Soalan
1) Apa hukumnya kalau sister pakai selendang
?
J: Umpama memakai
tudung itu tidak wajib. Tapi menutup aurat
itu wajib. Oleh itu, as long as tutup aurat, dibolehkan memakai selendang.
2) Ustaz, maaf saya ingin meminta ustaz untuk
menerangkan bagaimana sebenarnya ikhtilat antara L dan P di luar dan di alam maya.
Adakah sama cara-cara atau batas menjaganya? Jzkk
J: Mestilah
x sama, dalam alam maya kita kene jaga banyak adab, antaranya perasaan,
gambar-gambar yg di upload dan juga penulisan. Kalau di alam biasa, adab2nya
seperti yg biasa kita tahulah.. menundukkan pndangan dll.
3) Jika seorang pak sedare sabit menghulurkan
tangan untuk bersalam dgn kita, apa sepatutnya dilakukan?
J:
Bergantung pada keadaan, perlu diketahui yang paksedare sabit kita tu adalah muhrim
bagi kita. Hence, tak boleh bersalam, kalau dia hulur jugak, mungkin kita boleh lapik
dengan kain tudung atau apa2 kain. Yang terbaik adalah member penjelasan kepadanya
tentang hokum kita bersalam dengannya.
4) Bagaimanakah Rasulullah berbual,
bergauldenganwanita yang halal dinikahinya?
* Melalui hijab
:
53. Wahai orang-orang
Yang beriman, janganlah kamu masuk ke Rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana
hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan Dengan
menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah
(padawaktu Yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing
bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang Dengan berbual-bual. Sesungguhnya
Yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu
(hendak menyatakan hal itu) kepadakamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan
kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri
Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci
bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul
Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya.
Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
*Nada yang digunakan juga tidak dilunakkan.
* Menundukkan pandangan
5) Ustaz,
nak Tanya bagaimana dengan lelaki yang suka melihat mata perempuan apabila sedang
berinteraksi? Macam mana nak mengelak daripada memandang mata dia?
J: Kita jugaperlumenundukkanmatakita.
31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan
Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan
leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka,
atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamusekalian kepada Allah,
Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
Kalau boleh, tegur je dia direct dan secara berhemah.
6) Assalamualaikum
ustaz, apa nasihat ustaz jika sudah meminati seorang wanita a atau lelaki agar
hubungan itu lebih dirahmati dan diredhai Allah
Carilah orang tengah dan refer kepada mereka
yang lebih arif sepert iustaz yang biasa menuguruskan urusan baitul muslim.
Atau boleh juga cari organisasi yang menguruskan baitul muslim. Yang perlu kita
tahu, tak boleh bagi kita untuk terus direct kepada lelaki/perempuan tersebut. Lantiklah
seseorang yang boleh dipercayai untuk menjadi orang tengah. Bila dah setuju nanti,
proses ke arah perkahwinan seperti proses taaruf bolehlah diteruskan dalam cara
yang halal dan menuruti syariat islam.
7) Salam
ustaz, sya ada kenal seorg prmpuan, dia selalu contact sy, mcm mana cara yg patut
saya lakukan agar tidak menyakiti hatinya.
Seboleh2nya stop kan contact men contact. cara
nak stop? Kalau nk ty pasal pelajaran, boleh tahan lagi, tapi bila dh lebih2 x leh
jugak, bagi tahu dkt dia, explain dkt dia betul2 supaya dia faham.
8) Apakah
hukumi khtilat di alam maya tanpa ada keperluan yg munasabah seperti chatting
di fb, sms dan emel?
Kalau xd tujuan yang munasabah memang x boleh larJ
9) A pakah
hokum memakai jeans? Sya suka pakai jeans sbb kainnya keras. Sluar slack
kainnya lmbut dan menampakkan bentuk. Tapi, ada sstgh org kata x boleh pakai jeans..
mcm mn ye us?
Kalau pakaian tersebut xd unsur2 yang
melambangkan agama lain maka boleh la pakai jeans, dan setahu us x dkaitan dgn
agama lain. Namun kadang2 tengok juga waktu bila kita nak pakai, jeans x ssuai utk
sstgh majlis yg myybabkan orang sekeliling berasa tidak selesa.
10) Apakah
sepatutnya respon seorg perempuan jika telah tersentuh lelaki bukan mahram?
Kalau dah ‘ter’ sentuh xp la, ucaplah istighfar
dan cuba jauh kan diri dari kumpulan lelaki bukan mahram.
11) Bolehkah
seorg perempuan menympaikan ceramah atau tzkirah di hdpn org lelaki?
Boleh, jagalah adab2 sebagai seorang wanita dari
segi aurat, pemakaian dan sebagainya. Menyanyi x dibenarkan di hadapan lelaki.
12) Apa
pdpt us kalau perempuan berpidato atau bersyarahan dpn khalayak ramai? Kadang2
ramai yang melihat dan menarik perhatian secara x langsung.
Boleh, jaga adab dari segi aurat dan cara pemakaian.
Make up atau perhiasan (tabarruj) x boleh la lebih2 nanti menarik perhatian
orang.
Sari kata oleh :DnT FRC
Sumber : Us Emran + Us Wan Rahiman
No comments:
Post a Comment
Berkatalah melalui hati anda. Komen dengan ikhlas. Terima kasih!