Ramadhan Kareem.....
Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi.
Ramadhan tahun ni chef @ mama duk sekali dengan kitaorang. yipiie... seronok sebab leh makan masakan mama. so 1st day sahur mama masak ketam masak lemak. tapi yang makan lauk tuh mama dan pak chu jerla. afif dan arissa makan nasi +telur + kicap. ayahnya makan nasi + telur + sambal daging. ibunya makan roti + milo. dan semua diwajibkan makan kurma. hahahahaha.... Alhamdulillah.. 1st day Ramadhan berjalan lancar walaupun 'bateri' tinggal 20% jerla lagi.
tahun nih mama dapat tapak berniaga di festival ramadhan. mama jual nasi putih dan lauk pauk jer. so petang semalam, dalam kul 6, kami p dapat mama. tolongla mana yang boleh ditolong. dan seterusnya berbuka di sana sahaja. dapat dengar azan live dari masjid besi.
antara menu dijual...
yang paling awal abes adalah ayam masak merah. diikuti dengan ikan patin masak tempoyak. huhuhu... xmerasa makan ikan patin semalam.
inilah pak chu.. anak bongsu mama. kuat melawan budak nih. geram nak tarik mulut tuh. hahahaha.... walaupun kuat melawan tapi dia rajin buat kerja. ringan tulang sangat orangnya. sekarang nih susah dah nak cari orang laki yang ringan tulang... ehhh... terlebih puji pulak.
afiff duk mengendeng pak chu dia la tuh. nak ajak g cari makananlah tuh. kuikuikui... dan misi dia berjaya mengepow pak chu belikan kebab + air. ibunya pun berjaya mengepow pak chu belikan air dan nasi putih. kebetulan nasi putih semalam abih dulu dari laukpauk.
oloh... sian budak nih. bateri memang tinggal 1% jer semalam. ibu sampai rumah jer. dia duk tido. pastu dengar dia menangis. 'ibu... saya lapar sangat nih.. xlarat nih'. alahai kakak... lagi sejam setengah jer. sabar.. sabar... sampai kat nenek jer... terus terbaring. hahahaha.... bila tanya nak makan apa pun xmampu nak pikir dah. hanya redha dengan pilihan ibu jer. hahahahaha.... budak nih pun berjaya pow pak chu dia.