Showing posts with label My Own Recepi. Show all posts
Showing posts with label My Own Recepi. Show all posts

Tuesday, 5 March 2013

Lemak Cili Padi Ikan Parang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Terima kasih kepada semua follower dan penggunjung blog SNH yang sudi singgah di sini.
Sebut ikan parang mesti teringat asam pedaskan tapi ikan parang juga sangat sedap kalau buat masak lemak cili padi.
Selamat mencuba.    


Lemak Cili Padi Ikan Parang

Bahan-bahan:
  • 4 keping ikan parang-dibersihkan
  • 2 batang serai-ketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • Santan pekat-secukupnya 
  • 1 biji buah tomato-belah 4
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak
Bahan kisar:
  • 10-15 tangkai cili padi-boleh tambah atau di kurangkan
  • 10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara-cara:
  1. Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan santan,asam gelugor dan kacau hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan parang dan kacau perlahan hingga ikan masak.
  4. Akhir sekali baru masuk buah tomato.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 4 March 2013

Paprik Campur


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kepada penggemar masakan Thailand bolehlah cuba resepi ni.
Selamat mencuba.

Paprik Campur

Bahan A
  • 100gm isi ayam (potong kecil)
  • 3 ekor sotong-saiz sederhana-potong bulat
  • 10 ekor udang-dibersihkan
  • 100gm bunga kobis -potong kecil
  • 10 gm kacang panjang/anak jagung-di potong
  • 1 biji cili capsicum-di potong
  • 1 biji bawang besar/holland-hiris bulat
  • 1 biji kecil lobak merah
  • 6 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi-di ketuk
  • 1/2 cawan air
Bahan B
  • 3 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 batang serai-ketuk
  • Sedikit minyak masak
Bahan C
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  • Gula dan garam secukup rasa.
Cara memasaknya:
  1. Bersihkan ayam,udang,sotong lumur sedikit garam dan kunyit dan goreng separuh masak.Angkat.
  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan B hingga naik bau.
  3. Masukkan semua bahan A termasuk ayam tadi kacau dan biarkan seketika.
  4. Akhir sekali masukkan bahan C dan biarkan ia mendidih sekejap dan angkat.
  5. Sedia di hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 27 February 2013

WW-Kuih Koci Labu




Kuih Koci Labu

Bahan untuk inti:
  • 1/2 biji kelapa
  • 3/4 cawan gula merah/gula melaka
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan.
  • 1/2 cawan air
Cara buat inti: 
  1. Masukkan air,gula merah atau gula melaka,gula pasir daun pandan dalam kuali dan kacau hingga mendidih.
  2. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga rata.Masak hingga inti kering.
  3. Angkat dan sejukkan.

Untuk kuih : 

  • 1/2 biji labu (rebus dan lecek) 
  • Tepung pulut-secukupnya
  • Sedikit garam 
  • 1 cawan minyak masak 
  • Daun pisang yang telah dilayur secukupnya 
Cara-cara: 
  1. Masukkan labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam minyak. 
  4. Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai. 
  5. Kukus didalam pengukus yang telah di panaskan selama 20-30 minit(sehingga masak).
*Boleh juga letak dadih-1 cawan santan pekat,1 sudu besar tepung beras dan sedikit garam kacau di atas api perlahan-lahan hingga pekat dan tidak bergentel.Letakkan sedikit dadih masa membungkus kuih koci.  

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 19 February 2013

Sambal Kicap Power.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kalau makan soto atau bihun sup mesti nak ada sambal kicapkan.Biasanya kalau buat sambal kicap ni,memang sis selalu buat banyak2 dan simpan di dalam peti ais.Selain di makan dengan apa2 jenis sup,sambal kicap ni sesuai juga di buat cicah pisang goreng.Kalau nak pedas lagi bolehlah di tambah cili,dan sekiranya tak suka pedas boleh tambah kicap atau kurangkan cili....ikutlah selera dan citarasa masing2.
Selamat mencuba.    


Sambal Kicap Power

Bahan-bahan:
  • 100gm cili padi
  • 3 biji bawang besar-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 1 botol kicap lemak manis cap kipas udang
  • Minyak -secukupnya
Cara-cara:
  1. Satukan bawang besar dan bawang putih,goreng dengan minyak hingga garing.
  2. Goreng cili padi hingga layu.
  3. Blend cili,bawang dan kicap hingga hancur.Siap untuk di makan bersama soto dan aneka sup. 




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 17 February 2013

Siput Sedut Masak Lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Siput sedut masak lemak,lauk fav bondaku....kalau datang Melaka mesti beli siput sedut.Sesiapa yang suka makan siput sedut bolehlah mencuba resepi ni....sedap makan dengan nasi panas2.
Selamat mencuba.


Siput Sedut Masak Lemak

Bahan-bahan:
  • 500gm siput sedut
  • 3 batang serai-titik
  • 1 helai daun kunyit-siat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan serbuk perasa-secukupnya
Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Cara-cara:
  1. Bersihkan siput dan potong ekornya.
  2. Satukan semua bahan-bahan kecuali santan pekat,masak di atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.Kacau hingga mendidih.
  4. Bila sudah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 18 January 2013

Laksa Kelantan

Assalamualaikum dan salam jumaat semua.
Biasanya resepi untuk kuah laksa Kelantan ni saya buat sama macam kuah laksam.
Kalau berminat nak mencuba saya sertakan resepinya di sini.
Laksa Kelantan
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus laksa-rebus hingga lembut
Bahan untuk kuahnya:
  • 6 ekor ikan kembung(rebus dan ambil isinya)
  • 10 biji bawang merah
  • 2 sm halia
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 biji kelapa-ambil santan secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat kuahnya:
  1. Kisar isi ikan,bawang merah,halia dan lada hitam hingga lumat.
  2. Masukkan bahan yang telah di kisar ke dalam santan.
  3. Masak dengan api yang sederhana dan masukkan asam keping.Perasakan dengan garam dan gula.Kacau selalu supaya kuahnya tidak berketul.Bila sudah mendidih bolehlah di angkat
Bahan untuk sambal:
  • Sedikit cili besar/cili padi
  • Sedikit cuka
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula
*Caranya:Satukan bahan2 sambal tumbuk atau kisar hingga lumat.

Bahan-bahan Ulam:
  • Daun kesum-hiris
  • Bunga kantan-hiris
  • Tauge-jika suka
  • Kacang panjang-hiris nipis
  • Timun-sagat
Penyediaan laksa:
* letak laksa kedalam mangkuk dan curah kuah diatasnya.Makan bersama ulam-ulaman dan sambal.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 10 January 2013

Gulai Lemak Cili Padi Ketam


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Gulai lemak cili padi ketam....lauk kegemaran anak2.Kalau sesiapa yang suka makan ketam bolehlah mencuba resepi yang mudah ni....kalau suka boleh juga di tambahkan nenas.
Sis sertakan resepinya di sini.



Gulai Lemak Cili Padi Ketam
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo ketam-di bersihkan
  • 1 biji kelapa-ambil santan secukupnya
  • 1 helai daun kunyit-siat
  • 3 batang serai-ketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan gula-secukup rasa.
Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili padi-boleh kurangkan
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup 
Cara Memasak:
  1. Masukkan ketam bersama bahan kisar,serai,asam gelugur dan masak sebentar di atas api.
  2. Masukkan santan bersama daun kunyit yang di siat.Masak dengan api sederhana dan kuah hendaklah sentiasa di kacau.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.bila sudah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 7 January 2013

Sukun Goreng Rangup


Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Jom kita minum petang dengan sukun goreng.Kalau pergi pasar memang pantang jumpa buah sukun mesti nak beli tapi yang tak best dok makan sorang-sorang.Anak2 kalau makan pun dok cubit bahagian tepung yang rangup aje....alahai anak2.Sebelum ni ada juga sis berkongsi resepi batter goreng cempedak yang rangup,yang menggunakan tepung beras resepinya di SINI
Hari ni sis nak berkongsi satu lagi resepi untuk membuat goreng sukun yang rangup.Adunan ni boleh juga di buat goreng pisang,keledek,keladi atau cempedak.
Jom tengok resepinya.

Sukun Goreng Rangup
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1/2 biji sukun-kupas dan potong nipis.
  • Minyak untuk mengoreng
Bahan batter:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak panas
  • Pewarna kuning/kunyit
  • Air-secukupnya(jangan terlalu cair)
Caranya:
  1. Campurkan tepung gandum dan tepung naik sendiri.Masukkan garam dan air secukupnya. 
  2. Kacau hingga adunan tidak bergentel.Masukkan pewarna kuning atau serbuk kunyit,kacau lagi.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan ambil 1 sudu besar dan masukkan kedalam adunan tepung tadi dan kacau rata.
  4. Ambil sukun yang telah di potong dan celup kedalam adunan batter dan goreng hingga warna keemasan.
  5. Angkat dan toskan.Hidangkan panas2 bersama sambal kicap.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 6 January 2013

Kari Tulang Dan Daging Tetel


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Tengok gambar....terliuq tak?.Sebenarnya niat asal tu nak masak kari tulang tapi bila ada daging tetel kita taram sekali...ermmm sedap sgt2,terasa macam makan gulai kawah la pulak.Sebenarnya lauk ni sis masak untuk di makan bersama nasi briyani udang ala-ala.Nanti sis update resepi nasinya ye.
Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba resepi kari tulang dan tetel ni,sis sertakan resepinya di sini ye.
Selamat mencuba. 




Kari Tulang Dan Daging Tetel.
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo tulang lembu
  • 1/2 kilo daging tetel
  • 1 biji kelapa-ambil santan secukupnya
  • 5 sudu besar serbuk kari daging babas
  • 2 sudu besar serbuk cili/cili kisar
  • 2 sudu besar kerisik
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula-secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak-untuk menumis
Bahan tumis
  • 2 biji bawang merah-hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih-hiris nipis
  • 1 inci halia-mayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit bunga lawang,cengkih & buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
Cara memasak:
  1. Satukan tulang dan tetel di dalam periuk dan rebus dengan 1 liter air hingga empuk.
  2. Bancuh serbuk kari dan serbuk cili dengan sedikit air,jadikan pes.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan tumis.Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan bancuhan rempah tadi dan kacau hingga pecah minyak dan rempah agak garing.
  5. Masukkan tulang dan tetel yang direbus bersama airnya sekali.Biarkan mendidih.
  6. Masukkan santan,kerisik,air asam jawa,garam dan gula secukup rasa.
  7. Masak hingga kuah pekat sedikit.Angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 4 January 2013

Nasi Minyak

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua penggunjung blog SNH.
Bersiaran kembali setelah beberapa hari menyepi....baru sembuh sedikit dari demam dan baru malam tadi dapat blogwalking 3,4 buah rumah kawan2.
En3 pertama di tahun baru....nasi minyak yang sangat mudah untuk di sediakan.Sebut nasi minyak dah terbayang majlis perkahwinankan.Nasi minyak ni sis masak beberapa hari yang lepas berlaukkan ayam masak merah.Boleh di katakan selalu jugalah sis masak nasi minyak ni...nasi kegemaran hubby dan anak-anak.Resepi nasi minyak ni memang sangat mudah untuk di sediakan dan tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak.
Sis berkongsi resepinya di sini dan sesiapa yang berminat bolehlah mencuba ye. 

Nasi Minyak 
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 4 cawan beras basmathi - (sis guna beras Faiza monghul basmathi, cuci dan rendam 20 minit)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan kismis kuning
  • Daun saderi/daun ketumbar
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning-jika suka
Bahan tumis:
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1sm halia-hiris halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak,masukkan semua bahan tumis dan goreng hingga naik bau.
  2. Masukkan beras,air dan susu cair,garam dan kacau rata.
  3. Masukkan semua kedalam rice cooker dan on kan.
  4. Bila nasi sudah masak,titiskan pewarna kuning dan tabur kismis dan daun saderi atau daun ketumbar.Tutup tudung peruik dan biarkan sebentar.
  5. Gemburkan sedikit guna chopstick, jangan kacau lama-lama bagi mengelakkan nasi patah atau hancur.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 29 December 2012

Pulut Udang Utara

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni nak tayang kuih kegemaran sis....pulut udang atau pulut panggang.Sebelum ini ada juga sis buat n3 pulut panggang atau pulut udang di SINI.Tapi untuk resepi ni ada sedikit penambahan bahan pada intinya....dari segi rasa kedua-duanya pun sedap. 
Pulut udang ni memang sedap di sajikan untuk sarapan pagi atau waktu minum petang....sis suka makan ketika kuih ni masih panas2.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mencuba resepi ni ye. 


Pulut Udang Utara
Oleh:Norzie hany

Bahan untuk pulut:
  • Daun pisang yang dilayur secukupnya
  • Sedikit minyak
  • 2 cawan pulut-rendam 3 jam
  • 2 cawan santan
  • Sedikit garam
Caranya:
  1. Basuh pulut dan toskan.
  2. Masukkan kedalam loyang bersama santan dan garam.Gaul rata dan kukus sampai masak.Bila dah masak angkat.
Bahan inti(kisar) :
  • 1/2 biji kelapa parut - putih
  • 10 biji cili kering-kalau nak pedas boleh tambah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 sudu besar udang kering
  • 7 biji bawang merah
  • 5 batang serai
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu tehl jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • Sedikit air
  • Garam dan gula-secukup rasa
Cara buat inti:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan garam dan gula secukupnya,tambahkan sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan kelapa parut putih dan gaul hingga inti masak dan garing.
  4. Angkat dan sejukkan.
Cara buat pulut udang:
  1. Letakkan pulut yang dikukus tadi diatas daun pisang yang telah di sapu sedikit minyak.Tekan/leperkan pulut tadi.
  2. Masukkan inti ditengah2 pulut dan gulung daun dan semat dengan lidi di kedua hujung daun ni.
  3. Bakar atau panggang hingga garing.
*Korang nampak tak pic pulut panggang yang sebelum di panggang tu bersinar.Bila dah siap dan seblm panggang sis sapu dgn minyak di bahagian luar daunnya.Dgn cara ni bila dah siap bakar nanti tak la nampak kulit pisang tu kering sgt.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 27 December 2012

Ayam Masak Merah Bermadu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Cepatnya masa berlalukan,tinggal beberapa hari aje lagi sesi persekolahan 2013 akan bermula.Tentu semua ibubapa sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak2.Sis pun dah buat persiapan untuk 2 orang anak bujang yang masih bersekolah...yang bongsu dah naik sekolah menengah tahun depan.
Hari ini sis nak berkongsi resepi yang sangat mudah....ayam masak merah bermadu.Lauk ni memang sangat sedap di makan dengan nasi berperisa seperti nasi tomato,nasi minyak,nasi briyani dan sebagainya.
Kepada sesiapa yang ingin mencuba sis sertakan resepinya di sini ye.
Selamat mencuba.


Ayam Masak Merah Bermadu
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar tomato pure/sos tomoto
  • 2 sudu besar madu
  • 1 batang serai-di titik
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak-secukupnya 
Bahan tumis:
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 1sm halia-hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sekuntum bunga lawang,
  • 4 kuntum cengkih 
  • 4 biji buah pelaga
Bahan kisar:
  • 25 tangkai cili kering-rebus dulu
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji buah keras
Cara-caranya:
  1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit.Goreng separuh masak dan ketepikan.
  2. Panaskan lebih kurang 1/2 cawan minyak,masukkan bahan tumis dan goreng sampai naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan serai,masak hingga cili garing dan pecah minyak.Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato,kacau sebati
  4. Masukkan ayam dan sedikit air.Masukkan madu dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Masak sehingga kuah agak pekat dan sampai pecah/terbit minyak.Kalau suka boleh letak kacang peas.
  6. Angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 26 December 2012

WW-Gulai Lemak Nenas Dengan Ikan Duri Masin


Gulai Lemak Nenas Dengan Ikan Duri Masin
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 biji nenas sederhana besar-potong sederhana besar
  • 3 keping ikan duri masin-rendam sebentar
  • 2 batang serai-di ketuk
  • 1/2 cawan santan cair
  • 2 cawan pati santan/santan pekat
  • Garam dan gula- secukup rasa
Bahan kisar:
  • 10 tangkai cili padi-boleh kurangkan
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Satukan nenas,serai,santan cair dan bahan kisar di dalam peruik dan masak di atas api yang sedehara hingga mendidih. 
  2. Masukkan ikan duri yang telah direndam tadi dan kacau sebentar.
  3. Masukkan pati santan dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Bila sudah mendidih dan masak bolehlah di angkat.
*Boleh tambah santan pekat jika hendak kuah lebih.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 11 December 2012

Cucur Badak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bukan kata anak2 aje suka makan cucur badak ni,sis pun suka....kalau dah start makan memang tak cukup satu.Bila time cuti sekolah dan anak2 semua berkumpul  rasa bersemangatlah sikit sis nak buat segala jenis kuih kegemaran mereka....biasanya kalau tinggal bertiga rajin dok beli aje kih3. 
Jarang kita tengok cucuq badak ada udangkan....tak pa,kalau tak nak bubuh pun tak kisah.Udang tu saja sis tak buang kepala bukan cemerkap tau.
Kepada sape2 yang nak mencuba sis sertakan resepinya di sini ya.



Cucur Badak
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 600gm ubi keledek-rebus 
  • 2 cawan tepung gandum/secukupnya
  • Udang basah- jika suka
  • Minyak-untuk menggoreng
Bahan inti(kisar) :
  • 1/2 biji kelapa parut - putih
  • 10 biji cili kering-kalau nak pedas boleh tambah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 sudu besar udang kering
  • 7 biji bawang merah
  • 5 batang serai
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu tehl jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • Sedikit air
  • Garam dan gula-secukup rasa
Untuk buat inti
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan garam dan gula secukupnya,tambahkan sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan kelapa parut putih dan gaul hingga inti masak dan garing.
  4. Angkat dan sejukkan.
Cara buat cucur badak:
  1. Lecek ubi keledek yang telah di rebus dan masukkan tepung.Jika masih lembik tambah lagi tepung dan gaul rata adunan hingga menjadi doh.
  2. Ambil sejemput doh dan leperkan.Masukkan inti dan tutup kembali adunan dan letakkan seekor udang di atasnya jika suka.Buat hingga adunan habis.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hingga warna keperangan.
  4. Angkat dan hidangkan.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 10 December 2012

Jemput-jemput Jagung


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semuanya.
Bertemu lagi di en3 kali ini,setelah 2 hari bercuti dari berblog....terasa lama la pulak he3.
Biasanya kalau beli jagung mesti sis simpan sebiji dua untuk buat cekodok atau jemput2 jagung ni.Cekodok ni memang fav sis....nak buatnya pun mudah aje,sis rasa semua orang tahukan.
Kepada adik2 atau sesiapa sahaja yang nak mencuba sis sertakan resepinya di sini...bahan untuk udang tu boleh juga di gantikan dengan ikan bilis,ikutlah citarasa masing2.


Jemput-jemput Jagung
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji jagung-ambil isinya
  • 1 cawan udang kertas-buang kulit
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang besar-hiris 
  • 1 biji cili hijau/merah-hiris halus
  • 1 3/4 cawan air suam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak-untuk menggoreng
Cara-caranya:
  1. Bancuh tepung gandum,telur dan garam dengan air suam hingga sebati.
  2. Masukkan semua bahan2 yang lain dan gaul rata.Perap lebih kurang 5 minit.
  3. Panaskan minyak dan basahkan hujung jari dengan air dan jemputkan adunan kedalam kuali.
  4. Goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 3 December 2012

Kari Ikan Jenahak.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Perasan tak,dah banyak kali sis buat en3 pasal lauk kari.Kalau nak tahu inilah lauk fav sis,tak kiralah kari ikan,ayam atau daging....memang tak pernah jemu.Kari ni adalah masakan warisan yang menjadi kebanggaan orang-orang utara.Ayahanda dan bonda sis orang utara sebab itulah agaknya sis penggemar tegar sebarang lauk kari.Sejak dari zaman kanak2 inilah hidangan utama keluarga kami....hari2 makan kari.
Kalau sape2 berminat nak cuba sis sertakan lagi resepinya di sini ye.
Selamat Mencuba.



Kari Ikan Jenahak
Resepi:Norzie Hany

Bahan-bahannya:
  • 3 potong ikan jenahak.
  • 1 bungkus kecil rempah kari babas
  • 1 sudu besar serbuk cili/1 sudu besar cili kisar
  • 4 biji kacang bendir
  • Air asam jawa.
  • Santan-secukupnya
  • Garam dan gula@serbuk perasa-secukupnya
Bahan tumis:
  • 3 biji bawang merah-dihiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 inci halia-hiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sk halba campur
  • Sedikit minyak-menumis
Cara memasak:-
  1. Panaskan minyak tumis bahan penumis hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dijadikan pes.
  3. Kacau sehingga rempah sedikit garing dan barulah masukkan santan.
  4. Masukkan ikan dan biar sekejap dan barulah masukkan kacang bendir dan air asam jawa serta garam secukup rasa.Masak sampai pecah minyak.
  5. Angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...