Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY
Memaparkan catatan dengan label FOTOGRAFI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOTOGRAFI. Papar semua catatan

Isnin, 20 Jun 2011

EDIT..SELAMATKAN GAMBAR.



selepas edit...terang, latar bersih dan muka bersih.



sebelum edit.... gelap, latar kotor dan jerawat.


Lihat perbezaan antara kedua gambar sangat ketarakan, sebelum gambar diambil dalam keadaan yang gelap tanpa lampu...
dan hampir dibuang, tapi dapat juga diselamatkan dengan mengedit ...
itulah fungsi edit2 ni..
pernah kami ditanya kenapa gambar kahwin mau diedit lagi...
mmg lah kena edit lagi, sayang tau bayar mahal2 tak diedit..
banyak perkara yang tidak dapat dielakan masa ambil gambar seperti jerawat dan latar yang kotor, banyak lagilah..
hanya dengan mengedit sahaja segala kekotoran dalam gambar dapat dibuang...

ni saja n3 ari ni..tengah edit gambar hehheeee..

Jumaat, 20 Mei 2011

BERMANDIKAN CAHAYA KEEMASAN (SUNSET).

sebelah petang lepas gambar unduk ngadau kaamatan, 
kami sahabat photo menunggu sunset di pantai Tanjung Aru,
 alang2 sudah ada situ tunggu jaa lah, 
lagipun bukan mudah nak dapat cuaca bagus selalunya KK
 mendung dan hujan sahaja. tengah menunggu tu sempat juga tan posing2..
|
macam biasa korang tengok2lah iya, susah sikit tan nak cerita tentang alam ciptaan tuhan ni, jadi yang mampu tan kata hanyalah cantiknya.
bukan gambar tan tuuu iyaaa, tapi sunset tu cahayanya menakjupkan.

       








 berbaloi juga tunggu, banyak gambar c hubby aku dapat, tapi gambar ni paling di like dalam FB, sebabnya tu 1,2,3,4 dan 5. susunan orang berkumpul, masing2 dengan gelagat tengah menghayati sunset juga.



RATU UNDUK NGADAU DI TANJUNG ARU.

lama sudah tulis e3 ni, baru ari ni kasi keluar. masa itu tan masih pening2 lagi lepas doktor bius (masa rawatan paru2). Awal pagi2 kami pegi pantai Tanjung Aru sebab ada jemputan pertandingan ratu keamatan daerah(lupa pla daerah apa tu) anjuran LUMIX. Sempat juga kami ambil gambar sikir, pastu jam 11 pagi tan pegi SMC  dibius untuk masukan kamera dalam paru2, 2 jam saja prosesnya tak rasa sebab dibius, selesai terus gii makan lepas berlapar selama 8 jam, sambung lagi pegi pantai Tanjung Aru ambil gambar ratu tu kali ni ratu bertukar baju tradisonal daerah masing2, sampailah ke petang kami disitu. Sempat lagi ambil sunset cantik tempat niii. tengoklah iya gambar2nya biar gambar bercerita pla, penat tau nak cerita..










sebelah petang, ratu bertukar pakaian  tradisonal mengikut suku masing2.








 

juara unduk (ratu) ngadau kaamatan korang teka yang mana?.
untung tau ratu yang terpilih dapat hadiah kamera LUMIX juga akan ke pertandingan 31 mei ini peringkat negeri sabah.

 ramai juga fotografer yang datang, nasi baik ratu  ada 15 orang taklah berebut-rebut, cumanya  terlalu ramai orang sampai tan tersesat, dalam pening2 dan kepanasan sibuk pula  cari c hubby. tau2 dia curi2 gambar aku heiii!!! muka tengah hot tuuuu..

gambar tidak diedit, hanya dikecilkan saiz kepada 750 pixel. 




Isnin, 2 Mei 2011

PANDANGAN MATAKU GUNA 1 LANGKAH.

sharp 1 langkah

sharp 5 langkah

perbezaan antara shap 1 langkah dengan shap 5 langkah. sebenarnya itu bukan nama shap tu, saya bagi nama yang mudah saya fahami..


 untuk sharp 1 langkah Filter> sharp> unsharp mask> amount 85% / Radius 1.0 pixels / 4 levels.


Khamis, 14 April 2011

ORANG PUTIH LEBIH MENGHARGAI KERJA KAMI.


Ingat lagi gambar yang kami menang juara harian dalam megashot.net ari itu. Nak tahu sudah 3 bulan jadi juara tau bestkan.. sebenarnya lama juga gambar kami itu bertahan ditempat pertama level 3 sejak kami masukan bertanding Jan 2011 lagi hingga kini. 
Kami (saya dan hubby) sanggat2 terharu. sapa tak bangga bila hasilkerja kita diktiraf dan diundi sebagai yang terbaik. Itulah hasil kerjatangan kami dari menggambar, mengedit dan jadi model, kami buat bersama-sama.

tempat pertama hingga kini (dicabar oleh gambar adik sebelah itu)

Apa kami banggakan ialah saingan kami, gambar yang dorang hantar cantik-cantik semua, tapi belum ada lagi yang dapat saingi gambar kami selama 3 bulan berada di tempat pertama level 3 dalam kategori portraits and people bersaing dengan punya banyak gambar dari luar negara. Syukurlah ini membuktikan yang hasil fotografi kita dari asia (msia) juga boleh bersaing dengan dorangkan..jadi kepada fotografi2 teruskn berkarya dan buktikan kita pun boleh ..

jadi juara bulanan dan bakal juara tahunan(harap2lah)

Bagus juga sejak hubby ikut ini ramai juga fotografi dari luar puji hinggakan ada beberapa fotografi dari luar tag hubby saya sebagai rakan kat Facebook dan blog. Dorang betul2 menghargai seni, beri teguran yang membena dan hormat hasil kerjatangan kita.
Dan saya lagilah (kerana bangganya naik lif tekan sendiri) sebab menjadi model suami,walaupun ada juga cemuhan yang saya dengar, tapi demi seni dan minat yang mendalam dalam fotografi sabar sajalah...biarlah apa orang cakap, kami edit bukan nak ubah2 atau saja2.. .tengok hasinya tak sia-siakan..tempat teratas dalam Megashot.

gambar kesayangan saya
Inilah gambar yang kami hantar, sebenarnya suami yang ambil gambar ini dan saya edit (hubby tau edit juga cuma dia bekerja jadi saya ambil peranan mengedit). Juga jadi pic profile saya dalam Facebook. Jadi kalau nampak gambar ini itulah mamachia (sudi2 lah follow iya). ada 4 gambar kami pertaruhkan dalam kategori ini.

setarap juga dengan mereka.
Tengok kat atas ni..semua juara tahunan dan masih bertahan(lihat gambar kita berada dekat dengan gambar dorang sudah cukup terharu saya)..pic perempuan yang paling atas (nampak mata dan tangan) itu hasil karya pakar fotografi dunia tau, sapa tak kenal Benjamin Bjorn semua gambarnya cantik2 dan bertarap dunia, cara dia edit gambar. pui!!! hebat.
 kalau berminat silalah komen iya