Wednesday, January 30, 2013

MOVIE REVIEW : MAMA


MAMA adalah sebuah cerita seram 2013 yang wajib tonton ! Tengok die punya trailer pun dah buat meremang bulu roma. Untuk lebih rasa feel membaca review ni, disini saya kepilkan trailer MAMA.



Amacam? seram tak? Cerita ini mengunakan teknik CGI yg gempak dan membuatkan saya terbawa-bawa ke dunia yg nyata..tidak percaya? cuba la tgk...Ianya mengisahkan tentang roh manusia yang tidak tenteram dan berubah menjadi hantu untuk membetulkan apa yang salah semasa waktu hidupnya.. Kisahnya bermula apabila ayah kepada Victoria dan Lily telah membunuh 2 rakan ahli perniagaaanya dan juga isterinya dan sekaligus menyebabkan ayahnya tertekan sehingga mereka terlibat dalam kemalangan semasa ayahnya membawa lari kedua-dua anaknya... Mereka terselamat dan terjumpa rumah sangat usang. Akibat terlalu sedih dengan apa telah menimpa,ayah mereka telah membuat keputusan untuk membunuh Victoria dan Lily dan belum sempat hajat ayahnye termakbul, MAMA muncul menyelamatkan Victoria dan Lily, dan sejak itulah kedua-dua budak itu dijaga oleh MAMA si hantu tersebut.






Cuba la anda bayangkan macam mana la keadaan Victoria dan Lily yg dijaga oleh hantu...macam mana rupa hantu, macam itulah rupa Victoria dan Lily tinggal dirumah usang tersebut sedangkan Lucas, adik kepada ayah mereka tak henti-henti berusaha mencari mereka berdua... Cerita ni menjadi lagi best apabila Dr. Dreyfuss cuba mengkaji siapakah MAMA yang selalu disebut oleh Victoria & Lily..Kenapakah roh ni mengikut kanak-kanak tersebut dan bolekah mereka membuang hantu tersebut yang mempunyai perasaan seperti seorang ibu....




Untuk cerita yang selebihnya boleh anda lihat di panggung..hihihih.. dan jangan lupa bawa geng jerit-jerit dalam wayang. ;)


Pendapat saya :

Jalan cerita ini sangat baik dan takde kelam kabut dan memeningkan kepala penonton yang perlu pikir bagai nak pecah kepala. Amboi ayatku, kemain lagi ..Kisah yang menyentuh nilai-nilai murni dan emosi hubungan sesebuah kekeluargaan..Hihihiihihi..Hantu die pun agak lama dah bolelah kite nak tatap wajah hantu tersebut..Pelakon kanak-kanak tersebut sangat pandai berlakon dan ada time-time yang kelakar tapi dalam keadaan serius.hummm..pahamkan situasi yg saya cuba sampaikan..Kalau tak paham, hari ini bukak website panggung and book dan silalah tonton.. Sangat berbaloi-baloi dan ending dia ada dua.. Sedih dan gembira...Cerita seram yang paling terbaik pernah saya tonton!

No comments:

Post a Comment