Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

24 May 2011

Terroris Israel Rancang Bom Masjid Agung Hasan Beik di Yafa

Isnin , 23/05/2011 - Sumber media Israel menyiarkan "Rancangan Terroris" yang hendak meledakan salah satu masjid kota Yafa di pusat Palestin 1948, yang akan dilakukan sekelompok ekstrimis Yahudi yang ditangkap baru-baru ini.

Beberapa sumber melaporkan, Selasa (17/5) bahawa polisi Israel baru-baru ini menangkap sekumpulan Yahudi terdiri dari 7 orang anggota, dipimpin penguam Israel, Gore Finkelctien, dengan tuduhan merancang meletupkan Masjid Agung Hasan Beik di Yafa, membunuh imam masjid dan para jamaah warga Palestin.

Menurut rancangan tersebut, mereka akan meletupkan masjid menggunakan bom yang akan diledakan setelah solat Jumaat, selepas operasi yang mereka sebut sebagai "Penarikan Harga" bagi ekstrimis Yahudi.

Disebutkan bahawa Masjid Agung Hasan Beik selama beberapa tahun terakhir menjadi sasaran serangan perkauman pihak ekstrimis Yahudi. Sebahagiannya dengan meruntuhkan menara masjid, melempar kepala babi ke dalam masjid dan usaha pembakaran serta memusnahkan seluruh masjid.

Jihad Islam menegaskan Keselamatan Tebing Barat masih mensasarkan ahli-ahlinya


Isnin , 23/05/2011 – Gerakan Jihad Islam telah memperbaharui tuduhan bahawa badan keselamatan Tebing Barat terus mensasarkan ahli-ahlinya setelah menandatangani perjanjian persatuan bersejarah antara puak-puak yang memerintah wilayah Palestin.

Gangguan terhadap Jihad Islam oleh badan-badan keselamatan Tebing Barat sebenarnya telah berlaku sejak menandatangani perjanjian kesatuan "dalam usaha oleh beberapa pihak untuk mengganggu suasana perdamaian dan kesatuan antara puak-puak perlawanan," kata seorang pegawai Jihad Islam dalam kenyataan akhbar, pada hari Rabu.

Agensi-agensi itu menangkap sepuluh ahli Jihad Islam, termasuk seorang yang lumpuh, ketika serangan di tengah acara Hari Nakba di Jenin dan Al-Khalil.

Mesir desak buka sempadan Rafah

Isnin , 23/05/2011-Rakan kemanusiaan antarabangsa menyeru Majlis tentera dan kerajaan di Mesir untuk memenuhi janji mereka untuk menyelesaikan pengepungan di Semenanjung Gaza, membuka sempadan Rafah dan membebaskan para tahanan Palestin.

Rakan kemanusiaan berkata penduduk Gaza telah terdedah selama 63 bulan kepada sekatan yang tidak adil dan masih tidak dapat hidup secara normal. Organisasi ini juga menyeru agar mereka melepaskan semua tahanan Palestin dari penjara Mesir dan membolehkan mereka kembali ke rumah mereka.alt

01 June 2010

Hancur Israel!!!

Nisa' Kawasan Tawau
mengutuk sekeras- kerasnya kekejaman dan kebiadapan Israel laknatullah..
berikutan peristiwa 31 Mei 2010 serta pelbagai lagi jenayah kezaliman yang telah dilakukan

Semoga semua ini menjadi peringatan buat seluruh umat Islam bahawa kita punya saudara yang dibunuh, disembelih dan dizalimi

Doa' kita mengiringi saudara- saudara seagama kita di Palestin serta para pejuang Islam yang bertebaran di seluruh dunia


اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت
كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.



18 August 2009

KURMA ISRAEL

Email Oleh : Amin Fadzlan







Salam
Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati..... ....becareful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas
dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.


22 July 2009

Pakai Tudung, Walaupun Tidak Islam -Spencer Wall


SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?

Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakannya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.

09 January 2009

PALESTINE MILIK KITA!!!

Ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tu
a yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan "Ya Allah, perkuatkan saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan ba
ntulah hamba-hambaMu yang beriman"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami baha
wa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan
sebagai muhahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-berbagainya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermay
anya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami.

Masuk hari ke 14 Palestine digegarkan, terus dibedil tanpa belas ihsan. Nyawa yang terus terkorban hampir mencecah
800 orang, ribuan cedera parah. Diplomasi terus samar, gencatan senjata masih kabur. Yahudi laknatullah dan sekutunya terus mendabik dada, angkuh, bongkak dan sombong.
"Olmert dalam kenyataannya yang terbaru(semalam) menyatakan operasi ketenteraan di Gaza akan diteruskan meskipun Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengeluarkan ketetapan berhubung perang di Gaza, yang utamanya adalah 'menghentikan segera serangan antara kedua belah pihak'.Olmert juga menegaskan, tentera Israel tidak akan berundur selagi beberapa sasaran dan matlamat tidak tercapai."
Mari terus berdoa, terus berdemo, terus menderma dan terus memboikot barang dan produk Yahudi dan Amerika Syarikat. Palestine milik KITA!!!