Sabtu, Ogos 22, 2009

PENGUMUMAAN

Dengan rasminya saya mengumumkan bahawa saya telah berpindah dari Taman Perindu ke Kg Paya keladan Temerloh. Tak jauh pun.Inilah rahsia yang saya kata nak cerita pada bulan 7 dulu tapi tertunda sebab rumah masih belum siap lagi.

Ini pun rumah kami masih belum ada bekalan elektrik. kami terpaksa minta ihsan jiran terdekat kami (tapi jauh jugak rumah dia) untuk menggunakan sedikit bekalan elektrik dari rumah dia. Jadi rumah kami hanya boleh guna beberapa biji lampu dan plug.

Basuh kain macam zaman tori, macam kat teppi sungai tuh. aduhhhh sakit sakit badan tau..... tapi ini lah peringatan dari Allah untuk kami tentang kesusahan orang lain. Ini pun dah banyak senangnya cuma anak-anak kurang memahami.

Dah seminggu pindah tapi tak siap kemas lagi. Saya ni memang, bab kemas mengemas lembaaaap sangat he he he. Ada sapa sapa nak tolong?????

Maka disebabakan kekurangan-kekurang ini saya memberhenti dulu buat sementara operasi bakeri saya. Allah nak saya guunakan sepenuhnya bulan Ramadhan ni. Entah tahun tahun depan tak sempat.

Juga tak dapat masukkan kan telefon, maka tak ada line internet. saya guna streamyx line telefon. nak guna broadband tu kena beli alat dia, duit juga tuh. maka nak update entri ni mungkin agak payah juga. Tak tau sampai bila, jadi ................

CMCC untuk anak murid dan keluarga

Zura dari SK bdr jengka berhajat memberi anaka muridnya CMCC versi baru ini pada anak muridnya sempena menyambut bulan ramadhan ini.
Ini adalah tempahan terakhir saya terima sebelum Ramadhan. InsyaAllah akan disambung selepas raya nanti.
120 biji di dalam bekas 3 biji dan selebihnya untuk dibawa balik kampung terengganu katanya. Terima kasih Zura. Walau tak pernah bersuaa, Zura memberi kepercayaan pada saya.
Terima kasih sekalai lagi. Kalau sedap lain kali boleh tempah lagi ye Zura.



Tempahan dibuat dalam keadaan yang serba kekurangan, guna satu oven kecil sahaja, dari pagi hingga zohor.

Lepas zohor sambung pulak buat CMCR untuk ustaz bawa ke UiTM.

Selamat Hari Jadi MUAZ

Untuk anak tersayang yang baru sahaja dapat berkumpul sebagai satu keluarga. Sewmpena menyambut ulangtahun kelahiran anak sulung Azian UiTM Jengka, CMCC disusun berbentuk nombor dua sempena umur MUAZ dua tahun.


Panjang cerita hingga keluar idea CMCC ni. Asal azian survey dijengka untuk kek nombor dua tapi besaar sangat, maka kami berbincang melalui telefon dan saya cadangkan cc sebegini. Eh eh alih alih azian minta saya buatkan

Siap bakar cc saya termenung lama depan deretan cc ni sebab tak de idea langsung.
Terima kasih pada azian yang menaruh sepenuh kepercayaan pada akak ye. Dengan kepercayaan itu, maka inilah hasilnya.








Sepatutnya ustaz bawa cc ni tapi entah macam mana Allah susun, ustaz terlupa. Adussss......macam mana ni. Cuba hubungi azian maka kami bercadang untuk beerjumpa di tol temerloh. Ini lah hikmahnya, kami dapa bersua muka. selalu melalui sms atau telefon sahaja.