal hingga akhir.. dan kerana preparation wedding yg sungguh menawan..

Lakonan jenifer lopez, saya juga suka movie ini

2. Sejak akhir-akhir ini, kamu asyik terpikat dengan pakaian lace dan bermanik-manik




3. Ketika berjalan-jalan dengan si dia di mall, kamu mesti singgah di kedai barangan kemas
Cantiknya cincin nie...

4. Macam tak percaya, kamu hadiri semua jemputan perkahwinan rakan-rakan, saudara-mara jauh dan juga jiran-jiran tetangga

5. Kamu membela rambut panjang kerana niat 'senang nak buat sanggul nanti'

'Grand'nya sanggul

6. Set pewangi yang dibeli semasa YES tahun lepas masih belum diusik kerana berpendapat boleh digunakan sebagai hantaran

7. Kamu asyik memikirkan tarikh-tarikh yang sesuai di kalendar

8. Kamu sangat-sangat teruja melihat baby lalu berangan-angan untuk memakaikan baby kamu dengan pakaian yang cantik-cantik.. siap dah ada nama sekali




9. kamu asyik 'ternyanyi' lagu 'selamat pengantin baru' semasa tersekat dalam kesesakan lalu lintas

10. Kamu asyik menyelak majalah pengantin dan berkata 'hmmm. ini baju pengantin yang paling sesuai'



Nota kaki:

Hahahaha..macam semua tanda ada di diri.. nasib baik dah tunang, kira boleh cover lagi!!

Tele-marketing konon...


Tertarik dengan entry abang gula-gula mengenai tele-marketing yg makin berleluasa ini, teringat semasa saya yang hampir-hampir nak terkena juga...

Saya dah memakai kad kredit maybank ini agak lama juga, bertahun-tahun tapi tetiba ada satu company insurans (tak ingat langsung nama company tue, sbb tak pay attention pun) call dan tawarkan insurans, mula-mula saya ingat percuma (biasalah siapa tak nak kalau percuma), dia dah terangkan benefit2 yang akan saya terima dan tetiba kata nak charge kad saya, aik kata free tetiba nak charge pelik juga nie..

Then dia kata cik, saya ada beritahu mula-mula tadi yang kami akan kenakan bayaran RM299 untuk setahun, saya fikir eh eh eh, bila masa plak, saya rasa saya dengar dengan jelas tadi... oooo nasib baik saya tak setuju (untuk makluman, mereka ada buat rakaman, in case kalau kena saman mereka terlepas)

Tapi tak seteruk kes bother abang gula-gula, sebab wife dia dipaksa untuk terima.. Tapi pengajaran juga buat saya.. sebab saya selalu gak accept nak dengar apa yg mereka nak cakap melalui tele-marketing ni, sbb saya tahu mereka pun cari makan jua...

Apa yg perlu kita lakukan apabila menerima panggilan begini:
  1. Catat nama org yg call kita tue, make sure nama company dan no tel pun ada
  2. Kalau private number, baik ignore sahaja, nampak sangat mereka nak menyembunyikan diri..
  3. kalau mereka memperkenalkan nama company yg kita rasa baru first time in life kita dengar nama company tue, dan mereka perlu repeat banyak kali sbb tak jelas, baik lupakan sahaja
  4. Kalau ada rakaman, make sure jangan jawab ya untuk semua soalan, nnt kita tak boleh nak tarik diri dari program merapu  mereka ini
  5. Ini penting, buat apa kita terima scheme vacation kalau kita nak melancong setahun sekali pun payah.. (that's me, but lucky saya tak terima scheme ini, my friends did accept)
  6. Cara paling senang, Just say NO pada sesiapa yg call untuk tawarkan apa sahaja, kalau kita nak any insurans kita boleh pergi direct ke companynya terus, kan lebih terjamin....

Nota kaki:
Thanks abang gula-gula for the good info

Tanda-tanda kamu wanita berdikari

 * abaikan meja yg berselerak yer



Saya tinggalkan tanda-tanda kamu wanita berdikari pada pagi ahad ini

  1. Setiap kali keluar, ibubapa tidak lagi menetapkan jam berapa kamu patut pulang
  2. Kamu mampu membayar hidangan di restoran mahal-utk diri sendiri mahupun teman-teman-secara tunai
  3. Menjelang hujung bulan, akaun bank kamu masih berbaki angka besar, selain tak perlu pun ikat perut menunggu gaji masuk
  4. Kamu tak ambil hati pun sekiranya teman lelaki @ suami @ rakan baik kamu sibuk ketika hujung minggu. Pada kamu lepak di taman atau bershopping sendirian juga aktiviti yg menyeronokan.
  5. Kamu tidak panic walaupun tak boleh keluar rumah akibat kunci jeriji hilang, malah sambil tunggu tukang kunci tiba, kamu relaks sambil menonton DVD
  6. Setiap kali ada temujanji, kamu tidak lagi meminjam barang kepunyaan adik-beradik @ kawan2.
  7. setiap kali raya, wang poket adik2 dan anak buah meningkat 2 kali ganda
  8. bila demam, kamu tidak lagi merengek-rengek minta ibu suapkan makanan ke mulut, malah memandu sendiri membeli bubur ayam
  9. kamu sudah mula merancang membeli asset jangka panjang-seperti kereta @ rumah
  10. kamu boleh mengawal emosi apabaila dimarahi boss dan berjanji utk tidak mengulangi kesilapan
Kredit to majalah cosmo

Nota kaki:
Adakah anda ada ciri-ciri diatas.. kalau ada tahniah!! Wanita perlu berdikari, nak bermanja sekali sekala boleh lah yer

    Tanda-tanda kamu perlu bercuti

    Kegembiraan bersama sepupu di pulau pangkor


    Saya nak berkongsi tanda-tanda kita perlu bercuti:
    • ketika kamu mula pejamkan mata utk tidur, bagaikan terngiang-ngiang di telingamu deruan ombak pantai
    • lebih dari 3 kali setiap hari kamu malayari laman web penerbangan. Kononnya, saja2 nak ‘usha’ tiket murah, walaupun dah tahu belum ada promosi lagi
    • bila tiba MATTA fair, kamulah org pertama yg akan muncul walaupun pintu belum dibuka
    • boleh dikatakan semua rakan fb kamu ada album percutian hebat mereka sendiri..kecuali kamu
    • kamu sering termimpi-mimpi meluncur salji di Negara asing. Dan bila kamu sambung tidur balik, tetap bermimpi benda yg sama
    • setiap pagi kamu mesti stress dan asyik merungut saja krn terpaksa bangun awal utk ke tempat kerja. Ingatkan hari ini sudah hari minggu
    • kamu mula bosan dgn rutin menonton wayang setiap hujung minggu. “dapat lepak tepi pantai lagi bagus…”-fikirmu
    • saluran TV kegemaran kamu adalah berkisah mengenai melancong. Siap ada buku nota mencatatkan tempat2 menarik
    • almari kamu dipenuhi flip flop, straw hat, baju sejuk tapi tak pernah pakai dgn alas an senang bila nak pergi bercuti.
    • kamu kerap membulatkan tarikh menarik di calendar dgn berfikir senang nak ambil vuti nanti.
      * kredit to majalah cosmo

      Nota kaki: 
      Teringin benar hendak bercuti, hampir separuh tanda di atas ada pada aarin, adakah aarin patut bercuti masa terdekat ini??





      Related Posts with Thumbnails