Wednesday, January 30, 2013

MOVIE REVIEW : MAMA


MAMA adalah sebuah cerita seram 2013 yang wajib tonton ! Tengok die punya trailer pun dah buat meremang bulu roma. Untuk lebih rasa feel membaca review ni, disini saya kepilkan trailer MAMA.



Amacam? seram tak? Cerita ini mengunakan teknik CGI yg gempak dan membuatkan saya terbawa-bawa ke dunia yg nyata..tidak percaya? cuba la tgk...Ianya mengisahkan tentang roh manusia yang tidak tenteram dan berubah menjadi hantu untuk membetulkan apa yang salah semasa waktu hidupnya.. Kisahnya bermula apabila ayah kepada Victoria dan Lily telah membunuh 2 rakan ahli perniagaaanya dan juga isterinya dan sekaligus menyebabkan ayahnya tertekan sehingga mereka terlibat dalam kemalangan semasa ayahnya membawa lari kedua-dua anaknya... Mereka terselamat dan terjumpa rumah sangat usang. Akibat terlalu sedih dengan apa telah menimpa,ayah mereka telah membuat keputusan untuk membunuh Victoria dan Lily dan belum sempat hajat ayahnye termakbul, MAMA muncul menyelamatkan Victoria dan Lily, dan sejak itulah kedua-dua budak itu dijaga oleh MAMA si hantu tersebut.






Cuba la anda bayangkan macam mana la keadaan Victoria dan Lily yg dijaga oleh hantu...macam mana rupa hantu, macam itulah rupa Victoria dan Lily tinggal dirumah usang tersebut sedangkan Lucas, adik kepada ayah mereka tak henti-henti berusaha mencari mereka berdua... Cerita ni menjadi lagi best apabila Dr. Dreyfuss cuba mengkaji siapakah MAMA yang selalu disebut oleh Victoria & Lily..Kenapakah roh ni mengikut kanak-kanak tersebut dan bolekah mereka membuang hantu tersebut yang mempunyai perasaan seperti seorang ibu....




Untuk cerita yang selebihnya boleh anda lihat di panggung..hihihih.. dan jangan lupa bawa geng jerit-jerit dalam wayang. ;)


Pendapat saya :

Jalan cerita ini sangat baik dan takde kelam kabut dan memeningkan kepala penonton yang perlu pikir bagai nak pecah kepala. Amboi ayatku, kemain lagi ..Kisah yang menyentuh nilai-nilai murni dan emosi hubungan sesebuah kekeluargaan..Hihihiihihi..Hantu die pun agak lama dah bolelah kite nak tatap wajah hantu tersebut..Pelakon kanak-kanak tersebut sangat pandai berlakon dan ada time-time yang kelakar tapi dalam keadaan serius.hummm..pahamkan situasi yg saya cuba sampaikan..Kalau tak paham, hari ini bukak website panggung and book dan silalah tonton.. Sangat berbaloi-baloi dan ending dia ada dua.. Sedih dan gembira...Cerita seram yang paling terbaik pernah saya tonton!

MOVIE REVIEW HANSEL & GRETEL




Seperti biasa, hujung minggu duit abes bayar kat panggung and kali ni saya menonton cerita yang berunsur darah. Cerita ni bermula apabila Hansel & Gretel ditinggalkan oleh bapanya ditengah-tengah hutan Gingerbread pada waktu malam tanpa sebab dan mereka telah terjumpa rumah ahli sihir yang diperbuat dari coklat dan mereka telah ditangkap oleh ahli sihir tersebut,belum sempat ahli sihir tersebut membunuh mereka, mereka terlebih dahulu telah melawan ahli sihir tersebut dan membakarnya. Disitulah permulaan kerja dua adik beradik ini menumpaskan semua ahli sihir yang jahat. 



 Nak dijadikan cerita ada seorang ketua ahli sihir yang jahat telah merancang untuk mengadakan " Perayaan Bulan Darah " yang memerlukan 6 orang kanak-kanak perempuan dan 6 orang kanak-kanak lelaki yang lahir pada berlainanan bulan. Perayaan ini bertujuan utk mengabadikan riwayat hidup semua ahli-ahli sihir yang jahat dan tidak dpt dimusnahkan walaupun dibakar. 



Keistimewaan diri Hansel & Gretel dimana mereka tidak akan terkena sihir terjawab apabila mereka mendapat tahu bahawa ibu mereka juga merupakan ahli sihir baik yang hebat tetapi telah mati dibunuh oleh penduduk kampung. Mampukah Hansel menumpaskan ahli sihir tersebut seorang diri sedangkan adiknya Gretel telah ditangkap utk ramuan terakhir perayaan tersebut....selebihnya silalah pergi panggung..;)

Pendapat Saya : 

 Bagi sayalah, cerita ni menarik, jalan cerita sedikit mengelirukan tapi bole difahami..saya sarankan kepada sesiapa yang tak suka tengok bende2 darah ataw pembunuhan yang kejam macam kepala pecah depan mata siap nampak otak2 bagai, anda harus lah bawa kain utk tutup muka ye... sebab cerita ni banyak sangat bunuh-bunuh yang kejam yang mmg tunjuk depan-depan, nama pun 18 tahun keatas, confirm la kena berani tengok. ;) Pelakon watak Gretel ini sangat comel dan mantop! Hubungan ikatan adik beradik yang kuat tapi bagi cerita ni nampak ganjal sebab adik beradik kan.. kan best kalo hero n heroin die ni pasangan bercinta. hihihih..Cerita seram tapi ada masukkan komedi . Pakaian dan alat senjata yang digunakan sangat cantik dan cool. Overall, oklah..tak berapa best sgt dan tak berapa boring sangat.






Travel Tips : Pack Barang.




Bila kata pergi holiday semua orang akan jerit YAHOOOOOOOOO.. YEAHHHHHH! Tapi bila kena tiba hari keesokkan hari kejadiannya confirm malam tu la baru nak packing barang itu ini la.. kan kan.. mmg tak semua cam tu tapi kebanyakkannya macam ni la kan... hihihi...tapi tahukan anda persiapan seawal sehari ataw 2 hari tu penting? Sebabnya takde la ada barang tertinggal and membazir duit dan masa pergi cari kedai and beli time holiday tu..

So benda pertama yang perlu buat bila dah tahu akan pergi bercuti ialah buat CHECKLIST ye rakan-rakan..Checklist tu sangat la penting.


1. Kad pengenalan diri / passport
Pergh yang ni tertinggal taktaw nak kata la kan.Bende ni wajib sentiasa ada dlm wallet ye kawan-kawan. Jangan letak merata-rata.Pastu kalo yang pergi travel oversea tu jgn lupa update passport tu yer.

2. Baju 
Baju tu mmg dah bende wajib la kene bawak kan. Sape tak bawak baju mmg bukan holiday la namanya.. Berapa helai nak bawa? Bergantung berapa hari anda bercuti, kalo 3 hari dua malam, so bajet2 la satu hari tu 2 helai baju.. so kalo 3 hari jadi 6 helai la..and tambah la satu extra baju, kot2 nak emergency ke kan.

3. Seluar
Kalo dah bawa baju, mesti la bawa seluar kan so seluar takyah la banyak2 sangat mcm bawa baju.. bawak 2 helai pun cukup la.bukannya kite duk rumah yg nak tukar hari-hari seluar kan..So bawak 2 pun dah cukup la.

4. Pakaian Dalam
Haaaa yang paling la terpenting sekali antara semuanya. Yang bagi perempuan kena la bawa lebih sket la..tapi tkder la byk sampai sama bilangan baju. Kalo time malam tu kan leh pakai yg sama, yang siang tu jela tukar sebab berpeluh-peluh kan and kebersihan harusla dijaga ye.. Yang seluar dalam pulak, pun bawa la sama bilangan macam baju.. 2 helai untuk sehari..Jgn 1 helai sehari..tak cukup ataw jgn jadi pengotor la pakai 2 kali sehari..Ayoyoyo..(*bilangan pakaian dalam dan seluar dalam haruslah bawa lebih ye)..

5. Deodorant
Yang ni kedua terpenting, badan berbau sape pun tak nak dekat ataw erti kata lain orang "cop" pengotor..deodorant ni amatlah penting ye rakan-rakan.. tanpa ini tak sempurnalah hari anda.. dah nama pun travel, confirm badan berpeluh.. bila berpeluh confirm la berbau.. so deodarant la penyelamat.. dapat kurangkan bau yg kurang enak dihidu..

6. Sabun & Etc
Bawa sabun 2 in 1 yang boleh shampoo and jugak sabun badan. Ni kalo nak ringan beg la.. kalo nak bg beg berat bawa la shampoo n sabun, dan kalau bole cari la yang saiz kecik-kecik ataw pun yg jenis travel pack. Dah semua bawak, jgn lupa bawa plastik kosong utk letak baju kotor...plastik kosong ni selalu org lupa bawa sebab bende remeh kan, tapi benda ni penting la jugak..takkan la baju kotor campur dengan baju bersih kan. So bende-bende lain mcm make up ke lotion ke ape ke kalo ada space kosong dlm beg,sila la bawa tapi kalo nk beg ringan, bawa yg penting je la sebab selalu nye kalo pergi travel ni, pergi beg ringan, balik beg berat sebab dah bubuh barang-barang souvenir..;)


So bila dah ada check list semua barang pun bawa and confirm tkder barang yang tertinggal and hati pun senanggggg..So rajin-rajin la buat checklist yer..bukan susah pun.. buat sekali leh guna banyak kali..Selamat bercutiiii..