Bagi pelajar yang lebih berdikari cikgu galakkan untuk keluar berjumpa masyarakat untuk melakukan kerja amal seperti di tempat-tempat berikut:
Pn Zaibedah,(Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) sedang memberi taklimat kepada peserta kerja amal
- Zoo Negara
- SPCA
- Rumah orang tua
- Rumah anak yatim
- Tadika
- Rumah ibadat mengikut agama pelajar (kuil, tokong, gereja, gudwara)
- Taman d.l.l
Kerja amal di sekolah sebenarnya khusus untuk membantu pelajar yang tidak tahu untuk menjalankan kerja amal sendiri. Di SMK Taman Kosas, cikgu bekerjasama dengan guru/penyelaras bilik-bilik khas sekolah seperti:
- bilik jahitan
- bilik masakan
- pusat sumber sekolah
- pusat sumber guru
- makmal sains
- stor sukan d.l.l
untuk membersih, menceria atau pun mengemas kini bilik-bilik tersebut. Kerja amal ini pula dijalankan selepas waktu persekolahan ataupun pada waktu Pendidikan Moral sendiri dimana cikgu akan membantu dan memantau murid sepanjang proses kerja amal tersebut.
Cikgu juga sering menggunakan peluang acara sekolah untuk membolehkan pelajar menjalankan kerja amal. Ini termasuklah:
- hari kantin
- bulan kemerdekaan
- hari guru
- hari anugerah kecemerlangan d.l.l
Berikut adalah sebahagian kecil daripada kerja amal cikgu jalankan di sekolah.
Kerja Amal menceriakan Pusat Sumber Sekolah
Pn Zaibedah,(Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) sedang memberi taklimat kepada peserta kerja amal