Entah mengapa akhir-akhir ini saya begitu bersemangat nak buat waffle sendiri. Mungkin kerana selalu beli di Cafe UiTM Jengka ni dan anak-anak suka. Bankrap macam ni, sekali beli RM10 untuk 4 keping, campur jagung lagi secawan RM2.50. Satu mana cukup kan. Maklumlah anak ramai hi hi hi (4 orang je) dan sedang kuat makan dan kuat menghabiskan duit ummi abi dia.
Maka saya pun round the world mencari resepi waffle nih. kalau boleh nak elak guna premix, baru tenaaaaang nak makan. Alhamdulillah jumpa banyak versi dan ada seorang adik(ye kot sebab baru habis belajar kat UiTM Shah Alam) beri resepi yang dia guna untuk dia berniaga di kampus dia dulu(kagum dengan budak ni).
Nak tau, saya siap pi jumpa boss yang buat waffle ni di cafe UiTM Jengka ni, sebab nak belajar bancuh adunan. Dah ada gambaran sikit. Terima kasih dik(dah tolong ajar tapi nama tak tau, hampeh saya ni), beri akak peluang tambah ilmu ni. Moga adik bertambah maju dan bertambah cawangan (bukan cawangan itu ya....). Dia dah ada dua cawangan, satu lagi di R&R Temerloh, (isteri dia jaga)
Saya juga meletak harapan tinggi untuk pandai membuat dan menghasilkan waffle yang sedap dan wangi. Filling yang ada tanda halal JAKIM dah jumpa juga. Sekarang tinggal waffle maker je lagi tak de ha ha ha. Cuba buat dengan sandwich maker kat rumah, tapi tak garing macam yang beli.
Sekarang ni round the world sekali lagi, lagi mencari waffle maker pulak. Yang industrial, dah survey juga. Yang single, makan RM400. Yang double dalam RM900 kot , ikut brand lah. Setakat ni nak machine yang domestic punya. Untuk keluarga aje dulu, dah pakarrrrr nanti baru beli yang industrial punya. Waaahhhhh macam hebat aje saya ni kan.
Hajat hati kalau boleh biarlah ilmu ni boleh mencambahkan pendapatan kami sekeluarga. Ilmu yang boleh dimanfaatkan. Paling-paling, boleh dijadikan menu istimewa bila ada tetamu datang. Nak tetamu jadikan kedatangan kerumah kami satu kenangan indah. Sebaaaaab mana ada majlis atau apa-apa function kat rumah, orang hidang waffle fresh from waffle maker kannnn. Manfaat juga tu kan. Mohon yang terbaik dari Allah untuk kami sekeluarga khususnya, juga untuk Islam keseluruhannya.
Anak saya pun memanglah berhajat bebenor nak berniaga waffle ni disekolahnya. Sabar wak sabar. Biar ummi cuba dulu. Budak ni memang minat berniaga macam ummi dia, apa-apa semua nak dijadikan bahan jualan ha ha ha
Ni lah waffle TAKADA yang saya jumpa di MYresepi dan blog kak UMMI Kuantan. Gambar ni pun saya ambil di blog kak Ummi. Puas dah round the world, hingga saya jumpa syarikat TAKADA ni di Sri kembangan. Dia kata cuba di TESCO. Kak Ummi pun kata ada blogger yang dapat beli di TESCO. ADa maklumat kat Myresepi pun dia kata di beli di TESCO.
Pagi tadi adik ipar(Tinggal di Ampang) pi TESCO Ampang, dia kata dah habis hu hu hu. Saya pun telefon balik syarikat, tanya perkhimatan penghantaran. "ada" Hema kata.... wahhhhh semangat nih. Harga waffle maker RM59, caj penghantaran RM15, OK kan......
Tanya pandangan dan pendapat ustaz.
"berapa caj penghantaran? Nak beli berapa?"
cehhh, ustaz tanya nak beli berapaaa???
"Beli 2, boleh? melampau saya ni eh....
"ikut laaaa"
wahhhhh ada can ni.
Maka, saya nak tanya ada sesiapa nak beli juga? Saya boleh orderkan sekali (untuk orang Temerloh, Pahang sahaja ya). Harga RM59 tak termasuk caj penghantaran dan caj telefon ke Sri Kembangan sekali ye ha ha ha
Harga /unit:RM59.00
Caj penghantaran dr Sri kembangan: RM15
Wahhh... ni tak jadi berniaga wafle jadi penjual waffle maker sudahnya ha ha ha
p/s:12.21: dah ada orang minta tolong belikan satu
Ada sesiapa lagi yang nak saya tolong belikan????????