Bahan2:
A.
Instant lasagna sheet (ku guna San Remo)
Mozzarela Cheese (ape2 cheese nak letak pon bolehh)
B.
Meat Sauce
Sos spagetti- Boleh gune yg ready made spt preggo, dolmio etc
Button mushroom (dihiris)
Lada hitam ditumbuk kasar (optional)
C.
White sauce
1/2 cawan butter
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
2 cawan fresh milk
Cara buat white sauce:
- Panaskan butter. Bila cair, alihkan dari api & cepat2 masukkan tepung gandum. Kacau gune whisk sampai jadi cam mashed potato.
- Masukkan fresh milk & air. Letak balik atas api sederhana & kacau guna whisk hingga pekattt mcm mushroom soup tu
* Boleh jugak kalau nak tambah oregano, parmesan cheese etc..
Cara menyediakan lasagna:
1. Griskan loyang atau bekas caserole anda.
2. Susun lasagna sheet memenuhi dasar loyang/ bekas tu
3. Ratakan meat sauce atas lasagna sheet tadi
4. Ratakan white sauce plak atas meat sauce tadik tu
5. Taburkan cheese jika suka
6. Ulang langkah 2-5. Kasik perabih bahan2 yg ada (2 layer pon kira ok laa) Tapi pastikan layer teratas diakhiri dgn white sauce.
7. Bakar 180 darjah selama 40-45 minit
(Masuk dalam oven, bakar separuh masa terlebih dahulu. Kemudian baru taburkan cheese dan bakar semula hingga masak)- ini untuk mengelakkan cheese dilapisan teratas tu hangit
Nota:
1.Pastikan lasagna sheet tu dicover sepenuhnya oleh sos anda untuk memastikan ia lembap & tak terlalu kering
Showing posts with label lasagna. Show all posts
Showing posts with label lasagna. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)