Followers

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Friday, October 21, 2016

The Joy Of Life - 5 Variasi baru minuman sarang burung


Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran The Joy Of Life dengan memperkenalkan 5 variasi terbaru keluaran Ecolite.Sebelum ni aku memang biasa dengar dengan khasiat sarang burung, dan kebiasaannya sarang burung itu dibuat sup, kalini dikeluarkan dalam bentuk minuman plak.Dan korang pon tau kan yang sarang burung ni terdapat collagen yang baik untuk kulit dan kesihatan.

Majlis pelancaran diadakan di Glass House, Bangsar.First time aku datang sini, cantik sangat tempat ni.Siap ada Lucky Draw lagi tapi rezeki tak menyebelahi aku semalam, kalau tak dah tentu aku melaram dengan henpon baru harini...heehhee..Tahniah pada pemenang lucky draw semalam yer..

The Joy Of Life dengan 5 variasi perisa terbaru iaitu Bird Nest Original, Bird Nest with Laici, Bird Nest with Longan, Bird Nest with Aloe Vera dan Bird Nest with Kurma Merah dan Buah Goji.


Bird Nest with Aloe Vera


Bird Nest with Kurma Merah dan Buah Goji


Bird Nest Original taste


Bird Nest with Laici


Bird Nest with Laici

Minuman collagen sarang burung ini HALAL dan selamat diminum oleh semua peringkat umur, kecuali kanak-kanak berumur dibawah 2 tahun tidak digalakkan.Antara ingredient lain yang terdapat dalam minuman ni adalah :

~ Marine Fish Collagen
~ Edible Bird's Nest
~ Natural Food Content
~ Rock Sugar
~ RO Water




Minuman berkolagen sarang burung ni dibotolkan dalam botol kaca 250ml dan boleh didapati di 7-Eleven berdekatan dan beberapa pharmacy dan hypermarket terpilih.Harga start dari RM6.50 sebotol.Minum sejuk-sejuk lagi sedap, sejuk dan segar bugar je rasa badan.


Antara 2 perisa kegemaran aku, Perisa asli dan campuran kurma.Sedapp sangat.Lagi sedap kalau minum sejuk-sejuk, best je lalu kat tekak.Kalau diamalkan hari-hari, boleh awet muda jugak tau, sebab ada colagen dalam minuman ni.Husband pon suka, sampai berebut-rebut, nak kena topap stock lagi ni.Masing-masing dah ketagih..hahahaha..

Untuk maklumat lanjut mengenai The Joy Of Life ini boleh lawati website dan facebook mereka






Wednesday, May 18, 2016

Majlis Pelancaran Produk Transbella dan Transgluta di Teh Tarik place, The Mines


Rasa bertuah sangat bila dijemput ke majlis pelancaran produk kecantikan terbaru keluaran  Zenia Beauty.Majlis yang sederhana tapi meriah dengan telatah hos jemputan diva gedevasss "Azwan Ali" dan duta produk Transbella dan Transgluta,selebriti Atita Haris.Majlis ini juga melibatkan ramai lagi rakan2 blogger yang lain.


Majlis bertempat di Teh Tarik Place, The Mines dan tema majlis haritu adalah warna purple.Sweet angat.
 
Pelancaran produk Transgluta dan Transbella dimulakan dengan sedikit penerangan mengenai 2 produk tersebut yang kedua2 nya mempunyai fungsi yang sama iaitu sebagai agen pemutih badan.Bukan setakat kulit muka je putih, satu badan sekali boleh putih,oooohhh i suka nii.Dan paling mengujakan, bukan setakat putihkan seluruh badan tapi pakej sekali dengan menganjalkan kulit seluruh badan.Kasi tegang balik kulit-kulit yang kedut-kedut dan menggeleber itu.


Salah satu perbezaan Transgluta dan Transbella adalah Transbella mengandungi collagen manakala Transgluta pula tiada collagen, bagi yang ada alahan dengan collagen boleh cuba Transgluta, bagi yang takde masalah dengan collagen boleh try kedua2 sekali.Selain itu cara pemakanan 2 produk ini pun berbeza, Transbella berbentuk tablet yang perlu dihisap manakala Transgluta berbentuk pil kena telan  bersama air.
 
Transgluta dan Transbella ini sesuai diambil oleh lelaki dan wanita, ibu mengandung pon boleh ambil tapi disarankan mintak nasihat doktor terlebih dahulu dan seeloknya makan selepas kandungan melebihi 6,7 bulan keatas.Tiada mengandungi bahan kimia terlarang, dan selamat diambil oleh semua lapisan masyarakat.Untuk kesan yang lebih efektif disarankan menghentikan pengambilan kefein.Masa period pun boleh makan yer tiada masalah pun.Dan paling penting, minum banyak air kosong, 8 gelas sehari.Barulah kesan dia pun menakjubkan gituuu..InsyaALLAH, kalau makan dengan betul ikut peraturan dan cara makan kau akan nampak kesan dia dalam masa singkat.Singkat yang macam mana?Itu bergantung pada setiap individu mengikut tona kulit memasing.Yang penting saborrrr..


Aku dah start amalkan Transbella dan Transgluta ni, dan aku sendiri kagum dengan kesannya yang sangat singkat.Nampak perubahan ketara lebih2 lagi pada kesan parut demam campak aku dah semakin pudar.Kompommm aku nak teruskan lagi dengan produk ni.Macam dah ter"fall" in love plak.
 
Korang pon patut try jugak , dah nak raya ni takkan takmo putih melepak dipagi raya, nak2 plak sekarang ni tengah ON SALE..Harga tengah jatuh gedebuk2 ni, rugi weyy kalau korang tak grab satu, kang meleleh air liur tengok aku putih melepak sengsorang, kang cakap hakak tak payung plak..heheheheh..

Antara kelebihan Transgluta
Untuk promo , Harga sebotol Transbella adalah Rm80.00 dan Transgluta RM70.00.Sebelum dia kembali ke harga asal, cecepat lah grab bebanyak buat stock sampai hujung tahun.hehe

Ni antara testimoni paling "win"..Namanya Intan Dayana, Intan  ni asalnya kulit kusam dan hitam manis, tapi setelah mengamalkan produk transgluta dan transbella selama 3 bulan, hasilnya kulit menjadi lebih putih keseluruhannya, teruja hakak dik nun, tak sabor nak jadik cantik macam dia.


Perkenalkan ini kak Suraya , co-founder syarikat Zenia yang mengeluarkan produk Transbella dan Transgluta ni.Cantik orangnya, sempoii dan tersangattlah humble orangnya, suka tengok dia senyum,manis je.Mohon 'transfer' sikit comeyyy tu kat Nory, kak...heheheh..


Dan ini PN Anny Ariffin , as a Founder.Pemalu orangnya tapi tak sombong , senyummm je tak pernah lekang.


Dan ini,  Atita Haris, lawa weiii dia ni.Memang layak jadi duta pon.Awak jangan cantik sangat boleh tak?Tinggi lampai orangnya.Terserlah ke"rendang'an aku bila berdiri sebelah dia taw.hukhukhuk #menangistepibucukatil


Haaaa ini kompom kenal kan..Sape lagi kalau bukan Azwan Hj Ali.Selayaknya digelar diva kerana telatah pengacaraannya sangatlah mencuit hati.Sporting plak tu.Siap berjoget-joget bagai.Eh sporting lah dia ni, sape cakap dia kekwat..Okeyyyy je..


Acara memotong kek sebagai simbolik pelancaran majlis pada hari itu.
 

Zenia Beauty sekarang ni tengah nak carik agent diseluruh Malaysia. Pada korang yang nak tambah pendapatan sehingga RM2,000.00 sebulan boleh la hubungi Suraya Sulatin (012-9184042) untuk tau macam mana nak jadik agent mereka dengan lebih lanjut. Dengar cerita, dua hari selepas pelancaran Transbella, sale mereka sampai RM20,000 hanya dalam tempoh dua hari! Memang ramai yang makin yakin dengan Transgluta and Transbella. Ni la masa yang sesuai untuk korang grab peluang ni and tambah duit poket, kan?

Harga Asal Transgluta ialah RM110.00, Promosi sekarang RM70.00 sahaja. Transbella pula harga asal ialah RM90.00 tetapi dijual dengan harga promosi RM80.00 sekotak.
Email : zenia.sales@gmail.com
Hotline : 013-6915915 / 019-3173715

Saturday, May 17, 2014

Sedapnya makanan di U-Cafe, Wangsa Walk


Holla arini nak citer pasal makanan,maklumlah dah lepas pantang kan, haruslah pulun makan apa yang takleh makan masa dalam pantang..haha..Tapi still pantang tak minum ais lagi, kuat betul iman aku, takpe badan nak pakai lama kan, pantang lah sekejap ais tu..

                                                
Yang bestnya food review kalini ngam2 kena time aku lepas pantang, hari Sabtu 3 Mei 2014 genap lah 47 hari aku lepas pantang..Bapakkk bestttt!!!Sempat lagi "larikan" diri sekejap, padahal kat rumah tengah busy dengan persiapan untuk majlis kesyukuran esoknya tu..Gilerrr arr..nasib baik mak memahami, aku pergi bukan suka2, tapi dah ini sumber rezeki aku, sumber duit tepi aku, dapat jugak tampung duit susu pampers Rizqy kan..Tak pasal2 Rizqy pon join sekali food review yang julung2 kali buatnya walaupon hanya mampu ambik bau saje, takpe mushukk, nanti dah besar sikit, makanlah macam2 yer..Nasib baik budak tecik tu tak meragam sangat..
Restoran U-Cafe branch Wangsa Walk ni halal taw berbanding dengan branch Sungai Wang..Yang kat Sungai Wang tu halal jugak cuma "pork free" je, still ada was-was lagi untuk pelanggan muslim kan, tapi untuk branch Wangsa Walk ni aku jamin 100% adalah HALAL sebab aku saksikan sendiri sijil Halal dari pihak JAKIM..So, tak was-was nak makan..
Untuk food review di U-Cafe ni, memang menghancur luluhkan diet aku, dengan 18 menu dihidang satu persatu...Dahlah semua menu2 mampu mengkuiss2 anak tekak aku, jahanamm diet pantang aku 44 hari sebelum tu...Uwaaa...Air plak macam2 jenis ada, macam2 kaler ada, tapi aku mampu tengok je sambil telan airliur sebab tak minum ais kan, then aku order hot milo aje...huhu..
Meh aku tayang satu persatu-satu menu yang dihidangkan, semuanya sedap-sedap bukan cobaan yer, tapi memang kenyataan, memang aku akan datang lagi bawak family makan kat sini plak.

Combo Platter RM26.90

Popcorn Chicken Green Salad RM14.90

Spaghetti Aglio-Olio with Seafood RM26.90

Classic Chicken Carbonara RM18.90

Salmon Fillet RM39.90

Nasi Lemak RM13.90

Nasi Bonjori RM13.90

Fried Rice in Japanese Style RM7.90

Chef Pumpkin Rice with Chicken Chop RM17.90

Stir Stewed Chicken with Three Cups Sauce (Big) RM20.90

Fried Prawn with Salted Egg-Yolk (Big) RM38.90

Fried Prawn with Salted Egg Yolk & Season Vegetable in Yam Basket Rice RM20.90

Fried Kailan with Salted Fish RM13.90

Pan Fried Kwey Teow with Beef RM10.90

Penang Char Kwey Teow RM10.90

Penang Curry Laksa RM13.90

Fried Vermicelli with Sambal Sauce & Mussel RM17.90

Stir Fried Glass Noodle with Soft Shell Crab RM17.90

Ini plak antara pilihan air menarik yang ada..Tapi aku mampu tengok je, aku order Hot Milo..huhhu

Semua makanan yang dihidangkan semua sedap2 dan memenuhi selera anak tekak aku, paling aku suka sambal nasi lemak dan nasi bonjori, mula2 rasa sesudu je, pastu rasa nak lagi dah segan, sampai berebut-rebut ngan Yaya..hahaha...Tapi memang sedap, nak makan lebih2 takut Rizqy kembung plak nanti, sebab nasi lemak ada santan kan..Lagi satu aku suka sangat Chicken Popcorn dan Stir Stewed Chicken with 3 Cups Sauce tu...Oiii aku kan penggemar ayam...Memang aku pulun kaw2 lah kan...huhuh..Abi plak suka Chef Pumpkin Rice tu..Sedappp katanya...Ehh nanti ko try lah rasa sendiri ek...Sumpah tak tipu memang sedapp...terbaiikkk...Nory kasi 5 bintang..Eh?? heheehhe



Sebelum bersurai, dah nama pon blogger kan, blogger kalau bab bergambar memang nombor satuu lah kan..Kenangan bersama semua blogger yang join food review di U-CAFE pada hari tu, semua memang havoc, maaf yer ada yang tak sempat tegur kat meja lain tu maklumlah iolss ni femaluuu taik kucenn..hahha...


Weoll yang sentiasa tak pernah nak cukup korum berlima, memasing busy kemain..dari kiri Ieza, Yaya , Ieda n aku..Kembar kami lagi sorang tak dapat join, Mila lah sape lagi...huhuh..Rasa macam dah lama tak jumpa Mila...Rinduuu laaa...



Info lokasi :
U-Cafe , Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Evenue
No.9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Tel : 03-4131 9686
       019- 3133 668 Rachel

*Dahlah sedap, harga murah plak tu, berbaloii baloi...Jom makan di U-Cafe!!!



Semua gambar ihsan daripada www.idabaharum.com (Ida)..Tenkiiuuu Idaaa!!!!

Friday, July 26, 2013

Iftar bersama blogger di Flora Kafe



Sebelum apa-apa, aku mintak hampun banyak-banyak, hari baik bulan baik ni, siang-siang buta aku hapdet entry yang penuh dengan gambar makanan yang boleh buat air liur korang menjejes,tapi camne pon aku tetap kena hapdet, ini amanah orang beb, orang berbudi kita berbahasa, orang panggil ajak makan free, kita kena lah berbahasa di entry..Tak gituuu..hehehe..Anyway, special thanks untuk kesekian kalinya pada Flora Kafe especially Mell yang sudi menjemput kami untuk food review sempena Ramadhan ni.Kalini lebih kurang 10 orang  blogger yang menjoinkan diri yang boleh dikatakan semuanya terdiri daripada bini-bini orang dan mak-mak orang, kecuali Boni dan Faizal lah , dorang je yang datang single mingle..hehe.Flora Kafe ni menyediakan buffet ramadhan taw sempena bulan mulia ni, buffet yang terdiri dari macam2 jenis menu, dan  air zam-zam dan juga kurma untuk setiap customer yang datang berbuka puasa kat Flora Kafe ni.Harga dari RM45++ je seorang untuk dewasa dan RM20++ untuk kanak-kanak.


Ni antara menu yang ada kat Flora Kafe.Macam-macam ada, ada sayur campur, masak lemak putih, sotong masak hitam, kari kepala ikan, ayam masak merah, heyyy macam-macam ada lah..Sampai tahap tak taw nak makan apa dah, time berbuka aku berbuka makan buah n kuih-muih je dulu, dah lama sikit baru start makan nasi plak.Oh yer masa untuk makan sampai pukul 10.30mlm, makan lah sampai lebam,takde sape nak marah..hehe


Kami si kembar empat baru nak start "kayuh" slow-slow...Makannn , makannn, dan makannn..Yang baju biru tu Ieda n Andi, pastu aku n Abi, baju merah  yang over acting tu , Syafiq husband Yaya, pastu Yaya, pastu Mila n Mcdee..Eh Boni pon adaaa...hehehe..


Selain dari lauk pauk yang sedap-sedap, buah-buahan pon ada sebagai pencuci mulut, ada pisang, ada tembikaiii, kuih muih pon macam-macam ada, eiii tak taw nak makan apa dahh..naik muncettt peruttt byk sangat makan..


Air plak ada 3 jenis, yang kaler hitam tu air mata kucing, yang hijau tu nama dia unik, Jimmy Asmara kauuu..hahaha..dan yang last sekali air kosong bersama hirisan lemon.Tapiii paling fofular air Jimmy Asmara lah..Asal letak je habis, asal habis je letakk balik..heheheh..


Ni sudut ulam-ulaman, bagi penggemar ulam-ulam mesti suka kan..Tapiii aku takkk makan sayur dan ahli kerabaat sayur yang lain termasuk ulam-ulam..Sebab tu aku tak awet muda...Kau nak cantik, makan lah ulam banyak2, jangan jadi macam aku..hehe


Ni sudut kuih muih dan manisan, ada karipap, puteri mandi, kuih ketayap, pisang sira dengan gula melaka, dan roti jala, dannn macam-macam lagi.


Part ni aku paaaaalllliiinggg suka, rojak buah, feberettt aku, aku 14 kali ulang makan rojak buah ni, sukaaa giler dengan kuah rojak dia, terbaeeekkkkk...


Apa lagi yang ada??? Suka seafood??Sini pon ada..Nak ketam, nak lala, nak siput sedut, nak udang, macam-macam ada, heyyy kalau kat rumah aku dah terkam ketam tu dulu, senang aku ratah dengan rakusnyaaa..hehehe


Sambal lotek pon ada, ekceli pestaim dengar sambal lotek ni...Amenda ekkk...??Nampak cam menarikk jugak, nanti kau tryyy lah ek...Aku tak sempat try, sempat snap picture je..huhuhu


Dan ini diaaa, feberet aku lagiii, coklat fountainnn..Perghhhh menjejes-jejes cekelat dia taw..Sukaa angatt2, sedappp plak tu , rasa macam Coklat Fountain Ieda pon ada...So yummmmyyyy ok..


Bila dah kenyang kitorang di bawa ke tingkat atas plak untuk sessi penjelajahan Flora Kafe, Flora Kafe ni bukan setakat Kafe je, butik pon dia ada, nak suruh dorang arrangekan wedding pon boleh, butik ni berkonsepkan flora, banyak bunga2, dan palinggg suka tengok deko-deko kat dalam tu.Macam kat alam fantasi plak..huhuh..






Jangan risauu, lepas berbuka puasa boleh solat dekat sini, ni yang bagusnya berbuka puasa kat Flora Kafe ni, dorang punya servis sangatlah bagus, ruang solat pon dorang deko baeekkkkk punya untuk keselesaan pelanggan, siap ada lampu romentik2 lagi, siap karpet gebu lagiii, ko hade...Ruang solat ni terdapat di tingkat 2 bangunan ni.



Pemandangan dari tingkat atas, meja paling panjang tu tempat kitorang duduk, para-para suami duduk bersantai kekenyangann..


Nampak tak Abi, sempat lagi cover peruttt tu...ahahahaha..


Pestaim jumpa kakak blogger berdua ni, yang gojes berbaju merah tu Kak Julia (Ummi QI) dan yang comel kat belakang tu Kak Dayah.Dan yang hensemmm sekali tu, baby QI lah sape lagiii..Comelll tau tak awak ni...Rasa nak culik bawak balik je..Haishhh..

Ok, nampak cermin kan, jom bergambarrr...


Ada jugak sekeping gambar ngan dak encemmmm ni, sampaikan Mell ingat ni anak aku plak, mata sama katanya...hihihihih...Yeke???Harap2 lah dapat anak encemm macam baby QI ni nanti..amiiinnnn...Hye QI, rinduuu akak noryy tak?? (akakk lah sangattt,hikhikhik)


Dan perkenalkan barisan-barisan papparazzi terhormat..Masing-masing dengan gaya tersendiri..hehehe..Disebalik kehidupan seorang blogger, berdiri nya seorang suami yang bertindak sebagaii fotograferrr...hahahahahah...tak gituuuu???



Rasanya tiap kali ke Flora Kafe, gambar kat depan signboard Flora Kafe ni wajiibbbulghunnah mesti ada...hehehehehe....



Para-para blogger bersama Mell (orang kuat Flora Kafe).Dari kiri Boni , Faizal , Aku, Ieda, Yaya, Kak Dayah, Kak Julia(umi QI), Kak Amy, Mila, dan Kak Diya(pinky momma)




Alamakk gambar terlebih lentok plak kat bahu Kak Julia...heheeheh..bergambarr dulu sebelum bersuraiii...


Barisan suami-suami kacakk sedunia...


Eh dia main tunjuk-tunjukkk plak..


Kite pon nak tunjuk-tunjuk jugakkk...hehehe


Barisan bini-bini ku blogger, hahahaah boleh???Seronokk dapat iftar bersama-sama, semua sportinggg giler macam dah 10 tahun kenal je lagaknya..Takde pon yang sombong-sombong, nantiii kita jumpa lagiii ekk..See u next timeee bebehhh...

****************************************************************************************

Details of place :

Flora Kafe
Lot G-02-06,Ground Floor
The Ampwalk
218 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.


Booking / tempahan : Mell -03-2161 8010 / 017-302 4112  (disarankann untuk tempah dulu sebelum datang)