Isnin, Ogos 04, 2014

"comeback"

Boleh ke lagi saya buat kek, deco kek dan lain-lain berkaitan dengan bakeri ni. Dah setahun kot meninggalkan alam bakeri ni.

Jadi teringinnnnn sangat nak masuk balik dunia bakeri disamping menajamkan lagi kemahiran menjahit.

Harga-harag di blog ini adalah harga yang duluuuuuuuu punya. Jadi dah tak boleh pakai sebab harga bahan terlalu melambung naik. Terasa sangat perbezaan harga bahan ini semasa membuat biskut Famous Ami bulan Ramadhan yg baru berlalu.

Jadi tunggu saya tetapkan harga baru kedai bakeri saya ya

Ini lah biskut Famous Ami yang saya buat tu. Rupa memang lah tak lawo tapi peminatnya ramai. Saya buat tanpa buka order, lebih kepada regular customer. Tak banyak pun membuatnya sebab saya buat seorang tanpa pembantu. Anak pun tak ada.

Sempena majlis perkahwinan Ain dan Muaz di Bukit Bendera, Mentakab, Pahang 2.8.2014

Tempahan kek yang kedua tahun ini he he he

Dengan rasa takut dan kurang keyakinan, saya buat juga untuk tidak menghampakan ibu pengantin petempuan. 

Kek coklat lembap ini beratnya 3.25 kg.
Di tutupi sepenunhnya dengan ganache yang diperbuat daripada dark compound chocolate. Mengapa dark Choc? Sebab untuk mengimbangi rasa manis kek, agar tidak terlau manis. 

Bunga hiasan juga dari choc ganache yang sama.

Tak tahu berapa nak letak.......

3 hari menunggu feedback dari pihak keluarga, akhirnya rasa lega sebab memenuhi citarasa keluarga pengantin dan tetamu fuhhhhh LEGAAAAA