Showing posts with label Keselamatan. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Perjalanan Shah Alam-JB 7 jam

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kembali meneruskan rutin harian setelah 4 hari bercuti. Sepanjang cuti nie memang hal projek di lupakan terus. Hinggalah hari berangkat balik, aku dapat headache yang memaksa aku untuk telan 2 biji penadol. Sapu cap kapak pun memang dah tak jalan. Dah lama sebenarnya aku tak kene headache hingga kene amik penadol nie. Pagi nie pun masih lagi dalam keadaan ting tong. Kepala seakan tak balance.

Semua nie ada sangkut paut dengan 7 jam perjalanana Shah Alam-JB. Selama nie tak pernah lagi sampai 7 jam. Paling lama pun 5 jam je. Kelewatan ini sebabnya bas rosak weii. Aku naik bas transnasional yang pada jadualnye dijangka berlepas jam 5 tapi 5.30 petang baru sampai basnya. Masuk plak depot bas sebab g isi minyak. No big deal yang kat situ. Meneruskan perjalanan macam biasa. Sampai air hitam berhenti kat R&R. Masa tu 8.45 malam. Driver bagi masa 25 minit untuk rehat.

Dah rehat semua, nak mula balik perjalanan driver dapat detect kata brek ada masalah. Kalau teruskan perjalanan akan mengeluarkan bau hangit dan boleh jadi bas terbakar. So driver kata better tunggu kat sini, mekanik dari Kluang akan sampai 30 minit lagi. So tunggu lah mekanik datang. Bukan 30 minit tunggu mekanik tu, dekat 45 minit juga la. Dah check-check semua bas bergerak cam biasa. Tapi kelajuan bas tersangat lah slow. Masih ada masalah barangkali. Driver tu pun bawa kat line kecemasan. Boleh bayangkan tak bertapa slownya. 

Kadang-kadang tu kat tengah lebuhraya, driver berhentikan bas turun tengok kat tayar belakang. Kedudukan aku dalam bas atas tayar tu lah. Ada ketikanya juga ada aku terhidu bau hangit. Masa tu agak cuak la takut tiba-tiba keluar api ke apa kan. Dalam rasa cuak tu sempat lagi aku tertido hinggalah masuk R&R Kulaijaya aku tersedar balik. Aku tengok driver bergegas bawa tong air masuk toilet. Bila dia dah keluar tu dia siram air kat bahagian tayar tu. Berkepul2 asap keluar. Tapi lepas tu driver teruskan perjalanan cam biasa.

Masa tu memang aku dah tak boleh tido. Memikirkan apa kemungkinan akan berlaku kan. Bila dah sampai tol Skudai barulah aku rasa lega sikit. Yelah sebabnya nanti aku turun kat Sri Putri. Dekat je lagi. Kalau turun Larkin tu ha memang gelisah juga la. Dekat 12.30 tengah malam selamat lah aku turun bas. Dah bergegas-gegas nak merempit pulak. Nasib baik masa masuk UTM tak kene tahan. Kalau tak aku mengamuk dengan pak guard tu. Sampai bilik aku mesej mereka yang berkaitan cakap dah sampai. Lepas tu aku memang bantai tido tanpa mandi. Dah takde rasa nak mandi waktu tu.

Lepas nie memang BLACKLIST transnasional. Sebelum nie aku dengar cerita kawan-kawan je yang mengalami masalah bas rosak nie. Bila dah kene kat aku sendiri memang tak akan 'pisang berbuah dua kali' la. Orang kata belajar dari pengalaman. Memang terbaik ah pengalaman nie. 


Sunday, June 23, 2013

Jerebu Oh Jerebu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah.. Sehingga ke hari ni aku masih diberi nafas bagi melalui hari-hari yang entah macam mana keadaannya. Walaupun udara yang dihirup 2,3 hari ini banyak kekotorannya, tapi itulah yang terpaksa ditanggung buat sementara waktu. Berdoalah kita kepada-Nya supaya hujan diturunkan bagi mengurangkan kadar pencemaran udara di negara kita pada hari nie.


Senang bercakap tapi untuk hadapi tu agar sukar sebenarnya. Aku yang 2,3 hari berada di bumi Kelantan yang mana Indek Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap 'moderate' memang mudah untuk berkata-kata sebabnya aku tak menghadapi cuaca yang teruk seperti mana kawan kat JB sana. Tapi malam nie akan tiba masanya untuk aku kembali ke sana. huhu

Ramai kawan2 kat FB upload gambar situasi kat JB atau lebih tepat lagi UTM. Suasana yang kelam dan seakan-akan berkabus itu sebenarnya adalah #jerebu yang melanda ekoran daripada pembakaran hutan di Sumatera. Juga hingga ke saat entry ini dilengkapkan Muar, Johor telah diistihar darurat disebabkan IPU yang telah melebihi 600 yang mana berada dalam kategori 'hazardous'. 



Mengakhiri cerita jerebu oh jerebu kali ini, aku sertakan video yang telah dimuat naik oleh salah seorang pelajar UTM yang bertajuk "Tatkala UTM jerebu". Saksikan...



note : Jaga kesihatan. Minum air dengan banyak juga elakkan aktiviti luar.

Monday, September 3, 2012

Maut yang datang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Daripadanya kita datang, kepadanya jua kita pergi. Allah SWT lebih menyayangi mu sahabat. Inallilah. Al-fatihah.

Bagaimana, dimana, mengapa dan apa jua persoalan mengenai kematian yang datang itu, hanya Allah SWT je yang tahu. Berhati-hatilah bagi kita yang masih hidup ini. Tak selamanya kita akan berada di bumi yang sementara ini kerana masih ada dunia yang selama-lamanya.


p/s ~ Masih lagi terkejut. Seram sejuk je rasanye.. Antara percaya dengan tidak. Tapi harus percaya akan ketentuanNya.

Selamat datang ke UTM

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Selamat Datang kepada adik2 sekalian. Ini kakak junior sangat mengalu-alukan kedatangan adik-adik ke UTM. Belajar rajin-rajin ya. Owh ya mula-mula masuk, bukan main lagi korang ya salam2 ngan pak guard lagi. Jangan nanti bila rasa dah lama kat UTM nie nak jadi lagend plak. Peraturan UTM main langgar je. 


Sebelum terlupa, tahniah buat korang sebab dapat masuk UTM. Yang x dapat masuk UTM tapi dapat masuk U lain pun tahniah juga. Belajar kat mana2 pun sama je. Yang penting korang rajin-rajin, jangan malas-malas macam kakak senior nie. Hehe

p/s ~ Macam aku tua sangat je, berkakak-kakak. Haishhh

Monday, January 23, 2012

Keselamatan dimana-mana..

Assalamualaikum..

Biasanya aku tengok orang mesin rumput pakai glasses aje untuk mengelakkan dari terpecik batu ke apa-apa yang boleh membahayakan ke mata. Tapi hari nie memang pest time dalam hidup aku kot tengok orang mesin rumput pakai.......

Helmet aka Topi keledar

Kiteorang yang tengok nie gelak tak hengat. Dalam gelak tu aku leh lagi suruh akak aku snap gambar cepat-cepat nanti nak share kat cnie dan kitaorang sebenarnya kagum ngan pakcik yang ngah mesin rumput tu. Kenapa? Sebabnya dia menggunakan sesuatu yang leh menjaga keselamatan dia. Mesti pakcik tu takde glasses jadi dia amik keputusan nak guna topi keledar sebab topi keledar tu ada penghalang kat depan boleh mengelakkan mata atau muka dia kene batu yang terpecik. Pakcik nie yang hanya mesin rumput pun jaga keselamatan.

Kau pembonceng jalanan, mamat rempit atau penunggang motosikal yang sememangnya wajib guna topi keledar nie untuk menjaga keselamatan ADA GUNA tak? Ada yang guna dan ada yang tak guna kan? Kalau yang guna tu pun ada tak korang pakai topi keledar tu betul-betul? Betul-betul kat sini ialah ada korang pakai ikat kasi kemas kat bawah dagu tu? Kalau ada Insyallah peratus untuk selamat banyak kalau ditakdirkan korang terlibat dalam kemalangan, tapi kalau tak ikat betul-betul peratus zero. Jadi pilihannya terletak di tangan masing-masing.

p/s ~ Ada tali pengikat kat bawah dagu tu bukan untuk hiasan, tapi untuk keselamatan. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails