Friday, 27 March 2015

Dah Buat Gopoh Baru Nak Rujuk Strategi Presiden


Saya setuju dengan tulisan yang ditulis oleh Pemerhati Sidang Parlimen di laman Tranungkite (sila rujuk di sini).

Isu hudud bukan suatu yang mudah untuk dilakukan, apatah lagi berhadapan dengan UMNO yang cukup licik. Pimpinan PAS, terutama Presiden telah melakukan dengan baik mengikut satu perancangan yang teliti.

Rancangan ini juga mengambil kira pelbagai aspek termasuk kedudukan PAS yang bertahaluf dengan PR terutamanya DAP yang rata-rata mereka menentang Islam.

Malangnya ada dikalangan kita tidak mahu mengikut cara dan jkalan yang dibawa oleh Presiden. Mereka lebih percaya dengan cara dan jalan orang lain sehingga mereka melihat Islam itu susah dan sukar.

Kejadian di Parlimen semalam adalah sikap gopoh kita dan bila kita tersilap baru kita nak tahu apa sebenarnya Presiden kita nak buat. Presiden semenjak daripada DAP membuat serangan bertubi-tubi masih 'cool' dan istiqamah dengan apa yang kita rancang.

Hari ini saya difahamkan 3 orang datang ke Terengganu untuk jumpa Presiden nak bertanyakan pasal hudud. Mereka ialah Mahfuz, Husam dan Dr Zulkefly.

Saya sekadar nak komen, kenapa sekarang baru nak tanya? Setelah merosakkan apa yang Presiden rancang?

No comments:

Post a Comment