Showing posts with label istanbul. Show all posts
Showing posts with label istanbul. Show all posts
Thursday, 28 September 2017
Kembara Andalusia Autumn 2016
Akhir tahun lepas , kami buat kembara Andalus selama 3 minggu , kembara ni akan melalui 5 negara , united kingdom , morocco , gibraltar , spain dan turki . Route laluan macam ni :
kuala lumpur- manchaster -preston - lancaster-manchaster -marrakech -fez - chefchoun -tangier -algeciras -gibraltar-cappadocia-istanbul -kuala lumpur.
Reason kenapa kami masuk :
1.United kingdom
Tujuan kami ke United Kingdom sebenarnya untuk ke Preston je , kebetulan pernah tinggal di Preston selama 6 bulan , banyak lah kenangan manis sepanjang di Preston , banyak juga yang kami belajar .
2.Morocco
Di morocco akan melawat beberapa kota Marrakech -fez-chefchouen -Tangier, kebetulan kawan nak tengok sendiri universiti qarawiyin di Fez
3.Algeciras
Algeciras ni , nak ke tak nak memang kena masuk sebab dari morocco kami nak masuk ke spain dan masuk gibraltar juga
4.Gibraltar
Kami masuk ke Gibraltar sebab terkesan dengan sejarah pembukaan Andalusia , mengenai Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair
5.Turki
Kali ke 3 ke turki , di turki kami ke cappadocia dan istanbul , alasan ke cappadocia sebab dia cantik sangat , alasan ke istanbul pula sebab aku nak kenalkan pada kawan aku pada iikv dan peluang biasiswa dia untuk buat Phd.
Friday, 24 March 2017
muzium panorama 1453 dan Bosphorus cruise .
istanbul post office sirkeci ambil dari wikipedia |
dalam pos office -wikipedia |
sudah solat semua , kami terus ambil tram menuju ke Panorama muzium 1453 , jauh juga perjalanan dia lebih setengah jam , Tapi muzium ni memang worth untuk masuk especially mereka yang suka history , so muzium ni pameran dia disusun secara kronogi sejak pemerintahan kerajaan kristian byzantine sehingga kepada pembukaan kota istanbul oleh Sultan Muhammad al fatih II, Dia akan susun sehingga kita akan naik ke tingkat atas , sampai di tingkat atas , bangunan dia dibina berbentuk kubah@sfera 360 degree dengan ukuran sebenar peristiwa the last battle sebelum kota di buka , memang hebat lah , boleh nampak beberapa meriam termasuklah meriam orban yang gah pada masa tu dalam saiz sebenarnya dan peluru meriam tu yang besar dia beberapa kali ganda dari besar bola sepak , juga menambahkan lagi kesan real dia , turut di pasang semboyan dan muzik perang , tahun 2013 masa kali pertama saya ke peranchis untuk mencari maklumat mengenai Napoleon Bonaparte kami masuk ke muzium tentera , saya ada mendapat maklumat bahawa muzik masa perang zaman uthmaniah dulu memberi inspirasi kepada Napoleon untuk melakukan hal sama dalam setiap pertempuran , elemen memberi semangat ! wallahuaklam .
Satu hal yang aku suka pasal muzium ni ialah kedai cenderamata mata dia , wallahi best sangat , dengan buku-buku , CD dan saya tertarik dengan satu brooch lencana Uthmaniah , tapi saya tak membelinya sebab saya harus berjimat cermat kerana ada beberapa kota lagi perlu kami jejaki selepas ini .
Jam menunjukkan hampir lewat petang , malam ini kami akan bertolak ke Cappadokya , sebelum bertolak saya berencana untuk membawa kawan menaiki cruise menyelusuri selat Bosphorus, kami cepat-cepat keluar dan naik tram semula ke Eminonu .
Sampai sahaja ke Eminonu saya terus mencari orang yang menjual tiket untuk Cruise tersebut alhamdulillah masih ada , harganya 12TL ,Durasi perjalanan adalah 2 jam , malangnya hujan turun rintik-rintik kesudahannya kami masuk sahaja ke dalam cruise , cuaca pula mendung tak dapat menikmati indahnya laut dan camar-camar berterbangan , Kalau korang datang ke istanbul , memang kena naik cruise ni , nama dia short circle bosphorus cruise (uzun bogaz turu ), lepas naik ni kami turun semula dan beli ekmek lagi ahahahaha
![]() |
cruise yang naik pertama kali pada tahun 2013- jejak sultan abdulhamid 2 |
![]() |
Diambil atas deck cruise , cuaca toba-tiba gelap dan hujan turun |
![]() |
camar terbang di Bosphorus |
Monday, 20 March 2017
istanbul - Tulip Guesthouse , kenangan akhir 2015 , kembara balkan
![]() |
bilik di Tulip Guest house |
Di tulip guest house ni , ruang sarapan berada di tingkap atas sekali , saya akan pilih meja berhampiran dengan tingkap , kerana melalui tingkap kelihatan pemandangan selat bosphorus. Biasanya Esim dan ibunya akan berada di ruang makan ,dua beranak tu akan berbual-bual dengan suara yang kuat , seperti bertengkar ! Tapi mereka tidak bertengkar cuma suara mereka sangat kuat , apalah orang turki ni ,tak boleh bercakap perlahan , kemesraan dua beranak yang aneh ini berlaku setiap pagi ,kami tumpang gembira sahaja .
Selesai sarapan ,kami berjalan kaki ke hagia Sophia , nak ke blue mosque terlalu pagi ,saya fikir lebih baik ke sana waktu ,zohor . Kami explore hagia Sophia dalam 2 jam , sempat lah kami bertemu Gwili , kucing tetap yang berada dalam hagia Sophia .Seterusnya kami berjalan kaki ke topkapi palace melalui gulhane park , orang dalam topkapi tu punya lah ramai ,especially budak -budak sekolah , diaorang pulak bukan nak tengok sangat pun apa benda dalam Topkapi tu , bising je lebih , rasa nak tarik telinga , saya yang suka muzium ni rasa tak puas hati sebab budak -budak ni telah menghalang pandangan saya untuk melihat setiap benda yang dipamerkan dalam ruangan kaca , maklumlah budak dan aku sama tinggi je ...
Selapas keluar sayup2 kedengaran suara azan , kami berpatah balik ke Blue Mosque dan bersolat di situ , di Blue Mosque pun ramai orang, memang serabutlah..selesai solat perut dah berkeroncong , saya mencadangkan untuk kita makan ekmek sahaja di Eminonu, kami naik tram untuk ke Eminonu .
![]() |
selat bosphorus dari Eminonu |
Di Eminonu saya beratur beli ekmek, saya naikkan dua jari tunjuk "peace" , maknanya saya mahu dua bungkus , lalu saya sebut perkataan "paket" maknanya bungkus /tapau , orang tu terkejut , dia tunjuk saya dan tanya "turkish ?" Aku cakap no..no..I'm not turks...(maksudnya aku bukan orang turki)dia ulang lagi
turkish ...
turkish ....
sambil tunjuk -tunjuk lagi , lah...mamat ni sebenarnya perkataan turki yang aku tahu cuma beberapa perkataan je .lantak kau lah...
Hari pun dah mula nak gelap , sebelum balik kami singgah di Spice Bazar
, aku suka spice Bazar ni sebab
1.kami akan kelihatan cantik , pekedai akan cakap kita ni cantik .
2.saya akan makan turkish delight , kacang , yogurt beku free -free sahaja tanpa membeli kadang-kadang boleh minum teh free .
![]() |
spice bazar , semua benda lah jual , bukan sekadar rempah |
![]() |
kawan saya membeli saya makan free ;) |
1.kami akan kelihatan cantik , pekedai akan cakap kita ni cantik .
2.saya akan makan turkish delight , kacang , yogurt beku free -free sahaja tanpa membeli kadang-kadang boleh minum teh free .
saya tak suka spice bazar sebab sebab :
1. Cara mamat spice Bazar merayu supaya membeli , uish geli aku ...you break my heart.. tu perkataan yang paling aku tak suka dengar .
2.serabut
3.dia cakap kami orang Indonesia, paling worse orang Philipina , entah lah...padahal muka kami muka asli Melayu yang cantik , ahahahaha
1. Cara mamat spice Bazar merayu supaya membeli , uish geli aku ...you break my heart.. tu perkataan yang paling aku tak suka dengar .
2.serabut
3.dia cakap kami orang Indonesia, paling worse orang Philipina , entah lah...padahal muka kami muka asli Melayu yang cantik , ahahahaha
Sudah nya kawan aku beli barang ,aku pula cuma tengok dia beli barang sambil ngap..ngap..mencuba makanan yang diaorang jual.
Kami balik dengan kaki yang sakit
Esok planning nya nak ke panorama museum , naik cruise dan ke pejabat pos sebelum bertolak ke Cappadocia.
berminat untuk menginap di tulip guesthouse , harga yang murah , sarapan yang bagus ,dan hanya berjalan kaki ke masjid biru ? boleh tekan ke link ini tulip guestouse
Esok planning nya nak ke panorama museum , naik cruise dan ke pejabat pos sebelum bertolak ke Cappadocia.
berminat untuk menginap di tulip guesthouse , harga yang murah , sarapan yang bagus ,dan hanya berjalan kaki ke masjid biru ? boleh tekan ke link ini tulip guestouse
Thursday, 13 October 2016
Kembara balkan - Havatas bas dan & bad taxi Istanbul
![]() |
HAVATAS bus , gambar ni ehsan dari google -international community office |
Jam menunjukkan angka 7 malam ketika kami sampai di Istanbul Attarturk airport . Penginapan kami berada di Sultanahmet , pilihan lokasi ni sebab kami nak stay around blue mosque .
Aku pernah baca, boleh ambil train dari airport ke Sultanahmet , so plan nya nak nak train sahaja , tapi cari -cari station train tak jumpa pula dalam airport tuh ahahahahah...so kami pilih untuk naik bas , nama bas ni Havatas bas ,dia akan turun di Taksim , dari Taksim boleh naik train ke Sultanahmet
![]() |
teksi istanbul , ihsan -istanbul insider |
So kami pun pergi lah ke arah bas ,sebab orang tengah kerumun nak naik , plus orang berebut nak Simpan barang-barang di bonet bawah bas , kami termangu-mangu lagi , nak beli tiket dulu ke macamana? Tak berapa jauh dari bas tu ada macam kaunter dan beberapa lelaki duduk didalam , so aku pergilah tanya
"Is the bus going to Taksim"?(padahal aku dah tahu dah , sebab di bas tu memang tulis Taksim , cuma nya sahaja mukaddimah kata Ibnu khaldun)
-yes!!
"How much the fare and where to buy a ticket?"
-fourtheen lira and you can pay in the bas
(Aku nak confirm kan semula , fourteen ke forty?)
" Four O or one four ?"
-one four !!!! (Lepas tu di tunjukkan jari dia satu ditangan kanan dan 4 jari di tangan kiri , yang ni kelakar )
-yes!!
"How much the fare and where to buy a ticket?"
-fourtheen lira and you can pay in the bas
(Aku nak confirm kan semula , fourteen ke forty?)
" Four O or one four ?"
-one four !!!! (Lepas tu di tunjukkan jari dia satu ditangan kanan dan 4 jari di tangan kiri , yang ni kelakar )
Jadi tambang bas ni 14 lira dari IST ke Taksim , lepastu aku cakap "tesekkuler" maknanya thank you , konon-kononnya nak speaking turkc lah diaorang , " tapi dia pulak tanya aku balik
"Hah??? what do you say??" ahahahah nampak sangat sebutan aku tak betul .Malas aku nak layan lepas tu aku terus naik bas .
Perjalanan dia quit nice lah , sebab boleh nampak cahaya lampu di malam hari yang menghiasi Kota Istanbul, bangunan dan kereta yang banyak . Bas ni ambil masa dalam 40minit depends pada trafik .Dalam bas kebanyakan dia penumpang lelaki , pot-pet pot -pet berborak, bising bebenar.
Sampai je Taksim , pemandu-pemandu teksi dah siap berkerumun depan bas , aku tanya driver taxi tu "how much from here to sultanahmet?" Dia pulak cakap " I don't know, we used meter " eleh...nampak sangat nak cas mahal kat aku , at least kau boleh bagi aku anggaran harga kot .. tapi kami naik juga .
Sebenarnya dekat je dari Taksim nak ke Sultanahmet , tapi rasanya macam jauh bebenar dia bawa kami , sambil bawa tu dia tunjuk bangunan tu lah ...masjid tu lah ..inilah..bila entah aku hired dia jadi pemandu pelancong. Lepas tu dia cerita pulak scam-scam yang biasa teksi buat , buat magic lah macam-macam .aku angguk-angguk sambil perati je meter tu bergerak.
Sampai tempat yang dituju lebih kurang 30 minit drive, dengan trafik yang tak sibuk (coz dah pukul hampir 10 malam) meter tu tunjuk 60 lira ,aku rasa macam tipu je...so aku buat-buatlah tanya how much ? Dia cakap sambil tengok kat meter -60 lira !
Sebenarnya aku tak cukup duit lira , ada sikit masa tukar di airport tapi tak sampai 60 lira ,so aku tanya kawan aku -"kau ada 60 lira ?"" Kau bayar dia tepat-tepat 60" ,aku takut pulak dia buat helah takde duit Kecik lah...apalah...masa kawan aku bayar , aku cepat-cepat turunkan luggage,apa- apa pun luggage mesti di selamatkan.
Kami tempah Tulip guests house , booking .com orang rate dia around 9/10, not bad lah..yang best pasal penginapan ni adalah interaksi antara pemilik hotel dan pelanggan , hampir setiap email aku dibalas oleh Esim (nama owner dia), plus di puji kitaorang cantik.
Selesai urusan check in aku tanya si Esim ni , "may I know how much taxi fare from taksim to here?"
"Around 30 lira "
Ahahahahah kami tergelak kat situ
"How much you pay just now?"
"60 lira "
"Around 30 lira "
Ahahahahah kami tergelak kat situ
"How much you pay just now?"
"60 lira "
Tapi Esim ni cakap dia ada dua jalan ke sini , satu jalan dekat ,which mean 30lira , yang kedua jalan jauh kalau 60 lira jalan jauh itu logik ! Jalan jauh ,dia cakap dia akan lalu pusing sultanahmet tadi ,lalu blue mosque etc...etc.. exactly macam kami lalu tadi .Tapi O.k. lah 60 lira bahagi dua sama dengan 30 lira sorang compare dengan transport yang pihak hostel suggest 30euro bersamaan 90 lira .
Subscribe to:
Posts (Atom)
Keasyikan memburu buku di Jakarta
Banner islamic book fair Setiap tahun antara bulan februari dan mac diadakan Islamic Book Fair di Jakarta . Kali terakhir pergi tahun...

-
rooftop view in old town of Kotor Old model Mercedes arrived around 8 am. We are ready to Montenegro . The guide name is Bobo,...
-
Aku dan Fad baru balik dari backpack ke beijing 11/6/2015 , mulanya aku agak takut untuk masuk ke negara komunis ni, dengan masalah baha...
-
Saya memaklumkan keberangkatan kami untuk ke Mostar Bosnia awal pagi melalui email kepada Puan kosovic, kami memerlukan perkhidmatan...