Showing posts with label untuk diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label untuk diri sendiri. Show all posts

Monday, March 26, 2012

I'm Rich.


'If you want to feel rich, just count all the things you have that money can't buy :) ' 
-@slaveofAllah07-

Saturday, March 17, 2012

Tuesday, March 13, 2012

i'm jealous

jealousy is never ending. no top point.
unlimited fund give you unlimited fun.
but , does it do the same to your deen and iman?
maybe not? maybe yes?
I question myself that.
jealous.
its like a virus that eroding ur soul, eroding , destructing my soul little by little. whether i aware or not.
in the dark, i find the light of reminder, but i guess its not enough yo lighten the darkness that holding the jealousy.

i succumb. jealousy u won.

i dont want all this talking , all this i wish i had.. if only... if i were this..if i were that..


sesungguhnya, kalau kita sentiasa bersyukur kita akan sentiasa berasa cukup..jadi..alhamdulillah.alhamdulillah..alhamdulillah.alhamdulillah

Wednesday, March 7, 2012

Jangan takut gagal

saya sebenarnya takut. takut apa? takut gagal. sepatutnya tak payah takut pun sebenarnya kan. itu semua pun kan dah ditetapkan Allah. rezeki. kalau lah lulus exam tu dah namanya rezeki kita, Allah akan kasi. Sebab tu semua Allah punya. patutnya, takut tu patut pegi ke lain, ada perkara yang lebih deserve untuk ditakutkan. takutlah akan balasan di akhirat sebab tak melaksanakan apa yang ditetapkan. tapi ye la, diri sendiri.. kadang kadang tu alpa. kata nak berubah. tapi perahu yang saya naik untuk nak berubah ni tak stabil. pengayuh tak kuat. mula mula kuat, kayuh straight jeerrr, yakin. tapi tiba tiba hanyut, hanyut laruttt sangat. tapi Allah tarik balik saya ke laluan asal. kasi saya kekuatan nak kayuh straight balik. tak kasi saya hanyut. tapi lepas tu hanyut lagi. Allah tarik balik, tunjukkan jalan balik semula..

tengoklah post sebelum ni tu. dok menggila tengok before you exit nye music video TT_TT.. pastu dok tengok gamba-gamba, dengar lagu. lagho. sobs.

jalan saya sebelum ni boleh kata senang. tak susah macam orang lain. saya tak berusaha lebih pon macam orang lain. Itu kadang-kadang buat saya alpa. saya dapat semua benda dengan senang. saya jadi lupa. saya jadi hanyut. saya takut kadang-kadang, Allah kasi semua benda kat saya dengan senang. Tapi alhamdulillah Allah tak kasi saya hanyut jauh. takde lah buat benda-benda haram. cuma ada la terlepas pegi konsert 2-3 kali? gulp. sorry. saya tak mau dah g konsert. takmau dah.

masa 3rd year saya lepas. saya tak payah repeat posting pon, keputusan pon okay. rajin masa 3rd year tu memang rajin, sebab tahun pertama tahun klinikal kat HUKM pulak tu. eksaitednya dapat balik Malaysia tu masih ada. tapi bila masuk 4th year, saya jadi malas, jadi terlebih lagho, nak belajar pon ikhlas tak ikhlas, sampai saya persoalkan patut ke saya dalam bidang ni (previous post).  ada satu benda ni tak semua orang tahu.ni lah kali pertamanya saya nak kasi tahu worldwide ni. saya ada fail satu posting masa sem 1. posting anaes. Saya dah dapat rasa tak sedap masa nak ambil result, macam tahu tahu je. dan memang terbukti. dalam sem 1 untuk 4th year ada 4 posting. 3 minor posting, 1 major posting. saya fail 1 yang minor. Anaes.

fail posting anaes buat saya tak senang duduk, banyak hari menangis sebab tak boleh terima kenyataan. lempar barang-barang dalam bilik,nak koyak slip result tu la apa la, telefon mama ayah menangis, telefon adik menangis, saya delete blog time tu. sebab saya gagal. saya malu dengan diri sendiri, saya malu dengan kawan kawan, saya malu dengan adik adik saya sebabnya, saya gagal. saya gagal nak tunjukkan contoh yang baik. yang saya takkan gagal. sungguh. perkataan gagal tu saya tak suka. saya tak suka gagal. kalau boleh dalam hidup saya , saya tak mahu gagal. dan saya tak pernah gagal sebelum ni. (gagal kategori berat lah hihi) saya tak redha masa tu. tak boleh terima kenyataan.

tapi.. alhamdulillah. itulah turning point saya. lama lama saya redha dengan keputusan tu. yelah kan, kalau jatuh sekali tak kanlah nak duduk jatuh melepek kat situ sampai bila bila kan. hikmahnya mungkin sebab Allah nak suruh saya rajin belajar lagi, supaya saya lebih banyak bersyukur, supaya saya tak alpa, supaya saya tak leka. Allah tunjukkan saya jalan, dengan kasi saya fail posting anaes tu. mungkin dah memang bukan rezeki saya nak lulus posting anaes tu. takpela, bila repeat posting nanti, lagi banyak saya dapat belajar kan?
so , apa saya perlu cakap ? Alhamdulillah. Alhamdulillah.
sebab Allah tarik saya sebelum saya hanyut jauh.

kita kena ingat.

Dugaan Allah pada kita tu bukan susah je
Kesenangan hidup tu pun satu dugaan.
kalau kita tak pernah gagal, macam mana kita nak merasai manisnye kejayaan kan ?
so harap harap, exam sem 2 ni, kalau dah rezekinya saya lulus, lulus lah kan. (berharappppp sangat lulus)