Rabu, Oktober 26, 2011

Russian Black n White

Hari ni juga saya sempat mencuba buat kek Russian Black n White.

Mengapa rajin sangat hari ni?
Sebab nak bagi anak makan. Muna pun ada... jadi berhempas pulas membuatnya sebelum hantar Muna balik Pekan

Hasil rupa tak lawo sebab ada masalah teknikal hi hi hi topping ganache la...apa lagi. Ni masalah besar saya, selalu topping kek tak lawo......

Tapiiii.......rasa dia.....boom ka ba booommmmmm......nyum nyum nyum

Dua dua kek ni RVC dan RBW, saya kena berlatih banyak kali sehingga kawan-kawan yakin nak beli, baru saya jadikan produk baru saya.

Moga Allah makbulkan doa saya.........




Ada bahagian yang cedera tu sebab ada kemalangaan kecil berlaku tadi ha ha ha

Kek baldu Merah la pulak

Hari ni, 27.10.2011 berusaha membuat kek baldu merah(Red velvet cake). Gerrrram nak buat lama dah. Ni lah dapat kekuatan membuatnya.

Sebab......anak-anak ada. Nanti kalau buat masa depa tak ada, kata ummi dia kedekut kat anak dia pulak... masalah tu kalau anak dah kata gitu. jadi saya dengan berhempas pulas membuatnya untuk pertama kali.

Taraaaaa............
Tak lawaa mana pun tapi anak-anak dan ustaz sukaaaaaaa......dibanding dengan Russian Black n white.

Isnin, Oktober 10, 2011

Belajar masak nasi Arab

Ada sesiapa kat Temerloh yang berminat nak belajar nasi arab set lengkap? Saya perlu kumpul 10 orang untuk melaksanakan kelas ini. Opssss bukan saya yang ajar ye tetapi seorang ustazah dari KL.

MODUL 1 :NASI ARAB MAQLUBAH
MASA : 10.00-1.00 TGHARI
1. Penyediaan Nasi Arab Jordan (MAQLUBAH)
2. Sayur Goreng Nasi Maqlubah
3. Salatoh @ Jelatah Arab
4. Mashwi (Ayam Bakar Berempah Arab)
5. Demo Masakan Kerutuk Kambing : (RESEPI BONUS)

MODUL 2 : NASI ARAB MANDHY
MASA : 2.30-5.30 PTG
  1. Nasi Mandy
  2. Salatoh
  3. Kambing Bakar Tandoori
  4. Ayam Bakar Tando0ri
  5. Penyediaan Humus
  6. Falafil
  7. Bistik Daging (Syurbah) (RESEPI BONUS)
KEISTIMEWAAN KELAS MASAKAN USTAZAH. FREE 6 PERKARA:
1. BELAJAR MEMASAK NASI ARAB KABSAH.
2. REMPAH MAQLUBAH UNTUK 50 ORANG MAKAN
3. 2 KOTAK FALAFEL DAN ACUAN
4. 1 BOTOL TAHINI UTK. MEMBUAT HUMUS
5. 1 TIN KACANG KUDA
6. 1 BOTOL MINYAK ZAITUN DURRA

YANG PALING PENTING. DAPAT BAWA BALIK
1. 1. SIJIL
2. ILMU DAN TIPS MASAKAN.

Jika ada lebih 10 orang, insyaAllah kita boleh buat 2 kumpulan untuk 2 hari yang berbeza.

ps: kalau nak kelas persendirian iaitu seorang @ suami isteri, boleh juga tapi sijil satu sahaja lah dan bayaran tidaklah dapat RM550.......... Saya boleh tolong aturkan..

Sebenarnya jika kita pi belajar di KL, modul yang sama hanya RM500. Tamabahan RM50 adalah caj untuk mereka datang ke Temerloh.

Atau anda boleh menghadiri kursus i ni di Bukit Damansara pada 22.10.2011 atau 23.10.2011.
Hubungi Nini (PA Ustazah Chef) di 012 - 940 4066

Maklumat lanjut, boleh rujuk sini

Ahad, Oktober 09, 2011

BFC untuk suka suki

Ini BFC yang saya buat serentak dengan melunaskan tempahan kak Ain UiTM. Saja buat dua biji sebab nak menghabiskan sponge mix tu. Dan nanti nak pilih yang lawa untuk Kak Ain. namun semuanya ketentuan dari Allah. Satu kemalangan ngeri telah berlaku di dalam chiller saya tanpa saya sedari.

Saya: Alhamdulillah, Allah dah buatkan keputusan untuk saya. Tak yah dah pening-pening kepala, yang mana satu ek nak bagi pada kak Ain..







BFC untuk Kak Ain

Kak Ain tempah lagi BFC. kali ini sempena harijadi anak sulungnya,belated sebab masing-masing terlupa sehingga yang empunya diri mengibgatkan ibunya. Tak pe Along, itu bukan tanda mak sayang kan. Kita pun kadang-kadang sendiri lupa hari istimewa ibu kita........

Sebenarnya saya buat dua biji kek ni. Cerita selanjutnya pada entri selepas ini ye.........






Isnin, Oktober 03, 2011

CMCR9

Kek ini ditempah secara rahsia oleh Zainun dan anak sulungnya sempena harijadi suaminya Norbawi.

Zainun yang simple sahaja berdasarkan budget yang ada.

Kek ini bersaiz 8 x 8 inci dengan beratnya lebih kurang 1.5 kg. Hanya di tutupi dengan choc ganache dengan sedikit lorekan coklat berperisa oren diatasnya. Biasanya tulisan ucapan akan dikenakan caj tambahan.


Rabu, September 28, 2011

Nasi Arnab

Bukan salah taip tau????? Memang Nasi arnab. Hari Isnin baru ni, Ustaz sembelih seekor arnaba yang kami bela sebab nak kurangkan keahlian(rumah dah penuh). Jadi semalam (selasa) saya buatlah nasi arnab.

Alahhhh nasi ayam tapi guna arnab je... he he he.

Resepi????

Saya guna resepi Nasi Ayam Penyet tapi sos guna resepi nasi ayam.

Yang ada buka kedai makan, boleh cuba jadikan ini sebagai menu kedai anda. Selamat mencuba.