Followers

Showing posts with label ragam dugaan. Show all posts
Showing posts with label ragam dugaan. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

End of Week 18 Updates

Salam..

Sekarang masih lagi dalam minggu ke 18. Alhamdulillah, baby sihat. Tak rasapun ada pergerakan tapi kadang-kadang rasa macam angin gerak. Tapi sekali sahaja setiap kali. Kali itu pergerakan baby maknanya baby ni gerak sekali je lepas tu dia berhenti. Mula rasa benda tu sejak baby masuk 4 bulan kot. Cuma ia berlaku 2 , 3 kali sahaja seminggu. Bukan hari-hari atau setiap beberapa jam.

Itu cerita pasal baby. Cerita pasal mamanya pula terutamanya bab makan. Alhamdulillah dah tak ada loya-loya sepanjang masa cuma bila salah makan je memang akan rasa tak sedap tekak. Selalunya penghilang rasa tak sedap tu ialah karipap, atau air sedap-sedap lah. Kalau tak memang tak selesa sahaja. Apakah maknanya itu? Masih ada alahanlah kan cuma dah berkurangan berbanding dulu. Sekarang ini dalam usaha nak mengawal kenaikan berat badan. So, saya kurangkan makan nasi. Lebihkan makan lauk pauk. Susupun dah mula minum sebab mengandung kali ini tak ada masalah dengan susu. Boleh masuk tekaklah kiranya. Buat susu bancuh sahaja sekali sehari.

Susu dah minum. Ostematrixpun dah telan. Tapi, itulah sakit belakang tetap ada. Mula kena sakit belakang ni sejak minggu lepas. Mungkin sebab baby dah semakin membesar. Duduk lama-lama di kerusi officepun tak boleh. Memang sakit belakang ni bila duduk lama-lama. Nampaknya kena bawa bantal la untuk support. Mana nak cari bantal yang elok sikit ni? Nanti kalau pergi jusco nak request bantal lah kat husband. hehe.

Tidur malampun badan memang lenguh semacam bila bangun pagi. Kalau tersedar tengah malam tu kaki macam nak kejang sahaja lagi-lagi bahagian betis. So, ikutlah petua orang-orang dulu iaitu meletakkan kaki di atas bantal tinggi. Memang lepas tu tidur tak gerak-gerak dah sebab bila bangun subuh sahaja kaki masih lagi di atas bantal (bantal kecik sahajapun). Tapi memang perasan badan memang lenguh-lenguh la bila bangun tu. Tapi, gagahkanlah diri untuk cergas. Lambat lagi kot nak bersalinnya tak boleh nak layan sangat rasa lenguh tu. Baru 2 malamlah rasa tak best macam ni.

Itu sahajalah update mama dan baby buat masa ini. Jantina tak tahu lagi sebab belum scan. Ingat nak scan minggu depan. Masa husband bercuti panjang. Khamis ini ada check up lagi di klinik kesihatan. Harapnya ada perkembangan positiflah pada paras HB. Walaupun ada juga makan coklat masa hujung minggu hari tu. Harap-harap tak ada effect buruklah pada paras HB saya. Kalau tak kena jumpa doktor pula nanti. heuheu..


Wednesday, April 16, 2014

Muhasabah Diri

Salam korang..

Sekarang ni dok fikir macam mana nak menambahkan pendapatan keluarga. Nak mengurangkan hutang piutang dan kalau boleh tak nak berhutanglah. Dalam masa yang sama bersemangat untuk menyumbang kepada badan-badan amal di Malaysia dan juga negara-negara Islam yang sedang bergolak lagi-lagi di Syria dan juga Mesir.

Dalam masa yang masa teringin nak bawa satu keluarga, mak dan ayah pergi umrah/haji. Meringankan beban suami. Banyaklah sebenarnya impian dan harapan diri ini di dunia dan juga di akhirat. Sebab itu saya usaha juga kurangkan belanja, lebihkan sedekah, lebihkan amal ibadah walaupun kadang-kadang terkincit juga. Rasa lemah betul iman sendiri padahal tak ada dugaan besarpun yang melanda. Baru diuji sedikit, cepat sangat goyahnya. Nasib baik Allah maha pengasih lagi maha penyayang, walaupun goyah, tak jatuh rebah.

Berdoa adalah kunci kejayaan.
Tapi berdoa tanpa usaha bukanlah jalan terbaik.
Lepas itu mengeluh kenapalah aku tak boleh?
Lepas itu mengeluh kenapalah dia boleh, dan aku tak boleh?
Bukan kata saya seorang yang begini.
Ramai lagi diluar sana yang begini.
Sama ada nak bangkit atau terus layu sahaja.
Bangkit dari kegagalan.
Atau hanyut dalam kegagalan.


Yakinlah pada janji Allah.
Siapa yang usaha, dia akan berjaya.
Lakukanlah segalanya kerana Allah.
In sha Allah, kita takkan mudah mengaku kalah sebab Allah juga tak pernah berhenti daripada membantu kita kan.
Walaupun kita banyak melakukan kesalahan dan langgar perintahnya, dia tetap bantu kita.
Cuba kalau kita langgar perintah Boss di tempat kerja kita, sudah tentu kita akan dihukum dan paling teruk akan dibuang kerja. Betul tak?
Betapa penyayangnya pencipta sekalian alam ini. Berapa ramai sahaja daripada kita yang sedar.

Hari ini memang nak bebel sahaja.
Bukan bebel pada sesiapa tapi pada diri sendiri.
Tapi, dalam masa yang sama juga berusaha menyedarkan orang lain.
Muhasabah diri.

Friday, February 14, 2014

Pengalaman kena 'Masuk Air'.

Salam,

Semalam MC. Pergi klinik doktor cadangkan 'masuk air'. Dapatlah 2 botol. Sejam lebih terbaring kat katil. Nasib baik bukan kat hospital. Kalau tak merasalah kena warded. Doktor cakap 'masuk air' ini untuk segarkan badan yang lemah gemalai. Yang asyik nak terbaring sahaja satu kerjapun tak jalan. Gitulah kekdahnya. Bila dah masuk air tu barulah segar sedikit.

Baru teringat yang sepanjang hari tu hanya makan 2 keping roti sapu nutella dan milo 'ais'. Ya, tekak ini sekarang hanya nak air yang sejuk berais sahaja. Kalau minum air panas memang tak feel lah. Lepas memang cerewet pasal makan. Kalau tak sedap di tekak, memang tolak ke tepi sahaja. Itupun makan pukul 9 pagi. Tengahari pula telah limau mandarin lebihan raya cina sebelum lembik dan tertidur sampai petang. Masa sampai klinikpun dah pukul 3 lebih dah.

Habis urusan di klinik pukul 5.15 petang. Terus ajak husband makan kek di Secret Recipe. Kek Indulgance sepotong kongsi 2 orang. Lepas itu saya hadap Choc Ice Blended. Tak cukup dengan itu sempat pergi tapau set burger Whopper kat Burger King. Sejak 2 menjak ni Burger King memang nampak sedap sahaja. Yang buat potong selera cuma the pickles dalam burger tu sahaja. Wajib buanglah pickles kalau nak nikmatinya kan. Kira set Burger King tu dah jadi macam Lunch + Dinner kitoranglah pada hari itu.

Singgah ke taska menjemput anak bujang kesayangan sebelum terus balik rumah. Asarpun dah hujung-hujung nyawa. Ye la pukul 6.50 petang baru sampai rumah. Nasib baiklah Maghrib sekarang lambat. Huhu. Tak bagus, tak bagus. Malam itu memang lepak kat bilik sahaja sambil layan cerita The Holiday. At last, saya seorang sahaja yang layan filem tu sampai habis. Husband dan anak dah surrender awal.

p/s : sekali masuk air kena charge RM90. Memikirkan lama lagi nak guna kad medical tu maka saya jumpa satu penyelesaian yang lebih jimat. Kad Medical company ada accumulated limit untuk sefamily setahun. Kalau dah sampai limit, kena tunggu tahun depan pula baru boleh gunakan balik. Minumlah Performance Drink Shaklee untuk mengekalkan bendalir dalam badan dan mencegah dehidrated. Murah sahaja harganya. PM saya untuk harga jimat. Sesuai untuk para atlit, orang yang tak suka minum air kosong banyak-banyak dan juga yang ada masalah dehidration akibat cirit-birit atau muntah-muntah. Ibu-ibu mengandungpun digalakkan ambil untuk mengekalkan tenaga walaupun sedang mabuk mengandung.



Tuesday, September 20, 2011

Jalur Gemilang

Salam korang!

Lately banyak sangat perkara-perkara remeh yang diperbesarkan. Contoh terbaik kes yang tengah hot sekarang ialah berkenaan bendera Malaysia aka jalur gemilang yang rupanya mirip bendera US. Kes ini macam sama dengan kes unsur illuminati yang terdapat pada ketupat, rekabentuk Bandar Putrajaya.

Bagi saya apa ada hal dengan sama atau tidak sebab yang penting ‘niat’ ataupun ‘apa yang kita faham dan percaya’ pada apa yang kita lihat. Jalur gemilang tetap jalur gemilang selagi kita tak samakannya dengan bendera US. Kan? Ia tetap jalur gemilang yang telahpun kita ketahui maksud setiap corak dan jalur yang ada padanya.

Walaupun apapun yang berlaku dahulu dan walau sesiapapun yang terlibat merekabentuk jalur gemilang itu, ia tetap jalur gemilang yang kita banggakan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Peliklah dengan dunia sekarang. Punyalah banyak lagi isu besar yang perlu diselesaikan, isu jalur gemilang yang hanya satu bendera tidak bernyawa ini juga yang nak ditumpukan.

Just my 2 cents ok.
Tiada berkait dengan mana-mana orang, parti politik ataupun sewaktu dengannya.
K bai!

Thursday, September 8, 2011

Gempa Bumi lagi!

Salam korang!

Baru sahaja semalam saya cerita pasal gempa bumi, hari ini di Akhbar Online dah update gempa bumi terbaru di Jepun malam tadi. Petikan berita saya share di sini;

Jepun dilanda gempa bumi 5.1 Skala Richter
08/09/2011 2:35am

TOKYO 8 Sept. – Satu gempa bumi sekuat 5.1 Skala Richter menggegarkan utara Jepun malam tadi, namun tiada laporan kerosakan dan kecederaan dikeluarkan.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa tersebut melanda pada pukul 8.39 malam waktu Malaysia di luar pesisir pantai Urakawa di selatan pantai pulau Hokkaido.
Pusat gempa tersebut bagaimanapun berada jauh daripada kawasan gempa 11 Mac lalu yang berlaku di pantai timur laut negara ini. – AFP
Sebelum inipun gempa bumi turut berlaku di Sumatera Utara. Kesan gegaran turut di rasakan di sesetengah tempat di Malaysia temasuk Pualau Pinang. Gempa bumi yang terlalu kerap berlaku dan dilaporkan sekarang sebenarnya satu petunjuk yang Allah nak berikan kepada kita yang dunia sudha hampir ke penghujungnya. Cuma kita tak tahu bila sebab hanya Dia yang Maha Tahu. Tapi, masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan melipat gandakan ibadah supaya masa depan kita di akhirat kelak cerah. Akhirat yang kekal abadi.

Wednesday, September 7, 2011

Gempa Bumi

Salam korang!

Salam Hari Rabu. Tak ada istilah Wordless Wednesday untuk saya sebab kali ini saya nak juga guna words. Lately, hampir setiap hari ada sahaja berita pasal gempa bumi di seluruh dunia. Gegaran demi gegaran yang berlaku buat saya teringat bahawa ia adalah satu satu dari petanda hampirnya Hari Kiamat. Sebelum ini ia tidak berapa disedari sehinggalah Jepun dilanda gempa bumi terkuat iaitu lebih kurang magnitude 9 telah menyebabkan tsunami dan ancaman radioaktif terburuk di Jepun. Sejak itu, hampir setiap hari kita akan dihidangkan dengan berita gempa bumi yang berlaku bukan sahaja di Jepun malah di Negara lain di seluruh dunia.

Bila memikirkan betapa dunia sekarang semakin tenat dan penat melayan karenah manusia-manusia. Walau pelbagai kempen kehijauan alam, penerangan kesan global warming tapi manusia seakan-akan sukar untuk mengubah tabiat masing-masing untuk lebih menghargai alam semulajadi kita. Demi keuntungan, alam yang tak reti untuk menentang dikorbankan. Sudahnya, ia memprotes secara halus iaitu dengan mengubah sedikit demi sedikit iklim dunia. Ia bukanlah protes yang disengajakan tetapi ia adalah reflect daripada tindakan manusia itu sendiri. Apa yang berlaku pada dunia sekarang bukan diubah oleh alam itu sendiri tetapi tangan-tangan manusialah yang menjadikan ia seperti hari ini.

Udara yang suatu ketika dahulu nyaman telah di bahangkan oleh kita hari ini.
Cuaca yang suatu ketika dahulu redup telah diterikkan oleh kita hari ini.
Musim tengkujuh dan kemarau yang suatu ketika dahulu begitu konsisten setiap tahun telah diporakkan oleh kita hari ini.
Oksigen yang suatu ketika dahulu kita hirup segar telah dicemari asap dan debu oleh kita hari ini.
Hutan yang menghijau indah suatu ketika dahulu telahpun dihilangkan oleh kita hari ini.
Sungai yang indah, bersih dan suci suatu ketika dahulu telahpun dicemari oleh bahan buangan oleh kita kita hari ini.
Masa yang suatu ketika dahulu kita rasa begitu lambat berlalu begitu pantas meninggalkan kita hari ini.

Jom kita insafi diri dan berusaha untuk menjadi hambaNya yang soleh. Sebab tanda-tanda pengakhiran dunia sudah semakin jelas di mata kita.
Semoga kita berada di kalangan hambaNya yang bertakwa dan diberkati. Ameen~

Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011 - Introduction

Salam korang!

Fuh..berhabuk dah blog pinky ini. Lama tak menjenguk jadi rindu pula. Maklumlah kali terakhir saya update blog ini ialah sebelum raya. Hari ini sudahpun masuk Syawal ke 8. Puasa Sunat 6 belum mula lagi ni. Bilalah nak ada ‘semangat’ untuk mula ni. Suami macam dah surrender sahaja. Tak ada geng untuk sahur dan berbukalah nampaknya. Rasanya macam nak mulakan next week. Tapi tengoklah kot-kot esok lusa ready pula. Lambat nanti tak sempat pula. Huhu~

Tahun ini tahun pertama beraya bersama suami. So, memang berbeza sangat suasananya. Kalau dulu saya hanya memikirkan persiapan diri sendiri tetapi tahun ini kena fikir bersama-sama suami. Nak pakai baju raya bertemakan warna apa. Tapi dek kerana tahun ini agak busy, tak sempat pula untuk mencari pakaian raya. Ada juga beberapa kali pergi shopping raya tapi tak jumpa pula baju yang berkenan di hati. Kalau adapun saiz yang diinginkan sudahpun sold out. Jadi tahun pertama beraya dengan baju tahun lepas. Suami pula pakai baju nikah. Heh~

Tahun ini beraya di kampung saya dahulu. Kampungpun bukan jauh sangat. Tak sampai sejampun perjalanan daripada rumah kami. Kampung Baru Seri Puchong. Saya kerja sehingga sabtu. Jadi, kami berdua pulang ke Puchong selepas berbuka puasa sabtu malam. Kami di sana sehingga raya kedua. Malam itu kami terus gerak ke Kedah pula untuk menyambung semangat raya di kampung suami pula. Then, bertolak balik semula ke KL lewat petang jumaat. Sabtu dan Ahad lebih kepada kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara yang berada di sekitar KL- Selangor. Nak cerita satu persatu memang panjang tapi dek kerana gigih juga untuk merakam semula apa yang berlaku sepanjang meyambut raya kali ini, saya gagahkan juga untuk menaip. So, lepas ini entry pasal raya akan ada beberapa part. Penting kot sebagai kenangan.

So, stop dululah untuk part introduction. Sok sok saya buat part 1 pula ye.
K bai!

Monday, September 5, 2011

Pasal makan Raya ke 7

Salam korang!

Fuh..fuh..(gaya menghembus).
Berhabuk tebal blog ini sejak cuti panjang sempena sambutan merdeka raya 2011.
Bukan senang nak jumpa raya gabung dengan hari merdeka. Kiranya tahun ini tahun istimewalah kan.
=)

Hari Isnin baru boleh ‘punch card’ ke dunia blog. Sambil-sambil ‘punch card’ masuk office, sambil-sambil juga berblogging. Update blog guna email sahajapun. Nak log in blogger kat office memang tak boleh. Dah kena block semua sites-sites yang boleh buat pekerja jadi lagho. Baguslah company saya sebab dia dah melindungi kita daripada makan gaji buta.

Hari ini juga merupakan pengalaman paling ‘bermakna’ buat saya dengan officemate, Nina. Pagi-pagi lagi dah plan nak pergi makan di luar. Nama kedai itu ‘Padang’ sebab locationnya di sebelah padang yang luas. Sanggup tahan lapar daripada pagi semata-mata nak makan di sana tengahari. Tepat pukul 12.30 terus gerak ke lokasi terbabit. Malangnya, hari ini hari raya yang ke 7. Mode raya masih lagi menguasai kebanyakan pengusaha restoran melayu di sekitar office. At last kami balik ke office dengan harapan menggunung tinggi untuk makan di cafeteria office.

Malang sekali lagi. Nasi putih kedai pertama habis. Tinggallah saki baki lauk berupa ikan masak gulai dan kuah-kuah tanpa lauk. Ikan yang adapun memang beberapa ketul sahaja. Terus kami beli nasi di kedai kedua (yang kehabisan lauk-pauk). Lepas bayar nasi terus pergi balik kedai pertama. Cedoklah lauk yang ada sebab tak ada pilihan lain. Siap berebut dengan orang sebab ikannya limited (masa saya dan Nina cedok memang ngam-ngam ada 2 ketul sahaja). Sudahnya kami makan makanan yang tak berapa cukup zat. Ikan tongkol sepotong + kuah lemak + nasi putih. Dalam pada itu tetap bersyukur sebab still dapat makan. Saya yakin ramai juga yang nasibnya lebih sadis daripada kitorang sebab langsung tak dapat nak makan nasi tengahari tadi.

Pengalaman ini buat kitorang beringat. Esok kena plan betul-betul nak makan di mana dan pastikan kedai makan yang nak dituju itu buka. Huhu~

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya korang!

Salam semua,
Salam Ramadhan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.
Salam Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Macam biasa setiap kali nak dekat-dekat raya sahaja mesti post entry ucapan raya. Tiap-tiap tahunpun contentnya sama. Beberapa isi penting yang wajib ada ialah ;

1. Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Lebaran, Salam Aidilfitri atau apa sahaja yang seangkatan dengannya.
2. Minta maaf atas segala salah silap , terkasar bahasa dan seangkatan dengannya.

Selain itu ada beberapa perkara yang ditulis untuk menyedapkan lagi ucapan dan juga sekadar memenuhi ruang kad/ mesej limit iaitu;

1. Tahun ini beraya di mana?
2. Bertanya bila nak balik kampung sambil memberitahu diri sendiri balik kampung bila?
3. Bertanyakan berkenaan persiapan kelengkapan raya. Baju, songkok, tudung, kasut dsb serta seangkatan dengannya.
4. Bertanyakan berkenaan persiapan menyediakan biskut. Kerepek raya.
5. Bertanyakan pasal Open House. Kalau ada buat Open House, jemput le.
6. Bertanyakan juadah yang akan disediakan di pagi raya nanti.
7. Bertanya pasal cuti raya. Berapa lama? Mula dan habis bila?
8. Bertanya pasal bonus atau memberitahu yang dia sendiri dapat bonus raya.
9. Menjemput datang beraya ke rumah.
10. Hati-hati pulang ke kampung halaman. Ingat orang tersayang. Drive safely dan seangkatan dengannya.

Banyak lagi sebenarnya tapi hanya ini sahaja yang terlintas di fikiran saya buat masa ini. Walau apa cara sekalipun ucapan raya dibuat, isinya tetap sama. Daripada dulu menggunakan telegram (tak pernah cuba), kad fizikal, lepas itu SMS seterusnya MMS. Selepas itu guna email @ faks dan seterusnya paling mudah dan terkini ialah menggunakan Facebook atau social network yang lain.

Selain daripada Facebook, blog pun boleh jadi medium untuk ucapan raya kan. So, di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Ucapan seterusnya korang boleh baca point-point yang saya tulis di atas ini yea.

K, bai!

Friday, August 26, 2011

Contest : Please help to Like Pic My Niece!

Hai lovely facebooker's out there!

Need your help to like my niece picture.




1st like this page

https://www.facebook.com/pages/LOOKitLOVE-photography/165498946854337

2nd like my pic

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.178993925504839.42573.165498946854337&saved#!/photo.php?fbid=178994295504802&set=a.178993925504839.42573.165498946854337&type=1&theater

Thanks for your support! ♥

Please be informed that Due date Contest : 30/Aug/2011 !

Raya

Salam korang!
Fuh, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Rasa-rasa ibadah tahun ini meningkat tak berbanding tahun sudah? Harap-harap meningkatlah seiring dengan peningkatan usia dan kematangan. Saya secara peribadinya masih belum mencapai tahap yang diimpikan tetapi akan diusahakan juga menggunakan sisa-sisa Ramadhan yang tinggal ini. Jom usaha tingkatkan ibadah.

Makin berakhirnya Ramadhan, makin kuat mode Syawal datang. Paling ketara kesannya semalam. Gerai Nasi Dagang Nasi Kerabu favorite saya dan suami dah tutup. Mungkin pemiliknya sudahpun puas hati dengan pendapatan yang diperolehi dan terus focus kepada persiapan menyambut raya pula. Tak pun mereka telahpun pulang ke kampung yang saya amat pasti tentu-tentulah di Pantai Timur. Kecewa rasanya sebab tak dapat merasa lagi juadah berbuka kegemaran. Kalau mahu kena tunggu Ramadhan tahun depanlah pula. Lama lagi tuu~ Yeah, bazar makin lengang disebabkan penjual dan pembeli ramai sudahpun pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya yakin hari lagi lengang sebab kebanyakan warga ibu kota akan mula bercuti raya esok termasuklah pekerja kerajaan dan juga sekolah.

Selain itu, kesannya jalan raya akan jadi sesak menjelang tengahari membawa ke petang seterusnya selepas waktu berbuka sehinggalah lewat malam. Sebab ramai orang berpusu-pusu keluar untuk membeli persiapan terakhir menjelang raya. KL dan mana-mana pusat membeli belah akan jadi destinasi yang paling ramai pengunjung. Keadaan ini akan berlarutan sehinggalah awal pagi raya sebelum solat raya. Masa itu harga barangan semuanya akan jatuh murah. Kira macam Clearance Sales! la. Sama juga dengan keadaan di lebuhraya seluruh Malaysia. Makin hampir dengan Syawal, makin ramailah orang pulang ke kampung halaman lagi-lagi semasa ada diskaun tol. Jimat belanja!

Tahun ini saya beraya di Puchong. So, insyaAllah tak alami kesesakanlah kot. Esok selepas habis working hours, saya terus drive balik kampung. Adeh, tak feeling ‘balik kampung’ sangatpun sebab dekat sahaja. Setengah jam sahaja perjalanan. Suami pula akan menyusul kemudian. Teruja untuk beraya tahun ini buat pertama kali sebagai seorang isteri.

Thursday, August 25, 2011

Raya di Zaman Berkerjaya

Salam korang!

Tahun ini masuk kali ke 4 saya beraya sebagai pekerja. Pergh, rasa macam baru sahaja mula bekerja di sini. Rupanya dah hampir 3 tahun saya berkhidmat di sini. Tahun pertama saya memang bercuti raya ikut calendar company. Tak ambil cuti. Tapi tahun kedua dan ketiga saya ada ambil cuti tanpa gaji sebab masa itu kami balik kampung di Pantai Timur. Tahun ini saya tak ambil cuti sebab rayapun di sini sahaja. Tak balik kampung.

Untuk yang bekerja kerajaan dan GLC merasalah cuti raya seminggu. Sabtu ini dah mula cuti panjang sampailah Ahad. Saya? Kerja swasta beginilah. Adakalanya best dan adakalanya tak. Yang tak bestnya itulah dia. Cuti tak banyak. Nak apply cuti, Annual leave pun dah nak kehabisan. Kesudahannya kerjalah sampai Sabtu ini. Sabtu malam baru ada feel nak raya. Lepas itu, hari Jumaat dan Sabtu berikutnya sudah kena masuk kerja semula. Tahun ini lebih bernasib baik sebab dapat juga bercuti beberapa hari sebelum raya.

Tahun lepas, hari terakhir puasa, saya masih terkontang kanting di office. Hari terakhir itulah kerja kemain banyak. Huhu~ Bila teringat balik peristiwa tahun lepas rasa macam bersyukur sangat. Tahun lepas, balik sahaja rumah dah kena masak-masak untuk buat juadah raya. Perghh, memang kritikallah masa itu. Tapi, betterlah daripada tak dapat beraya langsung kan. Syukur jugalah masa itu sebab dapat juga bersama-sama family tercinta di malam raya.

Bersyukur juga atas nikmat yang Allah berikan berbanding orang lain yang tidak bernasib baik sebab ada beberapa sahabat saya terpaksa menyambut raya di perantauan tahun ini. Member saya di UTM dulu terpaksa ke Jepun untuk menghadiri conference selama sebulan sejak 15/Aug lepas. Feeling puasa setengah bulan dan raya setengah bulan di perantauan. Bolehlah dia kirimkan gamabr dan ucapan raya di akhbar kan. Lepas itu, boss saya sendiri juga terpaksa beraya di Jepun tahun ini. Dia dihantar ke Jepun bermula 29/Aug sehingga 01/Sep(kalau tak silap). Betul-betul masa feel raya berkobar-kobar, dia terpaksa berkorban. Sabar sahajalah ye boss. Ole ole jangan lupa beli untuk kami ok.

Ok da, bai!

p/s : tahun ini first time beraya sebagai isteri orang. Tak sabar rasanya nak tunggu raya.

Wednesday, August 24, 2011

Puasa di Zaman Universiti

Salam korang!

Agak jeles dengan student-student yang masih bergelar student untuk sesi 2011/2012. Untuk budak-budak U tahun ini mesti rasa best kan, sebab berpuasa dan beraya sepenuhnya dengan mode bercuti. Dah lah tahun ini mereka cuti semester lama berbanding biasa. Cuti selama 4 bulan tu. Semua ini disebabkan kerajaan nak selaraskan kalendar akademik Universiti di Malaysia dengan Universiti di luar Negara bermula sesi 2011/2012. Untuk sesi 2011/2012, Semester pertama akan bermula awal bulan 9. Betul-betul selepas raya baru dorang mula belajar. Kira raya sakan tanpa ada tekananlah tahun ini kan.

Seingat saya dulu masa belajar, masa bulan puasalah banyak test dan quiz. Masa itu kalau tak silap dah masuk pertengahan semester. Seronok juga sebenarnya berpuasa di U sebab dapat pergi solat tarawikh dengan rakan-rakan. Kadang-kadang test dibuat pada waktu malam, jadi terpaksalah ponteng tarawikh. Lecturer cakap bukan tak boleh nak buat sendiri kan solat tarawikh tu. Memanglah boleh tapi kalau berjemaah lagi mudah rasanya. Kalau kelas/test habis pukul 10.30. Balik bilik konfem mata dah mengantuk plus feel malas-malas. Lepas itu rasa enjoy lain macam sebab dah lepas satu dugaan (test). So, terus nak reward diri dengan pergi makan-makan atau lepak minum-minum. Paling komanpun mesti nak serbu bilik TV layan cerekarama sedas dua kan. Memang itulah kenyataannya untuk student kan. Heh heh.

Waktu bersahur tak feeling sangat sebab kebanyakannya hanya bangun minum air sahaja. Tapi kafe buka. So, ada sahaja student yang turun ke kafe bersahur di awal pagi. Waktu berbukalah paling feeling sekali sebab dapat berbuka puasa beramai-ramai dengan kawan-kawan. Selalunya sama ada bilik TV atau bilik member di aras paling bawah akan jadi markas untuk aktiviti berbuka puasa. Seronok berbuka bersama-sama. Dapat rasa banyak jenis makanan dan minuman. Lagi ramai yang join, lagi meriahlah juadah yang ada. Yang ada kenderaan akan jadi mangsa kalau nak pergi beli juadah di luar U.

Paling best ialah bila dekat-dekat nak raya. Masa itu kad raya masih releven tau. So, semua dok pakat-pakat bertukar kad raya. Ucapan kemain panjang. Maklumlah tak dapat beraya bersama-sama. Masing-masing akan balik beraya bersama keluarga. So, feeling nak bagi kad raya tu memang adalah kan. Dan masa itu jugalah bisnes biskut, kuih raya, baju raya, keronsang raya dan tudung raya tumbuh macam cendawan lepas hujan. Dalam satu blok asmara itu, mesti ada punyalah yang buat bisnes. Saya mesti beli beberapa jenis biskut untuk di bawa balik ke rumah. Lepas itu wajib juga beli stok kerepek. Bukan untuk raya tapi untuk stok mengunyah masa study malam-malam sama ada masa bulan puasa atau lepas raya nanti.

Bila baca balik apa yang saya taip di atas ini rasa rindu pula suasana masa itu. Rasa macam nak kembali menjadi pelajar dan melalui semula peristiwa-peristiwa itu tapi mustahil. Sebab itu tiada yang lebih bernilai daripada ‘masa’. Sebab masa yang pergi tidak akan dapat kembali atau diputarkan semula. Ia akan terus berlalu meninggalkan kita tanpa perasaan. Zaman belajar memang zaman paling indah dalam hidup. So, guys yang masih belajar dan bergelar mahasiswa, hargailah setiap masa anda semua sebagai student ok.

K, bai!

Tuesday, August 23, 2011

Shopping Raya : Part 2

Salam korang!

Semalam saya cerita pasal shopping di siang hari kan. Rupanya hari sabtu memang tak berakhir macam itu sahaja. Encik abang aim nak pergi IOI Mall pula selepas berbuka. Memang tak tarawikhlah kan malam itu. Jumpa juga seluar idaman di FOS. Yang bestnya sayapun dapat seluar baru dengan harga yang murah. Yeay, saya ada seluar raya free sebab incik suami tolong bayarkan. Sempat juga singgah TEWAH untuk cari baju kurung raya untuk mak dan diri sendiri tapi end up dengan tak beli apa-apa. Kononnya nak beli di Butik MARI tapi apakan daya kami, butik itu telahpun ditutup dan tiada lagi di IOI Mall. Pencarian baju raya tak kesampaian buat kesekian kalinya.

Lepas keluar daripada IOI Mall, kami ke Putrajaya dengan harapan agar adalah carnival jualan sempena raya dibuka di sana. Tapi hampeh sebab taka da langsung carnival. Sunyi sahaja Purtajaya malam itu. Saya pula mengantuk tahap gaban boleh tertidur dalam kereta. Tersedar bila suami parking kereta di suatu tempat lapang. Nampak macam ada bazar di hadapan. Macam meriah. Terfikir juga ke manalah suami saya bawa saya ini agaknya? Tak terfikir langsung berada di Putrajaya sebab suasana macam pelik sahaja. Suami pula dengan muka konfiden meyakinkan saya yang kami di Putrajaya. Tapi bila nampak sahaja McD di belakang kami, baru perasan yang kami berada hampir dengan kawasan rumah saya sahaja. Ceh, tertipu rupanya. Pandai betul suami bergurau kan. Huhu~

Rupanya tempat yang meriah itu ialah Uptown Puchong yang baru sahaja dibuka sejak beberapa minggu lalu. Kamipun masuk ke dalam untuk melihat-lihat. First time pergi Uptown yang dekat dengan rumah memang rasa teruja. Kedai-kedainya memang tersusun dalam satu bangunan. Tapi, pilihan barangannya tak banyak. Kedaipun kecil-kecil. Kedai jual barang Cap Ayam seperti biasa memang wajib ada di setiap Uptown kot. Memang kami window shopping sahaja di situ. Berkenan satu baju kurung cotton untuk mak tetapi saiz yang ada cuma saiz S. Kecil sangatlah pula. Lastly, kami terus balik rumah. Sampai ke rumah dekat pukul 1 juga. Apa lagi terus tidurlah kan. Penat merayap.

Ingat dah habis shopping ke? Hujung minggu belum berakhir tau. Ahad masih ada lagi. heh heh. Next part pula saya sambung pasal shopping hari ahad pula ye.Ok bai!

Monday, August 22, 2011

Shopping Raya : Part 1

Salam korang!

Saya yakin last weekend (semalam and kelmarin) hampir semua orang gunakan untuk shopping raya especially area KL and Klang Valley. Sebab ia weekend terakhir sebelum semua orang sibuk untuk balik kampung. Tapi untuk yang tak balik kampung atau kampung dia kat KL and Klang Valley, mesti sudah aim nak shopping raya hujung minggu ini pula kan.

Walaupun saya beraya di Puchong tahun ini tapi saya still ambil peluang untuk shopping juga kelmarin di tengah-tengah KL. Impian nak beli handbag baru di SOGO tak tercapai dek kerana baki handbag cun yang tinggal hanya yang mahal-mahal. Hajat nak beli baju kurung raya untuk diri sendiri end up dengan hanya beli shawls dan tudung. Nasib baik jumpa baju kurung cotton untuk mak. Bukan tak mahu beli sebenarnya tapi niat itu terbantut dek kerana ‘rambang mata’ tengok banyak sangat pilihan. Huhu~

Oleh kerana ‘frust’(padahal encik abang yang cadangkan), kamipun pergi OU. Rupanya cik abang saya yang berhajat mencari seluar. Malangnya Reject Shop dan Jusco tengah under renovation pula di OU. Yang bestnya Jusco yang baru selesai renovate, akan dibuka semula bermula 22/Aug/2011. Kami pergi 20/Aug/2011, so memang agak tak bernasib baiklah di situ. Ternampak kedai BATA terus masuk. Hajat nak beli sepasang sandal. Tapi, jumpa pula satu handbag cun. Hargapun tak mahal sangat. So, terus saya grab. Cancel beli sandal disebabkan handbag. Lepas itu kami terus balik rumah. Daripada pukul 10 pagi kami keluar, pukul 4 petang baru sampai ke rumah. Memang lemaulah kan.

Ingatkan berakhirlah episode shopping raya untuk hari itu, rupanya tidak. Tapi saya akan cerita dalam next part pula. Ok bai!

Thursday, August 18, 2011

Azam khatam Al Quran

Salam korang!

Fuh, sempatkah nak mengejar hingga hujung Ramadhan? Hari ini sudahpun 18 Ramadhan. Hanya tinggal lebih kurang 11-12 hari sahaja lagi sebelum kita berhari raya. Saya baru sahaja sampai ke juzuk 6. Itupun start membaca lambat. Masa awal Ramadhan tidak pula teringat nak memulakan bacaan. Bila sudah masuk Ramadhan ke 8 baru terhegeh-hegeh nak mula. Lepas itu semputlah nak kejar.

Setakat ini kalau hari kerja sempatlah habiskan 1-2 juzuk sehari. Kalau hari cuti dapatlah 2 -3 juzuk. Kalau tak kerana ‘cuti umum’ beberapa hari lalu mesti dapat kejar. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. (Padahal sendiri cari penyakit tak mulakan bacaan sejak awal.) Kawan-kawan tolong doakan saya berjaya khatamkan AlQuran ramadhan kali ini ye sebab setiap tahun mesti tak sempat habiskan. Paling berjayapun tahun lepas sampai Surah Al Kahfi (lebih kurang setengah daripada keseluruhan isi kandung AlQuran). Chaiyok2!

Tuesday, August 16, 2011

Lisa Surihani dan Rafidah Ibrahim dah ada cinta hati

Salam korang!



Minggu ini ada 2 cerita artis yang buatku terkejut bukan kepalang. Ceritanya sama cuma artisnya yang berbeza. Artisnya pula sama-sama glamour, digilai ramai lelaki lagi-lagi Mr.K. Secara kebetulan kedua-duanya berkongsi perkara yang sama dalam masa yang sama. Alaaa..confirm korang semua sudah boleh ‘tangkap’ siapa artis-artis yang kumaksudkan ini kan.



Tentulah, Lisa Surihani dan Rafidah Ibrahim. Mereka berdua telah mengumumkan bahawa mereka sedang bercinta dengan artis juga. Mulanya saya terbaca berita di surat khabar pasal pengakuan Yusri KRU berkenaan hubungannya yang dikatakan serius dengan Lisa Surihani dan mereka plan untuk berkahwin tahun 2012. Pagi ini pula lain ceritanya. Yusri KRU hanya mengiyakan berkenaan hubungan serius mereka tetapi menafikan merancang untuk berkahwin dengan Lisa Surihani tahun depan. Begitupun lelaki-lelaki di luar sana tetap terpaksa menerima kenyataan yang hati Lisa Surihani sudahpun dimiliki. Walaupun ramai gila kot yang tak merestui hubungan mereka. Mungkin memikirkan Lisa terlalu muda untuk Yusri. Teringat pula kisah hubungan Datuk Siti dan Datuk K dulu. Ramai juga yang tak merestui tetapi Alhamdulillah mereka bahagia sampai sekarang.



Semalam saya baru terbaca dalam satu akhbar online, pasal pengakuan Rafidah Ibrahim bercinta dengan Mamat Sepah. Fuh, bertuahnya Mamat dapat memikat hati Rafidah. Pakej lengkap tu. Sudahlah cantik, menarik, baik dan menutup aurat dengan sempurna. Ciri-ciri isteri solehah gitu. Mamat sudah mengecewakan hati ramai lelaki di luar sana. Lelaki pelawak memang mudah dapat teman wanita yang cun ye? Ciri-ciri pelawak yang ceria, dan menyenangkan hati bisa mencairkan hati perempuan-perempuan cun. Lepas ini siapa pula ye? Mungkinkah Heliza Helmi, Irma Hasmie dan beberapa artis wanita lain yang bertudung pula. Hehe.Kita tunggu dan lihat sahajalah.

Monday, August 15, 2011

Bukan milik kita

Hidup ini tak semestinya berlaku seperti yang kita rancang. Kita memang mampu untuk merancang strategi terbaik untuk memastikan apa yang kita hajatkan dan impikan tercapai. Tetapi, kalau sudah tersurat hajat dan impian itu bukan hak kita, maka tak akan jadi hak kita juga. Insiden yang berlaku jumaat lepas buat saya sedar hakikat itu, saya dah plan baik-baik mahu mengikut kereta kawan melalui jalan ‘alternatif’ untuk ke tempat di mana kami akan berbuka puasa bersama. Mulanya, segalanya berjalan lancar, saya keep follow dia dari belakang. Tiba-tiba ada satu kenari bagi signal nak masuk depan saya. Disebabkan kenari itu, saya tersangkut di simpang 3 bertraffic light manakala kawan saya pula dah selamat melepasi simpang tersebut. Bila saya dah lepas simpang, tiba-tiba ada lori panjang melintangi jalan pula. Tersangkut lagi beberapa minit di situ. Sudahnya. Saya minta kawan saya jalan dulu. Tak perlu menunggu saya. Saya yang tak tahu jalan alternative terpaksa masuk jalan biasa yang ‘amat sesak’. Nasib baik sempat sampai sebelum masuk waktu berbuka. Fuhh..



Apa yang berlaku hari itu buat saya tersedar yang segala yang ada di dunia ini bukan kita yang punya. Tetapi hanya Dialah yang empunya. Kita kadang-kadang terlupa yang apa yang kita capai selama ini adalah datang daripadaNya. Bukan tidak tahu Cuma terlupa. Tetapi, sesekali Allah akan menguji kita supaya kita sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Supaya kita tak terus alpa. Supaya kita tidak lupa yang dunia ini milikNya.

Saturday, August 13, 2011

Gigi

Salam,

Rasa macam sakit pula barisan hujung atas belah kanan gigi. Rasa macam mahu demampun ada bila menahan sakit gigi ini. Semalam sakit juga tapi kurang sikit berbanding hari ini. Adakah ada lagi gigi ‘bongsu’ yang bakal tumbuh? Ataupun sakit sebab gigi hujung itu rosak. Hmmm..

Nak masukkan tangan dalam mulut pada masa-masa inipun tak berapa sesuai. Nanti ada pula yang pandang serong di bulan mulia Ramadhan ini. Padahal tujuannya hanya untuk memeriksa gigi yang sakit.

Serius cakap saya sudah lama tak diserang sakit gigi. Kalau adapun setakat rasa ngilu sekejap sahaja. Memang sekejap sahaja. Saya suka memberus gigi setiap hari. Kesannya setiap kali saya memberus mesti gusi saya luka. Tak elok kan. Tapi ada seorang kawan bagi tahu, gusi berdarah bukan disebabkan berus tetapi disebabkan ketajaman ‘ubat gigi’. Betul ke eh? Saya pernah mencubanya dan memang bila saya memberus gigi tanpa ‘ubat gigi’, gusi saya tidak berdarah. Tapikan, tak bestlah kalau memberus tak ada ubat kan? Rasa macam tak bersih sahaja gigi kita.

Jadi saya akan memberus gigi setiap hari 3 kali. Tetapi hanya menggunakan ‘ubat gigi’ sekali iaitu ketika baru bangun daripada tidur. Boleh ke macam tu?

--> malam tadi check, memang betullah ada gigi yang tak habis tumbuh. Huhu..bulan-bulan puasa macam ini juga dia nak tumbuh kan. Redha sahajalah.

Friday, August 12, 2011

Mendidik nafsu

Salam korang!

 

Duh, saya tengah layan bosan. Tadi ada kerja kaizen tapi buat dalam satu jam sahaja. Selalunya meriah dengan rakan sekerja yang sama-sama berganding bahu buat kerja kaizen tu. Tetapi hari ini sepanjang satu jam di sana, tak ada orang lain pula yang datang sertai. Daripada rasa bersemangat nak stay sampai tengahari, terus jadi ‘down’. Macam pelik sahaja buat kerja kaizen secara solo. Lagipun kerja yang tinggal hanyalah kerja-kerja berat yang hanya sesuai dilakukan lelaki gagah. So, sayapun turun balik ke office.

 

Tadi, masa tengah buat kaizen, otakpun bekerja juga memikirkan kerja-kerja office yang belum settle. Masa itu macam-macam planning nak dibuat tetapi sebaik sahaja duduk depan PC terus rasa macam hilang punca. “Eh, apa nak buat tadi eh?” Itulah kata-kata dalam hati saya ketika itu. Oh ya, apa isu hebat sekarang ini ye? Kisah pembunuhan kejam seorang perempuan bersama kanak-kanak lelaki yang badannya dikerat 15? Ya, salah satu daripada berita yang menggemparkan Negara. Kekejaman yang dilakukan si pembunuh sukar untuk dimaafkan. Sudahlah di bunuh, dikerat-kerat, lepas itu disumbat pula ke dalam toilet bowl. Saya terfikir juga apakah yang merasuk si pembunuh sehingga sanggup memperlakukan seorang wanita serta kanak-kanak yang lemah sebegitu. Saya bila tengok orang luka sedikitpun sudah rasa cuak. Manusia mudah hilang pertimbangan akal bila dikuasai nafsu. Ya, semua manusia begitu. Sebab itu wajib kita untuk mengawal nafsu.

 

Tapi, dahulu tidaklah sekejam begini. Ada lagi kisah si ibu yang membaling anaknya ke dinding disebabkan rasa nafsu ‘amarah’ kepada sang suami. Ibu yang melahirkan anak itu sendiri sanggup berbuat begitu. Kalau kita bertanya semula kepada si ibu, mesti dia akan kata yang dia sayang anaknya dan tidak sengaja memperlakukan begitu kepada anaknya. Banyak lagi kisah tragik yang dipaparkan di dada-dada akhbar yang buat kita rasa ‘kejam’nya segelintir manusia.

 

Manusia ini sama sahaja. Yang membezakan kita adalah tahap keimanan kita lagi-lagi dalam mengawal nafsu. Jihad yang paling besar ialah jihad mengawal nafsu sendiri. So, fikir-fikirkanlah ye. Gunakan bulan Ramadhan yang mulia ini untuk belajar mendidik nafsu kita. Wassalam.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics