Hazrat Ali r.h berkata kepada salah seorang muridnya, "Mahukah saya ceritakan kisah saya
dengan Fatimah r.anha iaitu puteri kesayangan Rasulullah s.a.w ?"
Murid itu menjawab, " sudah pasti."
Beliaupun berkata, " Fatimah r.anha biasa menggunakan tangannya untuk mengisar bijian
yang menyebabkan tangannya menjadi kasar. Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang
dibuat dari kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan di dadanya
akibat dari tali bekas tersebut. Beliau menguruskan sendiri rumahnya, menyapu dan sebagainya
sehingga menyebabkan pakaiannya selalu kotor."
Pada suatu ketika beberapa orang hamba perempuan telah dibawa kepada Nabi s.a.w.
sayapun menyuruh Fatimah r.anha, " Kamu pergilah kepada Rasulullah s.a.w dan minta
seorang pembantu agar kamu mendapat bantuan daripadanya."
Beliau kemudian pergi berjumpa Nabi s.a.w tetapi beliau dapati ramai orang berada di situ.
Oleh kerana beliau seorang yang pemalu, beliau tidak mahu meminta kepada bapanya
di hadapan orang ramai lalu beliaupun pulang ke rumah.
Keesokkannya, Rasulullah s.a.w sendiri datang dan bertanya, " Fatimah, untuk tujuan apakah
kamu datang ke sana?" Oleh kerana malu, beliau mendiamakan diri sahaja. Saya (Ali r.h) pun
berkata, "Ya Rasulullah, kesan dari batu pengisar, tangannya menjadi kasar. Kesan dari tali
bekas air, dadanya telah berparut. Sementara urusan rumahtangga yang lain menyebabkan
pakaiannya selalu kotor. Kelmarin saya memberitahunya mengenai hamba-hamba yang telah
sampai kepada tuan, supaya dia dapat meminta seorang hamba. Kerana itulah dia telah pergi
kepada tuan. "
Dalam sesetengah riwayat yang lain Hazrat Fatimah r.anha memberitahu, " Ya Rasulullah ,
saya dan Ali hanya mempunyai satu alas tidur, itupun daripada kulit domba. Pada malam
hari kami bentangkan alas itu untuk tidur dan pada siangnya kami tabur rumput dan bijian
diatasnya untuk memberi makan unta. "
Rasulullah s.a.w bersabda," wahai anakku, bersabarlah. Nabi Musa a.s dan isterinya
memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga sepuluh tahun. Itupun hanya jubah Nabi Musa a.s.
Itulah yang dibentang dan mereka tidur diatasnya. Takutlah kepada Allah, hasilkanlah sifat taqwa
dan tunaikanlah tugas dan kewajipanmu terhadap Allah dan sempurnakanlah tugas-tugas
rumahtanggamu. Apabila kamu hendak tidur maka bacalah Subhanallah 33 kali,
Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 34 kali. Amalan ini lebih baik dari
seorang hamba. "
Fatimah r.anha pun berkata," Saya reda dengan Allah s.w.t dan Rasulnya."
notahati: Marilah kita contohi wanita mulia ini. Janganlah mengeluh, berbanggalah
menjadi isteri dan ibu, dan bersabar atas segala kepayahan dan kepenatan dalam
menguruskan rumahtangga, moga kita terpilih untuk menjadi sebaik-baik perhiasan dunia.
10 comments:
salam ziarah dari WADi, kisah ini penuh ibrah untuk menfaat bersama..
saya tidak berapa ingat kisah ini daripada mana sumbernya..bidayah mungkin? barakallahufik
Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا
Semua orang eh kak? hehe.. ingatkan kak norsha sorang je;)..
maaf akak lama sangat menghilang, sampai rasa tak jumpa jalan pulang..err... insyaAllah, bila Allah dah beri kekuatan dan idea tuk menulis, fida akan menulis lagi nanti.. dan kembali melepas rindu.;)
Terima kasih kak, sudi bertanya khabar..
JazakaAllahu khairan kathira..
Assalamualaikum...
Bersyukurlah kepada Allah seperti syukurnya Fatimah r.anha yang telah menerima kebaikan-kebaikan~Nya, telah memperbaiki amal kepada~Nya, menghampiri~Nya dan memberi~Nya penghormatan..
Allahu Akhbar...
Assalamualaikum..
Anak Nabi Muhammad SAW hidup susah tapi dia tidak mengeluh...menjadi pengajaran kepada semua...insya-ALLAH..
alangkah indahnya jika ada wanita sehebat Fatimah r.ha,mana mungkin mendambakan wanita seperti Fatimah r.ha andai diri tidak sehebat Ali r.hu
Gen keluarga yang baik menghasilkan baka yang baik lagi berkualiti.
Tasbih fatimah...
assalamualaikum kak.
erm, ada terbaca kisah ni. hati ni mungkin tidak lagi cukup kuat dan setabah fatimah. tapi kenapa tidak kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik kan. :)
Addien,
ni copy dari buku kisah para sahabat...
Fida,
Alhamdulillah....akhirnya dapat juga dgr 'suara hati' fida, rasa macam tak berseri je bila fida takde....moga2 segala kekusutan akan terlerai dan sama2 dapat menghangatkan lagi dunia maya ini dgn bicara2 fida yang penuh bermakna tu.....terima kasih kerana sudi respon pada komen akak....:D
Tn Razak,
moga segala ketabahan dan kesabaran puteri kesayangan Rasulullah s.a.w itu akan sentiasa dicontohi oleh wanita2 muslim hari ini...
Noorieda,
jadi panduan utk kita semua
APK,
mmg jauh bezanya kita dan sahabat Baginda tapi tak salah jika kita mencuba setakat yang terdaya
Pencari Allah,
betul3...
As,
tepat sekali...jom amalkan...
sar,
Waalaikummussalam dik,
sama2 kita azam untuk jadi tabah dan cekal seperti Fatimah r.anha
Post a Comment