Followers

Showing posts with label blog review. Show all posts
Showing posts with label blog review. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

Teruja : Advertiser kedua saya Nadia Ar-Rumaisha!

Selamat malam semua. Buka Good Nite ok sebab saya belum mahu kamu semua tidur. Baca dulu entry saya ini kalau mahu tidur lepas itu tidurlah...=) Ok sekali lagi saya rasa teruja saya bila tengahar tadi mendapat email daripada Nadia Ar-Rumaisha. Beliau mahu iklankan blog beliau di blog saya ini. hehe~

image
Walaupun hari ni agak busy tapi bila ada orang nak memberi rezeki confirm saya tak tolak. So, sepantas kilat juga saya masukkan iklan beliau di sini tengahari  tadi juga. Tapi maaflah ye Nadia lambat sikit saya umumkan di blog.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nadia kerana sudi beriklan di blog saya. Nadia ini friendly ooh..entry terkini diapun dia open table kepada sesiapa yang mahu blognya diterjah dengan hanya tinggalkan link. Tak rugi korang kenal-kenal dengan Nadia ini.

Selain itu juga diapun ada bisnes Detox Patch yang buang toksin melalui tapak kaki tu. Teringin nak mencuba tapi tu la budget sekarang ini memang ngam2 untuk preparation kahwin. Itupun macam tak berapa cukup lagi. Hoho. *nangis

Korang bolehlah tolong dengan rajin-rajin mai terjah sini sambil klik-klik la sponsor-sponsor saya kat atas nun supaya diorang tak lari kan. haha. Boleh? Takpun korang boleh juga tolong dengan gunakan khidmat pengiklanan blogku. RM5 itu nampak kecil tapi besar maknanya bagi saya.

Tak susahpun sebenarnya prosedur saya. Email pada saya di bejangutm@gmail.com dan saya akan reply bersama nombor akaun untuk mmebuat pembayaran. Lepas dah siap bayar bagi code banner pada saya. Saya akan masukkan iklan dalam tempoh 24 jam selepas email pengesahan bayaran(depends pada kelapangan masa saya juga) dan iklan itu akan saya siarkan di blog saya selama sebulan ngam2.

Saya rasa macam nak fix kan saiz banner kepada 125 x 125 sahajalah untuk iklan di atas nun. Kalau ada special request banner besar lebar saya akan cuba pertimbangkan tapi saya up sikitlah kepada RM10/sebulan. (err..kalau ada yang sudilah..hehe)

Apa lagi di tunggu, jom terjah rumah Nadia Ar-Rumaisha sampai roboh!

p/s : pengumuman! saya dalam progess untuk tukar kepada hosting sendiri dan akan tukar platform kepada wordpress. So, sementara itu blog ini akan bertukar kembali kepada url blog asal saya iaitu http://noorafzan.blogspot.com/.

Monday, November 15, 2010

Review : Biskut Choc Chip Kak Ina KL

Sabtu baru ini saya ada jumpa Kak Ina KL. Tertunailah hasrat di hatiku ini untuk mendapatkan Choc Chip Cookies Kak Ina yang mabeles itu. Kak Ina bagi siap dengan beg kain yang comel ini supaya senang untuk dibawa kan.
Biskut 1 Lepas itu masuk kereta sahaja on the way nak balik daripada hospital terus ku ngap kukis itu. Tak sempat tunggu sampai rumah. Kebetulan pula masa itu perut memang tengah kosong. Adalah dalam 10 keping biskut tu selamat ditelan. Kakak sayapun rasa juga. Diapun memuji kesedapan biskut ini. Nasib baik masa itu abang tengah drive. Kalau tidak mahu setengah balang habis dia makan. haha!
Sampai di rumah, terus ku sorok biskut ini dalam bilik. Gila keji tapi ye la kalau dah ramai bebenor yang datang ke rumah menziarahi mak yang sakit dengan sebalang sahaja biskut memang tak cukuplah. Tuan rumahpun tak puas makan lagi. Korang jangan ikut perangaiku ini ok. Tujuanku sebenarnya baik iaitu tak nak bagi mak nampak takut dia terliur. Mak kan kena kuarantin.
biskut 4
Tengok itu biskut. Menggiurkan tak rupa bentuknya. Dah macam Famous Amos rasanya. Lama sudah tak makan biskut Famous Amos. Nan ti nak try beli sikitla untuk compare dengan biskut ini. Yang putih-putih itu kacang hazel dan yang coklat-coklat itu pula choc chip. Biskut Kak Ina sedap dan yang penting rangup (rapuh).Tak dapat digambarkan dengan kata-kata keenakannya.
biskut 5
Saya akhiri entry ini dengan sekeping gamabr saya menikmati kukis Kak Ina. Aumm..ada sesiapa nak tak? Kalau mahu bolehlah order pada Kak Ina KL sendiri. haha! Saya kedekut nak share saya punya kukis  sebab sedap sangat!.
Kalau dah habis stok nanti confirm saya order lagi. hehe~

Monday, November 8, 2010

7 Fakta : Kenapa Blogku tiada Header cun?

Masa mula-mula ku aktif berblogging, ku rasa nak nampak cool sebab kebanyakkan blogger famous mesti paling-paling letak muka dorang di header itu. Takpun letak gambar kartun cute miut di situ berserta link blog mereka terpampang di sebelah/atas/bawah muka cute/macho/hensem masing-masing. Kepingin nak buat satu tapi maklumlah ilmu pengetahuan tak cukup maka terkuburlah rasa kepingin itu tanpa nisan atau tanda. Ghaib begitu sahaja.

Lepas itu beberapa bulan lepas masa kecoh pasal kekejaman Puak Yahudi ke atas Palestin, Mofasad ada buat banner best yang sesuai di letak di sidebar. Kalau ikutkan sampai sekarangpun isu kekejaman Yahudi di Palestin tak pernah berkesudahan tapi biasalah media kita sekejap sahaja berapi lepas itu malap sudah. Gelap, kelam. Masa itu idea mari untuk buat banner itu jadi header blog. Sebab sidebar ku dah cukup berat dan sarat dengan widget-widget lain maka ku hanya copy banner yang dah siap dan paste di header.


Tapi rasa macam pelik pula sebab dah macam bukan blog ku. So,godek-godek photoscape maka terhasillah header ini. Tengok tu gambar diri sendiri memang tak berapa jelas. Macam bayang-bayang sahaja kan. haisyoo..

Tapi benda tak best berlaku pada template blog. Bila kuubah situ sini maka header itupun jadi macam serabut pula bila letak di header. So, terpaksalah buang. Sampai sekarang tak ada ganti.

image
So, fakta-fakta kenapa ku tak ada Header Blog.
  1. Ku tak reti buat header. Header ku buruk dan selalu sahaja bermasalah bila di upload.
  2. Ku tak suka letak muka di header blog. Kalau letakpun ku blurkan/hitamputihkan/ambil dari side tepi muka sebab ku seorang yang pemalu. Lagipun muka tak cukup comel untuk dijadikan header.
  3. Header yang pernah kubuat besar dan berat.Ku nak loading page masuk blog sendiripun susah. Kupun tak suka masuk blog yang berat/susah nak loading page kan. So, better tak payah pakai header.
  4. Dah kata nama blogpun '!!Simple me!!. Headerpun mestilah simple juga kan. So, terbukti memang simple pun kan. =)
  5. Lagi satu kan sebenarnya ku tak nampak apa kelebihannya header blog ini selain daripada nak bagi readers senang recognize owner blog. Minta siapa-siapa explain apa kelebihan Header blog?
  6. Sebab yang menghalang ku untuk lebih serius membuat header blog ialah, ku tak reti Adobe Photoshop dan tak ada 'masa' untuk belajar. Curi -curi masa pun tak sempat juga.
  7. Masalah paling parah ialah PC kerja blogging ku ini jenis beli tahun 2004 ( Word pun tak ada sebab tak larat nak support untuk istall program. Apatah lagi nak install Photoshop kan). Jangan tanya kenapa tak beli baru. Orang nak kahwin mana fikir dah nak upgrade PC. Fikir nak kumpul duit untuk preparation kahwin sahaja. Apa ingat perempuan tak kumpul duit ke untuk kahwin ke? Duit hantaran manalah cukup nak tampung belanja kenduri. Kenalah ada inisiatif sendiri kan untuk bagi cukup.

Segala fakta-fakta di atas hanya valid pada blog ini iaitu blog !!Simple Me!!. Jika ada salah satu darinya yang ter'kena mengena' dengan blog orang lain ianya hanya kebetulan sahaja.

So, sampai bila ku akan terus kekalkan identiti blog tanpa header ini? Errmmm..entahlah. Kalaulah satu hari nanti tiba-tiba blog ini ada header, ini bermakna salah satu daripada fakta di atas sudah berjaya menjadi 'auta'.

p/s : pagi ni dah mula kerja balik.rasa lemau betul lah. Nak tidur lagi dan lagi. huhu. NoorAfzan, wake up please!

Friday, October 8, 2010

Review Blog Merah RedMummy the hot blogger!


Redmummy?
Siapa tak kenal? Kalau anda seorang blogger mesti kenal sama ini nama.
Blogger hebat yang dah berapa lama berkecimpung dlaam arena blogging ini.
Hot mama kepada 2 si comel boboy and gugurl.

Honestly, saya dah lama tahu pasal Redmummy.
Masa saya mula aktif berblogging dulupun ProjectAlpha first season sedang berlangsung.
Masa itu Redmummy antara blogger hebat yang terpilih untuk jadi featured blogger for ProjectAlpha.
Tapi masa itu saya hanya pergi blog dia beberapa kali dan kemudian terus tak singgah dah.
Sayapun lupa kenapa boleh jadi macam gitu. Mungkin juga masa itu saya rasa macam blog itu merah sangat sampai sakit mata sikit nak baca.

Beberapa bulan selepas itu Redmummy masuk suratkhabar METRO.
Masa itu terdetik dalam hati ini "eh, ini blogger popular tapi kenapa saya tak terjah blog dia?"
Then saya masuk lagi blog dia tapi masa itu saya memang fokus pada petua-petua yang dia share untuk menjadi blogger yang dikenali dan dapat pendapatan ribu-riban sebulan.
Masa itu teruja habis tapi dek kerana kekangan masa dan memang tak master lagi(err..sekarangpun tetap tak master gak..uhuk..) dalam ber blogging maka sekali lagi saya ignore keterujaan itu. Dan tak masuk dah blog Redmummy. Pun tak sure kenapa ter'lupa'.

Then, bulan Puasa hari tu dapat jemputan nuffnang untuk event berbuka puasa di The Apartment. Teruja sebab masa itu ramai woo blogger hebat mai antaranya Sumijelly, AnakPerak, JAI Teratakarmo dan lain-lain. Paling terkejut sekali ada Redmummy dengan husband dia Sirman. Wah, kemain teruja lagi dapat jumpa face to face dengan diva blogger kita ini. Dan start daripada situ lah ku mula jadi readers tetap blog merah Redmummy.
Baru perasan yang blog dia ada macam-macam. Gosip, tips kecantikan, tips berblog, siap ada kedai online lagi untuk jual koleksi-koleksi handbagnya yang vouge the vass. Kiranya bukanlah sekadar blog personal biasa. Sebab itu ada aura untuk tarik visitors.

Tiba-tiba review pasal Redmummy kan?
Haaa..ada sebabnya.Redmummy ada buat contest woo.. Kalau menang hadiahnya memang berbaloi-baloi gitu. So, jom lah sama-sama meriahkan contest dia. Due dia 08/Oct/2010 (hari ni lor).
=)

p/s : RM, Sorry tak minta kebenaran print screen ur blog page.

Thursday, September 30, 2010

Blog kuterjah bila ada update! Blog Naz

Blog yang bagiku ada kelainan tapi kedua-duanya kadang-kadang ada persamaan ialah blog Naz

Blog Naz ini dia bukan hari-hari update. Biasanya seminggu sekali.Tapi sekali dia update entrynya memang selalu cecah lantai lah kan. Kadang-kadang bila tengok panjang sangat dan mood masa itu swing. Ku skip dululah dan pergi balik untuk baca bila mood sudah mari.

Dia selalu cerita berkenaan isu semasa tapi dalam bahasa yang lain dan dari sudut yang berbeza berbanding orang lain. Kadang-kadang orang lain dahpun ketengahkan isu ini contohnya isu buang bayi. Tapi bila baca entry dia ku suka dowh dan entry dia buat kuberfikir dan menafsir isu itu dari sudut berbeza.
Kat header tu muka dia ke? Kok gitu nampak macam kacak. haha! Nampak sahajalah. Sebab mulut dia tutup dengan jaket tu. Followers pun dah cecah 801 dan termasuklah aku di situ.

Tapi tadi kubaca entry terakhir dia. katanya nak berhenti menulis.
Woit, kenapa hang nak stop menulis di blog? Jangan la stop woit. Ku suka baca blog kamu.
Ku yakin Lisa Surihani pun mesti tak rela hang berhenti blogging.
Takpe, update sebulan sekalipun takpe beb. haihhh...~

Update terkini : gua dan lu orang sudah kena prank. Tak percaya tengok SINI

Thursday, September 23, 2010

Rasa ngeri tengok blog ini : SeramSunyi

Salam pagi petang semuanya.

Pagi ini macam biasa saya akan check entry comment, reply dan buat kunjungan balas. Then, saya check pula shoutbox kot-kot ada geng-geng yang meninggalkan jejak kasihan di situ. Blogwalking punya blogwalking sampailah ke satu blog ini. Namanya Seram Sunyi.

Kufikirkan ia adalah sekadar blog kisah-kisah seram biasa tapi rupanya ia lebih daripada seram.
Description di blognya berbunyi begini;

Disebabkan oleh beberapa pandangan dan nasihat yang diberikan oleh sahabat-sahabat, para pengunjung serta rakan-rakan blogger sekalian, Seram Sunyi akan mengubah sedikit mengenai content yang akan kami paparkan mulai dari hari ni..Tahap keseraman akan dikurangkan tapi masih ada, cuma elemen-elemen pelik, ganjil, aneh dan menakutkan akan diserapkan..diharapkan melalui perubahan ini, anda akan tidak terlalu kecut perut lagi untuk singgah sini..

" berubah demi anjakan peradigma "

Perghh...maknanya sebelum ini entry-entry nya lebih meyeramkan malah menakutkan sebab ada gambar-gambar kekejalaman, keganasan, keseraman yang saya sendiri ngeri nak tengok. Bila tengok gambar sahaja, terus scroll ke bawah laju-laju.

Korang rasa korang dah cukup kental untuk tengok dan baca blog tersebut. Errr..saya belum cukup kental lagi gamaknya.
Siapa sangka yang game bowling yang senang itu boleh menyebabkan accident yang ngeri (di mata saya). Err..tengok SINI lah kalau tak percaya.
Tu baru satu sahaja contoh. belum tengok yang lain. ngeeee~

P/S : Ibu-ibu mengandung, kanak-kanak dibawah umur dan juga orang-orang yang lemah semangat ditegah masuk blog ini. Peringatan daripada Kementerian Kesihatan wilayah blog !!Simple me!!.

Oh ya, ini link nya; http://seramsunyi.blogspot.com/

Latest update : Alhamdulillah , entry review saya ini mendapat feedback daripada rakan-rakan dan suprisingly dapat juga maklum balas daripada pemilik blog tersebut. Siap buat ucapan terima kasih lagi dalam entry telur lipas (entry terbaru mereka).. Buat tuan tanah blog, Monyet,
terima kasih banyak-banyak ye atas ucapan dan 'hadiah' itu.

p/s : Oh ya, sebelum ini saya tak perasan yang exchange banner code saya tu bila di copy jadi besar gajah. So, saya dah edit balik code dan saiznyapun dah jadi comel sahaja. Buat yang nak exchange banner, bolehlah copy past code kat side bar kanan blog saya ini. Kat situ juga ada link terus ke page banner2 kawan-kawan. takpun klik je di tab Banner Kawan2 yang ada kat header blog ini.Jom-jom saling tukar banner ye. tinggal komen kat page tu ye kalau nak exchange.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics