Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu cadangkan pelajar semua pastikan telah menguasai formula tersebut sebelum menduduki peperiksaan.
Bahagian A: Soalan Struktur
1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai
Untuk menjawab soalan ini mesti mahir:
- kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan
- hafal definisi nilai atau kata kunci
- kaitkan definisi dengan situasi soalan
Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai)
1. Nyatakan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (1 markah)
2. Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (1 markah)
3. Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (2 markah)
4. Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah)
Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah)
1. Nyatakan maksud nilai yang di atas (2 markah)
2. Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah)
3. Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a) (4 markah)
4. Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas (2 markah)
Huraikan/jelaskan/terangkan (2/3 markah)
1. Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (2 markah)
Jawab dalam 2 ayat sahaja. (N. W+kk.)
2. Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (3 markah)
Jawab dalam 3 ayat. (N. W+kk. contoh.)
3. Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (4 markah)
Jawab 2 ayat untuk setiap nilai. (N1. W+kk(N1). N2. W+kk(N2).)
2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5
Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti berikut:
- Akta
- Dasar
- Nama-nama pertubuhan
- Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah
- Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah
- Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah
Berikan/senaraikan/nyatakan nama/akta/watak/organisasi dll
1. Berikan satu agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna. (1 markah)
2. Senaraikan tiga badan bukan kerajaan yang membela hak pengguna (3 markah)
3. Nyatakan satu organisasi dunia yang melindungi haiwan. (1 markah)
4. Senaraikan dua tokoh sukan negara yang kamu tahu. (2 markah)
5. Nyatakan satu akta yang melarang kita membocorkan maklumat sulit kerajaan. (1 markah)
Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkan cara/kesan/kepentingan/punca ......
1. Cadangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (1 markah)
2. Senaraikan dua kesan pencemaran alam. (2 markah)
3. Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (3 markah)
4. Berikan dua punca pencenaran alam. (2 markah)
Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkan cara/kesan/kepentingan/punca/ .....
1. Bincangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (2 markah)
Cadangan. Contoh.
2. Jelaskan dua kesan pencemaran alam. (4 markah)
Kesan 1. Contoh. Kesan 2. Contoh.
3. Huraikan satu kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (2 markah)
Kepentingan. Contoh.
4. Terangkan dua punca pencemaran alam. (4 markah)
Punca 1. Contoh. Punca 2. Contoh.
JAUHI KESILAPAN DI BAWAH
Penulisan Nilai
- kemampanan alam sekitar
- hemat tinggi
- telaransi
- teloransi
- kesederhaan
- tanggungjawab
- menghargai dan menyayangi alam sekitar
- cintai akan negara
- cinta kepada negara
- mematuhi undang-undang dan peraturan
- kasih sayang kepada keluarga
- hormat dan taat kepada keluarga
- menghormati hak golongan kurang upaya
- sikap terbuka
- berhemah tinggi
- percaya kepada tuhan
- melibatkan diri dalam pembangunan negara
- mematuhi peraturan & undang2
- b/jawab
- peka terhdp isu2 a.sekitar
- keharmonian ant m"sia dgn a. sekitar
Latihan menjawab soalan struktur
Sebelum menjawab:
- Teliti situasi dengan teliti dan kenal pasti watak (W) dan isu/tindakan (I).
- Kenal pasti nilai (N) dan kata kunci (kk) nilai berdasarkan isu/tindakan.
- Baca soalan dan kenal pasti kata tugas.
- Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)
2 markah = N. W + kk.
3 markah = N. W + kk. Contoh.
Contoh 1: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T.
Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Nicole (2 markah)
W: Nicole Gn: dia
T: menyelamatkan anak kucing
Nilai: kasih sayang
kk: perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas
Ayat 1: Nilai kasih sayang.
Ayat 2: Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang lahir dari hati yang ikhlas.
Penulisan jawapan:
Nilai kasih sayang. Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari yang ikhlas.
Contoh 2: 3 markah
Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti.Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)
KA: Rakyat Malaysia
Gn: kami (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami)
T: berusaha menaikkan nama negara
N: Cinta akan negara
kk: perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
Ayat 1: Nilai cinta akan negara.
Ayat 2: Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Ayat 3: Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.
Penulisan jawapan:
Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia ada perasaan sayang dan bangga kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.
Bahagian B: Soalan Esei
Bahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan sahaja untuk mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa ..... pelajar digalakkan untuk menjawab baki soalan. Ini kerana pemeriksa akan mengambil 2 markah terbaik daripada 3 soalan tersebut.
Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling tepat. Mengapa perlu 3 nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai 'back up' jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan bertindak sebagai penyelamat.
Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana pemeriksa akan mengabaikan jawapan yang berlebihan bagi sesuatu soalan.
Cara menjawab
N1. Gn + def(N1). Contoh. Contoh. Seterusnya N2. W + def(N2). Contoh. Contoh. Akhir sekali N3. W+ def(N3). Contoh. Contoh.
Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai.
Formula
Ayat 1 (1 markah): N.
Ayat 2 (2 markah): W+ def.
Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Ayat 4 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi )
Contoh
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental. Kanak-kanak juga dilindungi daripada menjadi buruh. Mereka berhak mengikuti pendidikan formal di sekolah dan mereka juga berhak mendapat perhatian istimewa daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga penjaga mereka.
Bincangkan nilai-nilai yang perlu menjadi pegangan setiap orang demi menjamin kehidupan sempurna kanak-kanak.
Ayat 1 (1 markah): N.
Nilai melindungi hak kanak-kanak.
Ayat 2 (2 markah): W+ definisi.
Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.
Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah.
Ayat 4 (1 markah): Contoh(bagaimana mengamalkan nilai/definisi )
Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental
Cara menulis jawapan:
Nilai melindungi hak kanak-kanak. Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna. Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah. Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental