Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

27 October 2010

Kenapa Anda Perlu Daftar Pemilih??

Kenapa Anda Perlu Daftar Pemilih?

Malaysia kini mempunyai 15 JUTA warga yang berkelayakan untuk menjadi pengundi, dengan kata lain, 15 JUTA inilah yang bakal memilih siapa bakal meneruskan legasi kepemimpinan Malaysia, Negara yang kita cintai.

Namun, dalam bilangan 15 JUTA itu, yang telah sedia ada adalah 11 JUTA orang, masih terdapat 4 JUTA pengundi berkelayakan tetapi belum mendaftar sebagai pemilih. Angka 4 JUTA ini bukan angka yang sedikit, 4 JUTA pemilih baru ini bakal penentu masa depan Negara. Bilangan inilah yang bakal menentukan siapa yang akan memerintah Malaysia pada masa akan datang.

Setiap daripada kita sering melaungkan pendapat dan idea tentang apa yang kita mahu, ada yang berceramah, ada yang membuat demonstrasi, dan banyak lagi lagak dan gaya. Akan tetapi sedarkan kita, yang menjadi pemilih adalah kita, jika sekadar berdemo dan berarak menunjukkan ketidak puasan hati, tetapi tidak mengundi, tidak ada gunanya.

Sistem pemilihan di Malaysia, telah membuka ruang kepada warganya untuk memilih siapa yang kita mahu bagi meneruskan legasi pemerintahan, tetap dengan yang sedia ada atau membuat pembaharuan supaya Malaysia mendapat nafas baru, semuanya di tangan anda!


1 UNDI daripada kita bakal memenangkan idealisme yang di sokong, dan tanpa 1 UNDI kita itu, harapan untuk melihat Malaysia di terajui oleh kerajaan yang telus akhirnya hanya akan tinggal harapan. Tanggungjawab sebagai seorang pemilih sangat besar, jika kita mengundi dan memenangkan pihak yang salah, maka ia akan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, dan kita pastinya akan dipertanggungjawabkan atas pilihan itu.

Begitu juga jika kita memandang enteng tanggungjawab sebagai pemilih, kita tidak mengundi walaupun layak dan secara tidak langsung kita biarkan pihak yang tidak sepatutnya menang itu terus selesa, maka dengan hal itu juga kita akan dipertanggungjawabkan!. Anda hanya ada satu pilihan…

DAFTAR PEMILIH DAN TURUN MENGUNDI!!!

Siapa Yang Layak Untuk Mendaftar Sebagai Pemilih?

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a) Seorang warganegara Malaysia;

(b) Telah mencapai umur 21 tahun;

(c) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan

(d) Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

ANDA SUDAH LAYAK?...DAFTAR SEKARANG!!!

Di mana Boleh Mendaftar?

(a) Pejabat-pejabat SPR

(b) Pejabat-pejabat pos berkomputer

(c) Wakil-wakil jabatan

(d) Wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);

(e) Pasukan Outreach SPR

* Di syorkan supaya selesaikan saja urusan daftar pemilih di pejabat pos berkomputer yang berhampiran, sangat mudah dan cepat. Hanya perlu membawa diri dan kad pengenalan, urusan seterusnya akan diselesaikan oleh pegawai yang bertanggungjawab, anda hanya perlu menunggu dalam masa 10-15 minit, kemudian semak dan tandatangan, mudahkan?

Bagaimana Cara Mendaftar?


Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

(a) Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;

(b) Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;

(c) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;

(d) Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan

(e)Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Mendaftarlah Sekarang, Ianya Mudah!


Sebenarnya urusan daftar pemilih tidak rumit dan tidak juga mengambil masa yang lama, hanya dalam masa sekitar 10 - 15 minit, ianya dapat diselesaikan dan anda berpeluang menunaikan hak kepada agama, negara dan bangsa!

Masa Depan Pilihan Kita!

Melihat kepada perkembangan semasa, senario politik di Malaysia sekarang nampaknya tidak menentu. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk memperbaiki keadaan ini, dan caranya adalah dengan MENGUNDI!, tetapi untuk mengundi pilihan hati, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH terlebih dahulu!.


Masa depan negara pilihan kita!, kitalah yang yang mencorakkannya, jika putih, putihlah ia, jika hitam, hitamlah ia. Jangan pula setelah segalanya selesai, baru kita merungut itu dan ini, menyalahkan pihak – pihak yang lain dan sebagainya, sedangkan diri sendiri tidak menunaikan tanggungjawab sebagaimana yang sepatutnya dilakukan.

Daftar Pemilih, Mengundi : WAJIB!

Memilih pemerintah yang adil adalah wajib bagi mengelakkan berlaku kezaliman dalam Negara yang tercinta. Jika kita hanya menjadi penonton kepada senario yang berlaku, tidak ambil peduli, maka tindakan itu adalah satu tindakan yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan TIDAK AMANAH!.

Bilangan 4 JUTA yang masih belum mendaftar seperti yang telah disebutkan ini jika ia condong kepada Barisan Nasional, maka tampuk kekuasaan berkemungkinan besar akan kekal sebagimana sekarang buat masa ini, sebaliknya jika ia condong kepada Pakatan Rakyat, maka peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat bakal berlaku, begitulah hebatnya kuasa kita sebagai pemilih!

Memilih antara Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat adalah hak kita, timbanglah antara baik dan buruknya, kelebihan dan kekurangannya. Mengambil bahagian dalam memilih kerajaan yang benar – benar adil adalah satu KEWAJIPAN, justeru sebelum layak untuk mengundi adalah WAJIB untuk kita MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH!...

Artikel sumbangan : insan.celik.sinar.harian

26 October 2010

HEMPAS- SANDAKAN

Pada 24 Oktober 2010, Ahad, satu Program yang julung-julung kali diadakan di Sandakan iaitu Program Perhimpunan Aman, Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah, (HEMPAS), telah mengumpulkan 4000 orang penduduk yang berasal dari seluruh pelusuk Sabah, majoriti peserta yang hadir adalah di kalangan anak jati sabah dari kalabakan, keningau, tawau, pitas, kota merudu, merotai dan seluruh sabah.

Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi menjelaskan kepada penduduk sabah tentang hak-hak rakyat yang sepatutnya dimiliki, malangnya kerajaan semakin menegakkan tanduknya. Tanah telah dirampas, rumah dirobohkan dan tanaman yang telah bertahun-tahun lamanya diusahakan menjadi milik kerajaan dengan sekelip mata.

Program ini juga bertujuan untuk menghimpunkan penduduk sabah untuk pro kepada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan, Parti Islam Semalaysia dan DAP. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membincangkan isu-isu politik yang hangat diperkatakan oleh barisan pimpinan pakatan rakyat.


Seramai 150 orang peserta dari Tawau yang hadir dalam program HEMPAS yang diadakan di Dewan Hakka, Sandakan. Perjalanan 7 Jam, Tawau ke Sandakan bukan halangan kepada pengerak-pengerak aktivis Pakatan Rakyat untuk menjadi peserta dalam program yang mampu membakar semangat bagi membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat mampu memerintah menggantikan kerajaan pemerintah yang bersikap pentingkan diri.

Program yang bermula seawal 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta, diikuti Majlis Perasmian Program HEMPAS oleh YB. TG Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS Pusat. dalam ucapan beliau menegaskan bahawa jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah kerajaan malaysia, Malaysia akan menggunakan hukum Islam secara mutlak kerana bukan sekadar mempertahankan keadilan malah kita bersatu untuk mempertahankan dan menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Takbir...!!!

Barisan pimpinan PAS Malaysia, semasa menyanyikan Lagu Negara dan Lagu Sabah Tanah air, sebagai pembukaan majlis perasmian tersebut.



Keberangkatan pulang YB TG HJ Abdul Hadi Awang setelah selesai merasmikan Program HEMPAS.


"PAKATAN RAKYAT AKAN BERSATU"




Dari Kiri, Naib Persiden PKR, Saudara Azmin Bin Ali, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Pas Pusat, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat@Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, YB Lim Kin Cheu, Pengerusi DAP Sabah, dan Ustazah Noridah, Ketua Musliamat PAS Pusat.
Laungan semangat, "HIDUP HIDUP RAKYAT, HIDUP HIDUP PAKATAN, HIDUP HIDUP REFORMASI."..


Program diakhiri dengan penyerahan memoranndum kepada wakil-wakil Pimpinan Pakatan Rakyat bagi merealisasikan hajat Rakyat Sabah.. Semoga perhimpunan hari ini diberkati Allah. Aminnnnnn..

Copy From, http://suarakal.blogspot.com (Mujahidah_Tawau)