(coretan pesanan untuk diri sendiri,juga untuk sesiapa yang sudi membaca dan menghayati......)
Showing posts with label Kisah benar. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012
Kasihnya Anak...
Thursday, January 26, 2012
Jaga solatmu, Allah akan menjagamu.....(bahagian 2)
sambungan entry yang lalu
Oleh kerana kak A tak berani nak minta izin bosnya untuk tumpang solat di biliknya, akhirnya
dia buat keputusan solat secara diam-diam waktu bosnya tiada di pejabat. Biasanya setiap pukul 1
tengahari bosnya keluar untuk makan tengahari dan hanya akan masuk semula ke pejabat sejam
kemudian. Jadi, ada peluanglah nampaknya untuk solat. Caranya ? Kak A masuk ke bilik bos, tanpa membuka lampu mahupun kipas, dia solat. Bukan lamapun, tak sampaipun 20 minit. Tak tahulah
sama ada pekerja lain perasan ataupun tidak, atau mungkin mereka tak peduli kerana sebagai
setiausaha keluar masuk bilik bos adalah tugas kak A. Lagipun sebahagian besar staf di pejabat tu
lelaki, jadi mungkin mereka tak ambik pot sangat.
Begitulah yang berlaku selama beberapa bulan, masuk saja waktu zohor, kak A akan segera solat
secara sembunyi-sembunyi supaya tak bertembung dengan bos besarnya. Waktu asar pula akan
dikerjakan di rumah atau singgah di masjid ketika dalam perjalanan pulang.
Segalanya berjalan lancar sehinggalah suatu hari yang tidak disangka........Apa ??
...................bosnya masuk lebih awal ke pejabat !........ tanpa menduga apa-apa, dia membuka
pintu, menekan suis lampu dan aaaaaaaaaaaaaaa.........!...terperanjat besar dia kerana melihat
ada perempuan bertelekung putih sedang solat dibiliknya......! Agak-agak apa bos tu buat ?
Dia mengherdik ? tidak. Dia tutup lampu dan keluar semula dari biliknya, tak tahu ke mana .
Sementara kak A teruskan solat hingga selesai. Lebih kurang 30 minit lepas tu, bosnya balik
semula ke pejabat, masuk ke bilik dan tak lama kemudian terdengarlah suaranya memanggil kak A
masuk. Habislah aku kali ini !, kata kak A dalam hati. Confirm kena pecat ! Tapi kak A sudah
bersedia menerima apa jua risiko hatta dipecat sekalipun.
Dia masuk dan dari arah pintu dapat dilihat wajah bosnya yang masam mencuka. Ya Allah,
hanya Engkau yang dapat membantu, doa kak A dalam hati. Bosnya tanya dengan nada marah;
" Sudah berapa lama u sembahyang dalam bilik ni?"
"Hampir satu tahun..."
" What ?!......Satu tahun ? You should tell me......"
" Tell what, Mr......?"
" Tell me that you need space for prayer...."
" I afraid you might get angry with me....lagipun saya faham memang tak ada ruang untuk
dijadikan bilik solat."
" Before this...? Mana U sembahyang....?"
" Saya pergi masjid tapi kena ambik masa dan agak jauh juga....."
Bos besar termenung sekejap macam fikirkan sesuatu, tarik nafas dan kemudian berkata dengan nada suaranya yang sudah sedikit perlahan.
" Ok....... from today, I give u permission to pray in this room with one condition...."
"One condition ?"
" Do your pray as early as possible , so I do not see you...."
" One more.....U boleh buka lampu dan kipas...."
SubhanaAllah. Lain yang dijangka, lain pula jadinya. Sangka Kak A tentulah teruk dia kena herdik atau
kena pecat dengan bosnya hari tu, tapi sebaliknya, dapat kebenaran terus dari bosnya untuk solat tanpa sebarang masalah. Siap bagi guna lampu dengan kipas untuk keselesaan. Nampak tak ? Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah itulah jua yang lebih baik. Dia jugalah yang memegang hati dan jiwa manusia dalam gengamanNya. Asal saja kita yakin pada janjiNya, Dia pasti menolong kita. Tapi kita andai solatpun kita tak mampu nak jaga dengan baik, bagaimana kita nak harap bantuan Allah datang pada kita ?
Kak A yang saya kenal itu bukan saja sedaya upaya jaga solatnya dengan sempurna, tapi juga
seorang pekerja yang komited dan tidak berkira bila diminta melakukan sesuatu kerja. Mungkinkah
kerana itu juga bos besarnya juga tidak berkira dengannya ? Waallahullam........yang pasti tak semua
orang berani buat macam yang kak A buat. Dan yang lebih-lebih pasti, Allah tak mungkir janji, kita jaga
solat kita , Allah akan jaga kita.

Friday, January 20, 2012
Jaga solatmu, Allah akan menjaga kamu.....
Pertengahan 90an, saya jalani latihan praktikal di sebuah syarikat pengeluar barangan elektrik
yang terkenal dari Jepun. Praktikal selama 6 bulan. Di situ saya kenal seorang wanita yang banyak
bantu saya sepanjang saya menjalani amali (sekalipun saya bukan dibawah seliaannya). Saya panggil
dia Kak A. Dia seorang setiausaha dan sangat komited dengan kerjanya. Di syarikat tersebut hanya
10% sahaja pekerja Melayu manakala pekerja perempuan tak sampai pun 10 orang dan Kak A
adalah satu2nya pekerja wanita muslim. Dia sangat baik, tutup aurat sempurna dan tak tinggal
solat. Ada kisah menarik tentang dia yang mahu saya kongsikan bersama anda semua.
Sebenarnya saya kagum dengan wanita ini, di sebalik jubah dan tudung labuhnya, dia mampu berkerja
dengan baik di syarikat milik bukan bumiputera yang mempunyai 90% tenaga kerja lelaki, dan tugasnya sebagai setiausaha memerlukan dia berurusan secara terus dengan bos. Apa yang menarik ?
Dia dihormati rakan sekerjanya termasuk bos besar yang berurusan dengannya setiap hari.
Suatu hari dia bercerita kepada saya. Katanya; Dia asalnya seorang yang tak ambil peduli tentang
solat mahupun cara berpakaian. Keluarganya tidak begitu ambil berat tentang agama. Waktu remaja ,
seperti orang lain, dia suka berhibur. Kerapkali juga dia ikut kawan-kawan ke kelab-kelab malam
dengan alasan ia sekadar satu cara melepaskan tekanan. Di situlah dia bertemu jodoh dengan
suaminya yang bekerja sebagai pemuzik di kelab tersebut. Selepas berkahwin, mereka jalani hidup
seperti biasa. Dia terus berkerja sebagai setiausaha, suaminya bekerja di kelab dan mereka sering juga menghabiskan hujung minggu dengan berhibur. Hinggalah suatu hari, Allah yang pengasih memberi
mereka hidayah.
Suatu petang yang damai, rumah mereka dikunjungi sekumpulan lelaki tidak dikenali, mengetuk
pintu dan mengajak ke masjid. Si suami sekalipun jahil tidak pula sombong malah melayani
lelaki-lelaki itu dengan baik. Sebenarnya , ia bukanlah kali pertama mereka bertemu dengan
kumpulan tersebut yang melakukan ziarah dari rumah ke rumah tetapi pada hari itu selepas
berbual dengan kumpulan tersebut si isteri (Kak A) berkata kepada suaminya; " why don't you
go to the mosque and see what they are doing....."
Si suami yang tak pernah ke masjid, malam itu terbuka hati ke rumah Allah; di situlah bermulanya
'turning point' dlm hidup mereka.....
Selepas dapat hidayah, mereka 'berhijrah'. Perlahan-lahan mereka tinggalkan cara hidup yang
mereka amalkan. Suaminya beralih kerja tapi kak A masih ditempat sama cuma dia buat
keputusan ubah penampilan ikut syariat. Dan sejak itu, dia berazam menjaga solat sekalipun
ketika di pejabat. Oleh kerana tiada kemudahan surau di tempat kerja, kak A akan ke masjid
berdekatan ketika waktu rehat tengahari untuk solat zohor. Bagaimanapun, lama kelamaan
kerana faktor jarak dan masa, dia buat keputusan solat di pejabat saja. Masalahnya di mana?
Dia tidak selesa solat ditempat terbuka. Meja kerjanya terletak di bahagian hadapan dan menjadi
laluan utama untuk pekerja lalu lalang. Kak A dapat idea. Bosnya ( lelaki non muslim yang tegas
dan berdisiplin), selalunya akan keluar makan tengahari dan pulang semula jam dua petang. Dia
tiada pilihan, ruang yang terbaik adalah di bilik bosnya di satu sudut berdekatan pintu. Masalahnya,
dia takut nak beritahu bos. Tapi, takkan nak tinggal solat kerana takutkan manusia......?
Apa jadi lepas tu ? Tungguuuu.................(to be continue)

Subscribe to:
Posts (Atom)